Mata MOKCIK liar memerhatikan suasa yg agak kelam di tempat itu .. udara yg sejuk diselebungi kabus menyucuk sumsumnya .. MOKCIK memperlahankan langkahnya .. untuk mengamati dengan lebih baik .. cuaca di kala itu menghalang penglihatannya yg sudah semakin kabur di telan usia ..
raga di belakangnya masih terasaringan .. hanya dua sahaja yg diperolehinya .. walaupun dia sudahberada di situ hampir satu jam lamanya .. geseran bayu pagi mengusiktelinganya yg dipenuhi t*ik .. sudah lebih sebulan dia tidak servisnya.. "kos servis sangat tinggi" itulah jawapan yg selalu diberikan biladitanya mengapa MOKCIK tidak menyervis telinganya yg sudah berlumut itu..
pada hemah MOKCIK .. perkara itu tidaklah menjadi penghalang baginya .. asalkan telinganya mampu berfungsi dan mendengar panggilan anak cucunya yg disayangi .. itu sudah memadai .. walaupun tanpa disedarinya .. lukah2 kekuningan selalu mendampar di muka telinganya .. benar-benar mengharu-birukan ..
"ahhh .. patah laa plak .. yg ni dah lawa .. tp .."
rungut MOKCIK keseorangan di hening pagi itu tatkala kaki kirinya terpijak ranting kayu segar tanpa disedarinya ..
memungutranting kayu kering di waktu pagi merupakan hobi MOKCIK .. dia akanmengumpulkan ranting kayu kering sehingga bakulnya penuh terisi ..kemudian, ranting tadi akan dibawanya pulang ke rumah dan disusun rapidi penjuru rumahnya .. stor usang yg terletak di belakang rumah jugaturut dijadikan tempat menyimpan kayu-kayan tersebut ..
MOKCIKmemungut kayu kering bukan untuk dijual juga bukan untuk dijadikan kayuapi .. tetapi dia akan menyimpannya kemas tanpa terusik sedikitpun ..itu merupakan hobi dan tabiatnya sejak kecil lagi ..
pernahsuatu ketika cucunya terambil salah satu ranting kayu yg disimpanMOKCIK di dalam stornya untuk dijadikan kayu api .. setelah MOKCIKmendapat tahu perkara itu, dia lantas menemui cucunya serta memarahinyadengan teruk sekali .. anak kecil itu dikurung di dalam stor tersebutsupaya dia akan "kenal" apa itu harga sepotong kayu ..
seawal jam 3:45 pagi .. itulah waktu yg dinanti-nantikan oleh MOKCIK untuk keluar dari rumah usangnya meredah masuk ke dalam belukar berhampiran yg terletak 150km dari kediamannya .. berbekalkan sebilah pisau lipat tumpul yg sudah berkarat di dalam sakunya yg sudah carik, MOKCIK menyandang di belakangnya sebuah bakul yg diperbuat daripada rotan .. bakul itu merupakan permberian arwah musang berbulu putih yg ditemuinya semasa berkelana ke Bukit Sebelah tempoh hari .. selipar rotan buatan tangannya yg sudah rompong di bahagian hadapan turut memaikan peranan membantu MOKCIK mengorak langkahnya dengan penuh selamba meranjaui setiap onak dan duri .. namun tidak dapat dinafikan, kegigihan dan kekentalan semangatnyalah yg merupakan satu-satunya tonggak utama bagi MOKCIK untuk meneruskan hobinya itu hari demi hari ..
pernah beberapa kali rakan taulan menasihatinya supaya berhenti dari melakukan kerja yg sia-sia itu .. tiada satupun yg bergelar "manusia" melakukan kerja itu pada waktu tersebut .. lagipun, cucu-cicitnya yg masih kecil sangat-sangat memerlukannya di rumah .. apatah lagi mereka tidak beribu bapa ..
namun begitu, teguran dan nasihat rakan-rakan tidak dipedulikan MOKCIK .. kerana baginya, hanya dialah yg berhak menentukan gaya hidupnya .. slogan "modern style" selalu bermain di mulutnya dan itulah yg merupakan inspirasinya untuk terus melakukan aktiviti hariannya walaupun menerima tentangan dan bantahan dari orang lain ..
pernah beberapa kali MOKCIK terserempak dengan "sang belang" seperjalanannya menuju ke hutan .. "sang belang" sangat ditakuti ramai kerana telah beberapa nyawa terkorban di hujung taringnya .. kerana itu juga rakan-rakannya selalu menasihatinya supaya tidak keluar seawal waktu itu .. sekitar jam 12-6 pagi merupakan siang bagi "sang belang" .. mereka menegurnya bukan kerana bencikan MOKCIK, bukan kerana memusuhinya .. tetapi mereka sayangkan cucu-cucunya yg masih kecil .. tanpa MOKCIK, ke manalah anak-anak kecil itu mengadu nasib ..
namun begitu, MOKCIK telah terlebih dahulu menyedari ancaman ini .. kerana itu dia telah membekalkan dirinya dengan sebuah senjata istimewa yg tiada tandingan .. sesiapa yg menjadi sasaran .. nahaslah jawabnya .. tidak terkecuali "sang belang"
bau badannya yg sungguh efektif dan beracun merupakan senjata utamanya yg mampu menjatuhkan pihak lawan dari jarak jauh tanpa disedarinya .. ia merupakan senjata sulit yg tidak berupa dan tanpa nama .. senjata MOKCIK sangat-sangat ditakuti oleh semua termasuk penulis sendiri .. ia kini sedang menjadi buruan bagi forensik-forensik US yg terkenal dengan kegilaannya dalam memburu pakar-pakar senjata nuklear ..
menurut seorang pakar atom,Prof. William yg berkhidmat di kedutaan sulit Amerika Syarikat ..sejenis senjata beracun yg sangat-sangat merbahaya telah muncul diAsia.. ia dipercayai berada di semenanjung Malaysia .. perkara itutidak dihebohkan kepada ramai kerana dikhuatiri akanmemporak-porandakan keadaan .. menurut Prof. itu lagi, senjata jenisitu pernah muncul suatu ketika dahulu iaitu sekitar 500,000 S.M. dan iatelah mengubah sistem ekologi alam termasuk memupuskan hampir 7/9hidupan waktu itu ..tetapi, ia telah muncul pula pada abad ini ! inilahyg menggelisahkan mereka ..
walaupun begitu, siasatan awal mendapatisenjata ini masih diperingkat pembinaan.. dan masih boleh dilupuskan ..kerana itu, pihak US telah menawarkan ganjaran sebanyak US 1,000,000,00bagi sesiapa yg berjaya mengesan pusat senjata ini ..