CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dilaOHdila

ORANG BANGI ke 3

 Close [Copy link]
Post time 22-9-2008 06:05 PM | Show all posts

Reply #436 dilaOHdila's post

salam dila...apa khabar?

raya tahun ni tak ke mana kot...

raya di bangi ni je.... mcm biasa...

dila balik mana ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2008 10:21 PM | Show all posts
DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN

"Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu ya Tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku." (Al-Mukminun: 97-98)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 08:39 AM | Show all posts
HUHUHUUU...SELAMAT PAGI SEMUA.....

DAH NAK HABIH BULAN RAMADHAN.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by nefertari at 22-9-2008 18:04
bestnya kalau dapat beramal di malam lailatulqadar...malam yang sangat istimewa dan menjanjikan rahmat serta keampunan tidak terhingga...

ramadhan pun kian ke penghujungnya...

andai ini  ...


meh gi sinih...

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=608&Itemid=72

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 10:09 AM | Show all posts

Reply #443 ahmad79's post

Itu lah Mad, beruntunglah sesiapa yang betul2 utilise bulan Ramadhan untuk mempertingkatkan amalan serta membantu orang2 yang memerlukan bantuan. Di harap semangat Ramadhan akan berus berkobar di bulan2 yang akan datang, sampai akhir hayat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 10:11 AM | Show all posts
Dilla, Mad...
jemaah masjid kat rumah saya makin lama makin pendek dan dokek dng tok imam...minggu pertamo penuh jang...sampai kat berando mesejid.

apo nak buek, orghang sibuk gi shopping baju melayu, songkok, kasut raya, sapu tangan raya, stoking raya, kuih raya...macam2 depa nak beli kan Mad, Dilla...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2008 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by maxxsa at 23-9-2008 10:11
Dilla, Mad...
jemaah masjid kat rumah saya makin lama makin pendek dan dokek dng tok imam...minggu pertamo penuh jang...sampai kat berando mesejid.

apo nak buek, orghang sibuk gi shopping baj ...


every year camtu....awal penuh....hujung2 tinggal pak imam n bilal jor....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 10:52 AM | Show all posts

Reply #447 ahmad79's post

masjid kat kampong kawe kat Ganu lain pulok Mad...tok imam ramai, makmum sorang...lepah tu berebut nak jadi imam...camno tu Mad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2008 10:55 AM | Show all posts

Tazkirah Ramadhan Part 1/2

Ini tazkirah dari sorang Ustaz kat TM....

Alhamdulilah hari ini (22hb Sept. 2008) adalah hari yang ke duapuluh dua (22) kita berpuasa,  Bermakna ada lapan (8) hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1429h.  Disana sini kedengaran suasana Hariraya Aidil fitri itu sudah mula  terasa dan semakin tiba, bunyi dentuman mercun dan alunan lagu lagu raya telah mulai berkumandang di radio malah di TV juga telah menyelitkan beberapa babak rancangan rancangan hiburan yang akan ditayangkan pada hari pertama, kedua dan hariraya ketiga.  Pendek kata semua pihak telah bersedia benar untuk menyambut hariraya Aidilfitri pada tahun ini..  

Masjid dan surau juga sudah nampak berbedza.  Para pengunjung mulai lengang dan saf saf yang dulunya dibelakang telah mula maju kehadapan lantaran tiada jemaah lagi yang bersembahyang terawikh dibelakang.  Hanya kedapatan jemaah tua yang sudah dimamah usia yang masih bertahan bersujud dan rukuq berterawikh. Kebanyakan para jemaah sudah mulai mengunjungi pasaraya dan gedung perniagaan bagi membeli keperluan pakaian dan peralatan untuk berhari raya.  Kita melihat lori lori kecil berselisih sakan antara satu sama lain menghantar sofa, permaidani, TV, peti ais dan meja makan yang kesemuanya dibeli baru demi menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Inilah penangan Hari Raya Aidilfitri.  Cuba bayangkan apabila lapan (8) hari sebelum kita menyambut Ramadhan tiba, kita tidak begitu gembira dan riang seperti ini, malah kita kecut dan sughul  menghadapi keadaan tidak makan dan minum pada siang hari, dan terpaksa pula menjaga kesopanan diri demi Ramadhan, tetapi apabila lapan (8) hari lagi untuk menyambutnya hari raya, maka keriangan pada wajah kita dan cara menyambutnya adalah luar biasa.

