CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 14-4-2021 03:40 PM | Show all posts
good tt, ada citer baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 26-1-2021 05:16 PM
Robert Si Patung

Pada penghujung 1800an, Thomas Otto dan keluarganya berpindah ke sebuah rumah me ...

Ni pic betul patung robert tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 26-1-2021 05:16 PM
Robert Si Patung

Pada penghujung 1800an, Thomas Otto dan keluarganya berpindah ke sebuah rumah me ...

Ni patung sebenar robert tu ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2021 04:06 PM | Show all posts
berrygurl replied at 15-4-2021 11:44 AM
Ni patung sebenar robert tu ke

ye uols. yg sebelah tu robert, baju tu yang diguna utk buat patung robert ni




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2021 04:51 PM | Show all posts
Gereja Misteri Bahagian 2

Akhirnya kisah aku kena ganggu ni dah tersebar di kalangan tukang cuci yang lain.  Rupa-rupanya baru aku tau, sebelum aku kena gangguan tu pun, dah memang ada tersebar khabar-khabar angin tentang keangkeran gereja tempat kami bekerja tu. Malahan ada seorang pendakwah yang mendakwa dalam gereja tu, syaitan ada di mana-mana.

Adalah sekumpulan 4 orang tukang cuci ni, bila dah dengar cerita aku tu, diorang sepakat nak cuba bermalam dalam gereja tu. Alasannye, saja je, nak tengok betul ke ada setan dalam gereja ni. Takkanlah ada setan kan sebab gereja ni kan tempat suci.  Mereka dapatkan kebenaran dari pendakwah yang juga ketua gereja tu.  Walaupun pendakwah tu dah beri kebenaran, tapi pendakwah tu awal-awal dah kasi amaran, 'korang jangan menyesal pulak ye'.  Tapi amaran itu langsung tidak dipedulikan oleh 4 orang yang kekonon berani mati ni.

Mereka berempat merancang nak bermalam di kawasan yang betul-betul berhadapan dengan altar tempat sembahan orang Kristian ni.  Disitu diletakkan bangku-bangku panjang untuk tempat penganut Kristian duduk mendengar ceramah, berdoa dan sebagainya.  Tapi untuk lebih thrill, mereka tidur secara bertebaran, sorang kat sana, sorang kat sini, dan mereka semua tidur di atas bangku panjang itu.  Malam menjelang tiba, lampu pun ditutup dan masing-masing cuba nak menidurkan diri sendiri. Tapi, tak sampai setengah jam dalam kegelapan itu...



"Wei Jason, pegilah balik tempat kau", kedengaran seorang tukang cuci bernama itu memanggil nama kawannya Jason. "Yang ko berdiri depan aku tengok-tengok aku ni dah ngape?"

Dari seberang sana, kedengaran pula suara Jason, "Errr... aku kat sini la wei. Aku tak bergerak pun dari tadi".

"Habis yang depan aku ni sape?"

Krik...krik...krik... Jason langsung tidak menjawab. Sebaliknya, Jason bingkas bangun berlari ke pintu, diikuti ketiga-tiga kawannya tadi.  Sejak daripada hari itu, dah takde dah tukang cuci nak kerja seorang diri dalam gereja tu...

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiyooo .. imposter jason
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-4-2021 04:06 PM
ye uols. yg sebelah tu robert, baju tu yang diguna utk buat patung robert ni

Tq chuolz..adoi seram hokeh.. ♀ tgh gigih habiskan chuolz nyer citer ni..dah hampir ujung.. keep on posting eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2021 01:25 PM | Show all posts
Gereja Misteri Bahagian 3

Aku bukan tukang cuci tapi bila baca kisah pasal gereja berhantu ni, aku teringat pulak kenangan masa kecik aku. Dulu, mak aku selalu bawak aku dan abang aku bersihkan sebuah gereja kat tempat kami.  Alasan mak masa tu sebab mak tengok kitorang ni banyak buang masa (standardla mak-mak), lagi satu mak aku cakap mak aku rasa tak sedap hati kalau duduk dalam gereja tu sorang-sorang.

Aku kasi hint la, gereja yang kitorang pergi ni melepasi Manassas Battlefield, pastu kat sebelah gereja tu ada tapak perkuburan. Manassas Battlefiled tu pun orang cakap berhantu jugak tapi aku tak penah lagi la kene kacau kat situ.



