CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 1-4-2021 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 23-2-2021 03:20 PM
Panggilan Misteri (Bukan Nenek Kamsia)

Peristiwa ini terjadi 2 tahun lepas. Dan penting untuk aku ...

Legendary nek kamsia..y pernah menggemparkn porem satu masa dahulu. Kekeke~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2021 11:52 AM | Show all posts
Kedai Aiskrim

Semasa aku berusia 19 hingga 21 tahun, aku pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk sebuah syarikat sekuriti.  Aku akan diberikan jadual tugas harian ikut shift di premis-premis yang berlainan, jadi aku takdelah terikat kat satu-satu tempat je.

Pada suatu hari, aku baru je selesai shift 12 jam, 12malam-12tengahari di sebuah pawagam. Habis shift je, bos aku telefon aku dan suruh aku sambung keje pulak kat sebuah tapak pembinaan, shift 3petang-8 pagi.  Aku sebenarnya taknak sebab dah penat kan, tapi bos aku paksa jugak sebab dah takde pengawal lain sanggup nak berjaga kat tapak pembinaan tu. Pulak tu aku yang paling muda dan bujang lagi, aku pulak jadi ‘mangsa’ dan terpaksalah aku ikut je arahan bos.  

Esoknya lepas habis je shift kat tapak pembinaan tu, aku pun balik rumah dengan kepenatan dan mengantuk yang teramat sangat. Sampai rumah je dah pukul 9.30 pagi.  Baru nak lelap kat rumah, aku terima panggilan telefon dari abang aku. Rupanya hari ni harijadi abang aku dan abang aku ajak aku sambut harijadi dia di sebuah restoran 45minit dari rumah aku.  Aku pun pergi jelah dengan tak tukar baju seragamnye ke restoran itu, mengenangkan hari ni hari istimewa abang aku.  

Pukul 1 tengahari, aku betul-betul tak larat dah jadi aku mintak izin aku nak balik dululah.  Aku dilanda kemengantukan yang teramat sangat masa nak memandu tu sampaikan aku microsleep dan nyaris-nyaris nak masuk ke laluan bertentangan.  Pasang radio kuat-kuat pun tak berjaya nak hilangkan mengantuk aku tu. Nak tak nak aku kena berhenti jugak ni, tapi aku dah masuk lebuhraya.

Tapi, dalam 5 minit aku memandu tu, aku ternampak sebuah kedai aiskrim kat tengah-tengah lebuhraya tu.  Mengucap kesyukuran aku. Aku pun berhentilah dengan niat nak berehat kejap kat kedai tu.  Lokasi kedai aiskrim ni agak pelik, sebab letaknya kat lebuhraya yang orang tak ramai nak lalu, pastu jauh dari bandar pulak tu.  Pastu, kenapa bukak kedai aiskrim kan. Kalau bukak kedai makan ke stesyen minyak ke aku pahamla jugak.

Aku cadang cuma nak parking dan tidur sekejap je, tapi ada seorang wanita pertengahan usia menunggu di pintu masuk kedai aiskrim tu dan tanya, aku nak beli aiskrim ke? Aku pun fikir-fikir kejap, erm oklah aku belilah aiskrim dari kedai ni. Kesian pulak kat makcik tu sampai macam tu sekali carik pelanggan. Tapi tulah kenapa bukak kedai aiskrim kat lokasi macam ni.

Aku masuk ke kedai tu, dan aku perasan yang rekabentuk kedai aiskrim tu sangat…..retro.  Macam dia beli perabot dari kedai terpakai pastu campak je dalam kedai ni.  Dan aku perasan yang kedai ni takde pekerja lain selain dari makcik tu tadi je.


Aku pun pesan aiskrim coklat. Harganya USD1.80, dan aku nak bayar guna kad debit tapi makcik tu menolak. “Maaf dik, kedai ni tak terima kad. Wang tunai sahaja”.  Ah sudah, memang masa tu aku takde duit tunai langsung.  Aku berlari kejap ke kereta aku, cuba mencari kot-kotla aku ada simpan duit dalam kereta ke. Selepas korek sana-sini aku cuma jumpa sekeping syiling 50sen je.

Aku nak batalkan pesanan aku tadi, tapi makcik tu dah siapkan dah aiskrim yang aku pesan. Aku berterus-terang aku cakap aku takde duit, cuma ada 50sen je.  “Takpelah dik, makcik ok je kamu nak bayar 50sen”. Makcik tu cuma senyum je, tapi aku pulak yang segan.  

