|
Singapura : 9 Mac 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
PEROMPAK TERJUN DARI TINGKAT TIGA Kini dirawat di hospital sebab cedera Oleh
Shamsul Jangarodin
SETELAH cuba merompak sebuah flat di tingkat sembilan, seorang perompak cuba pula di tingkat tiga tetapi ia berakhir dengan kecederaan.
Dia sanggup bertindak nekad dengan terjun daripada tingkap dapur tingkat tiga sebuah flat di Blk 320 Ubi Avenue 1 apabila dikesan polis yang membuat rondaan setelah menerima panggilan mengatakan ada perompak cuba memecah masuk sebuah flat di tingkat sembilan.
Bukan sahaja barang kemas yang dikaupnya keciciran, perompak tersebut kini terlantar di hospital kerana cedera di bahagian belakang.
Dan segalanya berlaku sedang penghuni flat tingkat tiga tersebut nyenyak tidur.
Cik Sharifah Mohd Sharif hanya menyedari rumahnya dipecah masuk apabila beliau bangun untuk memberi ubat kepada anak bongsunya yang sakit sekitar 2 pagi kelmarin.
'Apabila saya sedar, saya ternampak beberapa pegawai polis berdiri di luar flat saya. Saat itu saya perasan beg dan laci saya digeledah dan bersepah di ruang tamu dan bilik saya.
'Saya panik dan terus dapatkan anak-anak saya yang sedang tidur di bilik. Mujur mereka tidak diapa-apakan,' jelas ibu tiga anak perempuan berusia antara 12 tahun dengan 19 bulan itu.
Ketika itu, hanya Cik Sharifah, seorang jururawat berusia 35 tahun; pembantunya dan ketiga-tiga anaknya berada di rumah.
Seutas rantai dan loket serta seurat gelang berharga sekitar $2,000 yang dihadiahkan suaminya hilang sewaktu perompak tersebut cuba melarikan diri.
Perompak tersebut memasuki flat empat bilik itu menerusi tingkap bilik tidur yang kosong. Dia dipercayai telah membuka panel tingkap dan jeriji bilik tersebut.
'Silap saya tinggalkan kunci jeriji di situ. Fikirnya senang dibuka kalau ada apa-apa hal. Tak kita terca ri-cari kuncinya. Sekarang saya serik,' ujar suami Cik Sharifah, Encik Abdul Kamel Mohideen, 40 tahun.
Teknisyen yang bertugas syif malam itu bergegas pulang setelah diberitahu isterinya.
Dipercayai perompak tersebut memasuki rumah Cik Sharifah sekitar 1 pagi.
Polis mengesahkan mereka menerima panggilan sekitar 12.30 malam tentang seorang lelaki yang memecah masuk sebuah flat.
Perompak itu kini ditahan di Hospital Besar Changi.
'Saya bersyukur kerana kalau tidak mungkin perompak itu mencederakan mereka,' tambah ibu Cik Sharifah, Cik Fatimah Bebi Abdul Kader, 54 tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 9 Mac 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
SELUDUP SUBUTEX DALAM SELUAR DALAM Oleh
Khalid Khamis
DENGAN upah setakat RM30 ($13.20) dan makan percuma, seorang remaja berusia 20 tahun sanggup menyeludup 28 pil Subutex dengan menyoroknya di dalam seluar dalamnya.
Akibatnya Noor Hidayah Asni kini terpaksa menjalani rejim Pusat Latihan Pemulihan (RTC) selama sekurang-kurangnya 18 bulan.
Tempoh RTC boleh berlanjutan sehingga tiga tahun bergantung pada kelakonan pesalah.
Noor Hidayah mengaku bersalah atas tiga kesalahan - mengimport 28 pil Subutex, menyalahgunakan dadah itu dan mengugut akan mencederakan pegawai keselamatan untuk melepaskan diri selepas ditangkap mencuri.