Melangkah masuk je ke dalam gereja tu, aku dah rasa paranoid.  Gereja tu kosong, cuma ada aku, mak dan abang aku je.  Mak arahkan kami berdua untuk bersihkan bahagian atas, manakala mak pulak akan bersihkan tingkat bawah.  Walaupun masa tu siang terang-benderang, tapi aku dan abang cuba untuk tidak berjauhan sangat masa kat tingkat atas tu.

Abang aku sibuk vakum lantai, yang aku pulak tengah lap tingkap.  Tingkap terbuka masa tu, dan tingkap tu menghadap ke kawasan perkuburan. Tiba-tiba, boleh pulak lampu tiba-tiba padam sendiri.  Tapi vakum abang aku masih berbunyi.  Nasib baik la waktu tu masih siang, jadi bilik tu takde lah gelap sangat sebab masih dilimpahi cahaya matahari. Aku dan abang aku saling berpandangan.  Siapa pulak yang tutup suis lampu ni? Aku dan abang spontan berlari keluar dari bilik. Tapi bila kami dah kat luar bilik, tap! Lampu dalam bilik tu terpasang balik.  Kami pun masuk semula ke dalam bilik itu.  Tap! Lampu padam balik.  Berulang-kali jadi macam tu, keluar bilik je lampu pasang sendiri.  Akhirnya, aku dan abang beranikan diri masuk dalam bilik tu, lampu pun terpadam sendiri. Kami dengan gopohnya tutup tingkap, tutup suis vakum dan terus berlari ke bawah. Kami tipu mak yang kami dah bersihkan bilik atas.  Mak awalnya kehairanan kenapa cepat sangat kitorang turun, tapi bila nampak muka kami ni pucat lesi mak pun mengangguk faham je.

Minggu hadapannya, kami bawak sorang lagi kawan untuk bantu kami.  Kami dah sampai, dan belum lagi kami keluar dari kereta tu, kawan aku tanya, 'siapa budak perempuan kat tingkat atas gereja tu?'.  Aku pun pandang ke arah itu, tapi aku cuma nampak sipi-sipi rambut berwarna perang dari seorang perempuan. Perempuan tu bergerak menjauhi tingkap tu jadi aku tak nampak muka dia. Aku buat-buat tak nampak dan buat-buat macam biasa je, dalam hati menggelabahnya hanya Tuhan jelah yang tahu.  Tingkap tu pun satu hal jugak, sebab setau aku tingkap tu berat, mustahil mak aku boleh bukak. Kali terakhir kami ke situ memang aku dan abang aku dah pastikan yang tingkap tu tertutup sebelum kami balik.

Sejak daripada hari itu, mak dah tak pergi dah ke gereja itu. Rupanya baru aku tau, mak aku diberi upah yang sangat lumayan untuk jaga dan bersihkan gereja itu. Tapi mak aku ambil keputusan untuk berhenti, sebab dia pun dah tak larat diganggu. Malangnya mak aku pun tak pernah nak kongsi cerita-cerita dia dengan aku. Aku yakin gangguan pada mak tu lebih teruk daripada apa yang aku dan abang aku kena....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2021 02:14 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 7-5-2021 12:35 PM

Sumpahan Ahli Sihir

Pada 1700-an, ada seorang askar berpangkat Kolonel telah mengasaskan sebuah pekan.  Pekan ni sampai sekarang masih wujud lagi dan jaraknya hanya 2 jam dari tempat aku.  Kolonel tu ada hubungan luar nikah dengan seorang perempuan muda sampai perempuan tu termengandungkan anak dia.  Sebab Kolonel tu seorang lelaki yang berkuasa, dia pun halau perempuan yang tengah mengandung tu keluar dari pekan tu.  Perempuan malang tu terpaksa hidup seorang diri di pinggir pekan bertahun-tahun lamanya.  Perempuan itu selamat melahirkan seorang anak lelaki, dan selama bertahun-tahun dia membesarkan anak itu seorang diri.

Pada suatu hari, perempuan itu muncul di pekan membawa anak lelakinya. Rupa-rupanya, anak lelakinya sedikit cacat fizikal.  Perempuan itu merayu pada si Kolonel untuk tolonglah pelihara bersama anak mereka. Si Kolonel rasa malu bila rahsianya terbongkar, lalu Kolonel pun menuduh perempuan itu adalah ahli sihir.  Perempuan itu terus dijatuhkan hukuman bakar sampai mati.