Dah duduk kat meja dengan aiskrim terhidang di depan aku, aku termenungla sekejap. Mengenangkan kehidupan aku sekarang ni.  Kawan-kawan sebaya aku semua dah sambung belajar, masuk kolej.  Aku pulak terpaksa bekerja untuk menyara hidup aku. Dahla kat tempat kerja pun selalu kena tekan dengan bos, ni nak bayar aiskrim pun aku takde duit.  Aku rasa macam tak berguna, aku tak nampak masa depan aku macam mana.  Masa tu memang aku rasa down sungguh, nak jamah aiskrim tu pun tak selera.

Tanpa aku sedari, makcik tadi tu datang menghampiri aku dan meletakkan tangannya ke bahuku dengan lembut. Macam mak-mak la.  “Adik ni nampak macam banyak masalah je.” Aku terlopong. Mungkinkah makcik ni ternampak wajah aku yang tengah sugul masa ni?  “Takpelah dik, sabarlah.  Susah-susah dulu dik, suatu hari nanti segala kepayahan adik akan dibalas dengan kemanisan”.  Rasa macam nak tumpah je air mata aku masa tu. Tapi, aku senyap dan hanya mengangguk-angguk je, dan makcik tu pun berjalan balik ke kaunter dia. Aku cepat-cepat habiskan aiskrim aku tu.  Duduk lama-lama karang banjir pulak kedai ni nanti. Punyelah lahap aku makan aiskrim sampai tertumpah-tumpah aiskrim kat baju seragam aku.

Aku ucapkan selamat tinggal dan balik ke rumah dengan perasaan yang tenang dan semangat yang baru. Balik rumah terus tidur, pastu aku niat esok aku nak bayar balik baki duit aiskrim kat makcik jual aiskrim tu. Esoknya, dalam perjalanan nak ke tempat kerja tu, aku pun singgahlah ke kedai aiskrim tu. Tapi, kedai tu dah tutup rupanya. Dah tak beroperasi pun.  Papan tanda pun takde.  Bila aku sentuh pintu kedai tu, penuh dengan debu. Seolah-olah dah bertahun takde orang bukak. Pintunya pun dah dikunci dengan rantai dan mangga.  

Aku berundur sekejap, rasa macam tak percaya. Aku mimpi ke semalam? Tapi bila aku tengok kat uniform aku masih lagi ada kesan kotoran aiskrim coklat yang aku makan semalam.

Kisah ni terjadi 15 tahun yang lepas. Sekarang, kehidupan aku dah jadi lebih baik. Aku ada syarikat sekuriti sendiri, dah ada anak bini, dah ada rumah.  Aku masih lagi berpegang dengan nasihat makcik kedai aiskrim tu, setiap kepayahan pasti akan dibalas dengan kemanisan….



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2021 12:13 AM | Show all posts
Pengalaman Tentera Laut USA : Kejadian Atas Kapal

Aku merupakan tentera laut USA yang ditempatkan di Yokosuka, Jepun.  Aku ada beberapa kisah paranormal yang aku nak kongsi dengan korang.

Kapal aku pernah terlibat dalam satu pelanggaran di Singapura yang akhirnya menyebabkan 10 orang teman sejawatan aku meninggal dunia dalam kejadian tu. Korang boleh Google sendiri kemalangan ni.


Kapal kami akhirnya terpaksa berlabuh di Changi untuk dibaiki dan untuk tujuan siasatan kemalangan tu.  Sepanjang tempoh itu, kantin atau bahasa tentera kami panggil messdeck terpaksa berhenti beroperasi, tapi makan minum kami dibekalkan oleh Club Terror, ni bukan kelab malam ye tapi kompleks rekreasi khas untuk tentera-tentera macam kami.  Kami turut dibekalkan dengan bekas minuman air teh, air kopi dan air kosong di messdeck tu sepanjang masa.  Waktu ni memang konsep layan diri je, kalau nak minum kena ambil sendiri tapi makan foodpack masih kena ikut jadual.

Suatu malam tu, kawan aku yang berpangkat Gunner’s Mate atau kitorang panggil GM1 tengah bertugas.  Waktu tu dah hampir pukul 12 tengah malam, dia rasa haus la pulak. Jadi dia pun turunlah ke messdeck sorang-sorang nak minum air.  Tapi rupanya dia tak keseorangan. Kat messdeck tu ada lagi sorang kelasi kapal tengah ambil air dari bekas minuman tu. Sambil minum, orang tu selamba je berjalan melepasi kawan aku tu keluar dari messdeck tu.

