CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kayrail

Cycling / Biking

[Copy link]
Post time 20-4-2008 05:25 AM | Show all posts
Azizulhasni prospek 200m



AZIZULHASNI AWANG


KUALA LUMPUR – Ura-ura jurulatih negara, John Beasley mahu menggugurkan nama Azizulhasni Awang daripada acara 200 meter pecut pada Sukan Olimpik Beijing, Ogos ini tidak menjadi kenyataan apabila pelumba berusia 20 tahun itu dikekalkan untuk mengisi satu slot yang diberikan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Keputusan itu dibuat Beasley sendiri menerusi panggilan telefon dari Australia, semalam selepas berbincang dengan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab.

Malah, jurulatih dari Australia itu bukan sahaja mengekalkan Azizulhasni tetapi turut menganggap pelumba itu merupakan prospek pingat untuk Malaysia dalam acara basikal trek di Olimpik.

“ Dia (Azizulhasni) berada pada prestasi lebih baik berbanding Josiah Ng ketika ini dan akan mengisi satu slot 200m pecut.

“ Saya percaya jika dia berjaya memperbaiki sedikit sahaja lagi strategi perlumbaannya, saya anggap peluangnya untuk menang pingat agak cerah,” katanya.

Dengan keputusan itu, Azizulhasni akan menyertai dua acara di Beijing. Selain 200m pecut, pelumba kelahiran Terengganu turut menyertai acara keirin bersama Josiah.

Josiah bersama Mohd. Ederus Yunus dan Mohd. Rizal Tisin pula berganding dalam pecut berpasukan.

Sebelum ini ada ura-ura Beasley mahu Josiah menggantikan Azizulhasni dalam acara 200m pecut walaupun prestasi Josiah tidak menentu ketika ini.

Malah, jika prestasi semasa di dua kejohanan terbaru diambil kira, Azizulhasni mempamerkan pencapaian lebih baik selepas menduduki tempat ke-11 di Kejohanan Dunia dan muncul juara 200m pecut pada Kejohanan Berbasikal Asia di Nara, Jepun baru-baru ini.

Kesemua empat pelumba yang layak secara merit ke Olimpik itu akan terbang ke Melbourne semula pada 28 April ini untuk meneruskan latihan bersama Beasley.

Mereka dijangka ke Eropah selepas itu untuk menyambung fasa latihan terakhir sebelum memulakan cabaran di Beijing.

--- :victory: :victory: jange saloh pileh... malaysia buleh! :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2008 05:27 AM | Show all posts
Penentuan Siapa Ke Olimpik Dalam Masa Terdekat, Kata Naim
19 April, 2008 22:43 PM - BERNAMA


KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Persoalan siapakah yang akan menggalas cabaran negara dalam acara 200m pecut di Sukan Olimpik Beijing, Ogos depan hanya akan ditentukan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam masa terdekat, kata Timbalan Presiden PKBM Datuk Naim Mohamad.

" Keputusan untuk memilih sama ada Josiah (Ng) atau Azizulhasni (Awang) akan dibincangkan pada mesyuarat JKK bersama Datuk Zolkples Embong (Ketua Pengarah MSN) dalam masa terdekat ini.

" Kita mempunyai masa sehingga 28 Jun depan untuk membuat senarai muktamad nama pelumba-pelumba ke Sukan Olimpik Beijing," kata Naim ketika dihubungi Bernama, di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, beliau enggan memaklumkan bila mesyuarat itu akan diadakan.

Katanya kriteria pemilihan atlet sudah tentu menjurus kepada kedudukan ranking pelumba terkini dan prestasi semasa antara kedua-dua pelumba berkenaan.

" Jika MSN mahukan cadangan daripada PKBM, saya secara peribadi akan cadangkan Azizulhasni," kata Naim, yang juga pengerusi jawatankuasa trek PKBM, ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar yang menyatakan bahawa PKBM akan membuat keputusan mengenai perkara itu dalam satu mesyuarat hari ini.

Dilema pemilihan sama ada Josiah atau Azizulhasni yang bakal membawa cabaran negara dalam acara 200m pecut timbul apabila pihak Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada 16 April lepas memaklumkan kepada PKBM bahawa hanya satu tempat diberikan kepada pelumba Malaysia di Sukan Olimpik Beijing.

Malaysia turut diberikan tiga tempat untuk acara pecut berpasukan dan dua tempat dalam acara keirin.

Kedua-dua pelumba -- Josiah dan Azizulhasni -- juga akan membawa cabaran negara dalam acara keirin pada temasya di Beijing nanti.

Selain Josiah dan Azizulhasni, cabaran Malaysia ke Sukan Olimpik dalam acara berbasikal trek akan turut dipikul Mohd Rizal Tisin dan Mohd Edrus Yunus.

