CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tumpanglalu74

Gadis 'Ghaib' SMS Dari Kubur

  [Copy link]
Post time 15-10-2010 08:03 AM | Show all posts
oooo.....melayu rupanye.......ingt x ngaku............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2010 08:04 AM | Show all posts
aku sajes ahli2 sains yg percaya pada menda2 fizikal saja belajar ilmu2 ghaib tuh... then compare...
betul atau tidak mereka boleh nampak dan tangkap jin..
tentu interesting...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 08:05 AM | Show all posts
sian mek.. emosional sangat nampaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 08:09 AM | Show all posts
Bukan soal terhina..
Cuma bosan tengok hinaan-hinaan anda pada orang..
Kan orang tu minta tolo ...
SiNoob Post at 15-10-2010 07:42



    jika anda baca dari awal
tiada satu pun posting saya yg dituju tepat kpd keluarga tersebut
sekali lagi, sapa yg buat, terasalah...sapa yg tak buat, tak terasalah...itu saja, cukup senang

anda katakan mereka (atau sesapa saja yg kaum keluarga mereka diganggu jin setan iblis) terdesak, sapa nak hulurkan bantuan, mereka terimalah
pun begitu....itu bukan lesen utk terima dan hadap saja tanpa ambil periksa kaedah rawatan yg dibuat, sama ada ianya berlandaskan islam atau tidak
kebiasaanya kalu janggut sejemput, ostad lah tu...jampi serapah bahasa arab sikit2, itu ayat quran lah tuh
pakai tangkai ayat quran pun pakai tangkai lah
itu kan ikhtiar....kitakan disuruh berusaha?

saya tidak tahu sama ada kaum keluarga balqis ini sudah resort to buat menda karut-marut atau tidak, saya tidak hadap utk baca suratkabar hari2 semata nak tahu segala psl kisah jin setan jembalang ini
kalu tak buat, baguslah
terdesak bukan alasan utk buat menda yg karut-marut, kita masih lagi perlu memeriksa
hanya golongan yg percaya dan buat menda karut marut yg patut rasa terhina (juga mereka yg gigih ambik gambo jin dlm balang)....orang2 spt anda (kalau tak buatlah) tak perlu rasa terhina
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 08:15 AM | Show all posts
eee....ramainye melayu................
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 08:21 AM | Show all posts
ada beza yg besar antara golongan yg mengambil sesuatu itu sebagai hiburan dgn golongan yg menja ...
hzln Post at 15-10-2010 07:43

hangat jadinya...bagi saya benda ni mudah..kita bersaksi pada allah swt..
kita percaya allah maha besar mengapa kita boleh percaya yg hantu/jin/syaitan mempunyai
kuasa lebih dari itu. jgn bandingkan kita dgn org bkn islam mereka tidak bersaksi pada allah,
mereka percaya pada benda lain sedangkan bagi kita akan jadi syirik kalau kita mempercayai
selain allah..

kisah nabi sulaiman yg menguasi jin/syaitan dan ifrit jadi contoh..ketika baginda membina masjid
(al aqsa tak silap perbetulkan jika saya salah) ketika malaikalmaut dtg mengambil nyawa baginda,
baginda minta supaya jasad baginda tidak reput kerana baginda mahu menunjukkan bahawa
jin/syaitan/hantu/pocong apa jua panggilannya tidak ada kuasa hanya allah swt yg berkuasa,
sampailah selesai pembinaan masjid tersebut makhluk-mahkluk itu terus dgn kerja-kerja pembinaan.
apabila selesai allah swt memrintahkan anai-anai putih memakan tongkat yg  dipegang baginda lalu
jatuhlah jasad baginda barulah mahkluk2 allah itu tahu yg nabi allah sulaiman telah wafat..

