CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: qis13

[OCN] TUNNEL - Choi Jin-Hyuk, Yoon Hyun Min, Lee Yoo Young

[Copy link]
Post time 22-5-2017 04:21 PM | Show all posts
wima replied at 22-5-2017 04:12 PM
Aah..epi ujung2 ni dia byk senyum...

Nmpk cantik je...

Br hbs tgk ep 16

syahdu gila ep 16 ni

sedih masa prof shin pnggil appa tu

menitik air mata iolss

yg best happy ending..sun jae awal2 dh kenen2 ngn yeon ho dr kecik lg hahaha


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2017 04:39 PM | Show all posts
Pen yang jadi bukti tu tak bertukar ke ink... dari 30 tahun lepas.. tak kering plak ink kalo x pakai selalu ek.. muskil di situ
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 04:55 PM | Show all posts
wima replied at 22-5-2017 04:09 PM
Btulla daus...mcm x cukup gitu...

Iols puas ati ending tp x cukup...byk mende lg yg iols nk tgk ...

sebenarnye scene dia balik kejap epi 13 dulu tu agak spoiled dan tak perlu pun in the first place..
sbb buatkan kita nak tau ape jadi pd masa depan..

kalau tak bubuh scene tu, aku rase ending akn jadi lebih baik...
maksudnya, masuk dan keluar dari tunnel tu hanya akan affect perspektif kwang ho saje..
so dia balik for the first time slps selesai sume kejadian kes tu, kita pun dah tak kesah ape jadi lepas tu..



Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 10:42 PM | Show all posts
Habis dah
satu lagi drama yg worth watching

final moments sblm kwangho balik mmg
comel je young sungjae menempek kat umah kwangho..
sejarah nama kwangho-88
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 08:11 AM | Show all posts
ok je la ending gini..
so kita tak tahu la sama de masa depan berubah atau tak lepas kwangho balik for good ni...
patut berubah la kan..sbb dia dah tahu mokjinwoo..n patut dia tangkap heols awal2 sblm bunuh berpuluh org
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 08:32 AM | Show all posts
alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... x tengok lagi ep 16 finale ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2017 11:59 AM | Show all posts
scene KH-YH-SJ mmg emo kejap
team sungshik pon sama.. pe jadah semua muke sendu

pe pun puas hati gak la final ep nih.. kalo tgk reaksi muka KH hepi mcm dia dpt tangkap MJW..

so imegin sendiri future berubah.. lgpon SJ kecik dah start menempel kat umh KH

cume tepikir psl tunnel tu jer...


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 05:01 PM | Show all posts
cett! opening scene je dah tertipu..rupanya ada plot twist
final ep ni byk air mata iols tumpah..sedih giler la part SJ tu.
kat tunnel dah berpisah tu.
ok la ending tu sebab kita pon tau kalau dia stuck kat current year pon,wife dia dah passed away.
just stick kat 80's..everyone's happy.

mmg hamjadah betul MJW tu
dia punya senyum tu mmg sakit jiwa tul la..sebijik mcm villain dlm Mrs cop 2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2017 07:02 PM | Show all posts
TUNNEL



Rating Keseluruhan Drama:  (7.6+7.5+8.5+3.7+4.5) =31.8/4=7.95)


Kritik Keseluruhan: "Tunnel sebuah drama yang 'straight-to-forward' tanpa memerlukan penjelasan mendalam tentang kemisterian sesuatu peristiwa. Hasilnya ia tetap mendebarkan tapi kurangnya kreativiti dan juga sangat mudah diramalkan. Penonton tak perlu fikir panjang kerana kesemuanya sudah tersedia jawapannya. Dibantu dengan teknik pengarahan yang agak mantap, Tunnel sekurang-kurangnya tidak kaget dengan saduran komedinya yang jarang sinonim dengan drama berbentuk thriller."