--- :victory: :victory: pileh jange tok pileh... :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 09:30 PM | Show all posts
Empat Pelumba Layak Ke Sukan Olimpik
21 April, 2008 20:17 PM - BERNAMA


KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) telah mengesahkan bahawa empat pelumba trek negara telah layak ke Sukan Olimpik Beijing Ogos ini.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) dalam kenyataan hari ini empat pelumba berkenaan -- Josiah Ng, Mohd Rizal Tisin, Azizul Hasni Awang dan Edrus Yunus -- akan beraksi dalam acara pecut berpasukan (tiga pelumba), Keirin (dua pelumba) dan satu pelumba dalam acara pecut individu.

Pengerusi Jawatankuasa Acara Trek MNCF Datuk Naim Mohamad ketika dihubungi, berkata beliau menjangkan Azizul, selaku juara Asia dalam acara Keirin dan 200m pecut, menyertai kesemua tiga acara itu.

"Bagi saya, saya ingin melihat Azizul berganding dengan Josiah dan Mohd Rizal dalam acara pecut berpasukan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, MNCF mempunyai tempoh sehingga 28 Jun ini untuk memuktamadkan senarai pelumba ke Beijing.

--- :victory: :victory: tahniah utk yg terpilih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 04:04 AM | Show all posts
Malaysia kini kategori A Asia
- UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR - Malaysia kini diiktiraf Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sebagai negara kategori A berdasarkan kejayaan pelumba serta kepesatan program pembangunan sukan tersebut dan ekonomi negara kebelakangan ini.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab berkata, pengiktirafan itu diberikan UCI pada persidangan kongresnya di Jepun, baru-baru ini.

Menurut Abu Samah, hanya 10 negara di Asia menerima pengiktirafan itu yang boleh membawa kepada pembangunan lebih pesat sukan berbasikal di Malaysia.

" Kejayaan pelumba negara layak ke Olimpik adalah antara faktor yang diambil kira selain program pembangunan yang tersusun.

" Kita kini menyertai kuasa berbasikal di Asia seperti Jepun, Korea, China, Taiwan, Hong Kong, Iran, Qatar, UAE dan Bahrain di bawah kategori A," katanya, semalam.

Selain pengiktirafan itu bakal membuka peluang lebih luas kepada pelumba negara untuk berlatih di Pusat Berbasikal Dunia (WCC), kita juga berperanan membantu membangunkan sukan berbasikal di negara yang masih rendah pencapaian mereka.

" Jika dulu ketika di bawah kategori B, kita menerima bantuan RM6,000 setahun daripada UCI tetapi apabila dah masuk kategori A ini, giliran kita pula membantu.

" Ini dilakukan dengan menyumbang yuran RM15,000 setahun kepada UCI untuk menjalankan aktiviti pembangunan di negara lain," jelasnya.

Mengenai peluang menghantar pelumba negara ke WCC, pengiktirafan kategori A ini membolehkan Malaysia mendapat bantuan dan sokongan kewangan dengan lebih mudah daripada Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) mulai tahun 2009.

UCI mempunyai 40 ahli gabungan daripada seluruh dunia yang saling membantu di antara satu sama lain dalam membangunkan sukan berbasikal ini.

--- :victory: :victory: tahniah team cycling malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 04:06 AM | Show all posts
Azizulhasni intai kilauan pingat Beijing
- UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR - Pelumba muda harapan negara, Azizulhasni Awang akan cuba merealisasikan harapan pingat yang disandarkan di bahunya pada Sukan Olimpik, Ogos ini dalam acara pecut 200 meter berbasikal trek.

Menurut pelumba yang merangkul dua emas pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Jepun baru-baru ini, potensi pingat yang digalasnya bukan satu tekanan.

Sebaliknya, jelas Azizul, 20, harapan pingat akan menjadi pemangkin di Beijing kelak dan jika 'ada tuah', harapkan pingat bakal dijelmakan.

'' Pertamanya saya lega dengan pengesahan jurulatih bahawa saya satu slot yang dikhaskan untuk Malaysia dalam acara pecut 200 meter milik saya.

'' Mengenai prospek pingat Olimpik yang dinyatakan oleh jurulatih John Beasley ke atas saya, ia saya anggap satu cabaran.

'' Memang sesiapa pun tidak boleh memberi jaminan akan menang pingat di Olimpik sekalipun peserta pilihan.

'' Harapan pingat yang disandarkan kepada saya merupakan satu dorongan untuk saya memberikan aksi terbaik,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Dilema pemilihan pelumba untuk mengisi satu slot yang diberikan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) acara 200 meter pecut Olimpik dengan Josiah Ng, baru-baru ini selesai apabila Azizul akhirnya dinamakan sebagai calon paling layak.

Malahan, Beasley yakin jika Azizul berjaya memperbaiki sedikit sahaja lagi strategi perlumbaan, pelumba kelahiran Terengganu itu berpeluang untuk menang pingat.

Azizul turut disenaraikan untuk acara keirin di Olimpik Ogos depan bersama Josiah.

Tambah Azizul, dia kini cukup bersemangat untuk aksi pertama di Olimpik.