TBC...

[ Last edited by  tam99 at 23-9-2008 11:55 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 10:57 AM | Show all posts

Samb. Tazkirah Part 2/2

Inilah kesilapan besar orang kita, yang sangat suka akan perkara yang boleh mengembirakan hati dan mencetus hilai ketawa.  Kita lupa bahawa bukan cara sebegini Islam mengajar dan menghayati hari hari terakhir Ramadhan atau menyambut Hariraya Aidil Fitri yang bakal tiba.

Sebuah hadis Rasulullah SAW riwayat Ibnu Umar yang bermaksud

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by tam99 at 23-9-2008 10:52
masjid kat kampong kawe kat Ganu lain pulok Mad...tok imam ramai, makmum sorang...lepah tu berebut nak jadi imam...camno tu Mad


ni satu hal jugok....kat mana2 pun gitulah when dah koya pandai n lupa tentang tanggungjawab if nak jadi imam...sangat berat tuh...kan tak pasal2 tanggung dosa ajer....

org yg paham takkan berani nak memandai2 jadi imam.


tapi apa2 sekalipun kita buat'

'BUAT KERANA ALLAH' supaya tidak sia-sia

[ Last edited by  ahmad79 at 23-9-2008 11:15 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 11:10 AM | Show all posts

Reply #450 tam99's post

amat bagus ur tazkirah nih....tq
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 11:17 AM | Show all posts

Reply #450 tam99's post

bro wa rindu sama lu lah...lamo tak bersua....GTR pun sama gak....hanya bertenet jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 05:10 PM | Show all posts
temu meneng...!!
ko sore....!

hebat tazkizah abetam....
malam2 ramadhan yg terakhir ni...biaselah sembahyang tarawih tinggal satu saf aje...
malam2 ramadhan ni...ramai yang mencari2 mlm lailatulqadar..
mudahan berjumpa...
malam2 ramadhan ni..ramai juga  pi cari dot com...
tahan pulok berjaga malam...bergossip..mengata org..bantai org..cela orang..
alangkah elok duduk tikor sembahyang...
dari mengata org lebih baik melengkor aje...!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 11:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 11:10 PM | Show all posts
just for sharing..with love...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2008 08:04 AM | Show all posts
salam n selamat pagi semua...

eiiii sejukla plok pagi2 nih......
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 10:48 AM | Show all posts
Teh,Dila,Mad,Tamnngg,PP,Kak Pinat,Bromatt n yg lenlain....
Selamat menyambut Aidil Fitri yang mulia dengan iringan airmata kemaafan, semoga di bulan yang mulia ini akan dapat memadam segala keterlanjuran kata dan tinta.
Maaf Zahir Batin

Bengi Bhodo reng singapuro,
Mampir sediluk wisoh tangan,
Akupun ngunu njalok ngapuro,
Njalok halal ngombe karo mangan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 12:29 PM | Show all posts
Memburu Malam Kemuliaan Lailatul Qadar

          Ramadan adalah bulan impian bagi semua insan Muslim. Di bulan mulia ini terdapat pelbagai keistimewaan luar biasa yang tidak pernah kita temui di bulan-bulan lainnya. Sepuluh hari pertama bulan ini dipenuhi dengan `rahmat' (keberkatan), sepuluh hari pertengahan dihiasi dengan `maghfirah' (keampunan) dan di sepuluh hari terakhir diberkati dengan `itqun min an-nar' (kebebasan dari api neraka).

