CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tamakkuasa

SIAPA TAU APA PERBEZAAN LEPAS MAKAN KOLAGEN PUTIH,VIOLET DAN HIJAU

[Copy link]
Post time 6-4-2013 03:53 PM | Show all posts
kat fb sekarang banyak artikel keluar pasal rumpai laut takde kolagen,,
betul ek,, artikel tu..
so sebenarnye apa kebaikan rumpai laut ni.. aku da musykil gila nii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2013 04:25 PM | Show all posts
poyohabis posted on 6-4-2013 02:49 PM
kat sana memang murah tp kalo nak pegi beli 1kg semata2 ke sana mau abis 2k gak kan...kalo pos laj ...

oo..tak boleh letak dlm freeze.
Adik ipar simpan dgn freezer dulu sebelum dia kasi kat I.
Tp I macam takut2 nak makan sbb bbrp minggu sebelum dia ke KK, sabah kena red tide.
I tny dia dah makan ke belum, dia pun tak berani nak makan.

Kalau kat kpg I, famili selalu makan janggut duyung, sejenis rumpai laut jugak. Yang ni sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 04:29 PM | Show all posts
intan_smsb posted on 6-4-2013 03:53 PM
kat fb sekarang banyak artikel keluar pasal rumpai laut takde kolagen,,
betul ek,, artikel tu..
so ...

nanti cari artikel tu...tq.

Setau I, kaki ayam..urat putih tulang lembut tu kolagen.
Ni pun org jugak yang cerita
Mak selalu buat kerabu, sup....sedap
I makan jer




Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 09:49 AM | Show all posts
Keram posted on 6-4-2013 04:25 PM
oo..tak boleh letak dlm freeze.
Adik ipar simpan dgn freezer dulu sebelum dia kasi kat I.
Tp I  ...

boleh makan awak jgn takut coz yg fanomena air merah tu kat kk kalo tak silap...jauh beratu2 kilo dari semporna umpama dari kelantan ke johor...lagipun adik saya cakap hanya kerang jer yg beracun masa tu...adik saya selamba jer makan ketam time tu...coz katanye memang tiap2 tahun bulan 12 - 1 fenomena air merah kerana hidupan laut semua naikke darat katanye...dan katanye kalo berlaku pencemaran air laut merah sampai ke kawasan penternakan rumpai laut...jabatan perairan akan mengeluarkan arahan supaya semua rumpai laut di hapuskan...adik aku dah tanye kat org penternak tu...orang penternak tu kata air laut di sabah ok...tak berlaku pencemaran tu..jd jgn takut awak...kejadian tu berlaku di KK sahaja...

dan kalo sesiapa baca surat kabar utusan semalam yg kecik tu ada terangkan khasiat kolegen rumpai laut...nanti senang2 aku tepek yer kalo jumpe...

selamat bercantik2 semua

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 12:06 PM | Show all posts
intan_smsb posted on 6-4-2013 03:53 PM
kat fb sekarang banyak artikel keluar pasal rumpai laut takde kolagen,,
betul ek,, artikel tu..
so ...

ums masih research lagi pasal kolagen dalam rumpai laut nie...jadi kita leh anggap yg kita makan rumpai laut nie sebagai supliment penganti sayur...kalo sayur kita makan khasiat dia dah banyak hilang...dalam surat kabar utusan ari sabtu dlm yg dalam paper kecik ada kuar pasal rumpai laut nie...sape2 rajin leh la tepek...kalo aku ada ms aku tolong kan...tapi tak janji...

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 12:14 PM | Show all posts
tssy posted on 6-4-2013 10:12 AM
yg hijau ni latest ke?

saya pun suka letak gula batu, rasa sedap jer oleh tekak ku ini

ha ah yg hijau yg latest aku baru try dekat dua minggu...kesan dia lagi bagus dr warna purple...kulit tgn lagi cpt halus tapi mslahnye takut org yg kuat makan takut kot makan nie coz aku lagi kuat makan...n mata pun asyik mengantuk jer...berbanding gan warna purple...tapi tak per tunggu lagi 2 minggu mcm mana...baru try kan...bila dah 1 bulan boleh la kongsikan apa yg patut...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2013 07:49 AM | Show all posts
nature0326 posted on 1-4-2013 02:22 PM
kamu makan yg ungu?

yang kuning..