--- :victory: :victory: gud luck team malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 04:30 AM | Show all posts
Fatehah jadi rebutan dua pihak
- KOSMO



IMPIAN pelumba basikal trek wanita negara, Fatehah Mustapa (gambar) untuk meneruskan latihan di Melbourne, Australia mungkin tidak menjadi kenyataan.

Ketika jurulatih John Beasley berharap pelumba muda kelahiran Terengganu ini akan kembali menjalani latihan bersama pelumba-pelumba elit yang lain, Majlis Sukan Negara (MSN) dikatakan keberatan untuk melepaskannya.

Difahamkan, keputusan MSN ini berpunca daripada permintaan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) yang mahu Fatehah mewakili negeri itu pada Sukan Malaysia (Sukma) Jun ini.

Tindakan ini dianggap sebagai satu kerugian kerana prestasi Fatehah semakin menunjukkan peningkatan sejak diserapkan ke skuad elit awal tahun ini.

Ada nada kecewa disuarakan oleh Fatehah meskipun dia akur dengan keputusan yang bakal diambil nanti.

" Status saya masih 50-50. Jurulatih (Beasley) mahu saya kembali menjalani latihan di Melbourne tetapi MSN masih belum memberi kata putus.

" Saya diarah untuk bersiap sedia kerana mengikut jadual saya akan berlepas ke Melbourne pada 28 April ini bersama-sama pelumba-pelumba elit yang lain.

" Pada masa yang sama, saya juga perlu bersedia untuk berlatih di negara ini jika MSN tidak membenarkan saya meneruskan latihan di bawah bimbingan Beasley," kata Fatehah.

Ketika ditanya tentang Sukma 2008, Fatehah berkata, dia tidak ada masalah untuk mewakili Terengganu.

Meskipun mengikuti latihan di bawah kendalian Beasley, dia akan pulang ke tanah air seminggu sebelum temasya sukan itu bermula Jun ini.

Apa yang lebih penting, dia perlu meneruskan program latihan skuad elit yang sudah terbukti kejayaannya selepas empat pelumba negara mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini.

Di Beijing, Mohd. Rizal Tisin, Mohd. Edrus Yunus dan Josiah Ng akan beraksi dalam acara pecut berpasukan manakala Mohd. Azizulhasni Awang akan menyertai acara 200m pecut.

Josiah akan bergandingan bersama Azizulhasni dalam acara keirin pada temasya sukan berprestij itu.

Di bawah bimbingan Beasley, Fatehah mencipta banyak kejayaan termasuk memenangi dua pingat perak pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Jepun baru-baru ini.

Fatehah yang beraksi dalam acara 200m pecut, 500m ujian masa dan keirin turut membawa pulang satu pingat perak dan gangsa pada kejohanan yang sama di Bangkok, Thailand tahun lalu.

Selain itu, dia juga berjaya memenangi tiga pingat gangsa pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand.

--- berebut2 gini, last2 atlit yg jadi mangsa... apa salahnya biar dia pergi latihan kat australia tu? kan katanya sempat balik sebelum SUKMA? xfaham betul la MSN ni... haiyoooo...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2008 03:06 AM | Show all posts
PKBM pertahankan Fatehah
- KOSMO



PELUMBA basikal trek wanita negara, Fatehah Mustapa (gambar) tetap akan ke Melbourne, Australia Isnin ini.

Pelumba muda sedang meningkat naik ini akan terus menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukan yang lain di bawah kendalian jurulatih John Beasley.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab berkata, keputusan untuk menghantar Fatehah ini dianggap sebagai satu tindakan yang tepat.

" Kami menentang sekeras-kerasnya cadangan mana-mana pihak termasuk Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) untuk tidak menghantar Fatehah ke Melbourne.

" Dia (Fatehah) perlu menyambung latihan di bawah program yang telah dirancang oleh Beasley kerana program ini sangat sesuai dan sudah terbukti kejayaannya.

" Malah jurulatih juga ada menghubungi saya baru-baru ini dan dia berharap agar Fatehah akan pulang semula ke Melbourne untuk meneruskan latihan.

" Prestasi Fatehah semakin menunjukkan peningkatan selepas empat bulan 'berguru' dengan Beasley dan program ini perlu diteruskan," kata Abu Samah.

Di bawah bimbingan Beasley, Fatehah mencipta banyak kejayaan termasuk memenangi dua pingat perak pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2008 di Jepun baru-baru ini.

Pelumba kelahiran Terengganu berusia 19 tahun ini dijangka akan berlepas ke Melbourne pada 28 April ini bersama-sama rakan sepasukan yang lain termasuk Mohd. Rizal Tisin dan Muhammad Edrus Md. Yunos dan Mohd. Azizulhasni Awang.

Abu Samah berkata, selain mempunyai program latihan yang terbaik, Fatehah juga ada rakan sepelatih yang hebat.

" Dia akan berlatih bersama-sama Josiah Ng, Rizal, Edrus dan Azizulhasni yang sudahpun melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Beijing, China Ogos ini.

