CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_WonBin

Siapa Penghuni Dunia Sebelum Adam?

  [Copy link]
Post time 9-10-2011 04:18 PM | Show all posts
so apa update nya dari Taurat? Taurat kata Nuh hidup 950 tahun. Quran pun sebut angka yang sama, ...

manap77 Post at 8-10-2011 21:27



saya cuba mengatakan dimana mana pun tiada umur fix atau dipersetujui bagi nabi Nuh ini, lebih lebih lagi dari sains yang diagung agungkan anda, jadi walau apa pun jumlahnya, tuduhan asal anda mengatakan umur manusia adalah 6000 tahun mengikut kitab yang diturunkan adalah fitnah, tidak begitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2011 05:40 PM | Show all posts
saya cuba mengatakan dimana mana pun tiada umur fix atau dipersetujui bagi nabi Nuh ini, lebih ...
enchezam Post at 9-10-2011 16:18


kalau anda rujuk kitab2, ulama2 salaf dari kalangan sahabat dan tabi'ien, semuanya berpegang pada dunia tidak lebih dari 10 000 tahun. Janganlah sebab sains mula menolak dakwaan ini, terus kita mahu mengcover kesalahan2 dengan seolah2 kita mengikuti sains.

Para creationist (Saintis yg berpegang pada kitab2 monotheistik) percaya manusia keturunan Adam baru saja 6000 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 08:48 PM | Show all posts
kalau anda rujuk kitab2, ulama2 salaf dari kalangan sahabat dan tabi'ien, semuanya berpegang pad ...

manap77 Post at 9-10-2011 17:40



mereka itu semua manusia, itu adalah pendapat mereka, kita tidak boleh berpegang kepada pendapat mereka semata mata kerana Al-Quran memang adalah betul untuk sepanjang zaman, waktu itu pengetahuan mereka adalah terhad seperti juga contoh nabi membawakan cerita tentang kejadian alam pada zamannya sudah tentulah akan dianggap gila oleh pengetahuan manusia yang amat terbatas pada masa itu. Mungkin bagi anda yang mengatakan sains kini adalah hero padahal pada masa sekarang pun banyak lagi ayat Al Quran yang belum boleh diexplain oleh sains, maka sains masih ketinggalan dan jika anda menjadikan sains tu sebagai agama anda maka ketahuilah sesungguhnya agama anda itu masih belum lengkap. Bila nak lengkap? selepas anda mati pun sudah tentu ianya takkan lengkap. Mahukah berpegang kepada agama yang kena update daily?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 08:32 AM | Show all posts
correction, hubungan Quran kpd kitab2 terdahulu boleh dipecahkan kpd:

1- Quran menegaskan kewujudan kitab2 terdahulu.
2- Quran menjadi pembenar dan batu ujian utk kitab2 terdahulu
3- Rujukan utama.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 08:47 AM | Show all posts
Tapi sementara projek genome manusia berkembang pesat, telah dipastikan ramai manusia yang mempunyai y-dna dan mt-dna yang diwarisi daripada species seperti neanderthal man dan juga homo erectus di mana umur mereka lebih ribuan tahun, melepasi Homo sapiens. Ini jelas menolak hujah kononnya Adam (dalam kitab2 monotheistik) ini diturun pada dunia sebagai manusia pertama kerana Homo sapiens pernah hidup sezaman dan berasimilasi dengan species lain dalam genus Homo ini. Sebab perasimilasian ini, umur Homo sapiens juga kabur, di mana Y-chromosomal Adam (kromosom lelaki tertua) adalah jauh berkali-kali ganda lebih muda umurnya dari Mitochondrial Eve (mt-dna wanita tertua)
manap77 Post at 7-10-2011 17:44


kenapa pulak? (rujuk yg bergaris tu)

adakah mustahil kalau dikatakan, ketika adam (homo sapiens pertama) diturunkan, homo spesis lain (bukan "manusia") masih berkeliaran di bumi?
seiring dgn peredaran waktu, mereka bertemu dan berasimilasi?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 01:36 PM | Show all posts
Reply 458# thessailly


