CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah1285

Garden Of Poem At ATM ..bersama In....

 Close [Copy link]
Post time 5-8-2007 07:18 PM | Show all posts
selesai sudah soal ikan ayer...yang tinggal hanya cahaya matahari diufuk barat..
maka terbitlah bulan sbg penerang jalan....gema takbir berkumandang...
menandakan masuknya waktu maghrib...bagi kawasan kuantan dan kawasan2
yang sewaktu dengannya...jika ade jiwa terluka, hati terguris dan perasaan bergelora
durian memohon  menutup bicara...dengan kemaafan dari yang terasa..
moga bicara pencetus ceria...jika ade salah dan silap..harap pejam mata...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2007 07:21 PM | Show all posts
Lembayung senja marak di ufuk barat
sepoi angin sore kian lenyap
menggamit senja yang kian sepi
sesepi hati seorang aku ini
langit itu kian kelam
dengan hatiku yang berbalam
aku hanya mampu berlagu dalam diri sendiri
kenapa dan mengapa...


~Indah, senja ahad

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 07:24 PM | Show all posts

Reply #421 Durian^Belanda's post

daku memaafkan mu..
disini hnya gurauan semata-mata..
bg mengeratkan lg hubungan persahabatan yg t'jalin ant kita..
salah dan silap ku juga, ku pohon ampun dari kalian smua..
t ingin menutup kata.. utk mengadap yg Maha Esa..
jika dipjgkan umur, selepas ini kite sambung smula..

kita solat duluuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 07:24 PM | Show all posts
dea blh jadik tukang bace jek..
xbebakat btl dea nih..tumpang lalu jek ek
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 07:25 PM | Show all posts

Reply #424 dea_nylea's post

lalu leklok dea.. sesekali try la.. t pun x reti..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 09:27 PM | Show all posts
di kegelapan malam yg sunyi ini..
ku rasa kan sungguh sepi sekali..
dimanakah teman2 ku ini pergi..
tak ajak t skali..
kesedihannya menggamit hati..
hingga ke sanubari..
sampainya hati berbuatku begini..
tak pe la.. biarla ku membawa diri..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-8-2007 09:27 PM | Show all posts
Originally posted by dea_nylea at 5-8-2007 07:24 PM
dea blh jadik tukang bace jek..
xbebakat btl dea nih..tumpang lalu jek ek


cubalah dulu.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 09:30 PM | Show all posts

Reply #427 indah1285's post

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2007 11:46 PM | Show all posts

Ke Makam Bonda - Oleh Usman Awang (Tongkat Warran)

Puisi sempena bulan kemerdekaan Malaysia ke-50.
Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.


Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.



Dalam kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.



Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.



Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.



Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil mengadap Tuhan.



Begitulah bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan.



[ Last edited by  rurouni_khairul at 5-8-2007 11:48 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2007 11:46 PM | Show all posts
Entah kenapa malam ini In menyelak tabir semalam... kisah seorang kawan...
yang bernama Mawar (bukan nama sebenar) telah berkahwin mut'ah dengan kekasihnya Malaun (bukan nama sebenar)
malam dingin beku begini Mawar menelefon In
menangisi akan nasib, ditinggalkan kekasih, suami mut'ahnya
In tak menangis dan tak ingin menangis untuk lelaki seperti itu
jangan menangis Mawar, pujuk In....
jangan menangis untuk seorang lelaki
jangan menangis kerana cinta telah luruh
kelak cinta tumbuh lagi, yang lebih mekar dan harum
kerana Mawar masih indah dan menawan..

Esakan Mawar kian pantas, buat In resah
buat hati In luluh, kenapa dan mengapa....?
jangan menangis Mawar, ulangi In....
sesuatu yang sia-sia menangisi seorang lelaki bernama Malaun
sesuatu yang sia-sia meratapi cinta gugur dari keparat seorang Malaun
sesuatu yang sia-sia menjadi seorang perintih kepada lelaki yang berhati beku
usah menangis Mawar.....

Kami sudah 'bersama', kata Mawar dan Mawar ulanginya lagi berkali-kali
dalam esak dan tangis yang semakin melucur deras
In terkedu, hati In bengkak, darah In menyerap laju...
In menangis, kenapa tiba-tiba In menangis...?
kerana sedih dan kasihan
kerana memikirkan keluarga mawar tidak pernah tahu tentang pernikahan Mawar
kerana memikirkan seolah-olah Mawar sudah terlanjur, biarpun Mawar sudah nikah mut'ah
kerana memikirkan bagaimana Mawar mahu berhadapan dengan suaminya yang akan datang
In menangis... menangis lagi...
Mawar, In tidak tahu bagaimana mahu membantu kamu
marilah kita berdoa, janji Tuhan....
doa orang yang kena aniaya dimakbulkan, tanpa hijab...

dan In terus menangis lagi....

~Indah, mlm selasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 08:51 PM | Show all posts
kalau anda
fikir anda masih islam...bacalah
Kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak......Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini....
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak
Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak
Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah. ..