1. Cerita  (7.6/10)
Mudah, ringkas dan tak serabut. Begitulah boleh diperkatakan tentang jalan cerita drama ini.

Bermula dengan Park Kwan Ho yang sering dihadapkan dengan kes pembunuhan wanita di zamannya sehinggalah lebaran baru buatnya terbuka apabila dia merentas masa ke 30 tahun akan datang menemui mereka yang pernah terbabit dalam siasatan di zamannya. Takdir menemukan Kwan Ho dengan anak perempuannya, Shin Jae Yi dan Kim Sun Jae, anak kepada mangsa pembunuhan yang mana dia pernah bertekad untuk mencari suspeknya sehingga dapat. Berbagai kes disiasat oleh pihak polis berjaya diselesaikan di peringkat awal sehinggalah kita dipertemukan dengan suspek sebenar kes pembunuhan tersebut. Yang pastinya, gandingan mantap, boleh diperkatakan 'bromance' antara Kwan Ho dan Sun Jae telah membuatkan kita tidak kering gisu melihat telatah mereka yang berlainan prinsip tapi akhirnya akur dengan ketetapan kes.
Juga, bagaimana penulis berjaya membentuk watak 'Shin Jae Hyi' juga harus dipuji, seorang yang dingin dan tak mempunyai perasaan juga buat kita senangi.

Elemen kemisterian drama ini pun tidak kritikal dan mudah untuk diintepretasikan. Jawapannya sudah tersedia oleh penulis untuk kita tak perlu berteka-teki. Jalan ceritanya juga mudah diramalkan kerana untuk sesuatu drama berkonsepkan 'thriller', sepatutnya 'misteri' tetap diterapkan sehingga ke akhir drama tapi penulis sudah punahkan dulu sebelum penonton berfikir yang mana agak mengganggu.

Walaubagaimanapun, kudos juga buat penulis maknae ini kerana tampil dengan naskah drama yang agak menghiburkan dan 'addicting'. Elemen komedinya juga segar yakni merancakkan lagi gandingan 'bromance' antara Kwang Ho dan Sun Jae walaupun mereka saling menyindir antara satu sama lain dan usia jauh berbeza antara mereka tetapi sangat 'sebaya'.  Ianya sangat sesuai utk ditonton bagi mereka yang baru mengenali drama kriminal atau thriller.
                                       
2. Keberkesanan Lakonan (7.5/10)
Saya agak kurang boleh memuji keseluruhan lakonan kerana sesetengahnya agak lemah dan tak merumitkan. Tetapi, sesetengahnya sangat hebat dalam mempertunjukkan lakonannya.



Choi Jin Hyuk
Choi Jin Hyuk tampil dengan watak yang manis dan disenangi. Seorang yang tak berputus asa untuk melakukan perubahan. Namun, tiada pembaharuan dan hanya sekadar polis yang mahu selesaikan kes saja.

Yoon Hyun Min
Saya tak pernah kenal Yoon Hyun Min tapi saya akui perangai 'ego' dan berlagaknya sebagai Kim Sun Jae sedikit sebanyak menarik perhatian, malah lebih baik daripada Choi Jin Hyuk dalam menggayakan versatili lakonan. Namun, bagi saya, ia belum cukup.




Lee Yoo Young [Best Supporting Actress]
Daebak!  Sifat kedinginan Shin Jae Yi ditunjukkan tersangat pelik dan penuh kerumitan. Jelasnya, dengan ilmu psikologi dimilikinya, dia menakutkan kembali pembunuh di hadapannnya. Shin Jae HYi akan membuat apa sahaja walaupun nyawanya menjadi taruhan...Walaupun lehernya dicekik beberapa kali, tetapi dia tetap 'teguh dan dingin di samping paduan emosinya yang 'clueless' menambahkan lagi kehebatan lakonannya.

Kim Min Sang
Kewujudannya sudah boleh diduga di awalan cerita. Dengan menyembunyikan kerakusan sebagai pembunuh di luar stigma sosial masyarakat, Mok Jin Wo hanya permainkan mereka yang mencarinya.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8.5/10)
Semenangnya, jelas teknik pengarahan yang tidak 'stagnant' dan kamera yang bergerak seiring telah menggetarkan lagi segmen debaran drama ini. Tona 'suspens' drama ini berjaya direndahkan dengan saduran elemen slapstik komedi yang tak berjela-jela. Perubahan rangka masa juga boleh dipuji dengan kamera yang tak banyak menangkap sesuatu yang meragukan.

Cuma, sinematografi perlu diperhebatkan terutamanya pemilihan tempat yang bersesuaian tona drama berkonsepkan thriller ini.

4. Skor muzik (3.7/5)

Instrumental boleh dipuji mengingatkan saya pada drama Signal terutamanya semasa adegan mendebarkan. Kekurangannya pada OST yang tak banyak.