    U think other homo species ni same dna ngn manusia or not? Klu xsama bleh ke MENGAWAN antara satu sama lain? huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2011 02:58 PM | Show all posts
Reply 459# AadiGoth


   tak tau...aku layankan cerita dia dulu...tgk boleh ke tak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 08:09 AM | Show all posts
manap mane manap??

goyang ke apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2011 10:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 03:04 PM | Show all posts
perbincangan yg terkupas 1 tp dikuatiri yg menutup balik 10...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 12:08 AM | Show all posts
Reply 463# angura

ada perkara pokok masih belum di establish. masih open for discussion.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 08:07 AM | Show all posts
mereka itu semua manusia, itu adalah pendapat mereka, kita tidak boleh berpegang kepada pendap ...
enchezam Post at 9-10-2011 20:48


Tak, maksud saya kalau enchezam ni nak berpegang pada Quran, dalam masa yang sama mahu kata ia bersesuaian dengan penemuan sains, maka enchezam kena kaitkan hujah2 ulama dan hujah2 creationist (saintis yang beragama). Mereka semua sependapat katakan manusia ini baru saja diturunkan.

kesimpulan mereka ialah walaupun dunia ini berumur billion tahun, tapi tuhan menjadikan Adam baru saja 6 000 tahun berdasarkan tamadun manusia yang moden. Sebelum itu, tuhan menjadikan pelbagai makhluk lain yang silih berganti dan mereka tidak ada kaitan antara satu sama lain.

Pendapat ni bagi saya tak salah kerana memang betulpun, kisah nabi Nuh pun baru 3 000+ SM menurut kajian2 arkeologi padahal Nuh dan Adam tu hanya 10 generasi gap-nya dan al-Quran pun secara kronologi menempatkan nama Nuh selepas Adam.

Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala umat. (Ali Imran: 33)

Kalau ikut kronologi 25 rasul pun, kita selalu kata Adam, Idris, Nuh...takkanlah Adam tu 1 juta tahun dahulu, kemudian tiba2 sampai pada Nuh baru 5 000 tahun dahulu. Padahal semua agama samawi kata Nuh tu antara rasul terawal selepas Adam dan juga rasul yang mula2 berdakwah menentang penyembahan berhala (pada zaman Nuh lah manusia mula menyembah berhala)

Walaupun begitu, ini semua pendapat2 yg menggunakan dalil2 agama sebagai tunjang pada sains. Inilah yg membezakan dunia para creationist atau saintis agamawan dengan dunia para evolutioist yg bebas dari sebarang kongkongan tafsiran agama. Bagi agamawan, manusia terpisah dan tiada kaitan dari species2 (Homo neanderthal dan Homo erectus) yg sebelumnya padahal bagi evolutionist, manusia berketurunan dari species2 tersebut. Di sinilah titik tolak perbezaan umur tu berlaku

Kalau kau mahu berpegang pada umur manusia tu ratusan ribuan tahun (pendapat para evolutionist), kau tak boleh ikut kisah para nabi dan rasul sebab tu semua dibuktikan oleh sirah dan juga sains baru saja 6 000 tahun dahulu. Kalau kau mahu berpegang pada kisah nabi dan rasul, terpaksalah terima hakikat dan cuba berselindung dengan hujah2 iman (yg tidak boleh diukur dari segi sains) seperti Adam silih berganti, Adam sebelum Adam, Tuhan mencipta dan memusnah etc
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 08:20 AM | Show all posts
correction, hubungan Quran kpd kitab2 terdahulu boleh dipecahkan kpd:

1- Quran menegaskan kewujud ...
thessailly Post at 10-10-2011 08:32


kalau macam nama2 seperti Qabil dan Habil,kisah Asiah,Mariam saudara Musa,Safura anak nabi Ayub, kisah Uzair dan keldai, kisah Daniel dan singa, kisah 3 rasul Antokiyah, kisah ezekiel, dan umur2 mereka yg hanya dicerita dalam kitab2 terdahulu, Quran boleh terima atau tak terima? Yang saya lihat semua tafsiran yg muktabar akan quote bulat2 nama2 ini dari kitab terdahulu untuk ayat2 Quran yg menyebut kisah2 di atas tanpa nama (anonymous) tapi ceritanya berkaitan dengan apa yg disebut dalam Quran.

