CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: skgerl

CERITA SERAM YANG PERNAH KORANG ALAMI ver 2.0

[Copy link]
Post time 15-2-2008 08:35 AM | Show all posts
like i ever said before...pontianak ni memang racist....pilih kulit tul..
tampines st 81 tu tempat fatz main2 naik beskal....
kalau lapar, kul 2, 3 pagi pi kedai kopi 24 hrs kat situ cari prata...mertabak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2008 08:42 AM | Show all posts

Reply #441 fatz2's post

ha ha...mmg racists .....pilih bule nak jelma....but honestly....kalau jelma pon "dia" tak pernah tunjuk FULL VIEW...just partial....malu la nak katakan
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 08:51 AM | Show all posts

Reply #442 Ratu_Lybeau's post

atau mungkin jenis cerewet... jenis yg tak makan makanan mamak like prata, mertabak...:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 09:28 AM | Show all posts

Reply #442 Ratu_Lybeau's post

Memang betul tak pernah tunjuk muka dia full view, tapi kadang-kadang kalau nasib baik dapatlah kao tengok muka dia full view...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2008 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by Izzana at 24-1-2008 11:03 AM

Hahaha...that's why orang buang pokok dlm pasu tu kat bawah blok. Last time when I was young, my mum ada pelihara pokok bunga melur.  Letak kat luar rumah near the staircase.  Dari tangga kalau ...




O.M.G. Takutnyeeeeeeee................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2008 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by fatz at 27-1-2008 02:41 PM
Berita Minggu 27 Januari 2008

NYARIS DIPERKOSA JIN

Pengalaman gerun yang hingga kini tidak dapat dilupakan oleh seorang jemaah umrah Singapura

Tahub 1999 adalah tahun yang sukar aku lupa ...




i know this kind of thing is possible rite.... Nasib baik orang ni dapat tepis.

if dapat "anak", anak tu will "hilang" rite...? I read it somewhere... "anak" tu will be a mahluk, bukan manusia.....correct me if i'm wrong.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-2-2008 11:30 AM | Show all posts
Originally posted by fatz at 28-1-2008 10:55 AM
kemungkinan besar betul2 berlaku....pasal fatz pun selalu gak dengar cerita2 mcm ni...nak2 yg kat Riyadh...



reminds me of the story my mum tell me, masa dia tinggal in one of the aprtments in Saudi.. It didnt happen to her but jemaah lain in her group. Malam2 masa tidur, these makcik2 dengar suara org in their pantry. bila tengok, ata meja tu ada hantu pompan(complete dgn purdah, jilbab panjang hitam)bertenggek on the table, tengah makan makanan dorang which was left on the table. Bangun pagi, makana tu dah lesap laaa... Not only that, the apartment provided had a big toilet you see. Macam size bilik tapi tempat mandi dia one corner aje. Imagine ah some jemaah tak kira lelaki ke pompan, bila mandi these mahluk2 ni akan menjelma. Ada satu pakcik ni dia kata, dia tengah mandi, mahluk pompan ni menjelma depan dia...tengah joget!!!!!  


might sound weird kan..tapi ni kisah benar..takde tipu punye. sekian ~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2008 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by miezarra_27 at 12-2-2008 06:38 PM
me too.. ever received this email...
tapi gambar Cik Pon tu mcam superimposed...Wallahualam...



is this the one taken on tampines street 82? where the cik pon mcm floating bawah parapet of the blok?

i received this email to...the sender said it was taken on his palm 02 phone rite..?

Looks real coz pixels dia sekata.... masa i baru2 dapat email ni, the next day pulak tunang ajak makan kat Habibie, which is situated near thee oso..aku asik tengok atas aje, kot2 ada benda... freaked to the MAX, man....

masa baru2 dpt email tu aku ingatkan nak tepek kat sini but i was too freaked out

[ Last edited by  skgerl at 15-2-2008 11:54 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2008 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by skgerl at 15-2-2008 11:24 AM




i know this kind of thing is possible rite.... Nasib baik orang ni dapat tepis.

if dapat "anak", anak tu will "hilang" rite...? I read it somewhere... "anak" tu will be a mahluk, bukan ...


Ya you are rite, i know of a distant relative who is 7 mths pregnant and the baby just disappear into thin air like that....so kesian seh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 12:20 PM | Show all posts
Originally posted by skgerl at 15-2-2008 11:30 AM



reminds me of the story my mum tell me, masa dia tinggal in one of the aprtments in Saudi.. It didnt happen to her but jemaah lain in her group. Malam2 masa tidur, these makcik2 dengar suar ...