" Ini adalah peluang terbaik untuk Fatehah memperbaiki kelemahan, sekali gus menguji kemampuan sebenar jika dia mahu melayakkan diri ke Olimpik pada masa hadapan."

Difahamkan, MSN keberatan untuk melepaskan Fatehah meneruskan program latihan di Melbourne bagi memenuhi permintaan MSNT yang mahu melihat Fatehah mewakili negeri itu pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 Jun ini.

Sementara itu, ketika ditanya tentang Sukma 2008, Fatehah berkata, dia tidak ada masalah untuk mewakili Terengganu.

Meskipun mengikuti latihan di bawah kendalian Beasley, dia akan pulang ke tanah air seminggu sebelum temasya sukan itu bermula Jun ini.

--- bagus la dia jadi pegi australia tu... gud luck dgn latihan, moga2 tambah maju & prestasi bertambah baik... kasi diam terlopong sama itu MSN & MSNT!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 04:40 AM | Show all posts
Junaidi cabar kedudukan Rizal, Ederus ke Beijing
- UTUSAN

KUALA LUMPUR - Nama empat pelumba yang akan mewakili negara ke Sukan Olimpik Beijing Ogos ini belum lagi muktamad selepas Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil langkah menambah seorang pelumba untuk berlatih di Melbourne, Australia bermula 28 April ini.

Pengarah Cawangan Elit MSN, Ariffin Ghani berkata, pihaknya telah menyenaraikan Junaidi Mohd. Nasir untuk menyertai empat lagi pelumba, Josiah Ng, Azizulhasni Awang, Mohd. Rizal Tisin dan Mohd. Ederus Yunus sebagai memenuhi permintaan jurulatih negara, John Beasley.

Katanya, Beasley mahu Junaidi disenaraikan untuk berlatih di Melbourne kerana jurulatih daripada Australia itu masih belum memuktamadkan siapa yang akan beraksi dalam acara pecut berpasukan.

“ Beasley yang akan buat keputusan muktamad berhubung pelumba yang akan beraksi di Beijing dalam acara pecut berpasukan.

“ Di kalangan lima pelumba itu, seorang akan digugurkan tidak kira mereka adalah pelumba yang bertanggungjawab melayakkan Malaysia ke Olimpik sebelum ini,” katanya.

Junaidi tidak menyertai kejohanan dunia di Manchester, England baru-baru ini kerana cedera yang menyaksikan gandingan Josiah, Rizal dan Ederus berjaya melayakkan Malaysia secara merit beraksi dalam acara pecut berpasukan di Beijing menerusi kejohanan itu.

Berikutan kejayaan tersebut, Malaysia diberi dua slot secara automatik untuk beraksi dalam acara keirin dan satu slot dalam acara 200 meter pecut.

Jika acara pilihan diambil kira, kedudukan Josiah dan Azizulhasni dilihat selamat dan tidak mungkin digugurkan kerana kedua-duanya adalah yang terbaik dalam acara keirin dan 200m pecut.

Bagaimanapun kedudukan Rizal dan Ederus dilihat belum selamat kerana Junaidi bila bila masa boleh mengetepikan salah seorang daripada mereka jika berjaya meyakinkan Beasley dalam acara pecut berpasukan.

“ Kita tidak boleh anggap ia tidak adil bagi Rizal dan Ederus kerana walaupun sudah bertungkus lumus melayakkan Malaysia ke Olimpik, jika digugurkan di saat akhir, mereka kena terima.

“ Ini kerana MSN begitu menghormati keputusan jurulatih seperti Beasley yang tahu mana yang terbaik untuk Malaysia meraih pingat.

“ Jika dia merasakan Junaidi boleh mencerahkan lagi peluang kita meraih pingat di Beijing nanti, apa salahnya,” tegas Ariffin.

Difahamkan sebelum mengalami kecederaan, Junaidi adalah pilihan utama Beasley untuk beraksi dalam acara pecut berpasukan di Beijing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2008 06:09 AM | Show all posts
Azizulhasni gemar merendah diri

AZIZULHASNI (tengah) akan beraksi dalam acara keirin serta pecut
individu di Beijing.


MESKIPUN boleh berbangga dengan status selaku 'Raja Keirin Asia', pelumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang lebih selesa dilabelkan sebagai bukan pilihan pada Sukan Olimpik di Beijing, Ogos depan.

Pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2008 di Jepun awal bulan ini, Azizulhasni berjaya mempertahankan gelaran yang dimenanginya di Bangkok tahun lalu dalam acara keirin selain turut memenangi acara 200 meter pecut individu.
"Saya lebih selesa dengan status underdog kerana tiada tekanan apabila beraksi pada Sukan Olimpik nanti walaupun memegang gelaran di peringkat Asia," katanya semalam.

Namun, Azizulhasni berkata, status itu tidak menghalangnya memberikan aksi yang terbaik terutama setelah dipilih Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk menyertai dua acara iaitu keirin dan 200 meter pecut individu.

