CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: LET'S GO ON ADVENTURES

 Close [Copy link]
Post time 4-12-2024 03:09 AM | Show all posts
Emmett Butterfinger, Nadira kini suami isteri


Emmett mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Nadira Hanum Akbar Shah dalam majlis yang dipercayai berlangsung kelmarin. - Foto IG Emmett Butterfinger



KUALA LUMPUR: Penyanyi Emmett Butterfinger, 47, mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Nadira Hanum Akbar Shah dalam majlis yang dipercayai berlangsung kelmarin.
Emmett atau nama sebenarnya, Emmett Roslan Ishak berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran dalam media sosial berserta kapsyen ringkas.
"Alhamdulillah," tulisnya dengan emoji sebentuk cincin.
Pasangan berkenaan mengenakan busana putih dan begitu juga foto perkahwinan mereka tampak sangat bersederhana.

Emmett turut dihujani ucapan tahniah daripada ramai baik rakan-rakan terdekat mahupun peminat setia Kumpulan Butterfingers.
Bahkan, ada yang tidak menyangka dalam diam Emmett menamatkan zaman bujang.
"Tahniah sahabat. Diam diam, tahu tahu kahwin." komen pengikutnya.
Akaun media sosial rasmi Butterfingers juga turut meraikan pasangan itu menerusi hantaran yang mendoakan kebahagiaan mereka.
"Selamat pengantin baru Emmett Roslan Ishak. Semoga inderaloka berkekalan bahagia ke anak cucu," tulisnya.




https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1331987/emmett-butterfinger-nadira-kini-suami-isteri


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2024 03:21 AM | Show all posts
Biar SPRM jalankan siasatan, usah buat spekulasi - Hannah




Hannah ketika melancarkan kad debit khas Visa CIMB untuk membantu kanak-kanak palsi serebrum di CIMB Plaza Damansara. - Foto NSTP/AMIRUDIN SAHIB.



KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh meminta orang ramai untuk memberi ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyelesaikan siasatan terhadap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum membuat sebarang spekulasi.
Hannah berkata siasatan itu adalah prosedur operasi standard dalam mana-mana organisasi apabila seseorang membuat aduan kepada agensi antirasuah, bukan hanya dalam persatuan sukan.
"Badan penyiasat akan masuk setiap kali menerima aduan daripada seseorang, tetapi selagi penyiasatan belum selesai, terlalu awal untuk mengulas mengenainya. Jangan kita membuat spekulasi dan berlaku adil kepada BAM sementara kita menunggu keputusan SPRM.
"BAM ialah satu persatuan sukan yang diuruskan dengan baik, ia telah wujud sejak sekian lama. Saya pasti SPRM akan menemui dokumen-dokumen dan semua di tempat yang betul," katanya ketika ditemui selepas melancarkan kad debit khas Visa CIMB untuk membantu kanak-kanak palsi serebrum, di sini hari ini.




BAM menerusi satu kenyataan pagi tadi mengesahkan bahawa SPRM hadir ke pejabat mereka minggu lepas untuk meminta maklumat tertentu, dan badan induk badminton negara itu telah memberikan kerjasama penuh kepada pegawai-pegawai untuk menjalankan tugas mereka secara profesional.
Sementara itu, Hannah berkata sempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa hari ini, beliau gembira melihat CIMB mengorak langkah ke hadapan, dengan inisiatif yang melangkaui perkhidmatan kewangan untuk mencipta impak sosial yang ketara melalui usaha berkenaan.
Melalui kempen itu, CIMB akan menyumbang RM2 kepada Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperkasakan kanak-kanak palsi serebrum melalui peralatan pemulihan dan program pemerkasaan, bagi setiap kad debit Visa baharu yang dikeluarkan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (Pengguna dan Perbankan Digital) Kumpulan CIMB Effendy Shahul Hamid berkata kerjasama berkenaan, mencerminkan kepercayaan institusi kewangan itu bahawa perubahan positif bermula di peringkat komuniti.
"Kami berbesar hati untuk memberikan impak yang bermakna dalam kehidupan kanak-kanak menghidap palsi serebrum, menyalurkan sumbangan untuk peralatan pemulihan penting dan program pemerkasaan. Kami biasanya mengeluarkan beberapa ratus ribu kad bergantung kepada pelanggan kami, tetapi tidak mempunyai sasaran tertentu," katanya.
Presiden Pengasas GAPS Rafidah Rafizah Ahmad puka yakin kempen itu, akan meringankan beban kanak-kanak palsi serebrum dengan membiayai peralatan penting dan program pemerkasaan.
Beliau berkata berdasarkan data GAPS, lebih 81 peratus keluarga dengan individu palsi serebrum berada dalam kumpulan B40, sering menghadapi kesukaran berkaitan kos tinggi pendidikan khas, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, serta keperluan untuk peralatan pemulihan khas. - BERNAMA




https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2024/12/1332321/biar-sprm-jalankan-siasatan-usah-buat-spekulasi-hannah










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 03:21 AM | Show all posts
berani ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 03:22 AM | Show all posts
proxy boksit tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 03:28 AM | Show all posts
Tentera Darat atur gerak 7 Tim SAR cari anggota hilang di Banding, Perak




TDM dalam satu kenyataan memaklumkan mengatur gerakan tujuh Tim SAR bagi mengesan seorang anggotanya yang hilang ketika melaksanakan rondaan berhampiran Sungai Merah, di Permatang, sempadan Malaysia-Thailand.




KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) mengatur gerakan tujuh Tim Mencari dan Menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang anggotanya yang hilang ketika melaksanakan rondaan berhampiran Sungai Merah, di Permatang, sempadan Malaysia-Thailand.
Anggota yang hilang, Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tarmimi, dari pasukan 22 Komando, Kem Iskandar, Mersing, adalah seorang daripada dua anggota yang hilang ketika melaksanakan penugasan rondaan dalam operasi di Banding, Perak, jam 8 pagi, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, seorang lagi anggota, Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin, dari pasukan 21 Komando, Kem Sungai Udang, Melaka, ditemui meninggal dunia jam 6 petang pada keesokan harinya di tepi sungai, kira-kira tiga kilometer (km) dari kedudukan Markas Trup.
Sel Perhubungan Raya, Markas Tentera Darat Malaysia berkata, tujuh Tim SAR terdiri lima pegawai dan 112 anggota digerakkan mencari dan menyelamat Lans Koperal Ahmad Zulhilmi.




"Tujuh Tim SAR yang digerakkan adalah Pasukan 2 Rejimen Renjer Diraja (RRD), 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 22 Komando, bermula dari tempat kejadian di Sungai Merah menyusuri sepanjang Sungai Perak.
"Sehingga kini operasi masih diteruskan bagi mengesan anggota terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, ketika hari kejadian kedua-dua anggota bersama tujuh lagi yang lain dibawa arus dalam kejadian kepala air ketika melaksanakan rondaan dalam Operasi Kota, Echo, Foxtrot, Siri 6 2024, sebelum tujuh lagi ditemukan selamat sekitar jam 12.30 tengah hari pada hari kejadian.
"Operasi Kota, Echo, Foxtrot adalah operasi pengawasan, pemantauan keselamatan sempadan untuk memastikan ketenteraman awam, mencegah ancaman keselamatan dan membendung aktiviti jenayah rentas sempadan di kawasan Malaysia-Thailand," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan seluruh warga TDM, turut berduka cita di atas kehilangan seorang warganya dan menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Mohd Afandi.
"Panglima Tentera Darat juga berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan anggota yang masih hilang iaitu Lans Koperal Ahmad Zulhilmi, akan segera ditemui dalam keadaan selamat," katanya.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1332416/tentera-darat-atur-gerak-7-tim-sar-cari-anggota-hilang-di-banding









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 03:30 AM | Show all posts
Suri rumah disyaki dera anak kandung, simbah air panas




Foto hiasan




KLUANG: Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak kandung perempuannya yang berusia 10 tahun dengan menyimbah air panas sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di Kampung Tengah, di sini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata suspek berusia 32 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kampung terbabit pada jam 12.15 tengah malam tadi.
"Polis dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh guru besar sekolah mangsa pada Khamis lepas, selepas seorang pelajar perempuan didapati telah disimbah air panas sehingga menyebabkan kesan melecur yang teruk di bahagian belakang badan.
"Pemeriksaan lanjut oleh pengadu turut mendapati terdapat kesan lebam di kaki kanan dan pipi kiri serta kesan lecur di kaki kiri kanak-kanak tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut di hospital mengesahkan mangsa mengalami kecederaan akibat penderaan yang didakwa dilakukan oleh ibu kandungnya.
"Kesan kecederaan termasuk luka lecur telah mula sembuh di bahagian belakang badan,"katanya.
Katanya suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.



https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1332391/suri-rumah-disyaki-dera-anak-kandung-simbah-air-panas


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2024 03:36 AM | Show all posts
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2025


Bangunan Parlimen Malaysia. - Foto fail BERNAMA



KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.
Perkara itu diumumkan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) ketika mempengerusikan sementara persidangan Dewan Rakyat malam ini.
RUU itu diluluskan setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 November lepas bagi setiap kementerian terlibat.
Terdahulu, RUU Perbekalan 2025 dibentangkan untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Dewan Rakyat meluluskan Belanjawan 2025 di peringkat dasar pada 12 November lalu selepas dibahaskan selama lapan hari bermula 21 Oktober dan melalui sesi penggulungan selama empat hari mulai 6 November.
Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober membabitkan peruntukan RM421 bilion, iaitu belanjawan terbesar pernah dibentangkan dalam sejarah dan diselaraskan secara strategik dengan kerangka Ekonomi MADANI.
Belanjawan itu menumpukan kepada menarik pelaburan berkualiti tinggi, memacu peluang perniagaan, melaksanakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan tidak menjejaskan kemampuan mereka dalam membeli barangan keperluan dan perkhidmatan.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. -- BERNAMA



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1332361/dewan-rakyat-lulus-belanjawan-2025


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 03:45 AM | Show all posts
good morning
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2024 03:46 AM | Show all posts
sibuk menepek apa yang patut
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 03:54 AM | Show all posts
Scotland chose the unicorn to be its national animal.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 03:54 AM | Show all posts
Tigers have striped skin, not just fur.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 03:57 AM | Show all posts
The bumblebee bat is the world’s smallest mammal.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 03:58 AM | Show all posts
Sloths can hold their breath longer than dolphins.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 03:58 AM | Show all posts
The smaller the animal is, the slower they can process time.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 03:58 AM | Show all posts
The oldest cat in the world lived to be 38 years and three days old.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 04:17 AM | Show all posts
On average, cats tend to live around 15 years.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2024 04:17 AM | Show all posts
Octopuses don’t have tentacles. Their eight limbs are considered as arms.

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 04:17 AM | Show all posts
Starfish do not have bodies.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 04:18 AM | Show all posts
Argentina is where the world’s first animated feature film was created.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 04:18 AM | Show all posts
“Don’t spend time beating on a wall, hoping to transform it into a door.” — Coco Chanel

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.602509 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list