|
[Tempatan]
penumpang air asia dilarang menaiki pesawat di vietnam
[Copy link]
|
|
MissNigga posted on 20-5-2013 07:32 PM ![](static/image/common/back.gif)
ios jawab soalan yang tak dok kaitan ngan thread erk...
kaka leyla... phuket mmg best... pulau ...
bangla road very the busuk![](static/image/smiley/default/2.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Ila_02 posted on 20-5-2013 11:22 AM ![](static/image/common/back.gif)
dah jadi forum nak menyalahkan mak budak tu pulak ker?. Kalau kena kat korang macamana? Cakap fikir ...
Yang mengomen ni semua ikut sedap jari je...kalo kena kat batang hidung sendiri stranded kt negara baru diorg tahu..
Yes,, memang tak wajar bwk baby yg baru nk sembuh jalan..tapi pleaselah jangan sampai nak padankan muka orang tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
red_devilgiggs posted on 20-5-2013 11:41 PM ![](static/image/common/back.gif)
bangla road very the busuk
wut u expect? bintang walk? ![](static/image/smiley/onion/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
memang padan muka makcik ni kena lahar, cecuba pulak mendapat rasa belas kasihan para felda pprt lain atas kesalahan beliau mengendong anaknya yang menghidapi penyakit yang highly contagious hanya kerana nak melancong ....
ibu yang tak bertanggungjawab!!!![](static/image/smiley/default/huffy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tk perlu kut gi vietnam bw ank.x de yg menarik pun utk kids. Sampai skrg hubby i x approve utk bw ank2 ke viet, bkk n jakarta.takut ank sakit.sbb tmt2 ni sgt kotor. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi posted on 19-5-2013 05:42 PM ![](static/image/common/back.gif)
emm nak tanya baby maryam tu memang demam kena ciken pox masa kat vietnam ke?or masa kat malaysia ...
Byk ko punya komplen lbh baik dok Malaysia je tak yah melancong. Adakah dlm islam kata semayang mesti dlm masjid saja? Org sakai mcm korang ni elok jgn melancong kemana2. Pergi negara bukan islam tp expect yg bukan2. Agama islam tu mudah tp korang suka merumitkan. |
|
|
|
|
|
|
|
matamata posted on 20-5-2013 08:55 PM ![](static/image/common/back.gif)
Airline murah atau mahal...prosedur keselamatan adalah sama...
Tak juga.Aku dulu kena chicken pox. Pastu aku dlm proses healing. Aku naik MAS balik KK. Elok je aku lepas psl doktor dah bg surat izin utk terbang. Chicken pox yg berjangkit klu waktu early stage. Klu dah seminggu tu kira dlm healing process tak berjangkit dah |
|
|
|
|
|
|
|
akubest posted on 20-5-2013 12:55 PM ![](static/image/common/back.gif)
hat MAS tuh tak silap aku dia bawak jumpak doktor dulu kannn untuk pastkan baby tu fit to fly
bukan ...
Sepatutnya mak budak tu kena pastikan anak dia betul2 dah baik barulah keluar berjalan tp bukan dlm healing process. Apalah punya jenis mak ni. Kemaruk shopping smp anak baru baik sakit terus diangkut berjalan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ila_02 posted on 19-5-2013 07:22 PM ![](static/image/common/back.gif)
dah jadi forum nak menyalahkan mak budak tu pulak ker?. Kalau kena kat korang macamana? Cakap fikir ...
Kalau kena dkt saya - mmg lah saya stay sebab saya juga tak nak satu kapal dgn orang yang ada penyakit berjangkit (saya dah kena chic px ni) tapi anak anak belum lagi.
kpd ibu ibu di luar sana, kalau anak tu sakit jangan lah bawa kemana mana (kecuali ke klinik) bagi dia rest cukup cukup. Bila nak ke mana mana utk enjoy bershopping ke oversea pastikan ada plan B and make sure duit extra tu ada. Kalau cukup cukup jer duitnya tak payah lah pergi.
|
|
|
|
|
|
|
|
MissNigga posted on 20-5-2013 11:44 PM ![](static/image/common/back.gif)
wut u expect? bintang walk?
bay walk![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
korang yg defend air bohsia,
takut sgt contigously cikenpox ne....
baru habis tgk walking dead ke?
![](http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQXP4yBuI6QyjZSCIz8xy57skrCK13sPbQMT4XcQ6-XMTWk_cLe2g) |
|
|
|
|
|
|
|
red_devilgiggs posted on 21-5-2013 01:08 AM ![](static/image/common/back.gif)
bay walk
wut about gay walk? i love walking along gay walk... |
|
|
|
|
|
|
|
Peterpan17 posted on 21-5-2013 12:53 AM ![](static/image/common/back.gif)
Sepatutnya mak budak tu kena pastikan anak dia betul2 dah baik barulah keluar berjalan tp bukan dl ...
betul, dahla demam campak pulak tu..mestila badan budak tu rasa miang gatal kan...kesian budak tu..kita yg dewasa pun kalau kena cikenpox rasa xselesa je nak keluar inikan pulak terpaksa ikut org soping berjimba2..kesian budak tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
ekmal_sorrow posted on 21-5-2013 02:15 AM ![](static/image/common/back.gif)
korang yg defend air bohsia,
takut sgt contigously cikenpox ne....
baru habis tgk walking dead ke? ...