Setelah hukuman dijatuhkan, si anak lelaki yang menyaksikan hukuman itu cuba mendapatkan mayat ibunya. Tapi, apabila dia cuba menarik mayatnya, kaki mendiang ibunya terpisah dari badannya. Si anak yang kesedihan itu menyumpah si Kolonel, "Batu nesanmu akan bertanda dengan kaki ahli sihir untuk selama-lamanya! Sepertimana kau menuduh ibuku sebagai ahli sihir!".  

Setelah Kolonel itu meninggal, memang ya batu nesan beliau ada kesan berbentuk seolah-olah kaki.  Waris-waris yang ada cuba untuk membersihkan kesan tersebut, tapi gagal.  Hilang sekejap tapi tak lama kemudian ianya muncul kembali.  Warisnya juga cuba untuk menggantikan batu nesan itu, tapi kesan yang sama akan muncul juga.  Sehingga sekarang, 500 tahun kemudian, kesan itu masih kekal di batu nesan itu.



Kolonel yang dimaksudkan bernama Colonel Buck. Beliau merupakan pengasas pekan Bucksport di Maine, USA.  Walaupun beliau merupakan tokoh di kawasan itu, tapi namanya telah tercemar buat selama-lamanya kerana dosanya menuduh dan membunuh seorang wanita yang tidak bersalah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
tq tt update crta best2
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 03:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 30-12-2020 11:29 AM
Sahabat Setia Ke Akhir Hayat
Aku dah 15 tahun bekerja sebagai renjer hutan di Jabatan Perhutanan US ...

Sayu dan sebak aku baca cerita ni.

Tumpang share story kat sini ye TT. Alkisah pagi 7/3/2021 haritu, aku dapat call dari mak aku bagitau ayah aku sakit dada. Jiran aku tolong bawakan ke hospital. Mak dan ayah aku duduk berdua je dan ada bela kucing seekor. Aku pulak satu negeri tapi lain daerah, dengar ayah sakit terus call husband tengah kerja ajak balik. Kucing aku umur 6tahun, aku tinggal kat rumah tak bawak. Dalam kereta kakak ipar aku yg dh sampai dulu call bagitau ayah aku kena minor heart attack.

Rupanya ada satu saluran tersumbat.So hospital daerah tu bagi ubat cair darah dan ayah aku stabil dah masa tu. Cuma doktor kata disebabkan kes berkaitan jantung, ayah aku tetap kena hantar kw hospital besar yg ada pakar. So petang tu transfer ke hospital besar dan admit ICU last minute.

Malam pukul 8lebih kitorg dibenarkan masuk gilir jumpa abah. Abah aku ok je, dia siap pesan kat aku suruh husband aku balik sebab kerja. Tengah sakit pun masih fikirkan tentang org lain. Doktor kata ayah aku kena admit ICU 5hari, lepastu masuk wad biasa lagi 4hari. Lepas discharge nanti kena refer IJN setiap bulan.

Tah macam mana, lepas jumpa ayah kitorg tu terus kitorang semua balik. Sebab ayah kitorang ok je dan dia pun suruh kitorang balik, dia kata eaok dia nak keluar. Kitorang iyekan je, kitorang tak bagitau ayah tu dijangka seminggu lebih kat hospital. Seumur hidup ayah memang tak pernah sakit dan tak pernah warded. Doktor kata esok datang lagi time melawat pukul 1 tengahari dan 4 petang. Dan aku plan nak balik rumah aku esok lepas waktu melawat tu la. Sebab ada 5 ekor kucing dan ikan 10 ekor dlm akuarium nak dibagi makan.

Aku sampai rumah pukul 11malam. Kitorang makan-makan dan plan esok melawat nak bawak majalah utk ayah, sbb ayah bosan tak buat apa-apa. Patient lain semua koma, ayah aku sorang je segar bugar dalam tu. Kesian, takda kawan nak borak.

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. 12:40tengah malam doktor call bagitau nurse jumpa ayah aku tak sedarkan diri. Doktor minta kitorang dtg hospital terus. So semua berkejar ke hospital, kitorang sampai hospital dalam 1:45pagi.