          Bulan ini pula telah dimuliakan Allah s.w.t. dengan menurunkan al-Quran sebagai panduan hidup bagi manusia (Surah al-Baqarah, ayat 185), iaitu pada malam Nuzul al-Quran, 17 Ramadan pada tahun Kenabian Muhammad s.a.w. atau bertepatan dengan 6 Ogos 610 Masihi. Tatkala bulan ini menjelma, semua pintu syurga dibukakan, semua pintu neraka dikuncikan, dan diikatkan semua syaitan, (Hadis riwayat Muttafaqun `Alaih).

          Bulan ini pula dikenal dengan `bulan bonus' bagi umat Islam di mana dalam bulan inilah Allah s.w.t. melimpahkan pahala berlipat ganda dan menghapuskan dosa-dosa masa silam bagi sesiapa sahaja yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan.

          Puncak keistimewaan luar biasa bulan ini adalah apabila diturunkan satu malam, Lailatul Qadar (malam kemuliaan) sebagai Malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan (Surah al-Qadr, ayat 3). Sesiapa sahaja yang berpuasa pasti amat berhasrat untuk menjumpainya. Bila Lailatulqadar itu muncul?

          Lailatulqadar ini diyakini akan muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, terutamanya di malam-malam yang ganjil. Perkara ini dapat kita semak dari sebuah kisah Siti Aisyah r.a: Bila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w. mengikat kuat kainnya (menambah kesungguhan ibadatnya), menghidupkan malam (dengan banyak berzikir dan bermunajat), membangunkan keluarganya (untuk ikut bertaqarrub kepada Allah) (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

          Kesungguhan Rasulullah melakukan ibadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan dapat kita semak dari hadis berikut, seperti diceritakan Siti Aisyah r.a.: Beliau (Rasulullah s.a.w.) beribadat hingga menjelang subuh (Hadis riwayat Muslim).

          Apa sebenarnya terdapat pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan itu sehingga Rasulullah begitu tekun meningkatkan kuantiti (bilangan rakaat) dan kualiti (kekhusyukan dan tawaduk) ibadatnya di malam-malam tersebut?

          Tekun dan khusyuknya Rasulullah beribadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan tidak terlepas daripada keinginan baginda untuk menemui malam Lailatulqadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Perkara ini amat jelas terakam dalam ayat berikut: Sesungguhnya Kami turunkan ia (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatulqadar). Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Ketahuilah bahawa malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan). (Surah al-Qadr, ayat 1-3).

          Lailatulqadar adalah malam kemuliaan yang memiliki nilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa sahaja yang beribadat di malam itu adalah lebih baik nilainya dengan beribadat selama 83 tahun empat bulan. Usia purata manusia yang hidup di akhir zaman ini sangat jarang yang mencecah angka 70 tahun, apatah lagi 80 tahun dan seterusnya. Bahkan usia Nabi Muhammad adalah 63 tahun sahaja. Berapa lamakah usia kita?

          Pernahkah kita terfikir untuk mampu beribadat kepada Allah selama 83 tahun? Mungkinkah ia berjaya dicapai? Rasanya sangat sukar untuk melakukan perkara itu, mengingat keadaan dalaman kita (iman yang turun naik) dan pengaruh luaran (kecenderungan berbuat maksiat dari pelbagai aspek kehidupan yang kita hadapi setiap masa). Pendek kata, Lailatulqadar adalah malam yang bernilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Ia sentiasa datang di setiap sepuluh terakhir dari bulan Ramadan. Kesempatan emas ini janganlah kita biarkan berlalu begitu sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 12:31 PM | Show all posts

Reply #458 kokocincau's post

Bengi Bhodo reng singapuro,
Mampir sediluk wisoh tangan,
Akupun ngunu njalok ngapuro,
Njalok halal ngombe karo mangan


menariknya.. bahawa jawa ye? apa maksudnya?

translate...translate...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.070895 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list