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dsalam

al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama


Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 09:08 PM | Show all posts

Reply #430 indah1285's post

Hati wanita mudah tersentuh dengan belaian manja
mengharapkan panas sampai ke petang
rupanya hujan yg membasahi bumi Ilahi

Hati wanita terlalu mudah mempercayai janji manis
yg disulami seribu kepalsuan
sanggup di dustai dengan omongan2 kosong
yang hanya menghanyutkan diri sendiri
harga diri di jadikan jual beli

Hati wanita mana yang tak merasa
segala kepahitan setelah segalanya berakhir
penyesalan tiada guna
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 09:36 PM | Show all posts
Originally posted by dutchy at 7-8-2007 09:08 PM
rupanya hujan yg membasahi bumi Ilahi

Hati wanita terlalu mudah mempercayai janji manis
yg disulami seribu kepalsuan
sanggup di dustai dengan omongan2 kosong
yang hanya menghanyutkan diri sendiri
harga diri di jadikan jual beli

Hati wanita mana yang tak merasa
segala kepahitan setelah segalanya berakhir
penyesalan tiada guna




hujan yang turun bukannya bencana
hanya ujian diperantara...

wahai wanita....
tiada niat kami untuk menyakiti
tiada niat kami untuk memalsukan janji
tiada niat kami untuk menjadi lelaki

dah memang ditakdirkan kami  lelaki dari azali.....


poem dari gua hantu

[ Last edited by  yassin_yahya at 7-8-2007 09:37 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 09:48 PM | Show all posts

Reply #433 yassin_yahya's post

Wahai lelaki idaman hati
mengapakah selalu kami di sakiti
kasih sayang di balas dengan domba
pujuk rayu menjadi racun berbisa
dimanakah tempat mencari teduh
jika lelaki yg diharapkan menjadi teduhan
menjadi lawan di padang percintaan

  
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 09:54 PM | Show all posts

Reply #434 dutchy's post

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2007 10:07 PM | Show all posts
Originally posted by Durian^Belanda at 7-8-2007 08:51 PM
kalau anda
fikir anda masih islam...bacalah
Kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak......Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini... ...


Ledakan senapang menggerun sesiapa
kerana nyawa mustahil dijual di mana-mana
lari bukan bererti pengecut
bukan lari dari Tuhan, kerana Tuhan sering menjejaki
lari
bukan juga kufur maupun engkar
lari
kerana nyawa milik Tuhan jua
yang harus diselamati....

~ Indah, mlm rabu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2007 10:14 PM | Show all posts
Originally posted by dutchy at 7-8-2007 09:08 PM
Hati wanita mudah tersentuh dengan belaian manja
mengharapkan panas sampai ke petang
rupanya hujan yg membasahi bumi Ilahi

Hati wanita terlalu mudah mempercayai janji manis
yg disulami seri ...


Kisah benar ini masih berlegar setiap hari
kerana Mawar merintih setiap hari ke cuping telinga In
kerana hanya In yang tahu
hanya In yang menyimpan cerita sedih ini
sekian hari In buntu, namun In kuatkan hati tenteramkan Mawar
akan ada lelaki di luar sana
yang mengerti dan simpati
kerana Tuhan telah menyimpan lelaki baik itu
buat perempuan baik itu
untuk mawar dan untuk In jua
mari bertasbih, memujiNya... kerana IA tidak bakhil

~ Indah, mlm rabu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2007 10:20 PM | Show all posts
Originally posted by yassin_yahya at 7-8-2007 09:36 PM


hujan yang turun bukannya bencana
hanya ujian diperantara...

wahai wanita....
tiada niat kami untuk menyakiti
tiada niat kami untuk memalsukan janji
tiada niat kami untuk menjadi lelak ...


Duhai lelaki
kami lahir dari kiri dadamu
mendamba kasih di sisi
melabuh rindu di lambungmu
kucuplah dahi kami
tanda kamu menghargai cebisan
daging dari dadamu sendiri...

~ Indah, mlm rabu
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 10:54 PM | Show all posts
Originally posted by Durian^Belanda at 7-8-2007 08:51 PM
kalau anda
fikir anda masih islam...bacalah
Kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak......Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini... ...


insaf..
tq..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 11:01 PM | Show all posts
Wahai Wanita Yang Amat Di Sayangi
     Dirimu Sangatlah Mulia Di Sisi Tuhanmu
Sehinggaa Dirimu Di Rakam Tuhan D Dalam KitabNYA
     AN-NISA' Begitulah Titlenya...
Wanita...Tindakanmu Itu Penghala Tujumu

     Baik Tindakmu Baik Halamu....
Buruk Tindakmu, Gelap Di Depanmu

     Wanita...Bukan Semua Lelaki..
Adalah Pencincang Hatimu...Masih
     Ada Yang Bernaluri, Mengingini...Belaian
Kasih Sayangmu..Cinta Luhurmu..
     Carilah Wahai Wanita, Lelaki Yang Jujur,
Takutkan RoBB, Di Tempatnya...
     Mereka Tiada Di Disko, Pub, Funfair...
Namun Ketahuilah Wanita,
      Hati Lelaki-lelaki Ini, Yg Tidak Akan Memporak-Poranda
Hidupmu Kerana Cinta Mereka Adalah Kerana RoBB Yang Satu....



nukilan...Durian^Belanda....07..

[ Last edited by  Durian^Belanda at 8-8-2007 07:57 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.063594 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list