"Jika dibandingkan dalam dua acara itu, saya rasa peluang untuk memenangi pingat lebih cerah dalam acara keirin kerana pernah bersaing dengan pelumba dari Perancis, New Zealand dan Australia, yang beraksi pada Olimpik nanti," kata pelumba berusia 20 tahun itu.

Selain Azizulhasni, seorang lagi pelumba berpengalaman negara iaitu Josiah Ng turut berlumba dalam acara keirin.

Minggu lalu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa (UCI) mengesahkan secara rasmi empat pelumba skuad lumba basikal trek negara layak dalam acara berpasukan (tiga orang), keirin (dua orang) dan pecut individu (seorang).

Ini kerana dalam acara berpasukan jurulatih John Beasley belum memutuskan untuk memilih dua daripada tiga pelumba iaitu Mohd. Rizal Tisin, Mohd. Edrus Yunus dan Junaidi Mohd. Nasir.

"Kami akan kembali menyambung latihan untuk meningkatkan lagi prestasi di Melbourne, Australia pada Isnin depan di bawah kendalian Beasley setelah bercuti selama seminggu," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 06:36 AM | Show all posts
Pelumba ikrar bawa pulang pingat
- BERITA HARIAN

KETIKA Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (MNCF) tidak menaruh sebarang harapan di Sukan Olimpik Beijing, barisan pelumbanya pula berikrar untuk cuba membawa pulang sebutir pingat daripada temasya itu, Ogos ini.

Presiden MNCF, Abu Samah Wahab, berkata ikrar itu menunjukkan semangat dan komitmen pelumbanya biarpun ia jelas amat sukar untuk empat penunggang negara yang akan berentap di Beijing mencipta kejayaan di temasya itu.

“ MNCF tidak meletakkan sebarang harapan terutama memperoleh pingat di Beijing tetapi peluma berikrar mereka akan cuba mencipta kejutan di temasya itu,” kata Abu Samah pada sidang akhbar selepas majlis meraikan pelumba trek yang berjaya melayakkan diri ke Beijing.

Pada majlis itu, empat daripada lima pelumba terbabit yang layak ke Beijing, Mohd Azizulhasni Awang, Mohd Edrus Mohd Yunos, Mohd Rizal Tisin dan Junaidi Mohd Nasir menerima insentif RM2,000 setiap seorang daripada MNCF atas kejayaan mereka manakala seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng tidak dapat hadir.

Daripada lima pelumba itu, MNCF sudah menyenaraikan Azizulhasni, Edrus, Rizal dan Josiah akan beraksi di Beijing manakala Junaidi diletakkan sebagai pelumba simpanan.

Abu Samah, berkata berdasarkan maklum balas jurulatih trek, peluang pelumba memenangi pingat di Beijing agak sukar kerana masih dapat proses memantapkan diri.

“ Jurulatih berkata harapan negara di Beijing sukar kerana masih dalam proses pemantapan tetapi empat tahun akan datang iaitu pada 2012, peluang kita agak cerah,” kata Abu Samah.

“ Apapun jika ada peluang sekalipun sudah pasti ia pada Azizulhasni.

“ Ini kerana dia menunjukkan peningkatan mendadak dalam acara keirin dan dan saya rasa dia mampu memberikan persembahan yang cemerlang di Beijing nanti,” kata Abu Samah.

Keempat-empat pelumba negara berlepas ke Melbourne, Australia, semalam untuk menjalani latihan intensif lebih dua bulan sebelum berpindah ke Perancis sebagai persediaan menghadapi Sukan Olimpik.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam tiga acara trek di Beijing iaitu pecut berpasukan, pecut dan keirin.

- MNCF & jurulatih tak confident, tapi pelumba basikal negara berikrar & ada harapan... hope MNCF & jurulatif lebih positif... kalau rasa2 takde harapan pun, tak perlu la luahkan kat media kan? takut pelumba2 hilang semangat lak... moga pelumba2 negara giat berlatih & berlumba sebaik mungkin nanti... kalah pun takpe, pengalaman dalam olimpik tu yg penting & tingkatkan pencapaian nanti dalam olimpik 2012... :victory: :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 08:16 PM | Show all posts
01 Mei, 2008 17:49 PM           

Junaidi Tekad Pulih Prestasi Untuk Bersaing Ke Olimpik Beijing

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Menyedari masa semakin suntuk untuk layak ke Sukan Olimpik Beijing Ogos depan, pelumba trek berbasikal negara Junaidi Mohd Nasir bertekad untuk memulihkan prestasinya dalam masa terdekat bagi mencari tempat pada temasya sukan itu.

Pelumba kelahiran Pontian, Johor itu sebelum ini berehat hampir dua bulan setelah menjalani pembedahan akibat kecederaan tulang belakang pada pertengahan Mac lepas.

"Sekarang saya perlu mengembalikan prestasi asal untuk bersaing bagi merebut satu daripada tiga tempat dalam acara berpasukan pada Sukan Olimpik nanti," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Junaidi berkata berdasarkan prestasi semasa, rakan-rakan sepasukannya yang lain seperti Mohd Rizal Tisin dan Muhammad Edrus Md Yunus berada dalam keadaan terbaik.