Selepas beberapa kali masalah pernafasan dan cubaan bantuan tak menjadi, akhirnya ayah aku pergi dalam keadaan tak sedarkan diri pukul 4:45pagi 8/3/2021. Puncanya, pendarahan dalam otak effect pihak hospital pertama tu salah bagi ubat kat ayah aku.

Jenazah sampai rumah subuh tu dan selamat dikebumikan pukul 11:20pagi. Kira-kira 24jam lepas dikejarkan ke hospital yg pertama tu. Selesai urusan pengebumian, aku dan husband dan cousin serta suaminya keluar beli barang utk tahlil dan balik rumah aku nak ambik kucing aku yg umur 6tahun tu bawak balik kg. Kebetulan, genap sebulan sebelum tu cousin aku yg ikut tu baru je kehilangan ayah dia jugak. Which is, paklong aku. So kitorang buat tahlil sekali je.

Malam pertama ayah aku pergi, kitorang semua layan emosi masing-masing. Mak aku dok tengok pic arwah ayah aku kat phone dia dan siap zoom lagi. Tengah mak aku tengok pic tu, abg aku panggil mak aku minta tolong cari barang. So mak aku letak phone nya atas karpet.

Aku tengok dari jauh je, sebab mak aku zoom pic arwah ayah aku tu so memang jelas lah muka arwah kat skrin. Tetiba kucing aku umur 6tahun tu pergi kat phone mak aku. Dia tunduk muka tengok skrin dan terus duduk peluk phone mak aku tu weh. Terkejut aku. Tapi aku gelakkan je dia.

Pastu mak aku datang sbb dengar kitorang riuh rendah kat situ. Aku bagitau la yg kucing aku tu tadi tengok pic arwah ayah aku dan terus peluk phone tu. Dia mcm jatuhkan diri atas phone tu. Dia ni besar, baka persian flatface highnose tu. So phone tu memang tertutup terus.

Tetiba mak aku macam panik..
"Dik, kenapa kucing adik ni? Dia sesak nafas ke??"

Aku pun terkejut panik jugak, aku tengok perut kucing aku berombak-ombak mcm org sesak nafas. Semua kerumun dia masa tu. Pastu tah macam mana kitorang pandang muka dia, baru kitorang semua perasan yg kucing aku tu sebenarnya bukan sesak nafas tapi tengah menangis rupanya weh......
Perut dia berombak tu sebab dia tersedu-sedu. Mesti dia tahu ayah aku dah takde. Sebab tu dia jatuhkan diri dia atas pic arwah ayah aku dan tetiba menangis. Airmata dia keluar habis basah muka dia. Sebak gila aku masa tu, tapi aku tahankan je.

Dulu aku kerja jauh time bujang, aku tinggal kucing aku kat mak dan ayah aku. So kucing aku tu memang rapat dan kenal sangat dengan arwah ayah aku. Arwah ayah aku kan pergi mengejut dan dia sepatutnya tak tahu pun ayah aku takde. Sebab dia takde masa meninggal dan majlis pengebumian tu. Tapi, kuasa Allah.. siapa kita nak persoalkan.

Aku teringat, last arwah ayah aku datang rumah aku 10hari sebelum meninggal. Masa nak balik selalunya kucing aku ni akan hantar mak ayah aku ke depan pintu. Tapi haritu dia macam merajuk, dia taknak pandang bila mak ayah aku cakap kat dia bye nak balik. Dia duduk je disebalik langsir pintu ke dapur.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 18-4-2021 03:37 AM
Sayu dan sebak aku baca cerita ni.

Tumpang share story kat sini ye TT. Alkisah pagi 7/3/2021 h ...

sedihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by auza_chiyoko at 18-4-2021 03:46 PM
AnggunSophea replied at 18-4-2021 03:37 AM
Sayu dan sebak aku baca cerita ni.

Tumpang share story kat sini ye TT. Alkisah pagi 7/3/2021 h ...


Sedihnye...takziah ya sis...semoga arwah abah ditempatkan dikalangan org beriman...abah i pun meninggal gk..jatuh dpn rmh..trs meninggal...pdhl 10 mnt bfore tu siap brekfast skli dgn i..i g toilet jp je tber adik dh mnjerit ckp abah rebah...dh 4 thn brlalu..abah meninggal sehari sebelum tarikh abah sis..alfatihah bt abah2 kita..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 12:20 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 18-4-2021 03:37 AM
Sayu dan sebak aku baca cerita ni.

