|
Sekuntum Bunga Yang Telah Ku Berikan Hatiku
Bunga Itulah Yang Menjadi Keasyikan Hatiku
Samada Dia Datang Dalam Genggamanku,
Atau Nyawaku Atau Samada Bercerai Dari Badanku...
Better Be Ready Than Be Sorry....
Durian^Belanda... |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah benar ini masih berlegar setiap hari
kerana Mawar merintih setiap hari ke cuping telinga In
kerana hanya In yang tahu
hanya In yang menyimpan cerita sedih ini
sekian hari In buntu, namun In kuatkan hati tenteramkan Mawar
akan ada lelaki di luar sana
yang mengerti dan simpati
kerana Tuhan telah menyimpan lelaki baik itu
buat perempuan baik itu
untuk mawar dan untuk In jua
mari bertasbih, memujiNya... kerana IA tidak bakhil
~ Indah, mlm rabu
Wahai In..
Bersabar la dlm mententeramkan Mawar..
Sesungguhnya dia amat memerlukan In..
Sebagai pendengar yg setia..
Sebagai teman dan sahabat di kala susah dan senang..
Berkongsi tangis dan tawa..
Dan mungkin ini waktunya..
Untuk In membantunya..
Walaupun In tidak tahu bagaimana..
Tetapi percaya lah Dia sentiasa ada dengan kita..
Mohon la padaNya.. Moga In diberikan kekuatan..
Untuk sama2 mengharunginya..
Sabar lah.. Kerna setiap ujian Tuhan itu ada hikmahnya..
~ t, seawal pagi khamis
[ Last edited by athieyra at 9-8-2007 01:46 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Duhai sahabatku kaum Adam..
Ingatlah.. Allah tlh mengangkat
dirimu menjadi pemimpin..
Pemimpin seorang wanita..
Pemimpin dlm keluarga..
Pemimpin sesebuah negara..
Kerana begitu istimewanya dirimu..
Janganlah engkau menipu insan lemah..
Insan yang bergelar wanita..
Dengan hanya menanam tebu ditepi bibir..
Bermanis kata.. Bermadah pujangga..
Allah telah menganugerahkan 9 akal kepadamu..
Berbanding wanita yg 9 nafsu..
Supaya engkau dapat berfikir dgn baik..
Dapat melawan nafsumu yg satu itu..
Kerana itu juga kau dapat mendidik seorang wanita..
Untuk menjadi sebaik-baik perhiasan di dunia..
[ Last edited by athieyra at 9-8-2007 02:12 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #443 athieyra's post
Insaf aku dengar syair nie...tanggungjawab sebagai lelaki, anak, suami, datuk, pemimpin nie memang payah nak pikul...kekadang aku sendiri rase tak sure mampu tak nak pikul? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #444 rurouni_khairul's post
dh pikul ke lum? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #445 athieyra's post
Tak semua laa....terutama bab rumahtangga tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #446 rurouni_khairul's post
apa yg dahnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #447 athieyra's post
Huhuhu..tanggungjawab sebagai anak dan pemimpin (mase sekolah dan univ dulu laa.) dah pikul
Cuma bab kekasih, tunang, suami, bapak dan datuk jer belom... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #448 rurouni_khairul's post
|
|
|
|
|
|
|
Puisi lelaki dan perempuan..
Kecantikan Lelaki
Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal
tetapi pada murni
rohani
Lelaki yang cantik,
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk
ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu,setelah menerima
racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot
badan,tetapi pada
kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah,
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah
kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan
setelah ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di
penuhi segala
keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan........ |
|
|
|
|
|
|
|
Hati Kitar Semula
Dalam hati
ada rindu
Dalam rindu
ada tangis
Dalam tangis
ada sayang
Dalam sayang
ada kasih
Dalam kasih
ada cinta
Dalam cinta
ada jiwa
Dalam jiwa
ada hati
Dalam hati
ada apa ?
~~ tokey paper lama~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 10-8-2007 10:09 AM
Hati Kitar Semula
Dalam hati
ada rindu
Dalam rindu
ada tangis
Dalam tangis
ada sayang
Dalam sayang
ada kasih
Dalam kasih
...
Dalam hati
ada darah
Dalam darah
ada air
Dalam air
ada rasa
Dalam rasa
ada getar
Dalam getar
ada resah
Dalam resah
ada kabur
Dalam kabur
ada mimpi
Dalam mimpi
ada INDAH.....
~ Indah, ptg jumaat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #452 indah1285's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #453 athieyra's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #454 indah1285's post
|
|
|
|
|
|
|
Baru tadi dapat menghayati sepenuhnya puisi nie...
Kekasih.
Akan kupintal buih-buih
menjadi tali mengikatmu
Akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan ranjang tidurmu
Akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang menudungi rambutmu
Akan kujahit bayu gunung
menjadi baju pakaian malammu
Akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang menyinari dadamu
Akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu menyuluhi rindu
Akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu
Kekasih,
hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.
Usman Awang - Seorang sasterawan yang terasing di penghujung hayatnya tapi nukilan beliau meresapi jiwa.
P.S: Puisi ini juga dijadikan lagu oleh Ibrahim Bachik dan dinyanyikan oleh Kopratasa...memang layan!
[ Last edited by rurouni_khairul at 13-8-2007 01:01 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #458 rurouni_khairul's post
waahh.. cepatnya.. baru duk rancang nk letak puisi KEKASIH tu...
In memang suka dgr lagu ni, tp xpernah dgr lagi nyanyian dr Ibrahim Bachik... |
|
|
|
|
|
|
|
KERABAT KITA
(Sutan Takdir Alisyahbana)
Bunda,
masih kudengar petuamu bergetar
waktu ku tertegun di ambang pintu,
melepaskan diriku dari pelikmu :
"Hati-hati di rantau orang, anakku sayang,
Berkata di bawah-bawah, mandi di hilir-hilir,
Di mana bumi dipijak di sana langit dijunjung".
Telah lama aku mengembara :
jauh rantau kejelajah,
banyak selat dan sungai kuseberangi,
gunung dan gurun kuedari.
Beragam warna, bahasa dan budaya manusia,
teman aku bersantap, bercengkerama dan bercumbu,
lawan aku bertengkar dan berselisih.
Di runtuhan Harapan dan Pompeyi aku ziarah,
Dari menara Eifel dan Empire State Building
aku tafakur memandang semut manusia.
Di pembajaan Ruhr dan Nagasaki
aku bangga melihat kesanggupan umat
berpikir, mengatur dan berbuat.
Kuhanyutkan diriku dalam lautan manusia
di Time Square di New York dan di Piccadily di London.
Kuresapkan lagu kesepian pengendara unta
di gurun pasir dan batu Anatolia,
sega Islandia yang megah di padang salju yang putih.
Bunda,
Pulang dari rantau yang jauh
berita girang kubawa kepadamu,
resap renungan petua keramat,
sendu engkau bisikkan di ambang pintu :
Di mana-mana aku menjejakkan kaki,
aku berjejak di bumi yang satu.
Dan langit yang kunjung
di mana-mana langit kita yang esa.
Bunda,
Alangkah luasnya dan dahsyatnya kerabat kita
kaya budi kaya hati,
pusparagam ciptaan dan dambaan.
[ Last edited by Hang at 13-8-2007 09:30 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|