"Namun saya menganggap peluang masih terbuka kerana jurulatih kebangsaan John Beasley belum memutuskan siapa akan mengisi tiga tempat itu," katanya.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada 14 April lepas mengesahkan secara rasmi tempat buat pelumba kebangsaan dalam acara berpasukan (tiga orang), keirin (dua orang) dan 200 meter pecut individu (seorang).

Berdasarkan perkembangan semasa, kedudukan Azizulhasni Awang dilihat selamat apabila menyertai acara 200 meter pecut individu dan bergandingan dengan Josiah Ng dalam acara keirin.

Josiah pula merupakan pilihan untuk acara berpasukan dengan dua tempat lagi menjadi rebutan Junaidi, Mohd Rizal dan Muhammad Edrus.

"Doktor telah mengesahkan saya cergas sepenuhnya dan akan menyambung latihan di Melbourne, Australia bersama mereka (pelumba-pelumba lain) minggu depan," kata Junaidi yang telah menjalani latihan di negara itu sejak 2006.

Junaidi berkata sebelum ini, peluang seakan-akan telah tertutup buatnya kerana mengikut nasihat doktor, beliau perlu berehat sekurang-kurangnya tiga bulan sehingga Jun selepas menjalani pembedahan.

"Tapi saya sempat pulih sepenuhnya dalam masa tiga minggu, seterusnya memberikan harapan untuk mencapai impian iaitu beraksi pada Sukan Olimpik," katanya.

Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sebelum ini menyerahkan kepada Beasley untuk memutuskan siapa yang akan beraksi dalam acara berpasukan pada temasya di Beijing itu.

-- BERNAMA



ni antara sukan yg aku wajib tengok masa olimpik !!!  
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2008 05:01 PM | Show all posts
Lumba basikal - wajah segar sandaran negara di Beijing

Oleh SAYED HESHAM IDRIS



Zolkples Embong (tengah) berbual dengan para pelumba negara
yang meraih pingat di ACC Jepun pada majlis penyampaian insentif
di MSN Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


--------------------------------------------------------------------------------



KEJOHANAN Berbasikal Asia (ACC) di Jepun baru-baru ini telah melahirkan ikon baru sukan negara.

Nama Azizulhasni Awang, Mohd. Rizal Tisin, Mohd. Edrus Md. Yunus, tidak ketinggalan pelumba wanita Fatehah Mustapha kini meniti di bibir peminat lumba basikal negara.

Kutipan keseluruhan tiga emas, empat perak dan sebutir gangsa yang diraih dalam acara trek di ACC sememangnya begitu membanggakan.

Dalam majlis pertemuan pelumba di Kuala Lumpur baru-baru ini, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong menyifatkan pelumba tersebut sebagai ikon baru sukan negara.

憫Kita sudah memiliki ikon sukan seperti Nicol David, Ong Beng Hee dan Azlan Iskandar dalam sukan skuasy.

憫Kini sukan lumba basikal telah melahirkan ikon baru berikutan kecemerlangan yang mereka lakukan di ACC, Jepun, baru-baru ini.

憫Dahulu kita ada jagoan lumba basikal seperti Ng Joo Ngan, M. Kumaresan dan Allahyarham Ali Hassan.

憫Dengan kemunculan pelumba muda ini, kita sudah menemui pengganti mereka.

憫MSN berbangga dengan kejayaan mereka kerana mencipta kecemerlangan pada usia muda,拻 kata Zolkples.

Tambahnya, kejayaan merangkul dua emas oleh Azizulhasmi menambahkan lagi sebutir bintang sukan lumba basikal dari Terengganu selepas Anuar Manan yang mencipta nama pada Le Tour de Langkawi (LTdL), baru-baru ini.

憫Berikutan itu kerajaan merancang untuk menjadikan Terengganu sebagai pusat kecemerlangan bagi sukan lumba basikal.

憫Ketika ini sudah ada kira-kira 30 pelumba muda berbakat yang serius dalam sukan ini di Dungun.

憫MSN berharap kita dapat mencipta lebih banyak ikon dalam sukan ini yang dilahirkan di Terengganu,拻 katanya.

Azizul idam juara dunia


Pemenang emas dalam acara 200 meter sprint dan keirin pada ACC baru-baru ini, Azizul berharap kejayaan di Jepun itu membuka mata semua pihak bahawa atlet negara juga mampu cemerlang di pentas antarabangsa.

Menurut pelumba berusia 20 tahun ini, kejayaan di ACC membuka lembaran baru sukan basikal negara.

憫Kejayaan di Jepun membuktikan atlet Malaysia kini sebaris dengan atlet handalan dunia.

憫Apa yang lebih penting kejayaan itu menunjukkan sukan lumba basikal kita sudah maju.

憫Saya harap prestasi di Jepun dapat dipertingkatkan sehingga mampu untuk muncul juara dunia,拻 katanya.