Tumpang share story kat sini ye TT. Alkisah pagi 7/3/2021 h ...

innalillah... takziah kepada uols sekeluarga. semoga roh bapa ditempatkan di kalangan orang yang soleh.  kucing kalau sayang kat manusia tandanya manusia tu memang hatinya baik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2021 01:11 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 18-4-2021 03:37 AM
Sayu dan sebak aku baca cerita ni.

Tumpang share story kat sini ye TT. Alkisah pagi 7/3/2021 h ...

takziah sis. al-fatihah kepada arwah ayah sis. takpe kucing sayang mesti Allah pun sayang arwah ayah sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2021 01:25 PM | Show all posts
Siapa Tepuk Ayah Aku?

Ni bukan kisah aku, tapi kisah ayah aku.  Di awal tahun 1980an, ayah aku pernah bekerja sambilan semasa cuti musim panas di Taman Negara Yellowstone, Wyoming.  Pada suatu hari, ayah aku dan kawannya, Mark, pegi mendaki di kawasan taman ni.  Diorang mendaki sebuah gunung, dan di atas puncak gunung tu, diorang jumpa satu lubang yang dipanggil 'Indian Pit'.  Lubang ni lubang buatan manusia yang dikorek oleh Orang Asli Amerika bertahun-tahun lamanya.  Lubang ni digunakan untuk dijadikan tempat menyorok semasa memburu dan adakalanya digunakan dalam ritual untuk anak-anak muda Orang Asli Amerika sebagai ujian keberanian mereka.  Jadi ayah aku dan Mark pun gunakanlah lubang ni sebagai khemah untuk diorang bermalam pada malam tu.



Malam tu, ayah aku terjaga sebab nak terkencing.  Ayah aku pun keluarlah dari lubang tu, dalam kegelapan malam tu dia berjalan seorang diri membawa lampu sulu kecil cuba nak carik tempat yang sesuai untuk buang air kecil.  Tengah berjalan tu, tiba-tiba ayah aku merasakan seolah-olah bahunya ditarik seseorang.  "Eh Mark ko pun nak pegi kencing jugak ke?".  Tapi bila ayah aku pandang belakang je, eh, takde orang? Ayah aku pandang ke depan, rupa-rupanya ayah aku cuma tinggal setapak je lagi nak tergelincir dah. Di depan ayah aku adalah tebing gunung tu. Ayah aku pun cepat-cepatlah kencing dan terus balik ke khemah dan berselubung satu badan.

Keesokan paginya, bila ayah aku dan Mark dah bangun, Mark cerita kat ayah aku, 'Aku tau benda ni bunyinya macam tak betul, tapi malam tadi aku terjaga tengah malam.  Aku ternampak ada orang Red Indian tengah berdiri depan khemah kita ni.  Betul, aku tak tipu, aku sumpah aku betul-betul nampak Red Indian'.

Ayah aku pun ceritalah kisah dia pulak malam tadi. Mungkinkah Red Indian tu sekadar roh yang masih terawang-awang di situ? Tapi ayah aku kata dia bersyukur sebab kalau tak mungkin dia dah mati jatuh gunung malam tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2021 02:01 PM | Show all posts
Papan Ouija Misteri

Kalau kat  Malaysia famous kan dengan game spirit of the coins?  Ha kalau kat USA dipanggil Ouija dan yang hebatnya, kat USA siap buat lagi papan ouija nak panggil hantu ni. Tapi dalam citer aku ni, aku main dengan mak aku.



Kisah ni terjadi semasa cuti Thanksgiving 2018 yang lalu.  Mak aku ni suka beli barang lelongan, kadang-kadang ntah hape-hape yang mak aku beli. Kali ni, mak aku beli satu kotak yang ada pelbagai barangan.  Macam-macam benda ada dalam kotak tu, sekali tu mak aku terjumpa papan ouija dalam tu.  Aku penah cuba jugak main ouija, tapi tu masa aku berumur 13 tahun dan aku siap main sorang diri lagi tu. Tapi masa aku main tu takde ape pun yang terjadi (nasib baik), jadi kali ni aku ajak mak aku, jom kita cuba main ouija ni. Mak aku pun setuju.