Forumer zaharulasriq kata tu pun tak boleh, entah betul entah tidak nama2 ni. Tapi persoalan aku, kalau nama2 dan umur2 yg dirujuk dari Taurat pun dianggap tidak sahih, habis dari mana kita cerita Qabil dan Habil tu? Mana ada disebut nama Qabil dan Habil dalam Quran pun. Ratu Balqis dari Saba kah yg berjumpa dgn Sulaiman? Asif bin Barkhiya kah yg memindah singgahsana Balqis terlebih dulu dari Ifrit? Ini semua tak disebut pun dalam Quran?

Kalau semua pun dianggap palsu, tak relevan lah kisah2 nabi dan rasul tu, sebab kisah2 al-Quran terlalu ringkas dan anonymous. Cuba buka daftar kata nabi Idris, nabi Ayub, Zulkifli, dalam Quran tak ada pun kisah2 mereka, yang ada hanyalah sebutan nama saja. Tapi kenapa kita boleh kata nabi Ayub hidup di madyan dgn kaumnya kemudian berjumpa Musa, nabi Zulkifli diuji Iblis, Idris dan malaikat Azazel bersahabat baik etc.
.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 08:29 AM | Show all posts
kenapa pulak? (rujuk yg bergaris tu)

adakah mustahil kalau dikatakan, ketika adam (homo sapiens pertama) diturunkan, homo spesis lain (bukan "manusia") masih berkeliaran di bumi?
seiring dgn peredaran waktu, mereka bertemu dan berasimilasi?
thessailly Post at 10-10-2011 08:47


tidak mustahil malah itulah fakta yg sebenar. Yang membezakan saintis islam/yahudi/kristian (creationist) dengan saintis atheist (evolutionist) ialah, bagi creatonist, homo spesis lain bukannya manusia tapi mungkin binatang atau apa nama sekalipun. Tapi bagi evolutionist, homo sapiens bukanlah satu2nya species manusia. Manusia telah ada semenjak berlaku transisi kepada pembentukan genus Homo yg mula2 muncul di kalangan keluarga besar Hominids 2 juta tahun dahulu. Nama Homo pun membawa makna manusia

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 08:56 AM | Show all posts
Reply  thessailly


    U think other homo species ni same dna ngn manusia or not? Klu xsama ble ...
AadiGoth Post at 10-10-2011 13:36


homo2 yang lain pada zaman sekarang dah pun pupus, jadi kita tak boleh tengok fenomena tu sekarang. Jadi terpaksa lakukan kajian bersifat retrospektif. Ini dilihat dari penemuan ancient DNA seperti Homo neanderthalinsis yg terdapat pada sebahagian Mumia2 mesir dan juga tengkorak2 di gua2 di Eropah dan Russia dan juga DNA Homo erectus yang terdapat pada tengkorak2 di China, Asia tenggara dan benua besar Australia.

Penemuan ini mula2 dianggap tidak significant oleh para creationist, sebab bagi mereka, itu hanyalah fossil2 binatang terdahulu, bukan fossil manusia. Tapi semenjak projek genome dibangunkan dan kajian genetik untuk mengenal asal usul bangsa dan juga keluarga diminati ramai, ancient DNA Homo neanderthalinsis telah ditemui dikalangan orang2 eropah terutama dari yg mempunyai trait berambut merah. Trait ini adalah dari ancient genetic dan penjelasan yg paling munasabah ialah hanya melalui interbreeding antara Homo sapiens dan Neanderthal man.

Prinsip speciation atau kemandirian spesis tidak menghalang berlakunya persenyawaan antara dua benih gamet dari dua buah spesis dari genus yang sama (dalam hal ni, ialah genus Homo). Ini kerana struktur dan binaan protein pada telur yg bertindak menghalang sperma2 spesis lain (utk kemandirian spesisnya) masih boleh menerima sperma dari genus yg sama. Prinsip ni dibuktikan oleh haiwan2 yg boleh menghasilkan anak2 hybrid walaupun berbeza species tapi masih dalam genus yg sama. Malah ada species haiwan yg berkembang menjadi species baru melalui hybridisasi ini terutama di kalangan haiwan2 ternak seperti lembu, kambing, babi dan juga haiwan2 belaan seperti kucing dan anjing. Sama ada melalui semula jadi atau pun dimulakan oleh manusia