Tiga lagi tuduhan diambil dalam pertimbangan, iaitu mencederakan dengan sengaja seorang pegawai keselamatan, Encik Teo Kok Wah, 40 tahun, dan dua tuduhan mencuri.
Di Mahkamah Rendah semalam, Hakim Daerah, Encik See Kee Onn, diberitahu bahawa Noor Hidayah bertemu seorang lelaki yang digelar 'Panjang' di Merlin Tower, Johor Bahru, sekitar 1 petang pada 18 Disember lalu.
Di situ, dia diberi 28 pil Subutex untuk dihantar kepada seorang lelaki bernama 'Ah Pui' di Singapura.
Dia ditahan pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) di di dewan ketibaan di Pusat Pemeriksaan Woodlands sekitar 2.50 petang itu.
Apabila diperiksa, pil-pil Subutex itu ditemui dalam seluar dalamnya. Ujian air kencingnya pula menunjukkan ia mengandungi kesan Subutex.
Mahkamah juga diberitahu Noor Hidayah ditangkap berhubungan satu kes mencuri di Raffles City Shopping Centre pada 19 Oktober lalu.
Dia dikatakan cuba mencuri sebotol minyak wangi. Semasa hendak ditahan, dia bergelut dan menghayun sebilah gunting dan membahayakan empat kakitangan di situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sambungan ceta pasangan mak andam / kereta kawin tu
gambo
Singapura : 9 Mac 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
SYARIKAT TARIK BALIK KERETA SENYAP-SENYAP Pasangan hadapi masalah tambahan apabila peguam pula tarik diri Oleh
Shamsul Jangarodin BAGAIKAN sudah jatuh ditimpa tangga.
Begitulah perasaan pasangan Encik A. Zaini Abu Bakar, 34 tahun, dan isterinya Cik Nurrul Izzah Abdullah, 30 tahun, apabila mereka mendapati kereta BMW 318 yang menjadi pergelutan antara mereka dengan syarikat kereta, Worldmotor Enterprise, ditarik syarikat tersebut tanpa pengetahuannya Sabtu lalu.
Kini peguam ketiga nya pula menarik diri setelah menerima bayaran, tetapi masih gagal menyelesaikan masalah itu.
Encik Zaini mendakwa syarikat itu menarik semula keretanya secara haram.
Beliau mendakwa syarikat tersebut tidak menepati perjanjian harga kereta dengan menaikkan harganya kepada $34,895 daripada $26,800 yang dipersetujui tanpa sebab.
'Saya ingat kereta saya hilang. Saya dapat tahu kereta saya ditarik selepas membuat laporan polis keesokan harinya,' ujar Encik Zaini, yang kini tidak bekerja.
Syarikat itu mengeluarkan surat saman ke atas Encik Zaini Januari lalu.
Untuk melindungi dirinya, beliau membuat aduan perlindungan dan tuntutan semula.
Ketika dihubungi, seorang penyelia syarikat tersebut setakat mengatakan bahawa kereta Encik Zaini ditarik semula kerana beliau gagal melunaskan bayaran bulanannya.
Segala urusan kewangan dan menarik semula kereta dilakukan syarikat World Leasing, sebuah syarikat dalaman Worldmotor Enterprise.
'Saya berhenti membayar ansurannya Oktober tahun lalu atas nasihat peguam lama saya. Menurutnya, jika saya membayar, ia bererti saya mempersetujui syarat pembelian yang sedang kami pertikaikan,' ujar Encik Zaini.
Namun, Encik Zaini menegaskan bahawa syarikat tersebut pernah dua kali ingin menarik semula keretanya pada Oktober dan Disember lalu walaupun beliau menghantarkan cek berdaftar kepada mereka Oktober lalu.
'Saya menghabiskan sekitar $5,000 untuk bayaran peguam. Tetapi sampai kini masalahnya masih tergantung,' keluh beliau.