Walaupun kapal kami ni krew memang ramai, tapi kami akan saling sapa-menyapa kalau berpapasan. Cukuplah sekadar angguk tanda hormat.  Jadi kawan aku ni pun heran dan sedikit geram la jugak, eh kereknya mamat ni buat-buat tak nampak aku pulak.  Dahlah diorang berdua je dalam messdeck tu.  Kawan aku amati lelaki itu sampai ke pintu messdeck.  Lelaki itu berketinggian 6’4”, rambut sikat ke belakang, dan sebelah lengannya penuh dengan tatu.  Kawan aku macam kenal je tatu di tangan dia.  Bila kawan aku ingat balik, eh tatu tu kan milik seorang kelasi yang meninggal masa kemalangan tu??? Kawan aku memang tak silap tengok dan dia memang cam pemilik tatu tu sebab coraknya yang unik.  Terkejutlah kawan aku tu. Kawan aku bukan jenis suka buat lawak, lagipun kemalangan tu masih baru lagi.  Takde masanya kawan aku nak buat cerita untuk prank atau takutkan kami.  

Ada seorang lagi kawan aku yang mengalami kejadian yang hampir serupa dengan kawan aku tadi. Tapi ianya terjadi semasa kemalangan itu sedang berlaku.  Masa tu memang tengah kecoh dan kelam-kabut.  Anak-anak kapal berlari ke sana ke sini cuba nak ke stesyen masing-masing.  Termasuklah kawan aku ni, kawan aku ni ditugaskan untuk memadam api kebakaran, jadi dia dah siap pakai baju bomba dengan topeng muka sekali.  Sedang dia berlari dengan peralatan dia cuba untuk memadamkan kebakaran di suatu sudut di kapal tu, dia dirempuh oleh seseorang.  Kawan aku tak cam muka orang yang merempuh dia tu sebab dia pakai topeng, tapi dia sempat nampak nama pada lencana orang yang merempuh tu. “Tolong selamatkan yang lain.  Diorang masih ada harapan lagi. Tolonglah!”.  Orang tu merayu-rayu kawan aku ni.  Kawan aku berjaya mengawal kebakaran itu, tapi malangnya, 10 orang anak kapal tak dapat diselamatkan.  Bila senarai anak kapal yang hilang itu diisytiharkan, baru kawan aku perasan, orang yang merempuh dia masa tu adalah salah sorang anak kapal yang hilang tu……  Kawan aku rasa sedikit menyesal sebab kalau dia tahu, dia boleh tolong orang tu.  Kawan aku sempat meluahkan rasa kesal dia pada kapten kami, tapi kapten kami cakap mustahil. Kenapa mustahil? Sebab kesemua anak kapal yang hilang tu tengah tidur dalam berek mereka semasa kemalangan tu, mereka terperangkap dan kesemua mereka meninggal dalam berek, samada tenggelam atau dihanyutkan oleh arus laut. Memang mustahil ada mangsa yang sempat keluar dari situ. Jadi siapa pulak yang kawan aku jumpa tu? Entahlah…..

Bersambung


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2021 12:21 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 5-4-2021 09:07 AM

Pengalaman Tentera Laut USA : Kejadian Di Resort Tama Hill



Kami yang terselamat ni akhirnya diterbangkan ke Yokosuka. Di sana, unit Kebajikan & Rekreasi menganjurkan satu percutian khas untuk kami di Resort Tama Hills.  Kemalangan yang tak disangka itu sememangnya sedikit sebanyak meninggalkan kesan trauma kepada kami, terutamanya mengenangkan ada rakan yang terkorban dalam pelanggaran tu.  Resort ni merupakan bekas depoh senjata milik tentera Jepun yang diubahsuai menjadi resort, ada pondok-pondok untuk bermalam, padang paintball, padang untuk naik kuda dan macam-macam lagi aktiviti rekreasi lain.  Aku memilih untuk bersiar-siar mengelilingi resort itu menaiki kereta golf bersama-sama kawan aku.  Pagi tu kami sengaja bangun lambat, jadi selepas makan tengahari baru kami bersiar-siar.  Kebetulan waktu tu tengah musim sejuk yang tak bersalji atau berkabus, hari siang terang-benderang, tapi dah musim sejuk memang suasana akan jadi agak kelam sikit.  Kami terjumpa satu pemandangan yang agak cantik, berlatarbelakangkan pokok-pokok.  Kawan aku ni memang suka fotografi, jadi aku tunggu jelah dalam kereta golf tu sambil dia mengambil gambar pemandangan di situ.  Dalam 5 minit tu, dia pun selesailah tangkap gambar, pastu dia pun naik kereta golf tapi lepas tu aku perasan, kawan aku ni muka pucat dan senyap je sepanjang perjalanan tu.  

