|
Temerloh[Bndr IKAN PATIN] : Pembangunan & Kemajuan
[Copy link]
|
|
Reply 420# cintan66
Balik bila time Raya @ musim cuti sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 419# cintan66
skrg ni klu ade boye pon xprasn kot...dah kene ngap bru twu ade boye....dedulu cam tu jgk ke ghupe air sungei tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 422# lotus_e05
Dulu jernih....seronok mandi manda, skrg nak mandi pun takut tengok air keroh camtu
katanya kesan pembalakan di hulu sungai... |
|
|
|
|
|
|
|
Kampung Batu Satu..
Ape yg menarik kat kg ni..?
Kat Temerloh ade yg buat homestay ke |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 423# cintan66
thn bpe tu? bestnye.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 424# sok_suci
ade...kat tmn i ni pon ade 3 ke 4 umh homestay...sbb dkt ngn spital...dr sewa hotel,,baik dok homestay... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sok_suci
ade...kat tmn i ni pon ade 3 ke 4 umh homestay...sbb dkt ngn spital...dr sewa ho ...
lotus_e05 Post at 21-2-2012 19:56 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
oooo gitu..coming soon in shaa Allah akan dicuba.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 425# lotus_e05
tahun 70an dan 80an..., tahun 90an tak pasti pula sbb dah pindah merata tempat, jarang2 balik kg
ingat lagi masa tu byk kijing ....tapi tak penah makan
![](http://4.bp.blogspot.com/_lX7kjt1zzUc/S53y2t3-DSI/AAAAAAAAAPM/gKdStWedAl4/s1600/P2150501.JPG) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 427# sok_suci
cube lah...jgn lupe beli kuih i ye...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 428# cintan66
kijing ni kepah ke? xpnh nmpk org jual skrg...klu udang glh tu byk lh..teringin nak beli...tp bile dgr rege sekilo 60hengget... telan air lio je lah... |
|
|
|
|
|
|
|
org temerloh panggil kijing...
byk kt sg pahang dan sg2 di sekitar tmloh |
|
|
|
|
|
|
|
kijing ni nmpk mcm serupa dengan LOKAN.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 430# lotus_e05
dari spesis yg sama kot....
tak penah makan, tak tau ler rasanya cammana |
|
|
|
|
|
|
|
org temerloh panggil kijing...
byk kt sg pahang dan sg2 di sekitar tmloh
arish9867 Post at 22-2-2012 19:41 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
aok penah makan tak arish kijing ni
koi kutip2 je pas tu lawan dgn kakak2 dan abg sapa paling jauh baling ketengah sg pahang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 434# cintan66
kenit2 dulu pernah la makan...x ingt dah mcm mane rasenya |
|
|
|
|
|
|
|
upkan sini plak
31 projek prasarana di Temerloh
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
[email protected]
TEMERLOH 17 Mac - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukan RM7.23 juta bagi melaksanakan 31 projek prasarana luar bandar di kawasan Parlimen Temerloh dalam tempoh dua tahun ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, daripada jumlah itu, RM4.67 juta adalah bagi 18 projek bekalan air bersih; RM980,000 untuk projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) dan RM1.6 juta bagi menyediakan bekalan elektrik di Kampung Ngeri di Lanchang dekat sini.
Jelasnya, setakat ini 56 peratus projek bekalan air bersih di 10 kampung berjaya disiapkan dan projek lain seperti JPD serta air bersih siap mengikut jadual.
Katanya, bagi 2012 dan 2013 pula, kerajaan memperuntukkan RM640,000 melaksanakan enam projek pembangunan iaitu RM450,000 untuk membina tiga jalan kampung dan selebihnya digunakan bagi menaik taraf tiga projek balai raya serta jambatan.
"Berdasarkan rekod yang diterima mendapati semua jabatan dan agensi kerajaan memberi komitmen tinggi bagi menjayakan transformasi pentadbiran kerajaan,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Serentak Majlis Perundingan Parlimen Temerloh (MPPT), Majlis Pembangunan Luar Bandar, Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen dan Majlis Pembangunan Koperasi Parlimen Temerloh di Dewan Tun Razak di sini, hari ini.
Hadir sama Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifudin Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin dan ADUN Mentakab, Datuk Chuah Bong Seong.
Hasan berkata, Kerajaan Pusat akan terus menyediakan peruntukan besar bagi melaksanakan projek pembangunan luar Bandar dibawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Beliau berkata, inisiatif Saifudin yang menubuhkan MPPT sebagai satu strategi meningkatkan tahap pembangunan komuniti dan pemangkin kepada kejayaan Bidang Keberhasilan Utama Temerloh (TKRA) wajar dijadikan contoh kepada semua wakil rakyat lain. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah..maju dan terus maju Temerloh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 437# sok_suci
Semuga maju dan tiada masalah sosial spt berita sinar harian hari ni ![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
TEMERLOH – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bimbang rakaman aksi hubungan seks bersama kekasihnya disebar dalam internet terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya yang merakam aksi itu sebagai upah ‘tutup mulut’.
Dalam kejadian 28 Februari 2012, mangsa keluar bersiar-siar bersama kekasihnya berusia 18 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai, Triang, Bera.
Mangsa kemudian diajak teman lelakinya melakukan hubungan seks dan dalam terpaksa mangsa menurutinya.
Tanpa mangsa sedari aksi hubungan seks itu dirakam seorang rakan mangsa berusia 19 tahun yang kemudiannya mengugut untuk menyebarkan rakaman tersebut.
Mangsa yang ketakutan akhirnya terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya sebagai upah tutup mulut.
Namun akibat ketakutan, mangsa akhirnya membuat laporan polis berhubung kejadian.
Susulan kejadian, dua remaja lelaki yang masih menganggur berdepan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan sebat selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol gadis bawah umur.
Tertuduh Mohd Kamarul Zaman Muhamed 19 dan rakannya yang berusia 18 tahun, kedua-duanya dari Felda Kumai, Triang bakal berdepan hukuman tersebut selepas didakwa di mahkamah pagi semalam.
Kedua-dua remaja terbabit dituduh merogol seorang remaja perempuan berumur 15 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai kira-kira jam empat petang 28 Februari lalu.
Kedua-dua mereka yang didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (1) mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali kemudian memutuskan kes disebut semula pada 25 April 2012 untuk mendengar keputusan dan kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin serta dihantar ke penjara Penor untuk ditahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sok_suci
Semuga maju dan tiada masalah sosial spt berita sinar harian hari ni
TEM ...
cintan66 Post at 28-3-2012 22:10 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
adoi. kat bandar kat desa kat felda, citer lebih kurang sama je skrg ni..
membimbangkan, harap2 saudara mara anak2 suku sakat dijauhkan drpd pkara2 cam ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 439# sok_suci
tu lah....kena beri penekanan dalam pendidikan akhlak dari bayi lagi
bykkan berdoa utk anak2 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|