Nie semua sebenarnya ada roh orang mati sesat .....wallah hu alam bis sawab..,seandainya orang mati dalam iman insyallah roh tak kacau orang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2008 03:44 PM | Show all posts
Originally posted by SQ154 at 15-2-2008 12:20 PM


Nie semua sebenarnya ada roh orang mati sesat .....wallah hu alam bis sawab..,seandainya orang mati dalam iman insyallah roh tak kacau orang..



oh okay.... i dont expect that to exist within kawasan tanah haram.. but i guess that proved wrong...hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 03:58 AM | Show all posts
baru balik dari kedai kopi kat St 81 ni....pekena prata dan teh....
tak berjaya nampaknya nak bertemu si ayu jelita cik pon St 81........
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 10:42 PM | Show all posts
KISAH SERAM,  Berita Minggu 19 Februari, 2008

Empat bujang berdepan pocong

Kejadian yang akan saya bentangkan di sini bukan berlaku di Singapura, tetapi di Desa Parung, dalam daerah Bogor, Indonesia, pada Julai 2003.

Ketika itu saya dan tiga sahabat lain yang terlibat masih bujang terang tang tang.

Awal sebelum itu, Zulkarnain, iaitu salah seorang antara kami empat sahabat rapat, memberitahu bahawa beliau bercadang untuk menziarahi keluarga saudara sepupu ibunya. Pak Sukades. di sebuah kampung di pedalaman Indonesia.

Menurut sahabat kami itu, ibu bapanya sudah lama berhasrat agar Zulkarnain dijodohkan dengan anak gadis Pak Sukades - Sulastri namanya.

Tujuan ibu bapa Zulkarnain itu bukan saja untuk meneruskan pertalian darah dengan keluarga di Indonesia, malah untuk membantu keluarga miskin itu.

Berdasarkan gambar Sulastri yang dikirimkan oleh Pak Sukades kepada ibu bapa Zulkarnain, boleh tahan juga wajah anak gadis yang hendak dijodohkan dengan sahabat saya itu.

Bagaimanapun, Zulkarnain hendak melihat dahulu dan mengetahui sendiri orangnya sebelum memberi keputusan kepada ibu bapanya.

Dipendekkan cerita, maka kami tiga orang - Azhar, Mohsin dan saya - akhirnya mencapai kata sepakat untuk menemankan sahabat kami itu ke Indonesia supaya beliau tidak kesunyian berada di sebuah kampung yang terpencil. Kira-kira macam satu rombongan gitu.

Hari sudah petang setibanya kami di Jakarta dengan pesawat Thai Airways.

Dari lapangan terbang, kami naik bas Damri ke Blok M untuk menginap di hotel, sebelum berangkat ke Pekan Parung pada tengah hari esoknya dengan menumpang sebuah 'teksi gelap' selepas tawar-menawar.

Setiba di Pekan Parung, hari sudah bertukar malam, kira-kira 7 malam (8 malam waktu Singapura)

Dari pekan ke dusun Parung kami hanya boleh menaiki ojek iaitu motosikal yang digunakan semacam 'teksi' dengan penumpangnya membonceng di belakang.

Ini kerana jalan menuju ke dusun Parung hanyalah laluan selebar kira-kira 90 sentimeter untuk pejalan kaki, basikal dan motosikal, merentas belukar, hutan kecil dan sawah bendang.

Kami menempah empat buah ojek - seorang satu - untuk meneruskan perjalanan ke rumah Pak Sukades.

"Jangan kaget kalau di kawasan dusun ini masih banyak hal yang ghaib dan aneh-aneh, ya pak," kata tukang ojek yang saya tumpangi di tengah-tengah perjalanan. Saya diam, tidak memberi sebarang reaksi.

"pak... bapak-bapak kalian takut sama hantu engak?" tukang ojek itu bertanya kami berempat dengan nada suara yang tinggi di tengah-tengah bunyi enjin keempat-empat motosikal yang kami tumpangi.

"Eh, mang ! Jangan ngomong yang bukan-bukan dong..." Zulkarnain menjawabnya dengan telor orang Indonesia.

"Ah, di sini kami sudah biasa Pak. Tuuu.. di sebelah kanan dan kiri kita kan kuburan...heh... heh...," kata si tukang ojek tadi.

