CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] 7.1.14 - UPDATE Kes Sri Wani selesai !_Post 833#

  [Copy link]
Post time 7-4-2012 01:50 PM | Show all posts
Ni full version..dia ckp dlm MyKad dia mmg perempuan.



SHAH ALAM - Pengusaha yang mencipta kejutan setelah kes mahkamah mengenai status jantinanya dipaparkan di muka hadapan akhbar semalam, tampil meluah suka dukanya sejak bergelar isteri.

Sri Wani Choo Abdullah, 37, berkata, dia tetap sayang kepada suaminya, Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan universiti walaupun dilanda pelbagai dugaan.

“Biarlah apa orang nak kata; Tuhan mengetahui segala-galanya,” katanya dalam nada sedih, tetapi yakin, dalam temu bual eksklusif dengan Sinar Harian semalam.

Beliau berulang kali menyebut bahawa beliau akan sentiasa berdoa agar perkahwinannya dengan suaminya itu yang mereka bina sejak 19 Ogos 2009, akan terus bahagia.

Memulakan bicara dengan “assalamualaikum” suara Sri Wani kedengaran halus dan lembut di hujung talian.

“Saya sayangkan suami. Sudah hampir dua tahun kami berkahwin; kami sangat bahagia,” katanya.

Sri Wani menjelaskan, beliau tidak menyalahkan suami atas apa yang berlaku, sebaliknya percaya ada orang ketiga dalam hal ini.

Tidak lokek berkongsi detik indah, Sri Wani memberitahu, perkenalan antaranya dan Bahrom bermula pada 2008 di Kuala Lumpur.

Ketika itu, katanya, dia sudah empat tahun berpisah dengan suami pertamanya.

“Saya tidak tahu suami orang besar. Latar belakang suami sebagai seorang ahli akademik membuka hati saya untuk berkahwin sekali lagi.

“Beberapa bulan berkawan, kami akhirnya sepakat untuk berkahwin di Songkhla (Thailand) dan mendaftarkan pernikahan tidak lama selepas itu.

“Saya tertarik dengan keluhurannya untuk mengambil saya sebagai isteri. Dia ikhlas mahu membimbing saya kerana saya ketika itu seorang saudara baru,” katanya lembut.

Setiap perkataan yang dituturkan Sri Wani begitu tersusun.

Katanya, MyKadnya membuktikan dia seorang wanita.
Bahrom yang mengesyaki isterinya lelaki, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah. Beliau membuat aduan di Jabatan Agama Gombak dan diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.

Beliau bertindak demikian selepas setahun mengahwini isteri ketiganya, Sri Wani, yang memeluk Islam pada 2001.

Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi Sri Wani di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.

Sewaktu ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dua hari lalu, wanita berkulit putih mulus ini kelihatan berketerampilan, sesuai dengan latar belakangnya yang menjalankan perniagaan berasaskan produk kecantikan.

Menyentuh isu tuntutan faraq (membatalkan perkahwinan) yang difailkan suaminya, Sri Wani berkata, dia bersedia memberikan kerjasama kepada mahkamah.

“Buat masa ini, kami diperintahkan untuk berpisah sementara oleh mahkamah. Saya tidak buat salah, jadi saya tidak takut.

“Mungkin saya ada musuh dalam perniagaan. Ini risiko sebagai usahawan. Kenapa orang lain berniaga maju tetapi kita mundur? Kerana kita penuh dengan hasad dengki dan suka menjatuhkan maruah orang lain?” katanya tenang, tetapi berlapik kerana tidak mahu mengguris perasaan orang lain.

Menyifatkan perkara ini sebagai asam garam kehidupan, Sri Wani tidak menafikan rasa derita itu ada.

“Saya faham, dugaan sebagai saudara baru kuat. Musuh akan gembira bila tengok kita derita.

“Saya pun tak tahu kenapa orang tidak puas hati dengan saya. Saya sangat derita kerana hal ini buat saya dan suami selisih faham dan rumah tangga kami roboh,” katanya.

Di akhir perbualan, Sri Wani berkata, dia benar-benar berharap masyarakat tidak menghukumnya dengan pelbagai andaian dan pandangan negatif.

“Janganlah cepat membuat keputusan. Selepas kes mahkamah ini selesai, saya akan tampil membuat sidang media. Terima kasih kepada Sinar Harian kerana beri saya peluang untuk membuat kenyataan,” katanya.

Kdt:Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2012 02:50 PM | Show all posts
Reply  iza_yuss


   

Abg najib pun kawin dengan mak jan gak....tapi tak cerai lah......{:ru ...
jazaa Post at 7-4-2012 11:50



    haaaa....yg tu layennn......my ex boss tu divorce sbb x menahan bini muda nk konker sorang2 dan suka kontrol...

tp abg jib x kisah, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 03:09 PM | Show all posts
kalo main saman2 ni, besar kemungkinan dia perempuan tulin?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 03:22 PM | Show all posts
takkan la lepas dua tahun baru sedar. kot dua hari tu ye la jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 03:37 PM | Show all posts
Sbenarnya ada gak pompuan yg kita boleh confuse dia pompuan ker tak kerana suara garau, dada flat dan berbulu. Aku penah come across pompuan camnie. Dari penampilan dia mmg nampak mcm drag, tapi anak dah tiga org.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 03:39 PM | Show all posts
perempuan yg suara garau dan nampak maskulin mungkin sesuai untuk ponent
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2012 03:43 PM | Show all posts
berita hari ini:
KUANTAN 6 April - Isteri seorang bekas dekan yang terlibat dalam kes mahkamah membabitkan permohonan suaminya untuk mendapatkan perintah agar menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memastikan jantina sebenarnya, mendakwa dia dianiaya pihak ketiga.

