Album Inggeris Siti Nurhaliza Diterbitkan Anak Tirinya!
Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 2 MAC 2011: Setelah sekian lama menyulam impian untuk muncul dengan album Inggeris, akhirnya hajat hati penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza bakal terlaksana. Sudah pun merakamkan enam buah lagu, kata Siti, dia amat teruja menantikan produk Inggeris pertamanya itu berada di pasaran tempatan pada pertengahan tahun ini.
"Saya dalam proses menyiapkan album sulung Inggeris. Kini, ini 6 buah lagu sudah pun dirakamkan. Tinggal 4 buah lagu saja untuk disiapkan. Berkonsepkan pop moden, album tersebut mungkin akan berada di pasaran tempatan sekitar pertengah tahun ini dan kita juga sedang mengintai pasaran luar,"katanya ketika ditemui selepas majlis sidang media Minggu Setiausaha Dato Siti Nurhaliza bersama Hotel Quality, Kuala Lumpur, semalam.
Menariknya, menerusi album Inggeris tersebut, Siti telah pun mendapatkan sentuhan dua komposer dari Australia iaitu Brian Bruno dan Cristian Alexander yang juga merupakan seorang penyanyi hip hop popular. Malah, album itu bakal diterbitkan oleh syarikat produksi What's Up Entertainment, milik anak tirinya, Adib.
"Saya bekerjasama dengan Brian dan Christian untuk album Inggeris ini. Mereka (Brian dan Christian) berdua bertindak selaku pencipta lagu dan penerbit. Cristian juga merupakan penyanyi hip hop yang cukup popular di Australia dan merupakan kenalan Adib," katanya.
Berkongsi cerita tentang kesukarannya sewaktu menjayakan rakaman untuk 6 lagu-lagu Inggeris yang sudah pun disiapkan, Siti akui sebutan adalah antara perkara yang sangat dititik beratkannya.
"Biasalah apabila kita kerja dengan orang luar pastinya ada sedikit kelainan berbanding produksi kita. Selain itu, macam biasa dari segi sebutan, saya perlu berhati-hati agar tak lari bunyinya daripada sebutan asal," katanya yang bakal menampilkan Christian sebagai penyanyi undangan dalam 2 buah lagu.
Sementara itu, pada majlis sidang media tersebut, ia turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi Hotel Quality, Johan Thomas Low dan Pengurus Residen, Hidzir Abd Hamid.
Berbicara tentang persembahan minggu setiausahanya yang akan diadakan di Matrade Exhibition & Convention Centre, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 5 April 2011 depan, jelas Siti, ianya nanti akan berkonsepkan nostalgia.
"Konsep persembahan minggu setiausaha saya kali ini adalah nostalgia. Memandangkan ini merupakan kali ketujuh saya mengadakan minggu setiausaha bersama pihak Hotel Quality, jadi saya mahu mengembalikan nostalgia buat para setiausaha yang pernah hadir pada minggu setiausaha saya yang lalu-lalu bersama hotel ini.
"Jadi saya akan menyanyikan lagu-lagu nostalgia saya seperti Kau Kekasihku, Aku Cinta Padamu, Cindai dan sebagainya menerusi susunan muzik baru.Malah saya juga akan menyanyikan lagu-lagu popular saya masa kini serta lagu popular daripada penyanyi yang lain.
"Pemilihan Matrade Exhibition & Convention Centre dibuat untuk memenuhi tempat yang lebih meluas buat mereka yang menempah minggu setiausaha daripada pihak Hotel Quality nanti ," ujarnya yang akan ditemani oleh Dee selaku pengacara majlis tersebut.
Tiket berharga RM 340 sehingga RM 550 telah pun dijual dan tempahan bolehlah dibuat menerusi talian 03-26939233 sambungan 8023 atau 8017.
hopefully masuk carta hot100 billboard gak
(yg ni aku arapkn, masuk dlm top 100 pun dh kira okay)
kali terakhir, retis malaysia yg pernah buat debut dlm carta hot100 billboard ialah Aishah menerusi lagu Don't Let Me Fall Alone bersama kumpulan Aishah & the FanClub
lagu Mizz Nina tu pun tak berjaya menembusi carta hot100
yg penting org sedunia tau single Inggeris terbaru ct..
kemudian, bila lagu tu dh popular
diorg akn gugel "Siti Nurhaliza" dlm utube
keluarlah - Cindai, Seindah Biasa, BCB, Percayalah
diorg akn tgk dan komen
tmbh lagik "viewers" smbl berjuta-juta gamaknya
klu bernasib baik, VEVO pun tawarkn channel "SITI" diutube
paparkn semua VC ct sejak dr anak dara...
Itunes pun akn senaraikn CT Nurhaliza sbg retis...
dan kita boleh download lagu2 ct dr web tersebut termasuk lagu2 lame...
cdgn aku - lagi 4 lagu tertinggal tu
tukar lirik lagu melayu ct yg popular- Cindai, BCB, Biarlah Rahsia, Kau Kekasihku, Jerat Percintaan kpd inggeris ttp masih mengekalkn maksud asl lagu....