Tak jauh dari situ, ada sebuah berek lama.  Berek ni pintu dan tingkapnya dah reput sana-sini, tapi ada satu pintu tu dah ternganga luas, muat untuk kereta golf kami ni masuk. Jadi aku pun masuklah dalam situ, pusing sana-sini dalam berek tu tapi aku sorang je yang teruja lebih. Kawan aku ni diam tak berkutik.  Akhirnya aku pun teruslah balik ke kabin kami.  

Waktu makan malam, kawan aku tunjuk satu gambar yang dia tangkap kat aku.  

Rupa-rupanya, dia tertangkap gambar satu lembaga hitam tapi takde kaki. Memang jelas sangat sebab waktu tu terang-benderang. Tapi dari pergerakan lembaga tu macam orang yang tengah berkawad.  Dan arah lembaga tu berkawad menuju ke berek lama yang kitorang masuk tu.  Lemah lutut aku bila tengok gambar tu.

Tapi tu takpe lagi.  Hari esoknya, kawan aku tu pegi melepak dengan geng lain, tinggallah aku sorang dalam kabin kami tu. Kabin kami pondok kayu, jadi memang agak luas la dari bilik hotel biasa.  Aku ambil keputusan nak berendam relaks dalam tab mandi.  Untuk tak sunyi sangat, aku pasang Spotify dan sengaja kuatkan pembesar suara telefon aku ke nada paling maksimum.  Aku letak telefon aku tu di meja tidur dan pintu bilik mandi pulak memang sengaja aku tak tutup.  Pintu utama bilik tu aku kunci siap-siap, taknaklah nanti orang pakai main masuk je pastu nampak aku bogel.  Tengah sedap berendam dalam air panas tu, tiba-tiba lagu yang aku pasang tu berhenti.  Keadaan bilik aku jadi senyap-sunyi.  Aku terdengar bunyi keriut-riut lantai bilikku dipijak. Hatiku berdebar-debar dah ni, eh sape pulak yang masuk bilik aku? Pintu dah kunci.  Aku pun terus capai tuala, lap-lap badan dan aku keluar dari bilik mandi. Tapi takde sapa pun dalam bilik tu kecuali aku.  Aku capai telefon yang aku letak atas meja tadi.  Aku ingatkan telefon aku mati, rupa-rupanya volume telefon aku telah diturunkan.  Tapi sapa yang usik telefon aku ni?

Aku rasa tak sedap hati, aku terus tukar baju dan keluar dari bilik tu.  Aku pegi ke bilik tempat kawan aku tu melepak tu. Rupa-rupanya, dalam 8 orang la jugak yang melepak dalam bilik untuk 2 orang tu.  Masing-masing cerita yang diorang sebenarnya rasa tak sedap hati duduk dalam bilik masing-masing.  Rasa macam diperhatikan je. Malam tu, dan malam-malam seterusnya, kami pun setinggan sampai 8 orang, sanggup tidur atas lantai dalam bilik tu, sampailah tamat percutian kami…

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 05:00 PM | Show all posts
wah best... keep it up tt... hilang rasa ngantuk kat office ni... tqtqtq
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Awesome
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-4-2021 09:08 AM | Show all posts
Pertemuan Kali Terakhir

Ayah aku merupakan seorang imigran dari Mexico yang berpindah ke California pada tahun 1970an.  Dia merupakan anak pertama dan satu-satunya dalam keluarga dia yang berhijrah ke luar.  Ahli keluarganya enggan berpindah dan ayah aku duduk sorang-sorang kat USA ni berdekad-dekad lamanya la jugak.  Tapi walaupun ayah aku ni orang Mexico, tapi ayah aku ni memang tak percaya langsung dengan benda-benda tahyul atau paranormal ni.

Di awal tahun 1990an, ayah aku bertemu jodoh dengan mak aku.  Percintaan mereka sekejap je pastu terus kahwin, tak lama kemudian mak aku pun mengandungkan aku.  Ayah aku memang teruja sebab anak pertama kan, jadi ayah aku ni memang tak pernah terlepas dari ikut mak aku pegi check-up di klinik ibu mengandung.

