Restoran Seri Bayu Klasik, Bayu Perdana
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Menu & Harga
Pintu Masuk
Hiasan Di Pintu Masuk
Semalamisnin, 15.09.2008 aku dan member berbuka puase kat luar.. maklumlahdapat bonus raya, so apa salahnya berbuka mewah skali-skala ye tak..kira2nya kitorang berbuka sambil membawa ke sahur la ni, oleh sebabrestoran ni dah penuh masa waktu berbuka jadi kami pon merayau2 dulu disekitar Giant Bukit Tinggi Klang..
Tepat jam 9.00pm barulahkitorang pergi ke restoran tu skali lagi untuk menikmati juadahberbuka, maklumlah tadi ikat perut masa berbuka hanya dengan minum airmineral dan kurma di pasaraya saje.. ni kali pertama aku masukan label Makan-Makan dan selepas ini mungkin lebih banyak lagi yang berkaitan dengan label ni.. so tunggu..
Dekorasirestoran ni memang cantik dan ada kelas, ala-ala nusantara sikit.. adadua buah gazebo di kiri dan kanan restoran ni yg menyerlahkan lagirestoran ni, tapi sayang ianya hanya sesuai untuk makan beramai2(family) dan seronoknya makan secara bersila seperti tradisi di kampungyang boleh memuatkan kira2 10 0rang..
Tapi sayangnya restoran nisedikit suram, so gambar2 yang aku ambik malam tu pon sedikit kelam dangelap.. masa menunggu pon x de lama sangat dalam 20 minit sahaja, maybeorang dah x ramai waktu tu dan hanya ada 6 buah meja sahaja yg adapelanggan.. service pon cepat, pekerja ramai tapi sayangnya masihkurang mesra..
Gazebo Kanan
Gazebo Kiri
Kaunter Pembayaran
Nama :- Restoran Seri Bayu Klasik
Lokasi :- Taman Bayu Perdana, Klang, Selangor
Cuisine :- Masakan Ala Thai
Menu Pilihan :- 2 Orang
Mee Hoon Goreng - RM 3.80
Nasi Putih - RM 1.30
Nasi putihnya sedap sebab restoran ni menggunakan beras wangi, berasnyaseroi2 (x melekat) dan aromanya sahaja cukup membangkitkan selera..
1.5 Bintang..!,tapi kawan aku yg order mee hoon sedikit kecewa, sebab mee hoondigoreng terlalu lama sehinggakan ianya melekat2 dan sedikit keras..rasanya pon sangat teruk, terasa sos ikan terlalu banyak digunakan..senang cakap rasanya sungguh meloyakan..!
Siakap Sambal Merah - RM 29.70 (Besar)
4.5 Bintang..!,untuk rasa ikan siakap sambal, memang kelas..! dagingnya ranggup,sambalnya pedas, likat dan pekat.. sampaikan kitorang meratahnyasehingga habis, huhuhu.. sebelum ni aku pernah try siakap masak stimlimau, rasanyaboleh tahan gak sedapnya..! so kalau datang sini akurekemenkan korang order stim limau / sambal merah ni.
Tomyam Merah Seafood - RM 10.00 (2 Orang Makan)
4 Bintang..!,sedap & banyak..!, sungguh berbaloi, udang bersaiz sedang2 dalam 4ekor, tomyamnya di penuhi dengan sotong, kerang, lala & cendawan..pedas dan kuahnya pekat, antara tomyam terbest aku pernah makan disekitar Klang.
Kangkung Belacan - RM 3.80 (Kecil)
3.5 Bintang..!,sedap & pedas, rasa sayurnya segar dan rasa serta aroma belacanmemang menyelerakan.. tapi terasa sedikit masin, kuantitinya jugasedikit kalau nak dibandingkan dengan harganya di restoran2 lain.
Jus Epal - RM 2.50
Ais Kosong - RM 0.20
2 Bintang..!,Mahal, cair dan rasanya kurang manis.. tak rekeman kat korang,seeloknya korang try order air jus lain..X sedap sebab rasa air jerang.
Harga :- RM 51.30
Penilaian :-
..........Makanan : 3 Bintang
..........Tempat : 4 Bintang
..........Service : 3.5 Bintang
..........Harga/Rasa : 3.5 Bintang
Keseluruhan : 3.5 Bintang
Sumber : Blog aku sendirik.. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
[ Last edited by princebrunei at 19-12-2008 04:37 PM ] |