Pelumba kelahiran Terengganu itu yang sudah melayakkan diri ke sukan Olimpik berkata, kini sasarannya mahu mencatat keputusan terbaik pada temasya di Beijing Ogos depan.

憫Saya tidak menetapkan sasaran pingat cuma berazam akan memberikan yang terbaik.

憫Jika mara ke separuh akhir acara pecut, ia sudah dianggap pencapaian terbaik,拻 katanya.

Mengenai imbuhan RM20,000 yang diterima daripada MSN kerana merangkul dua emas di Jepun, Azizul berkata, sebahagian daripada wang tersebut di berikan kepada keluarga.

憫Ia merupakan 慼adiah
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 08:31 PM | Show all posts
jgn lupa giro yg bakal bermula...!!! :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 04:08 PM | Show all posts
waduss....lama tul..aku tak jenguk kat sini..dah jauh kebelakang dah thread ni..
takpe la kasi up skit

jom kengkwn yg free weekend ni kita kayuh ronda2 kat Putrajaya

Hai kawan-kawan...

Kayuhan VIP diteruskan lagi di peringkat seterusnya...PUTRAJAYA...sesapa yang ingin merasakan kehangatan berkayuh bersama2 kami, dijemput hadir..terbuka kepada semua golongan..mari kte memeriahkan bersama2 acara berbasikal ini..


Lokasi : Taman Warisan Putrajaya
Jarak : 45km ++ (Sekitar Putrajaya)
Tarikh : 25/5/08 Sunday
Masa : 8.30 am da mula berkayuh..
Jenis Kayuhan : Tidak melebihi 25km/h
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 05:05 PM | Show all posts
Terminator' kayuh basikal jelajah Semenanjung

Oleh TAJUL SAFUAN ABU HASSAN

IPOH 25 Mei - Jangan terperanjat apabila anda melihat lima lelaki termasuk seorang Terminator mengayuh basikal melintasi kawasan kediaman anda kerana mereka kini dalam sesi jelajah Semenanjung Malaysia selama 13 hari bermula semalam.

Dalam tempoh tersebut, mereka akan berkayuh sejauh 2,010 kilometer dan bermalam di setiap ibu negeri bermula dari Kuala Lumpur sehingga ke Kangar, Perlis.

Chuah 'Terminator' atau nama sebenarnya Chuah Yew Lay, 50, sebenarnya baru sahaja pulang dari siri jelajah Eropah bagi mempromosikan negara ini sebagai destinasi pelancongan.

Beliau mendapat gelaran Terminator iaitu judul sebuah filem lakonan Arnold Schwarzenegger kerana kaki kirinya adalah kaki palsu tetapi tetap gagah dan cergas berkayuh setanding insan normal.

Menurut Yew Lay, walaupun tergolong sebagai orang kurang upaya (OKU) tetapi dengan semangat yang tinggi, dia mampu melakukan tugasan itu seperti manusia lain yang sempurna.

Katanya, pengalaman yang diperoleh selama ini mengajarnya erti disiplin dan hati yang kental sahaja mampu menggalas cabaran untuk terus maju seperti orang lain.

Baginya, status sebagai OKU tidak patut dijadikan alasan untuk mengasingkan diri daripada masyarakat sehingga ketinggalan dalam semua segi.

''Bagi saya, penyertaan dalam sukan ini menyebabkan saya mempunyai kesihatan yang amat baik dan sentiasa cergas.

''Saya akan terus mengayuh... bukan untuk kami tetapi untuk kita semua," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Stesen Minyak Petronas Gunung Lang semalam.

Dalam siri jelajah Semenanjung Malaysia ini, kumpulan tersebut mendapat tajaan ntv7, Hybrid PCO, Kelab RoadRunners Ipoh dan Rakan Niaga Petronas N7.

Kumpulan itu akan berkayuh secara santai pada kelajuan 35 kilometer sejam dan dijangka menghabiskan sejauh 100 kilometer sehari bagi melengkapkan jelajah tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 05:50 AM | Show all posts
ade dok tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2008 08:38 AM | Show all posts
Warga emas kayuh basikal ke Beijing semarak Olimpik 2008


MOHAMED Adnan Osman memulakan kayuhan ke Beijing semalam dengan ditemani pengayuh pengiring, Mazlan Rahmad (kiri) sehingga ke Bukit Kayu Hitam pada majlis pelepasannya di Putrajaya, semalam

PUTRAJAYA 26 Mei
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 08:44 AM | Show all posts

Reply #456 deskcom's post

welkam mr deskcom..tahniah sbb melibatkan diri di dalam sukan beskal ini..

try la singgah kat www.bicyclebuysell.com..kat situ macam2 beskal ada..
nanti bila dah ada beskal bleh la kayuh sama2 kan..tp rasanya roadbike tak pakai disc brake..klau MTB yer...disc brake dpn belakang.

wokey slmt berkayuh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 05:13 PM | Show all posts
Azizulhasni, Fatehah tunai janji

Menteri besar Terengganu, datuk Ahmad said mengucapkan tahniah kepada Azizulhasni Awang (tengah) dan Fatehah Mustafa yang berjaya merangkul dua pingat emas dalam acara berbasikal Sukma XII di Kuala Berang, semalam.