Pada suatu petang, masa ni mak aku dah sarat sangat dan tinggal tak sampai sebulan lagi nak melahirkan aku,  ayah dan mak aku dalam perjalanan nak pegi ke klinik ibu mengandung.  Ayah aku macam biasa tengah memandu di lebuhraya, apabila tiba-tiba ayah aku tersentak dan terbeliak matanya.  Pemanduannya mula jadi tak keruan dan ayah aku tiba-tiba masuk ke exit lain yang bukan menuju ke destinasi mereka. Ayah aku macam terdesak nak patah balik sampai mak aku jadi risau tengok ayah aku.

"Abang, abang, kenapa ni? Abang ok ke?" mak aku cuba nak tenangkan ayah aku yang masih tercungap-cungap tu.
"Abang nampak adik bongsu abang lambai kita kat tepi jalan tadi".

Macam aku cerita tadi, ayah aku sorang je kat USA ni, adik beradik dia yang lain memang taknak ikut.  Mustahil la pulak adik ayah aku ni tiba-tiba boleh ada kat San Francisco tak beritahu ayah aku kan? Mak aku tak percaya dengan dakwaan ayah aku, mungkin ayah aku ni rindu sangat dengan keluarga dia kot. Semasa ibu aku tengah mengandung, memang ayah aku tak dapat nak balik kampung sebab faktor kewangan dan keadaan mak aku yang baru pertama kali mengandung ni.  Tapi ayah aku beriya cakap dia memang tak salah cam orang, jadi mak dan ayah aku pun patah balik lah ke tempat yang ayah aku cakap dia nampak adik dia tu. Sememangnya memang takde orang kat situ apatah lagi adik dia.

Balik dari temujanji doktor tu, ayah aku terus telefon keluarga dia di Mexico.  Rupa-rupanya, adik bongsu ayah aku tu baru je meninggal sebab kemalangan jalanraya.  Tapi malangnya, ayah aku tak dapat nak balik ke Mexico untuk upacara pengebumian adik bongsu ayah aku memandangkan keadaan mak aku yang tunggu hari je ni.  Tak lama kemudian aku pun lahir ke dunia, dan aku dinamakan sempena adik bongsunya.  Bagi ayah aku, mungkin kemunculan adik bongsunya itu adalah untuk mengucapkan selamat tinggal buat selama-lamanya pada ayah aku....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 04:24 PM | Show all posts

suka suka suka...
sebab mgu lps outstation seminggu
xberani nak baca kot seram sebab tdo sorg2 kat hotel..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2021 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sranua replied at 29-3-2021 12:48 PM
Perghhh..dah terasa macam movie arnold scharwanegger yg team special komando pegi serang kampung k ...

Bunian ada kat mana2..

Dan paling penting.. Depa ada ciri yg sama dlm semua citer pelbagai bangsa.. Iaitu CANTIK & KACAK.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:31 AM | Show all posts
Yg ni aku setuju terutama bila melibatkan watak Elves dalam LOTR, bukan main kacak dan cun lagi kaum bunian...sebijik macam yg dialami oleh mereka yg termasuk ke alam sebelah sana.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 10-4-2021 08:11 PM
Bunian ada kat mana2..

Dan paling penting.. Depa ada ciri yg sama dlm semua citer pelbagai bang ...


Kalau kt ireland ada legend perempuan cantik mengilai, namanye banshee. Kalau ikut legend Ireland kalau ada yg dengar ngilaian banshee tu maksudnye ada org yg meninggal. Dah mcm cik pon kita pulak
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 11-4-2021 11:13 AM
Kalau kt ireland ada legend perempuan cantik mengilai, namanye banshee. Kalau ikut legend Irelan ...

Yap.. Ada persamaan kan.. Bashee dgn cik pontianak.. Skrg tgh baca ttg serigala jadian.. Persamaan dgn kita adalah saka yg diwariskan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 11-4-2021 11:21 AM
Yap.. Ada persamaan kan.. Bashee dgn cik pontianak.. Skrg tgh baca ttg serigala jadian.. Persamaan ...