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 09:00 AM | Show all posts
polayris86 posted on 8-4-2013 07:49 AM
yang kuning..

oooo mungkin tak serasi gan warna kuning...kalo berani cuba la try yg warna puple pulak...coz adik bongsu aku dulu lama gak makan yg warna kuning...memang kuar jerawat tapi lepas dia tengok kawan dia nampak berubah makan warna purple baru dia try...ok lar jerawat dah nampak kurang...atau cuba warna hijau pulak...yg nie lagi kuat...tapi aku baru makan dua minggu nie jadi gantuk lak minggu nie...jerawat pun ada naik sikit kat rahang nie...tp semalam naik ari nie dah nampak mcm dah kecut jer...tunggu lagi pe jadi lagi dua minggu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 09:15 AM | Show all posts
kawan aku makan pmc ni jadi gumuks..punggung mcm negro kata dia..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 10:57 AM | Show all posts
ada tak yg makan rumpai warna kuning ini , rasa sakit perut...?

sapa2..pernah makan rumpai laut yg di kapsulkan....? sakit perut jugak tak...?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 10:58 AM | Show all posts
kodoklawa posted on 8-4-2013 09:15 AM
kawan aku makan pmc ni jadi gumuks..punggung mcm negro kata dia..hehehe..

serius ke sis...?



Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 10:59 AM | Show all posts
kodoklawa posted on 8-4-2013 09:15 AM
kawan aku makan pmc ni jadi gumuks..punggung mcm negro kata dia..hehehe..

dia makan warna per...aku dulu makan warna purple ok jer naik sikit jer tu pun lepas 6 bulan makan...sekarang nie try makan yg warna hijau...adeh la perut sentiasa lapar jer...tengah tido pun lapar...kalo mcm nie cpt la naik bdn aku yg kering nie...nie tuk tempoh percubaan tengok ada naik tak...

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 11:00 AM | Show all posts
poyohabis posted on 7-4-2013 12:06 PM
ums masih research lagi pasal kolagen dalam rumpai laut nie...jadi kita leh anggap yg kita makan r ...

saya tgk ada yg jual rumpai laut yg dah rebus...

masuk freeze dia jadi jelly kan...?

UMS tu ada buat kajian tak..berapa lama lepas dia jadi jelly  ..masih leh makan.. expired dia berapa lama?

takut nanti ada bakteria pulak dlm tu...

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 11:06 AM | Show all posts
cmf_kinna posted on 8-4-2013 11:00 AM
saya tgk ada yg jual rumpai laut yg dah rebus...

masuk freeze dia jadi jelly kan...?

ha ah yg lepas rebus tu disimpan dlm freezer tuk bagi tahan lama sikit...macam saya biasa tuk tempoh 1 bulan harus habiskan 100g yg dah buat jelly tu dapat la dalam 2kg lebih..tp saya buat cair....n yg gred aaa violet susah sikit nak jadi jelly...ada penah jadi jelly...lepas satu hari masuk dalam freezer dah jd mcm jelly...

tapi kalo yg putih tu yg gred aa tu memang senang jd jelly...masuk jer dalam freeze dah keras...paling lama pun ambik masa 1 ari tuk keraskan dia...tp yg nie kejap je jd kerasnye...

kita tunggu je la ums kuarkan research dia nanti...mcm mn...

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 11:13 AM | Show all posts
poyohabis posted on 8-4-2013 11:06 AM
ha ah yg lepas rebus tu disimpan dlm freezer tuk bagi tahan lama sikit...macam saya biasa tuk temp ...

agak2 bila dia kuar research tu ya...?

kita boleh beli ke research tu...? kalau nak iklan produk rumpai laut...?

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 11:53 AM | Show all posts
kodoklawa posted on 8-4-2013 09:15 AM
kawan aku makan pmc ni jadi gumuks..punggung mcm negro kata dia..hehehe..

iyer ker..
mcam2 la... lain org lain kesannya..
siapa yg dpt kesan yg baik...bertuah la badan kan..
yg x ok tu..cari la alternatif lain lak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 01:53 PM | Show all posts
TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT
http://thesecretmedicines.blogsp ... m-rumpai-laut.html.

Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.  

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen.


Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar.

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat.

Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik?

Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah.  Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan.

Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman.

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.  

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen

Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.

Ingat Cantik, ingat vitamin C.


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 02:13 PM | Show all posts
intan_smsb posted on 6-4-2013 03:53 PM
kat fb sekarang banyak artikel keluar pasal rumpai laut takde kolagen,,
betul ek,, artikel tu..
so ...

jap...sy ada share artikel tu kat sini aritu kat page2 blkg rasenye....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 02:21 PM | Show all posts
haryatie posted on 8-4-2013 01:53 PM
TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT
http://thesecretmedicines.blogsp ... m-rumpai-laut.html.

owh...kak yatie dh tepek psl artikel ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 02:35 PM | Show all posts
mata aku gantuk sgt2 n perut aku lapar setiap dua jam aku kene makan...tak larat  mcm nie...adeh lar...kekurangan khasiat betul badan aku nie...lapar n gantuk melanda tuk minggu kedua mkn seaweed hijau nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.094509 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list