CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mimiekiut

[MERGED] HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA [THE CHRONICLES OF MERONG MAHAWANGSA]

  [Copy link]
Post time 19-3-2011 12:13 PM | Show all posts
Sejarah Kemasukan Islam Di Kedah Dan Perkembangannya

Peperangan Seri Rama Dan Andanum

Ketika Islam menyerang India lebih kurang dalam tahun 1000 sebuah kerajaan Hindu di pantai Koromandel bernama Chola mempunyai angkatan laut yang kuat. Perhubungan antara Srivijaya dan Chola dikira boleh tahan tetapi Chola tidak senang dengan undang-undang dan peraturan yang dikenakan oleh Srivijaya ke atas kapal-kapal asing dan dengan monopoli-monopoli ekonomi yang dipegang oleh Srivijaya di Nusantara. Serangan-serangan orang Islam di Utara India dan rancaknya saudagar-saudagar Islam : Arab dan Iran serta Melayu di Lautan India merimaskan Rajendra Chola.

Dengan itu pada 1025, Raja Rajendra Chola menyerang Srivijaya dan menyebut bahawa Kedah yang menjadi sebuah dari pusat-pusat penting empayar itu dimusnahkan dengan teruknya.

Dalam bahasa Tamil yang digunakan oleh Rajendra Chola, Kedah disebut sebagai " Kadaram ". Sebuah inskripsi di dalam sebuah kuil di Tanjor berbunyi :

" Beta Rajendra menghantar beratus-ratus kapal ke lautan bergelora telah berjaya menawan Sang Rama Bijaya Tungga Warman iaitu Raja Negeri Kadaram sekali dengan gajah-gajah angkatan perangnya yang sangat hebat. Beta telah merampas harta-harta yang amat banyak kepunyaaan raja itu yang dikumpulnya dengan jujur sejak beberapa lama. "

(Paul Wheatley, 1961 : 199-200)

Seterusnya inskripsi Tanjor mendaftarkan nama negeri-negeri dalam Empayar Srivijaya yang dimusnahkan oleh Rajendra Chola Diantara negeri-negeri yang dapat dikenali ialah Pannai (Pane di Sumatera), Malayur (Jambi), Legor, Phanrang di Champa; Trang, Chaiyya di Thailand, Lamuri (Acheh), Pulau Nikobar dan Kadaram (Kedah).

Kedah telah disebut-sebut oleh Rajendra sebagai negeri yang paling hebat membuat tindak balas dan kita sedari ini terjadi kerana Kedah mempunyai paling ramai penduduk Islam. Dari serangan Chola, Kedah menjadi padang jarak, padang tekukur.

" Sebermula maka tersebutlah perkataan Pulau Langkapuri (Langkawi) itu selama peninggal Perang Seri Rama dan Andanum jadi sunyilah pulau itu, tiada siapa-siapa duduk ".

Beginilah gambaran peperangan antara Raja Chola dan Kedah yang terdaya dicatatkan oleh Hikayat Merong Mahawangsa.

Raja Kedah yang pertama sebelum Islam menjadi agama rasmi

Lebih kurang dalam tahun 1000 Masihi Syi'ah di Iran memulakan gerakan memburu orang-orang Ahli's Sunnah Wal Jamaah dari bumi Iran. Kedudukan orang-orang Ahli's Sunnah amat pincang dan terdesak sekali. Mereka terpaksa berhijrah besar-besaran ke tempat-tempat yang tidak diganggu gugat oleh Syi'ah.

Sebahagian dari orang-orang Ahli's Sunnah Iran sampai di Nusantara dan pada masa inilah Merong Mahawangsa atau Maha Raja Durbar Raja sampai di Kedah. Bumi Kedah dibakar oleh Chola masih berasap.

Hikayat Merong Mahawangsa menyebut bahawa Raja Kedah yang pertama ialah Merong Mahawangsa. Baginda menjadi duta Maharaja Rom untuk membawa Putera Raja Rom berkahwin dengan Puteri Maharaja China.

Dalam pelayaran, angkatan Merong Mahawangsa telah diserang oleh burung garuda di laut berhampiran Pulau Langkapuri. Angkatan Merong Mahawangsa yang " penuh laut " telah binasa melainkan kapal Merong Mahawangsa sendiri. Baginda terpaksa mendarat di pantai berhampiran kaki Gunung Jerai. Di situ baginda dirajakan oleh penduduk tempatan.

Negeri Rom yang dimaksudkan ialah wilayah Empayar Parsi atau Iran, satu masanya sebahagian dari wilayah Empayar Rom Timur. Kawasan ini sudah pun menerima Islam sejak zaman Khulafa-ur Rasyidin. Kepada orang-orang Arab bekas wilayah Empayar Rom di Utara Iran ini ialah " Rom ". Di kawasan inilah orang-orang Iran dan orang-orang Turki silih berganti menegakkan beberapa buah kerajaan Islam yang kuat.