takutla, tambahan kami yg ada anak2 kecik ni, dah kena ciken pox, xreti2 nak duk rumah ke, merayap je menyebarkn virus ke org lain..xrasa berdosa ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
FaithNoMore posted on 20-5-2013 10:35 PM ![](static/image/common/back.gif)
dah balik dah makcik ni dgn mas airline.....tu pun lps dpt surat pengesahn doktor
kalau tak de surat pengesahan ni...
rasanye mas akan bawa balik tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
AirAsia nafi laporan Utusan halang penumpang, dakwa bayi menghidap cacar air
OLEH MD IZWAN
MAY 20, 2013
KUALA LUMPUR, 20 Mei — Syarikat penerbangan AirAsia menafikan laporan akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia yang mengatakan mereka menghalang seorang ibu dan bayi daripada menaiki pesawat dengan sengaja hari ini, langkah yang dilihat bakal menambah ketegangan antara kedua-dua pihak.
Utusan baru-baru ini secara terbuka mengkritik ketua pegawai eksekutif anak syarikatnya, AirAsiaX, Azran Osman Rani ekoran komennya menerusi akaun Twitter yang meluahkan rasa jengkelnya terhadap isu perkauman yang dimainkan akhbar Umno tersebut.
“Kami ingin menjelaskan bahawa mereka tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana salah seorang daripada mereka, iaitu seorang bayi, telah didapati dijangkiti dengan virus cacar air,” kata AirAsia dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
“Ini telah disahkan oleh doktor yang bertugas di lapangan terbang, yang juga mengisytiharkan bahawa bayi tersebut tidak berada di tahap kesihatan yang dibenarkan untuk menaiki penerbangan,” kata kenyataan itu lagi.
Akhbar tersebut melaporkan seorang wanita Izan Suhaila Mohd Ali, 36, bersama anaknya Maryam Sofea Mohd Reza, 14 bulan, tidak dibenarkan menaiki pesawatAirAsia, AK 1455 dari Ho Chi Minh, Vietnam untuk pulang ke Malaysia sebaliknya syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia yang tampil membela mereka.
Utusan juga melaporkan kakitangan AirAsia tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut.
“Dalam kes ini, laporan perubatan menunjukkan bahawa kanak-kanak itu telah dibawa untuk perjalanan hanya 3 hari selepas simptom pertama muncul dan didapati menghidapi demam, mata berair, hidung berair dan ruam pada kebanyakan bahagian badan.
Berdasarkan penemuan ini, doktor mengisytiharkan bahawa kanak-kanak itu tidak berada di tahap kesihatan yang sesuai untuk terbang,” kata AirAsia lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Aireen Omar juga menafikan dakwaan mengatakan pihaknya tidak memberikan bantuan kepada penumpang terbabit, sebaliknya berkata tawaran bantuan oleh AirAsia telah ditolak.
“Pada hari tersebut, wakil kami telah menyediakan bantuan yang diperlukan kepada kedua ibu dan anak tersebut, dan kami telah membuat persediaan untuk menerbangkan mereka kembali ke tanahair serta 2 orang dewasa yang menemani mereka secara percuma, sebaik sahaja anak kecil itu didapati sihat sepenuhnya oleh pakar perubatan.
“Kami juga ada menawarkan untuk menguruskan penginapan hotel dan pengangkutan, namun mereka mengesahkan bahawa sudah mempunyai apa yang perlu untuk berada di Ho Chi Minh City,” kata Aireen.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan akhbar tersebut menggesa Azran meminta maaf kepada Utusan Malaysia serta kolumnis Awang Selamat juga mencadangan iklan AirAsia tidak diterima oleh akhbar tersebut.
“Tanpa Air Asia, Utusan tidak akan hadapi sebarang masalah. Lagipun nilai iklan yang diberi sangat kecil, lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut,” kata Awang Selamat yang dipetik menulis semalam.
Azran sebelum ini dilaporkan mengkritik pendirian pengarang akhbar yang memainkan isu perkauman serta turut mengkritik Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai pertubuhan tidak relevan yang menyebabkan orang Melayu berfikiran sempit.
Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu kemudiaan menyiarkan kenyataan dari pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar Azran sebagai “bongkak” dan “lupa diri”.
Berang dengan tulisan Azran, pemangku presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut “angkuh” kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa “kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia”.
“Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?,” Abdul Rahman dilaporkan berkata.
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR - Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) menjelaskan bahawa pihaknya telah membawa pulang Izan Suhaila Mohd. Ali dan bayinya, Maryam Sofea Mohd. Reza dari Vietnam ke Malaysia setelah mendapati bayi itu sihat dan boleh menaiki pesawat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan semalam menjelaskan, pihaknya telah membawa Maryam Sofea, 14 bulan, ke sebuah klinik tempatan pada hari Ahad lalu dan bayi itu disahkan sihat.
Jelasnya, bayi berkenaan sudah sembuh dan parut di badan bayi tersebut hanyalah kuping kering serta tidak berisiko untuk menjangkiti orang lain.
"Sehubungan itu, kakitangan kami telah mengambil segala langkah yang perlu bagi membantu ibu dan anak berkenaan untuk pulang ke tanah air menerusi penerbangan MH759 yang berlepas dari Bandar Ho Chin Minh pada pukul 4.40 petang kelmarin (Ahad)," katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
lain kali naik laa MAS....kalau MAS leh bawak orang berpenyakit.....naik gak aisasia yg tambangnya murah.....ahaks!! ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|