saya juga kebetulan berkwn dan pernah berjiran dgn pengamal perubatan islam ini dan pernah
melihat sendiri beliau berdialog dgn jin yg mengganggu seseorg. dari caranya menunjukkan yg jin /
syaitan itu ada kelemahan tidak sehebat mana. pernah juga jiran saya yg lain sedang berubat kononnya
ada hantu raya di rumahnya , dia berubat dgn bomoh dan menurut jiran yg lain berkeliaranlah mahkluk allah
tersebut hingga depan rumah sya lalu sya tanyakan kwn/jiran pengamal perubatan itu sbb masa tu sya
ada sedikit perasaan bimbang lantas dia kata saya percaya siapa yg lebih berkuasa???? kalau saya percaya
pada allah tiada apa yg harus dibimbangkan..alhamdulillah...tiada apa yg berlaku pada kami sekeluarga
berbanding jiran2 yg lain kononnya ternampak itu dan ini bukan mendabik dada tapi keyakinan dan amalan itu yg
harus di perkuatkan....jadi sebenarnya ketaksuban itu yg patut dibuang ..taksub saja pada allah swt dan hayati
sifat-sifat allah dan amalkan suruhannya insyaallah lagi satu ingat kisah saidina ali yg mengaji alquran dgn kuat
waktu dinihari  lalu ditanya oleh nabi saw jawab beliau ada syaitan yg mengganggu lantas nabi meminta beliau
memperlahankan bacaaannya ... so segala yg baik dtg dari allah yg buruk dari kita sendiri...wallahulam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2010 08:23 AM | Show all posts
sian mek.. emosional sangat nampaknya...
KaramSingWalea Post at 15-10-2010 08:05



    if u're observant enough, if u care to read my postings which scattered around here encompassing so many diverse subjects, u'll realise that i only get emotional on certain issues and towards certain groups of people only, and THIS is one of them, and i make no apology for that (for being hard-hitting that is)
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 08:31 AM | Show all posts
aku sajes ahli2 sains yg percaya pada menda2 fizikal saja belajar ilmu2 ghaib tuh... then compare... ...
petola Post at 15-10-2010 08:04

bagi sya tak perlu pun sbb dlm agama kita tiada yg logik dan tidak semestinya
kita memerlukan bukti fizikal ini baru kita boleh percaya...sbbnya kewujudan
perkara ghaib ada dlm rukun iman...

percaya pada allah,percaya pada malaikat, percaya pada hari kiamat, percaya pada qadak dan qadar.
dan dlm al quran telah menceritakan tg kehebatan balasan syurga neraka, ttg hari kiamat mana logiknya
mana fizikalnya..itu sbb kita bersaksi dan meyakini...

ttg budak perempuan tu tak tau nak ckp cam mana saya tidak mengenali beliau saya tak tau sejauh
mana amalan dan kepatuahnnya pada agama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2010 08:35 AM | Show all posts
aku sajes ahli2 sains yg percaya pada menda2 fizikal saja belajar ilmu2 ghaib tuh... then compare... ...
petola Post at 15-10-2010 08:04


quantum physicists are not interested into that lah uncle pet, but IF they do, they'd rather tap these creatures potentials and the technology behind it, bukan tangkap masuk botoi campak laut...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 08:41 AM | Show all posts
hangat jadinya...bagi saya benda ni mudah..kita bersaksi pada allah swt..
kita percaya allah maha ...
arasham Post at 15-10-2010 08:21



    saya memandang ini sebagai ujian keimanan (kpd diri dan keluarga yg terkena)
jin setan iblis ini kerjanya menyesatkan manusia
setakat mana kita percaya kpd kekuasaan allah
dan menolak kekuasaan makhluk2nya
sayang sekali jika gagal dlm ujian tersebut
mungkin krn kita terlalu dimomokkan dgn "kita perlu berikhtiar"
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 08:57 AM | Show all posts
jika anda baca dari awal
tiada satu pun posting saya yg dituju tepat kpd keluarga tersebu ...
hzln Post at 15-10-2010 08:09



owh..Apa kata anda mula berbalik kepada topik daripada duk menghina orang..
baru lah orang lain semua sama berforum..
Bukankah kita berforum untuk berkongsi pendapat..

Mungkin anda tidak tahu apa yang dibincangkan kat sini.
Tak per saya bagi sinopsis sikit.

Sekarang ni keluarga tu mengalami masalah..
anak dia asyik ghaib jer..
dia perlukan bantuan..Sesiapa yang leh bantu dia..
kalau ada sesiapa leh bantu dia..
tak kira lah doktor ke bomoh ke programmer ke engineer ke or saper saper jer..
Silalah bantu..setakat ini yang datang membantu adalah beberapa orang bomoh..
yang mendakwa telah menangkap beberapa puluh ekor jin..
saya xtahu lah ada pengamal perubatan moden yang datang menghulurkan bantuan atau tidak..
tapi yang tengah diceritakan di sini ialah bomoh yang datang..

mungkin saya xnampak apa yang anda nampak..
tapi yang saya nampak mereka itu semua berniat baik nak menolong..
mengikut yang mereka termampu..apa method yang dia orang gunakan..
saya xtahu lah..berlandaskan islam ke tak pun saya xtahu..