Belum pun 5 minit si tukang ojek ketawa, tiba-tiba enjin motosikal yang ditumpangi Mohsin mati.

Walaupun puas kami berusaha untuk menghidupkan enjin motosikal itu, ia tidak berhasil.

Beberapa saat kemudian, kedengaran bunyi kuat berdentum ! Tayar motosikal itu pula 'meletup' dengan sendirinya. Aneh. Biasanya tayar meletup apabila menggilis sesuatu objek tajam.

"Aduh... kenapa jadi gini ya?" kata tukang ojek yang membawa Mohsin itu.

"Begini saja, Pak. Bapak-bapak tunggu dulu di sini, saya ke bawah pekan membetulkan ban motor ini bersama Mas Adi."
(Ban ialah tayar dalam bahasa Indonesia. Mas Adi ialah salah seorang tukang ojek itu)

Walaupun kami sebenarnya takut, apa boleh buat, akhirnya kami enam orang menunggu di kawasan kuburan di tengah-tengah belukar hutan yang gelap gelita.

Kami duduk beristirehat di atas batu yang sudah berlumut.
Mohsin pula tidak sedar batu yang didudukinya adalah batu nisan kuburan yang sudah berlumut.

Setelah setengah jam tukang ojek itu pergi, tiba-tiba angin berhembus dengan kencang.

Samar-samar saya terpandang kelibat bayangan putih di atas-atas sebuah pohon.

Bayangan itu semakin jelas ketika sinar bulan menerpa tubuhnya.

Dan... makhluk itu seperti tertawa... mengikik perlahan dan mendesah sedikit kerana tertiup angin.

"Heee... Heee... Heee..." terdengar hilaian dari pokok itu.

Raka-rakan yang lain segera menoleh ke arah pohon tersebut.

Kecuali kedua-dua tukang ojek yang bersama kami, saya, Zulkarnain, Mohsin dan Azhar, serentak berkomat-kamit membaca ayat-ayat Al-Quran.

Tiba-tiba bayangan putih d atas pohon itu menghilang entah ke mana dan sejurus kemudian kedua-dua tukang ojek yang ke pekan untuk membaiki tayar motor kembali ke tempat kami.


- Bersambung minggu depan.



Oleh HELMI ABU BAKAR
Bukit Batuk East.



Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 07:33 AM | Show all posts
Originally posted by fatz2 at 16-2-2008 03:58 AM
baru balik dari kedai kopi kat St 81 ni....pekena prata dan teh....
tak berjaya nampaknya nak bertemu si ayu jelita cik pon St 81........

weiii....hang mulut....tarak insurance ka....

kang dia jelma....hurmmmm...jgn lupa tanya nama okies....
lepastu amik handphone...posing ....tau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2008 01:51 PM | Show all posts
Originally posted by Ratu_Lybeau at 18-2-2008 07:33 AM

weiii....hang mulut....tarak insurance ka....

kang dia jelma....hurmmmm...jgn lupa tanya nama okies....
lepastu amik handphone...posing ....tau...



posing tetap posing...dgn syarat, ikut dia amik gambo kat parapet block sana tu...ke kat atas pokok?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 02:35 PM | Show all posts

Reply #455 skgerl's post

tergantung atas pokok ah
macam orang gantung diri

tapi pas tu bukan ke ada orang kata gambar tu SI je?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2008 07:40 AM | Show all posts
acara selingan....

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 08:36 AM | Show all posts
Originally posted by fatz2 at 22-2-2008 07:40 AM
acara selingan....

http://xs124.xs.to/xs124/08085/hehehe447.jpg

Posing cam tangkap jambu je
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 09:31 AM | Show all posts

Reply #458 Ratu_Lybeau's post

entah, tak tau..

kalau real pun, maybe ni jenis yg pemalas punya ni...serambah serembih jer...tak tau nak berhias langsung....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2008 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by fatz2 at 22-2-2008 09:31 AM
entah, tak tau..

kalau real pun, maybe ni jenis yg pemalas punya ni...serambah serembih jer...tak tau nak berhias langsung....




Kak V, takkan lah dia tu nak pi pakai mekap...


kalo kita nampak dia berhias tu kan mula2 je kan..pastu dia transform jadi serembah serembih gini..tu yg buat semua org lari..... kan kan...?

btw fatz, seram aku tgk selingan tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.260916 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list