Sri Wani Choo Abdullah (gambar), 37, berkata, perbuatan pihak ketiga yang menyebarkan fitnah kepada suaminya, bekas Dekan Penyelidikan & Inovasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Bahrom Sanugi, 61, menyebabkan mereka bergaduh sehingga berlarutan ke mahkamah.

Sehubungan itu, katanya, dia dan suami mengambil keputusan untuk menyaman pihak ketiga tersebut RM6 juta.

"Saya dan suami kini sedang menyiasat dan mengenal pasti siapa pihak ketiga ini. Sebenarnya, saya kenal dan syak orang itu siapa. Tetapi saya tidak mahu menuduh kerana saya, suami dan peguam saya sedang menyiasatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 04:05 PM | Show all posts
Yup, segarau garau suara pompuan macam Fafau tu, kita masih boleh tau dia wanita asli   ...
RedDevils Post at 6-4-2012 13:03



    Dah bbrp kali pi kedai dia beli brg. Tp dia mmg sgt baik, lembut dan sopan.. Ahaks!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2012 04:07 PM | Show all posts
kadang2 pondan lagi cantik dari perempuan tulen
oranje7 Post at 6-4-2012 14:24



    Mmg dia cantik. Kulit putih gebu kalah pompuan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 04:32 PM | Show all posts
Samada btul ke x citer ni, mmg kesian sgt kat dia tersebar citer ni. Mcm yg anya ckp x ptt aibkan dia. Br perasan citer ni dah lama sbnrnya tp skrg br nak kuar paper.

Pn sri ni sgt baik, ckp dgn nada lembut dan sopan. Senyum je bila ckp. Tp sori lah ye, hubby pun ckp bkn tulen
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 04:46 PM | Show all posts
tu je la
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 04:49 PM | Show all posts
secara jujurnya...
after reading the thread... kesian pulak pada sri wani ini.... anya rasa lelaki  ...
~anya~ Post at 7-4-2012 12:59


yup maybe jantan tua bodoh ni suke main dgn pondan,dah jatuh ati n nak kawen.pastu pakat2 dgn bini pondan die suh cover2 la identiti.pastu bini 1 and 2 syak mcm jantan je madu theyols tu.. then edisi siasat lah.pastu dpt la tau pondan or jantan. n kecoh la satu family besar tu..and cucu kecik2 duk ejek2 ' atuk main bontot' 'atuk kawen pondan', 'nenek tiri pondan' dan sbgnyer..maka tercabar la kejantanan jantan tua suke main bontot ni..so nak cover malu die pon konon2 nk berpisah n clear malu pd family. n buat kenyataan kene tipu plak dgn pondan, pdhal dah tau.ni soal maruah sb die kan dekan,prof,dr yg cerdik, tp bangang dr segi nafsu songsang tu..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 04:51 PM | Show all posts
sape2 anak /cucu jantan ni..cane ek perasaan uolss ,ada laki mcm ni dlm family.dulu duk megah usung bini pondan ke hulu hilir, now masuk paper calim kene tipu plak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 05:26 PM | Show all posts
anya rasa lelaki itu tahu sriwani ini shemale tapi mungkin dia juga suka main belakang atau memang tak kisah berseks dengan vagina tiruan... memang tidak logik selepas dapat 2 yang ori, tidak boleh beza dan tersilap dan kekal tersilap pulak itu selama setahun lebih
~anya~ Post at 7-4-2012 12:59


kan? saya setuju dengan pendapat kak anya.

sangkaan buruk saya; mungkin ini (i.e. pendedahan media) adalah perbuatan khianat bini-bini terdahulu atau saudara mara bini2 terdahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 05:37 PM | Show all posts
kan? saya setuju dengan pendapat kak anya.

sangkaan buruk saya; mungkin ini (i.e. pendedahan  ...
chazey Post at 7-4-2012 17:26


tak pun rakan perniagaan yg cemburu die dpt kawen prof?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 05:45 PM | Show all posts
Reply 435# tightcherry

cemburu dapat kawin prof tu, rasanya idak la.

mungkin cemburu dengan rezeki beliau yang murah kot.


poremer yang pernah berurusan dengan dia kata dia ni baik je, lemah lembut. sopan santun bila bercakap. apa taknya customer suka. itu pasal kot makcik2 pengusaha barang kecantikan dengki dengan dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2012 06:28 PM | Show all posts
tp tgk pic wani tu dah tau pondan.. even khunsa pon takleh kawen.now laki die tuduh die jantan plak..pasni kene cerai jd duda or janda?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 06:59 PM | Show all posts
tp tgk pic wani tu dah tau pondan.. even khunsa pon takleh kawen.now laki die tuduh die jantan plak. ...
tightcherry Post at 7-4-2012 18:28



    pasai lak khunsa tokleh kawin?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 07:23 PM | Show all posts
pasai lak khunsa tokleh kawin?
ajinomotonosuga Post at 7-4-2012 18:59


khunsa bole kawen ke..aku tak tau sgt.khunsa bole pregnant?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 08:31 PM | Show all posts
sabar je la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.128866 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list