Kemelutnya bermula pada Jun tahun lalu apabila Encik Zaini dan isterinya menukar kereta BMW 316 mereka kepada BMW 318 terpakai di syarikat tersebut.
Pasangan yang belum mempunyai anak itu inginkan kereta yang lebih besar untuk syarikat khidmat andaman pengantin mereka yang menyediakan khidmat sewa kereta pengantin.
'Kini bukan sahaja kami hilang pelanggan, malah kami semakin hilang semangat.
'Harapan saya jika ada yang mahu tampil dan bantu kami. Saya sanggup membayar untuk menyelesaikan masalah ini,' ujar Encik Zaini.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 9-3-2007 12:43 PM
sambungan ceta pasangan mak andam / kereta kawin tu
gambo
Singapura : 9 Mac 2007http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image ...
Ya lah tak bayar mesti kena tarik balik...yang this couple nak hebohkan buat apa bikin malu diri sendiri muka terpampang kat suratkhabar Berita Hairan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SQ154 at 10-3-2007 10:43 PM
Ya lah tak bayar mesti kena tarik balik...yang this couple nak hebohkan buat apa bikin malu diri sendiri muka terpampang kat suratkhabar Berita Hairan.....
dah bagus tu kedai tak "SUE" kat mahkahmah... |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 12 Mac 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
BAKAL PENGANTIN MELECUR Pernikahan yang dijadual Jumaat ini ditunda Oleh
Nadzri Eunos
JUMAAT ini sepatutnya hari yang paling bahagia dalam hidup Cik Nur Ubaidah Mohamed Amin dan tunangnya, Encik Razid Jumahat.
Mereka sepatutnya diijabkabulkan - puncak cinta mereka yang dipadu lebih setahun lalu.
Namun, manusia merancang, Tuhan yang menentukan.
Majlis yang didambakan terpaksa ditunda selepas Encik Razid, seorang teknisyen kanan Lembaga Perbekalan Awan (PUB), melecur dek kebakaran di stesen pam air kumbahan dekat Pioneer Sector 1, Khamis lalu.
Beliau mengalami kelecuran sekitar 20 peratus di badannya termasuk muka, belakang dan kedua-dua tangannya.
Seorang jurucakap Hospital Besar Singapura (SGH) berkata, Encik Razid, 34 tahun, kini stabil dan sedang dirawat di Unit Kelecuran.
Ditemui di SGH kelmarin, Cik Nur, seorang guru tadika berusia 23 tahun, dengan pilu berkata bahawa beliau terperanjat apabila menerima berita buruk Khamis lalu.
'Tapi buat masa ini perkahwinan jauh daripada fikiran saya. Kesihatan tunang saya lebih penting daripada segala-galanya,' jelas beliau dengan mata bergenang air mata.
Katanya, Encik Razid kini sudah boleh berbual dan sudah dikeluarkan daripada Unit Jagaan Rapi (ICU). Beliau dan keluarga tunangnya bergilir-gilir bersamanya.
Abang tunangnya, Encik Mohamed Erwan Jumahat, 39 tahun, menerangkan keluarganya dan keluarga Cik Nur, telah pun berbincang dan memutuskan untuk menunda pernikahan mereka.
'Pernikahan bukan dibatalkan tetapi ditunda sehingga adik saya benar-benar sihat. Doktor kata buat masa ini beliau tak boleh banyak bergerak kerana baru jalani rawatan pemindahan kulit,' katanya.
Encik Erwan berkata pihak PUB akan menanggung segala kos perubatan adiknya.
Sebelum ini Pengarah (Rangkaian Kitaran Air) PUB, Encik Tan Thai Pin, berkata kebakaran di stesen pam itu berlaku di ruang takungan air terpakai di besmen. Ia disebabkan bahan mudah terbakar dibuang ke dalam sistem kumbahan secara haram.
Pihaknya kini sedang menyiasat.