berbalik pada kisah mereka itu..
ada orang datang nak hulurkan bantuan..
macam mana ahli keluarga tu nak periksa salah ke betul..
kalau orang yang arif macam anda tak berikan pendapat..
sepatutnya anda pergi ke sana hulurkan bantuan..
kalau ada bomoh datang..
anda periksalah ciri-ciri yang anda cakap tadi..

tapi adalah lebih baik kalau anda sendiri..
sebagai seorang yang arif dalam hal ini..
memikirkan kaedah yang sesuai..
atau membawa orang yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut..
seperti yang anda selalu katakan..
kami(Kebanyakan orang melayu) memang jahil bab ini..
ilmu kami tidak setinggi anda untuk menentukan bab mistik ni..
yang mana benar dan yang mana salah..
al maklumlah islam nenek moyang kan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 09:00 AM | Show all posts
saya memandang ini sebagai ujian keimanan (kpd diri dan keluarga yg terkena)
jin setan ib ...
hzln Post at 15-10-2010 08:41



Bagaimana kalau anda sakit..
adakah anda akan menolak untuk mencari ubat..
kerana ianya ujian dari Allah untuk uji anda..
samada anda percaya makhluknya(penyakit) boleh beri mudharat pada anda atau tidak..
lebih dari itu untuk menguji samada makhluknya yang lain(ubat)
boleh menyembuhkan anda??

atau anda juga dari kalangan yang dimomokan dengan (kita perlu ikhtiar)??
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 09:04 AM | Show all posts
hzln Post at 15-10-2010 08:09



   
ada beza yg besar antara golongan yg mengambil sesuatu itu sebagai hiburan dgn golongan yg menjadikan sesuatu itu sebahagian drpd sistem kepercayaan mereka, seolah jin setan jembalang itu ada suatu kuasa atas mereka, lebih ironi krn golongan tersebut klaim mereka golongan beragama...


dalam kitab yang kami baca..
tafsiran ayat ke 3 dari surah ke 2 kitab kami iaitu surah al baqarah..
orang yang beriman ialah yang percaya pada yang ghaib, menunaikan solat dan menafkahkan sebahagian harta yang kami kurniakan..

pada kami benda ghaib itu termasuklah jin, malaikat, syurga, neraka dan sebagainya..
so kami percaya pada benda-benda ghaib ini sebab ianya syarat untuk menjadi seorang yang beriman
mengikut kitab yang kami(islam nenek moyang) pegang..

anda membangkitkan Berkaitan percaya benda ghaib ni ada kuasa..
untuk pengetahuan anda kami (islam nenek moyang ini) berpegang bahawa
semua makhluk tuhan adalah tidak ada daya dan upaya..
bukan yang ghaib sahaja..Saya dan anda pun tiada daya dan upaya..
segala daya dan upaya dengan Allah sahaja..
Itu pegangan kami (islam nenek moyang)..

kebiasaanya kalu janggut sejemput, ostad lah tu...jampi serapah bahasa arab sikit2, itu ayat quran lah tuh


kami(islam nenek moyang) memandang mereka yang berjanggut ini sebagai seorang yang cuba mengikut sunnah Rasulullah saw..Alhamdulillah di zaman sunah rasulullah di pandang hina dan kolot..mereka berani menentang arus dan meredah penghinaan dari masyarakat..

Mungkin anda memandangnya sebagai jampi serapah..Tapi bagi kami ilmu Allah ini luas..Dalam kitab kami iaitu dalam surah al kahfi diceritakan bagaimana ilmu hikmah yang di miliki Khidir as bukan sahaja tidak boleh diterima oleh akal kita..Malah Nabi Allah Musa as pun terkejut dengan perbuatan Khidir as kerana ilmu yang dimiliki oleh Nabi Allah Musa as tidak sama dengan ilmu hikmah yang dianugerahkan kepada Khidir. Bagi kami ilmu Allah itu luas dan dikurniakan pada sesiapa yang di kehendaki..Seperti nabi Yussof dikurniakan ilmu menafsir mimpi..Nabi Sulaiman boleh menundukkan jin, haiwan, angin dan sebagainya..Begitu juga Nabi Daud dikurniakan ilmu menukang besi..Nabi Musa boleh menghidupkan orang mati, menyembuhkan buta dan sopak..Serta banyak lagi yang tuhan ceritakan dalam kitab yang kami beriman kepadanya..