Tu la kan mcm skinwalkers tu I rasa hantu galah kot. Sbb skinwalkers ni diorg gmbr as tinggi kurus
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 11-4-2021 11:23 AM
Tu la kan mcm skinwalkers tu I rasa hantu galah kot. Sbb skinwalkers ni diorg gmbr as tinggi kurus

Yap.. Lepas tu yg hantu dlm almari i rasa sama mcm kisah hantu2 kat asrama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
espri6006 replied at 3-3-2021 08:07 AM
Agaknya dulu tu perkampungan yang meriah situ kan, nak kata roh kanak-kanak pun sebab dalam islam  ...

Mungkin sebenarnya perkampungan jin.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 11:22 AM | Show all posts
Alhamdulillah semuga MPS kembali ceria seperti dulu dulu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2021 10:14 AM | Show all posts
menarik cerita tt. tiap hari masuk forum, mesti tt punya post yg akan dicari dulu..

teruskan tt..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 29-12-2020 02:26 PM
Gangguan di Loyalsock Trail, Pennsylvania
Peristiwa ini terjadi semasa aku masih belajar di kolej.  ...

Aku dah google tempat ni. Lawa gilaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2021 11:43 AM | Show all posts
Hai semua sorry I dah lama tak hupdate citer. busy skit nak puasa ni hehehe


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2021 12:01 PM | Show all posts
Gereja Misteri Bahagian 1

Suatu ketika dulu, aku pernah bekerja sebagai tukang cuci dan syarikat aku dapat kontrak untuk membersihkan dan menyelenggara beberapa gereja di tempat aku membesar.  Biarlah aku terus berterus-terang di sini, tiada apa yang lebih mendebarkan dari berada di gereja yang besar seorang diri di waktu malam.  Benda yang aku nak cerita kat korang ni memang sangat pelik dan menyeramkan, kalau aku teringat balik serta-merta bulu romaku merinding sendiri.

Pada awalnya, aku kena gangguan kecil-kecil je.  Aku ditugaskan sehari selepas hari Ahad iaitu hari orang-orang Kristian berkumpul di gereja.  Selalunya pada hari Ahad tu adalah persembahan koir, tapi pada hari Isnin tu, aku terperasan yang buku-buku nyanyian mereka terbalik di rak.  Bukan satu dua, tapi kesemua buku-buku kat situ.  Kadang-kadang aku jumpa kesan tapak tangan di tempat-tempat yang tak boleh dicapai.  Bunyi-bunyi pelik, contengan di dinding tu benda biasa dah bagi aku.

Tapi yang ni memang betul-betul menghantui hidup aku sampai sekarang.  Aku sepatutnya nak pergi makan malam, tapi aku baru je habis kerja di sebuah gereja ni. Aku memang bawak baju salin kalau aku bekerja di luar, jadi aku dan rakan setugas aku pegilah ke satu bilik pejabat yang ada dalam gereja tu.  Aku salin baju dalam pejabat tu sementara kawan aku ni tunggu di luar bangunan nak merokok jap.

Bersebelahan dengan pejabat ni, adalah bilik air.  Aku terdengar bunyi tepukan dari dalam bilik air tu. Macam orang tepuk nyamuk di udara.  Pada mulanya aku abaikan je sebab bangunan ni dah lama kan, dan aku pun teruskan la tukar baju.  Sekali lagi aku terdengar bunyi tepukan itu, diikuti bunyi THUD! Macam ada orang lompat turun ke lantai.  Dan kemudian, bunyi tapak kaki.  Macam ada orang sedang mengintai aku.  Bunyi tapak kaki itu bertukar jadi bunyi orang berlari di sepanjang lorong berhadapan pejabat ni.  Kemudiannya ianya berpatah balik dan berhenti betul-betul di depan pintu pejabat ni.  Tapi orang tu berhenti tercegat di depan pintu tak buat apa-apa.  Aku dah berdebar-debar, cepat-cepat aku butangkan baju aku dan bukak pintu pejabat tu. Aku jenguk kat luar, kosong takde sesiapa pun.  

Dan tiba-tiba, WHAM! Macam ada orang tembak aku guna meriam udara, cuma udaranya sejuk beku sampai buat aku gigil-gigil. Aku tak boleh nak tahan ketakutan, aku pun angkutla baju-baju aku yang tak sempat dilipat dan berlari keluar dapatkan kawan aku yang tengah merokok tadi.  



Sejak daripada hari tu, aku dah tak berani dah nak berseorangan dalam bangunan gereja tu lagi.  Tapi adakalanya aku terpaksa dan dipaksa jugak.  Dan itu bukan peristiwa kali terakhir untuk aku...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.389139 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list