Bagi Cik Nur, beliau tetap menaruh harapan bahawa hasratnya untuk bergelar isteri akan termakbul jua.
Beliau lega melihat keadaan tunangnya yang bertambah sihat.
'Walau hanya dua hari, keadaannya kian pulih,' bisik Cik Nur.
Beliau yakin kalau jodoh tidak ke mana.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 12 Mac 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
DIPUKUL SEBELUM DIROMPAK
'KASI barang kau kat aku!'
Itulah kata-kata akhir yang didengari seorang pegawai perkhidmatan pelanggan, Encik Sopian Hussein, ketika dirompak Jumaat lalu.
Malah, seorang daripada tiga perompak itu duduk di atas mangsa agar beliau tidak dapat bergerak sebelum dua lagi rakannya memukul kepala dan tubuh dan menyelok saku Encik Sopian.
Akibatnya, Encik Sopian, yang dalam perjalanan ke tempat kerja, kehilangan $60 dan barangan peribadi.
Polis mengesahkan kejadian itu di kolong Blok 547 Choa Chu Kang Street 52 Jumaat lalu sekitar 7 pagi.
Apabila Encik Sopian enggan memberi mereka apa yang mereka mahukan, beliau ditolak hingga jatuh tertiarap.
Salah seorang perompak itu kemudian duduk di atas tubuh Encik Sopian hingga sukar beliau bergerak.
Dalam usaha melepaskan diri, Encik Sopian dipukul di kepala dan tubuhnya sebelum ketiga-tiga perompak itu melarikan diri dengan dompetnya.
Kesemua perompak itu dipercayai berusia 20-an tahun, tinggi lampai dan berkulit gelap.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #447 iansuryani's post
nikah aje lah.. apsal tunda
dah sah laki bini, dia boleh duduk kat sebelah laki dia 24 hrs.. boleh tolong memacam...
lepas ni nak tengok hati pompuan tu berubah tak?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #448 iansuryani's post
jadi lah.. sorang $20 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 12-3-2007 08:49 AM
nikah aje lah.. apsal tunda
dah sah laki bini, dia boleh duduk kat sebelah laki dia 24 hrs.. boleh tolong memacam...
lepas ni nak tengok hati pompuan tu berubah tak?..
entah2 dah berubah sbb tu tangguh kahwin........ |
|
|
|
|
|
|
|
berita dari STOMP
'Molest' by customs man in Woodlands?
A regular search at the Woodlands Checkpoint turned sour for Seneca Tey who cries 憁olest |
|
|
|
|
|
|
|
wow kak b ni bleh jadik wartawan bertauliah laa....
muka cina bukit ni pun bleh google cari kat tennet....
Originally posted by Browneyes at 13-3-2007 08:50 AM
berita dari STOMP
'Molest' by customs man in Woodlands?
... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #453 sutera_abadi's post
ada orang kasi link..
macam muka betina lorong |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 13-3-2007 08:50 AM
berita dari STOMP
'Molest' by customs man in Woodlands?
A regular search at the Woodlands Checkpoint turned sour for Seneca Tey who crie ...
Custom tu juga silap....patut kalau pompoan biar female officer pegang, tapi kadang- kala Custom officer ini ngada-ngada & "STUPID" main serkap jarang, nak check orang main randomly je tak baca air muka orang, ini yang aku kena dia suspect aku seludup rokok check betul-betul sampai kasut aku pun disuruh buka....aku refuselah dia warn aku hindering kerja dia..... |
|
|
|
|
|
|
|
'THE TERMINAL' COMES TO LIFE AGAIN | Sleeps in airport terminal after losing passport |
HE felt like he was in a movie, but in a leading role he would have been glad to give up.
Sleeps in airport terminal after losing passport
Mr Lin holding his documents. He slept in the airport lounge, like Tom Hanks' character in The Terminal (below right).
Property agent Liu Jianming, 32, holds a Chinese passport, but lives and works in Suriname, in South America.