Kami bermain di atas meja makan, dan untuk naikkan mood seram, aku dan mak pasang lilin di sekeliling meja makan tu. Aku dan mak dah teruja nak main, tapi anjing aku asyik menyalak-nyalak je.  Sebenarnya, dari masa mak aku bawak balik papan tu lagi anjing kitorang dah macam resah.  Akhirnya, kitorang terpaksa kurung anjing tu jauh dari bilik kami untuk elakkan dia mengganggu permainan kami.

Lampu pun ditutup, bilik tu hanya diterangi oleh cahaya lilin tadi. Aku dan mak aku pun pusing-pusinglah papan nipis berlubang yang dipanggil planchette di atas papan ouija tu sambil cuba memanggil roh yang ada.  Sekali tu, kitorang dapat berhubung dengan roh yang bernama Tom.  Kami pun tanyalah macam-macam, umur berapa, Tom 'cakap' 7. Tapi lepas tu, Tom jadi macam pelik.  Bila kitorang tanya soalan lain, jawapan yang dia bagi merapu-rapu.  Planchette kami digerakkan oleh Tom tapi dia cuma lalu kat bahagian nombor je.  Aku dan mak pun cepat-cepatlah tamatkan sesi tu dan kami pun ucapkan selamat tinggal pada Tom.

Walaupun dah habis main, tapi aku tetap rasa tak sedap hati.  Spontan aku berulang kali cakap kat mak,'ada benda yang tak kena, aku rasa tak selesa'.  Berulang-ulang kali aku cakap macam tu sampai aku kena serangan panik dan mula menangis teresak-esak.  Aku dilanda satu perasaan takut dan panik yang sangat melampau, tapi untuk masa yang sekejap je.  Tak sampai satu minit kemudian, aku kembali tenang. Pastu aku cakap kat mak yang kita kena main lagi, mak aku tak setuju tapi aku paksa jugak hingga mak aku terpaksa main lagi.

Jadi kali ni, aku tanya pada roh tu, Tom ada kat sini tak? Planchette itu menuju ke No.  Bila aku tanya ni siapa pulak, roh tu tetap jawab NO. Semua soalan yang aku tanya, datang dari mana, umur berapa, jawapannya semua NO.  Roh tu macam main-mainkan kitorang, roh tu gerakkan planchette tu membuat bentuk infinity (tanda 8 mengiring tu) sebelum ianya memberi jawapan NO.

Aku seolah-olah terpesona dengan pergerakan planchette di atas papan ouija tu.  Aku dengar mak kasi arahan kat aku, yang kami kena hantar roh tu balik dan tamatkan permainan ni, tapi aku dengar jelah.  Aku seolah-olah macam kena pukau, aku cuma diam dan asyik merenung planchette di atas papan tu.  Mak aku sampai menjerit panggil nama aku, 'Nak, ucapkan selamat tinggal nak. Ucapkan selamat tinggal pada roh ni nak'.  Pastu mak aku cuba paksa juga planchette tu ke arah Goodbye di atas papan ouija tu. Masa tulah baru aku bukak mulut sikit, perlahan-lahan aku mengucapkan selamat tinggal. Tu pun aku macam berat hati je.

Selepas kami ucapkan selamat tinggal, barulah aku tersedar dari lamunan tadi.  Mak aku tanya kenapa aku jadi macam tu? Jadi macam apa? Mak aku cakap aku tiba-tiba jadi anak patung, muka takde ekspresi dan aku cume termenung seolah-olah aku tak sedar apa-apa. Tapi sebenarnya memang aku tak sedar apa yang dah terjadi.  

Kami pun buka lampu dan padamkan lilin. 'Mak baru perasan', mak perasan ape? 'Roh tu cuma jawab bila ko tanya. Bila mak tanya, roh tu taknak jawab pun'.  

Mak aku terus simpan papan ouija tu dalam kotaknya pastu kami berjanji kami taknak main lagi dah.  Tapi gangguan tu tak berhenti di situ, mak aku terjumpa tapak kaki berdarah dalam bilik air tingkat bawah.  Tak tau sape punya sebab bukan saiz kaki kami. Yang lebih menggerunkan, tapak kaki itu muncul dari celah-celah mesin basuh dan mesin pengering yang sempit tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks tt ada cerita baru  ... Aku dah ketagih pulak dgn cerita kat dlm nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 05:13 PM | Show all posts
Best citer dalam ni. Tq TT.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.642888 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list