KUALA BERANG - Azizulhasni Awang menyempurnakan hajatnya untuk menghadiahkan dua emas kepada Terengganu pada Sukan Malaysia XII apabila mudah mengungguli acara berbasikal 200 meter pecut di trek bandar Kuala Berang, semalam.

Turut menepati ramalan seorang lagi pelumba tuan rumah, Fatehah Mustafa yang memberikan emas keduanya kepada kontinjenTerengganu menerusi acara 200m pecut wanita.

Azizul yang telah layak ke Olimpik memenangi acara 200m pecut selepas menewaskan pelumba Wilayah Persekutuan, Harnizam Basri dalam persaingan final dengan kepantasan 11.02 saat.

Fatehah mengesahkan kemenangan selepas memecut dengan kepantasan 12.28s untuk mengatasi pelumba Kedah, Ruszatulzanariah Md. Yusuf.

Menurut Azizul, dia amat gembira kerana berjaya menyumbang dua pingat emas untuk tuan rumah apatah lagi dilakukan di depan penonton sendiri.

''Kemenangan ini melengkapkan cita-cita saya untuk membantu menambah pingat emas kepada Terengganu dan berharap Terengganu berjaya mencapai sasaran 40 emas di kejohanan ini.

''Tidak sia-sia saya menempuh perjalanan jauh dari Australia semata-mata untuk menyertai Sukma ini.

''Apa yang lebih penting, saya berjaya mengharungi perlumbaan dengan baik tanpa sebarang masalah," katanya.

Mengenai saingan, semalam katanya, dia tetap berhati-hati berdepan halangan semua pelumba kerana saingan acara pecut di atas trek jalan raya berbeza dengan trek velodrom.

Katanya, dia tidak bimbang mengenai risiko kemalangan kerana aspek keselamatan tetap diutamakan walaupun perlumbaan diadakan di trek jalan raya.

''Segala-galanya berjalan dengan selamat dan saya dapat memecut dengan baik di atas trek jalan raya ini.

''Kemenangan ini khas untuk rakyat Terengganu. Saya akan kembali ke Australia esok (hari ini) untuk meneruskan latihan ke Sukan Olimpik Beijing dengan senang hati setelah memberikan dua emas untuk Terengganu," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 02:54 PM | Show all posts
Azizulhasni tewaskan juara Olimpik

Oleh TAUFEK RAZAK



AZIZULHASNI

KUALA LUMPUR - Pelumba trek muda negara, Azizulhasni Awang memberi harapan besar kepada kontinjen Olimpik Malaysia apabila menewaskan pelumba Olimpik Australia untuk muncul juara acara keirin pada satu perlumbaan ujian di Vodafone Arena Melbourne, Australia, kelmarin.

Antara yang menjadi mangsa Azizulhasni adalah pemenang pingat emas keirin Sukan Olimpik Athens 2004, Ryan Bayley di samping dua pelumba berpengalaman Australia, Shane Kelly dan Mark French.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab yang turut berada di Melbourne berkata, kemenangan Azizulhasni amat membanggakan.

"Walaupun ia hanya perlumbaan ujian tetapi cara kayuhan Azizulhasni meninggalkan pelumba-pelumba Olimpik Australia yang lebih berpengalaman dan bersaiz fizikal lebih besar amat menakjubkan.

"Walaupun bertubuh kecil dan masih muda, Azizulhasni menunjukkan kematangannya beraksi buat kali pertama dengan jaguh-jaguh terkemuka Australia itu," katanya.

Pelumba kelahiran Terengganu yang baru berusia 19 tahun itu turut membantu pasukan negara menjuarai acara Olimpik berpasukan (team sprint) berpasangan dengan Josiah Ng dan Mohd. Rizal Tisin.

Gandingan trio negara menewaskan gandingan French, Bayley dan Daniel Ellis.

Selain itu, Azizulhasni juga berjaya menduduki tempat ketiga acara 200 meter pecut di belakang dua pelumba Australia, Bayley (juara Olimpik 2004) dan French.

Pelumba wanita negara, Fatehah Mustapha juga berjaya menduduki tempat ketiga dalam acara keirin.
Seramai enam pelumba negara berada di Melbourne sejak sebulan lalu untuk berlatih di bawah jurulatih tempatan, John Beasley.

Bagaimanapun hanya empat pelumba lelaki akan beraksi di Sukan Olimpik Beijing Ogos ini yang pemilihannya akan ditentukan tidak lama lagi.

Ketika ini selain Azizulhasni, Josiah dan Rizal, turut bersaing merebut tempat ke Beijing adalah Mohd. Ederus Mohd. Yunus dan Junaidi Mohd. Nasir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.271727 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list