Burung Garuda ialah kenderaan Dewa Wisnu dan menjadi satu dari lambang-lambang agama Hindu. Angkatan Merong Mahawangsa tidak dapat dielakkan dari diserang oleh angkatan perang Hindu. Dalam KM 11 dan 12, serangan-serangan angkatan Hindu ke atas angkatan Islam di Laut India adalah fenomena biasa.

Merong Mahawangsa dikatakan telah berkahwin dengan seorang gadis Orang Laut dari suku Gergasi dan menggalakkan rakyatnya bercampur darah diantara kaum. Amalan ini bukanlah amalan orang beragama Hindu.

Butiran dari " Al-Tarikh Salasilah "

Mengikut " Al-Tarikh Salasilah ", Raja Kedah yang pertama ialah Maharaja Durbar raja yang berasal dari " Negeri Gumarun di dalam Tanah Parsi (Bandar Abbas Iran) ". Baginda ditewaskan oleh angkatan suku Iran lain yang lebih kuat. Gumarun ini ialah sebuah pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian sekarang. Dan kawasan ini telah memeluk Islam sejak zaman Khulafa-ur Rasyidin lagi.

Raja Kedah yang pertama telah memperkenalkan " Nobat " di istananya. Orkestra ini berasal dari istana Khalifah Harun al-Rashid di Baghdad. Alat-alat muziknya yang dikumpul bercorak Hindu dan Peribumi. Bagaimanapun, nobat adalah pakaian khalifah-khalifah Islam di Baghdad. Jadi Raja Kedah yang pertama, mengikut dua-dua buku ini ialah orang yang sudah kenal dengan kebesaran agama Islam dan ajaran-ajaran Nabi Muhammad S.A.W. walaupun tidak tercatat mereka memeluk Islam.

Maharaja Durbar membina istananya " Kota Langkasuka " di Sok, enam puluh batu ke timur Gunung Jerai berhampiran persimpangan jalan perdagangan Kedah dan Langkasuka.

Merong Mahawangsa pula mendirikan istananya di timur Gunung Jerai di tempat yang tidak dapat dipastikan tetapi amat berhampiran dengan Kuala Merbok iaitu tapak permulaan jalan menuju ke Langkasuka di Pantai Timur.

Dari persamaan ini dan persamaan-persamaan lain lagi boleh dikatakan bahawa Merong Mahawangsa dan Maharaja Durbar Raja itu raja yang sama.

Merong Mahawangsa lebih popular disebut orang sebagai raja yang pertama kerana hikayatnya lebih awal dan lebih meluas dibaca anak negeri. " Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah " ditulis oleh Muhammad Hassan hanya dalam tahun 1928.

Perasmian Agama Islam mengikut " Merong Mahawangsa "

Hikayat Merong Mahawangsa menceritakan bagaimana Islam diperkenalkan di Kedah. Kononnya seorang Wali Allah bernama Syeikh Abdullah di Baghdad mempunyai seorang murid yang bernama Syeikh Abdullah al -Yamani. Melalui pertolongan gurunya, Syeikh Abdullah al-Yamani dapat bersahabat dengan iblis (Jin).

Syeikh Abdullah diberi sebatang tongkat yang dapat menghilangkan dirinya dari penglihatan manusia apabila memegang tongkat itu. Iblis membawa Syeikh Abdullah terbang ke Kedah mengunjungi Raja Phra Ong Mahawangsa di istananya di Bukit Meriam. Di istana itu iblis mengharingkan minuman keras yang akan diminum oleh raja. Tuan Syeikh memarahi iblis kerana berkelakuan demikian dan timbullah satu pertengkaran kecil. Iblis bertindak merebut kembali tongkat saktinya dari Syeikh Abdullah dan Raja Kedah pun terlihatlah tubuh badan Syeikh Abdullah al-Yamani berdiri di hadapannya.

Syeikh Abdullah menerang satu persatu apa yang terjadi dan sejak itu Raja Phra Ong terus memeluk Islam, bertaubat tidak mahu minum arak lagi, dan mengubah nama baginda menjadi Sultan Muzaffal Syah.

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 19-3-2011 12:24 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 03:06 AM | Show all posts
bosan cciter ni...rugi RM 14...baik tgk big Momma lagi best..serius
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 05:06 AM | Show all posts
bagus juga citer ni sebab bukak mata ramai orang pasal hikayat sejarah tanah melayu.. meskipun KRU menjadikan citer ni sebagai fiksyen (katanya realism), tp org akan anggap dia sebagai hiburan semata2.. tp at least, ia membuatkan org berkata tentang nya. so, ianya menjadi la jugak end product dia.

:thumbs:

[B]Look at my facebook game application:-[/B]

How rich are you next 5 years?

Bakal bini lawa tak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 05:08 AM | Show all posts
orang malaysia camne pun nak bandingkan citer ni dgn filem hollywood..

[B]Look at my facebook game application:-[/B]

How rich are you next 5 years?