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.5/5)
Tidak kertelaluan inilah drama yang menghiburkan. Tak melodramatik sangat, sesuai ditonton untuk semua lapisan masyarakat.

Rating Keseluruhan Drama: (7.6+7.5+8.5+3.7+4.5) =31.8/4=7.95)
Nomination: Lee Yoo Young

@ismaha @eddlisa_uyuk    @isabel tacang

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 11:20 AM | Show all posts
@wima  @idakamaruddin
jemputlah antar review sementera masih mengingat lagi ni. mcm nak lobi acik ni akhir tahun ni

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 01:21 PM | Show all posts
ichi replied at 16-5-2017 11:36 PM
rase mcm geram plak sbb pen tu je buktinye...

kak ayu masih lum sempat tgk ep 15 dan 16
sbb baru je balik dari Korea...

so tk mau baca spoiler...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 24-5-2017 11:20 AM
@wima  @idakamaruddin
jemputlah antar review sementera masih mengingat lagi ni.  mcm nak lobi ac ...

Insyaallah daus...

Acik ni mmg berlakon superb...

Mmg menjadi watak cold dia tu...

Iols mengharapkan dia peluk la apak dia sblm apak dia balik 80-an balik...

Dia panggil appa je..keciwa iols...

Apak muda sgt kot..segan nk peluk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 01:54 PM | Show all posts
ayushuhada04 replied at 24-5-2017 01:21 PM
kak ayu masih lum sempat tgk ep 15 dan 16
sbb baru je balik dari Korea...

patutlah senyap seminggu ni



Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 01:59 PM | Show all posts
wima replied at 24-5-2017 01:52 PM
Insyaallah daus...

Acik ni mmg berlakon superb...

ikutkan dia lagi tua dr usia bapaknye ..

ikutkan kwang ho tak layak jadi "bapa" disebabkan "pengalaman" tak cukup
maturity bergerak seiring dgn pengalaman, pengalaman plak digali seiring dgn usia

berdasarkan ape yg aku tulis dlm review aku baru post semalam,
aku agak suka kwang ho tease sun jae dlm bbrp keadaan
tak kiranya mase diorg tak sebulu dahulu sehinggalah dia tak bagi 'chance' utk sun jae dating dgn jae hyi
padahal scr subtle, dia persetujui diorg bersama..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 24-5-2017 01:59 PM
ikutkan dia lagi tua dr usia bapaknye ..

ikutkan kwang ho tak layak jadi "bapa" disebabkan "pen ...

Yup...

Kwang ho dgn sung jae tu antara bromance yg iols paling suka setakat ni...development relationship dorg sgt menarik dr awal smpai akhir suka tgk dorg berdua ni...

Kwang ho ngan yeon ho ni plak nmpk awkward kkdg..wpun iols curious gile nk tgk camne reaksi dorg bile tau dorg bapak ngan anak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 08:34 AM | Show all posts
dauswq replied at 24-5-2017 01:54 PM
patutlah senyap seminggu ni

rindu kak ayu ke?
gigih nk layan semua drama yg tertinggal..
nasib baik ler yg kat tv kak ayu dh rekod...
yg on9 hari ni time lunch nk layan sampai mana yg sempat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 10:24 AM | Show all posts
ayushuhada04 replied at 24-5-2017 01:21 PM
kak ayu masih lum sempat tgk ep 15 dan 16
sbb baru je balik dari Korea...

Waahh kaka g jumpa oppa ke cane?


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:25 AM | Show all posts
dauswq replied at 24-5-2017 01:59 PM
ikutkan dia lagi tua dr usia bapaknye ..

ikutkan kwang ho tak layak jadi "bapa" disebabkan "pen ...

daus byk gila drama blm htr review lg..

mood nk mengarang x tau pegi mana hilang begitu saja dh hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 11:30 AM | Show all posts

ep 16 baru setengah je tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 11:38 AM | Show all posts
dauswq replied at 24-5-2017 01:59 PM
ikutkan dia lagi tua dr usia bapaknye ..

ikutkan kwang ho tak layak jadi "bapa" disebabkan "pen ...

cuma aku tak paham relate ngn PKH muda tu..

MJW tu bunuh org2 tua jugak ke? kenapa?

yg ni mcm aku lost sikit..atau aku tak pay attention ke apa ke

mohon explainnnn

@wima

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050477 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list