Perbuatan menyembuhkan penyakit dengan berdoa (yang anda anggap sebagai jampi) pun ada disebutkan dalam hadith yang dikenali sebagai ruqya..Di sini saya sertakan terjemahan hadithnya..Insya Allah anda tahu mengenai hadith tersebut..Sebab anda arif dalam hal ini..Tapi saya letakkan juga supaya boleh jadi rujukan pada yang lain..

Volume 7, Book 71, Number 635: Narrated Um Salama:

        

          that the Prophet saw in her house a girl whose face had a black spot. He said. "She is under the effect of an evil eye; so treat her with a Ruqya."


Berkaitan pakal tangkal itu..Menurut kefahaman kami memang di tolak..Kerana tangkal adalah pengantara antara kita dengan tuhan..kami (agama nenek moyang) memang menolak tangkal dan yang seangkatan dengannya..

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 09:49 AM | Show all posts
Ni ada org rakam pontianak..siap ber azan lagikk
cak! Post at 14-10-2010 07:09 PM




aduhhhhhhhhh cak.............semalam i tak boleh tidur tahu...............semua tingkap i tutup......tak kuat semangat betul la i ni........
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 10:02 AM | Show all posts
dalam kitab yang kami baca..
tafsiran ayat ke 3 dari surah ke 2 kitab kami iaitu su ...
SiNoob Post at 15-10-2010 09:04

saya tak memihak mana-mana tapi saya faham apa yg cuba hzln sampaikan..
mungkin caranya gak sinis..dia tidak memperlekehkan sunah nabi dia hanya
memperjelaskan bahawa masyarakat kita terutamanya melayu sgt taksub dlm
alam ghaib ini, org berjanggut, berjubah, berserban.
kadang-kadang ketaksuban itu menampakkan kebodohan kita..
kita selalu menilai org dari luaran. kalau nak berusaha, berusahalah dgn cara yg
betul. sya tertanya-tanya kenapa keluarga yg sedang diuji ini tidak berusaha
mencari pengamal perubatan islam pada mulanya. sbb menurut sepupu budak
ni mereka ini percaya pada bomoh-bomoh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 10:13 AM | Show all posts
Percaya la sgt bila budak tu sms kata ada 13km dr rumah ada cek belkg rumah seblkum trus buta tuli p sampai ke kawasan yg dia sms tu...

Benda lain pandai mplak 3gp yg ni ber-pg2 tkdk langsung video buh la cctv tgk mcm mana dia hilang bomoh ni byk yg penipu jer...kalu betul ada bomoh power malaysia tkyh beli jet pejuan or kapal selam semua pakai bomoh jer cukup...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2010 10:19 AM | Show all posts
jangan percaya pada bomoh...............memang kebanyakan penipu............diri sendiri tak terurus...masih mau berlagak boleh tangkap itu ini.......boleh buat itu ini.............

tetapi ada juga yang memang betul2 ok yang merendah diri....kata hanya mencuba,.....semua allah yang berkuasa....dan tak menggunakan peralatan2 yang pelik......hanya bacaan...........
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 10:21 AM | Show all posts
Reply 309# hzln


    kalau aku kan mek...
tak kosa aku nak bertekak dgn org2 yg taksub hantu jembalang ni..
ko cakap la sampai tergolek pon... dah depa terhegeh2 nak geng gak ngan hantu jembalang ni...
biar je le depa nak geng dgn hantu jembalang ni...
hantu jembalang ni pon pandai... cari member org2 yg taksub dan hepi utk bergeng dgn depa...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 10:21 AM | Show all posts
sian mek... hahahaa... sabo2.. kalau niat dan usaha anda tu baik.. kena byk bersabar..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 10:24 AM | Show all posts
SiNoob : hujahan yg bernas.. aku setuju...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110133 Replies : 7024
‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’ – Pelancong China Kecewa Tiada Papan Tanda Bahasa Mandarin
Abahmung‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’
Views : 7224 Replies : 26
Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa
ultra78Muzakarah teliti hukum solat pakai telek
Views : 33990 Replies : 70
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33439 Replies : 18
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 94172 Replies : 3669
...farewell 2023...MANTRA FOR 2024...
seribulan...farewell 2023...MANTRA FOR 2024...
Views : 14084 Replies : 31
Kereta tak bayar dah 8 bulan hendak ditarik.Pemilik mengamuk jahanamkan kereta
YgBenarKereta tak bayar dah 8 bulan hendak dita
Views : 28120 Replies : 71
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 73957 Replies : 692
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72106 Replies : 767
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 7223 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.256243 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list