Bakal bini lawa tak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 04:10 PM | Show all posts
Byk betul thread pasal merong mahawangsa ini...juz pilih satu sbb nak komen pasal filem ni.. i'm a bit sceptical about malay film...even p.ramlee movies...selalunya x tgk tp kali ni sbb member asyik dok ajak so gi lah tgk kat JJ, sban...at last i ngaku jugak org kita blh buat filem yg berkualiti dgn budget yg tinggi...tp biasalah org kita...klu org putih buat semua elok tp bila org kita buat diperlekehkan...sbb tu lah industri ini x blh gi jauh...hrp2 filem ini dpt menembusi pasaran luar...it's high time...bagilah sokongan kepada usaha KRU brothers serta x lupa Datuk Yusuf Haslam n sons....usaha mereka patut dihargai...tetapi org kita susah nak menghargai  seseorg...mengutuk memanjang...kudos for the KRU...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2011 06:06 PM | Show all posts
wow, filem ni aku bagi A+ laa...

tapi aku benci btol suara narrator...macam horny pon ade...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 08:32 PM | Show all posts
yes, kudos tu kru. tapi harap diorang belajor dari kesilapan ek, even movies diorg boxoffices, n review byk yg bagus, yg penting movie2 lepas ni lebih baik, n bende yg dikritik tu diperbaiki le...paling penting jln cite la..n mutu lakonan, tu je...n satu lagi pasal baju dobi..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 21-3-2011 10:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by surfinv at 22-3-2011 11:23

aku baru tgk semalam... hmm ok aku pergi pada kritik dulu..
ini mmg citer sejarah dan bukan fictionist yg kita bleh nk persoalkan knp jadi mcm tu knp mcm nie...

so kritikan aku goes pada, screenplay

dlm movie ni, nampak yg Yusri masih lagi kurg pengalaman untuk menyerlahkan babak2 penting dan menggarapi seni penceritaan yg lebih baik.. yg menyerupai hikayat.. kerana naskah sejarah ni yg dipanggungkan hampir serupa dgn filem komersil yg lain... harus berhati2 di situ ...
kerana mata pastinya akan memberi tumpuan kerana kita di Malaysia...

tetapi utk yg lain saya salute,
filem ini membuktikan kpd pengarah2 lain yg kita mesti ke tahap yg lebih tinggi klo nk kecapi kemajuan dlm industri filem, especially pada muvie2 melayu yg macam haram tu.. tayang cuma nk untung... ko buat seratus filem setahun pun tp tak berkualiti nk watper.. cetak rompak jual rm5 pun aku tk ingin beli... buat menyemak rak dvd aku jer..

kru telah setkan satu new level pada sumer pengeluar2 filem di malaysia..
dgn kesan khas, efek, sound dan prop yg hebat , tak semacam filem2 malaysia yg lain, kita juga mampu pergi jauh...
sumer aku suke psl filem ni... terutama bila kesan bunyi tu dia berani amik orkestra bukannya rekod dlm studio..

cuma penceritaan yusri lemah mcm filem cicakman juga.. and penggunaan pelakon luar, ada juga pro n cons dia.. adakah yusri tidak yakin dgn hero tempatan utk memasarkan produk ke luar negara... atau hero tempatan sendiri yg masih jaguh kg.. tak layak nk pegang role dlm filem besar nie..  renungkan...

gud luck malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 03:32 PM | Show all posts
dah lebih 4 juta dalam masa seminggu!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 05:04 PM | Show all posts
btw astro 1st bila lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 09:32 AM | Show all posts
dah tgk malam td...mmg best..aku kasi 5 bintang terus...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 10:38 AM | Show all posts
haha....saya pun tak suka suara narrator tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 10:56 AM | Show all posts
berapa kutipan setakat nih ek?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 02:02 PM | Show all posts
kutipan

Hikayat Merong Mahawangsa
SEJARAH / AKSI / PEPERANGAN        6.82 juta        10.03.2011        4.75 juta *        52

*Kutipan terkini sehingga 23 Mac 2011
sumber FINAS
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 03:33 PM | Show all posts
harap2 kutipan lepas RM10 juta kat malaysia
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 23-3-2011 07:56 PM | Show all posts
tahniah kru
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 02:04 AM | Show all posts
cd lagu OST dan skor music HMM dh ada di pasaran ke belum???
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 10:37 PM | Show all posts
baru lepas balik nengok merong mahawangsa... NAPERLA....... KUALITI GMBR JADIK CAMTU?
BLUR... BLUR... BLUR... KALAU NK PAKAI TEKNIK APER KER BENDA PUN BUAT LA BETUL2
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 10:46 PM | Show all posts
Dato' Rahim razali plak yg aku pasan gegiler.. awal2 dia muncul jer aku dah gelak.. rambut ...
JUSTcircle Post at 17-3-2011 17:03

    naper aku tengok rambut dia macam cerita raja monyet yg teman sang sami dlm cerita journey to the east pasal budha la jugak yg ada ba alif ba ya ngan binatang ape tah satu lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.288887 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list