He flew to Hong Kong last month to visit his sister, but when he tried to leave, he found himself trapped in the airport, just like Tom Hanks' character in the 2004 movie The Terminal.
Mr Liu had a ticket for the 11.10am flight last Friday, reported Oriental Daily News. But at about 10am, he discovered that his waist pouch was missing. His documents, including his passport, were in the pouch.
Mr Liu approached airport security for help, then made a police report. The airline was also contacted. Mr Liu said: 'Someone from the airline told me that they would help me get a new passport.
'I was told that since I was a permanent resident in South America, the company would contact the Suriname government and do the necessary procedures.'
But when the airline did not get back to him after some time, Mr Liu decided to contact the embassy instead.
He was told that he needed to obtain certain documents to get a new passport.
Mr Liu asked the airline to help him get his passport photo taken. But he was told that they did not have a camera. They also declined to help him arrange a shoot.
Without his documents, Mr Liu could not leave the airport's restricted area.
He said: 'Before I left for Hong Kong, I watched The Terminal, starring Tom Hanks. I didn't expect to end up in the same situation as the lead.'
Mr Liu said that his sister sent him HK$2,000 ($400) via the airline to take care of his daily expenses.
He had to sleep in the waiting lounge.
Yesterday, a fellow traveller took pity on Mr Liu and helped take a picture of him. The photo was given to the airline, which agreed to help him with the passport procedures today.
Mr Liu said that he was very disappointed with how the matter had been handled.
The airline did not reply to media queries by press time.
A spokesman for the airport said that their procedure is to direct passengers who lose their travel documents to the police.
There is a lost-and-found desk, where passengers can check for their belongings. If the situation permits, airport staff will help look for the lost item.
A police spokesman said that they conducted an investigation after receiving Mr Liu's report, and kept in contact with the airline. |
|
|
|
|
|
|
|
Mindef responds to criticism over inexperienced scholars, soft soldiers, status of Malays
ARE Singapore's top military commanders too young and inexperienced?
Are they fast-tracked to the upper echelons because of their scholar credentials, while more experienced non-scholars or "farmers" |
|
|
|
|
|
|
|
Housewives are worth billions
Just how much is a homemaker worth?
What they do every day |
|
|
|
|
|
|
|
MUIS to launch new website to steer youths away from radical ideas
SINGAPORE: The Islamic Religious Council of Singapore (MUIS) will soon launch an interactive website dedicated to young people.
This is to engage them and steer them away from websites that preach radical ideas about Islam. This was revealed by MUIS President Muhammad Alami Musa at a seminar attended by 250 students from various junior colleges, pre-U centres and madrasahs. At the same event, Minister-in-charge of Muslim Affairs Dr Yaacob Ibrahim cautioned that those who are naive, disillusioned or angry can become targets for terrorist recruiters. There are reportedly more than 6,000 radical websites pushing radical ideas, even though they may look innocent. This is why the new MUIS website called 'INVOKE' hopes to guide Muslim youths and act as a tool for them to reject radical ideologies. The seminar - 'Building Resilient Youth' - is a joint effort between MUIS and Taman Bacaan. The seminar also marks the beginning of a three-year plan by MUIS to engage young people by deploying more resources and introducing more outreach programmes. |
|
|
|
|
|
|
|
Construction platform crashes into kitchen windows of Ang Mo Kio flat
SINGAPORE : Upgrading works carried out by the Housing and Development Board (HDB) nearly caused a serious accident in an Ang Mo Kio flat on Monday morning.
Flat owner Li Yue was standing next to his kitchen windows when a construction platform crashed in and shattered all his glass panes. Shocked, Li ran into a nearby toilet and managed to escape unhurt. His wife and son, who were also in the house at that time, were also safe. HDB told MediaCorp News that it had asked workers to replace the broken window panes. It added that notices had been issued to residents about upgrading works that started at 8 in the morning. - CNA /ls |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|