Kesimpulan dari ini, manusia moden tidak keseorangan ketika mereka mula2 muncul, masih ada "manusia purba" yang hidup di kalangan mereka dan telah berlaku asimilasi antara mereka yang mana, mewariskan trait2 mereka pada generasi hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 11:47 AM | Show all posts
Teruskan perbincangan secara berhemah..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 11:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by thessailly at 12-10-2011 11:57
kalau macam nama2 seperti Qabil dan Habil,kisah Asiah,Mariam saudara Musa,Safura anak nabi Ayub, ...
manap77 Post at 12-10-2011 08:20



brilliant...tq sebab reply.   
sebelum ni pun aku rasa tak boleh...kena tolak.....tapi ntah...mcm boleh pulak skrg?...tapi kat mana sempadannya (apa yg boleh dan tak boleh diterima dari kitab2 lain) tu masih kabur...untuk tau yg tu, kena faham seluruh kandungan kitab2 sebelum, dan compare dengan Quran (sbg batu pengukur dan ujian). Ada berapa banyak benda kena tau tu?? banyak gila.

satu cth: dlm bible ada kata, (maksud kasarnya) jangan berdoa yg sama setiap hari.... kena tukar2, something new everyday..atau gunakan cara/susunan doa yang lain setiap hari........bagi aku itu makes perfect sense. tak bercanggah dgn quran, dan boleh diterima akal.

tp dlm bible jugak ada kata korek la mata sendiri kalau rasa mata tu jadikan kita berdosa...this is straightforward bullshite.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 12:04 PM | Show all posts
Kesimpulan dari ini, manusia moden tidak keseorangan ketika mereka mula2 muncul, masih ada "manusia purba" yang hidup di kalangan mereka dan telah berlaku asimilasi antara mereka yang mana, mewariskan trait2 mereka pada generasi hari ini.
manap77 Post at 12-10-2011 08:56


setuju...samada itu,
atau Allah mmg cipta Adam begitu sejak awalnya. (ambil dna makhluk sebelum (yg telah dimusnahkan seluruhnya, cantum ngn yg baru)

wallaualam...boleh ke aku ckp mcm ni??
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 04:40 PM | Show all posts
homo2 yang lain pada zaman sekarang dah pun pupus, jadi kita tak boleh tengok fenomena tu sekara ...

manap77 Post at 12-10-2011 08:56


anda membawa data data research secara detail supaya anda nampak lebih canggih dari Al-Quran, memang disitu anda boleh menang kerana Al Quran itu sendiri bukan sejenis journal sains yang menceritakan segalanya secara detail tetapi adalah kitab yang diturunkan sebagai pengajaran kepada umat manusia. Seperti ulamak pentafsir yang mengatakan umur manusia sekian sekian tahun yang anda selalu quote itu, mereka mungkin salah, sama seperti anda juga yang membawakan teori keluarga homo yang banyak cabangnya itu tidak semestinya benar.

Anda juga menquote ayat "Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala umat. (Ali Imran: 33)", lepastu anda tafsir mengikut kehendak anda sendiri mengatakan ianya adalah turutan kronologi rasul diturunkan, tidak pula anda menggunakan pendapat ulamak tafsir untuk ayat tu pulak ye?


Kalau anda dapat selarikan penemuan penemuan ini dengan agama maka itu akan lebih baik bagi anda sendiri, jika belum boleh diselarikan maka kami masih yakin dengan agama dan kitab kami, mungkin masih ada ilmu yang masih disembunyikan oleh Allah dari pengetahuan manusia. Allah juga telah memberi warning dan peringatan kepada kami tentang manusia-manusia yang mencipta sesuatu dan kagum serta mempertahankan ciptaan dari tangan mereka itu sendiri.

"Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan. (Al-'Ankabuut 29:17)
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 07:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by winamp05 at 13-10-2011 18:27

~ EDITED ~

P/S : Xde kena mengena homo erektus bagai dengan puak puak nih. walau dari mana asal seseorang tu, mahupun kita sendiri. please be respect to each others. if u all terus saling attack sesama sendiri bila perbincangan nak selesai ? tok sah dok buat teori yg bukan bukan. harap maklum ye cik kucing. ehehehehe     
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.690038 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list