|
Anugerah Planet Muzik 2011 - Artis Serantau Paling Popular Lebih Sedekad!!
[Copy link]
|
|
tahniah siti menang artis serantau paling popular selama sedekad... |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
motip ada kutukan pada darsita ni kat sini :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 438# eddysheddy
bukan la... |
|
|
|
|
|
|
|
takde red carpet ke?
mizzmaddie Post at 16-7-2011 11:31 PM
red carpet kat dalam itself... kene tunggu sapa sapa yang amik lorrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Corat-Coret APM 2011: Banyak Cela Dari Puji
Sepanjang tiga jam siaran langsung APM 2011 malam tadi, GUA yakin banyak perkara menarik yang dapat disaksikan. Bagaimana pula dengan kejadian-kejadian di balik tabir? Berikut beberapa info menarik yang ingin kongsi GUA kongsikan bersama:-
1) Secara keseluruhan, penyertaan artis kali ini tidak semeriah penganjuran di Kuala Lumpur pada 2008 dan di Jakarta pada 2009. Artis Indonesia paling kurang hadir. Selain Rossa, Melly Goeslaw, dan Afgan, hanya Judika Sandhy Sondoro yang kelihatan.
2) Perkarangan Max Pavilion langsung tidak meriah dengan kehadiran peminat. Pada jam 8.30 malam, dewan masih lengang walaupun acara akan bermula pada jam 9.00 malam.
3) Tiada acara karpet merah diadakan di perkarangan dewan. Sebaliknya ia dibuat secara ringkas di dalam dewan berhampiran pentas utama.
4) Agak menjengkelkan apabila pihak keselamatan mengawal ketat pihak media yang bertugas, tetapi mengabaikan kawalan terhadap peminat. Ketika acara karpet merah berlangsung, ramai peminat menyerbu ke hadapan untuk bergambar dengan artis pujaan sehingga menyulitkan jurufoto bertugas.
5) Sebelum ini MediaCorp mengambil masa iklan komersial untuk memberi beberapa anugerah kepada artis-artis Singapura, kali ini tiada lagi. Sebaliknya, penonton di dalam dewan dijamu dengan iklan-iklan daripada pihak penaja dan juga klip-klip video penganjuran APM terdahulu.
6) Datuk Siti Nurhaliza membawa anak tirinya, Adib untuk sama-sama berjalan di karpet merah. Ketika ditanya oleh pengacara, Siti memberitahu dia membawa Adib kerana anak kedua Datuk K itu adalah penerbit kepada album Inggerisnya.
7) Nora Danish adalah artis bukan penyanyi yang ‘paling laris’ di APM 2011. GUA perhatikan dari mula dia menjejakkan kaki ke acara ini, tidak putus-putus peminat yang ingin bergambar bersamanya.
8) Tidak ada sidang media diadakan selepas acara berakhir. Untuk mendapatkan komen daripada pemenang, media bertugas perlu mencari sendiri artis yang diingini di acara post party. Sudahlah begitu, masa yang diberikan sangat singkat iaitu hanya setengah jam. Belum sempat mencari semua artis yang diinginkan, sudah ada yang memanggil kerana bas sudah menunggu di luar.
9) Agak mengecewakan kerana ramai artis yang tidak menyertai post party kerana hari sudah lewat malam. GUA difahamkan ramai yang bergegas pulang kerana penerbangan balik ke Kuala Lumpur dan Jakarta dijadual pada awal pagi oleh pihak penganjur.
10) Ramai peminat Siti mengekori penyanyi ini sehingga ke lobi hotel semata-mata untuk merakamkan gambar bersama. Kehadiran peminat ini membuatkan pihak hotel terpaksa menutup pintu berhampiran lif kerana bimbang ada peminat yang terus mengekori Siti hingga ke bilik.
11) Aryan Band yang menyampaikan lagu Azura 2011 tampil dengan solekan mata menarik. Kumpulan dari Singapura ini sering berulang-alik ke KL kerana di bawah pengurusan Luncai Emas.
12) Hady Mirza, Sezaire Sezali dan Taufik Batisah merupakan ‘tiga sekawan’ yang paling mendapat tepukan gemuruk daripada peminat yang berada di dalam dewan.
13) Mengikut perancangan asal, malam kemuncak APM 2011 sepatutnya berakhir pada jam 11.30 malam. Bagaimanapun, dek kerana terlalu banyak persembahan artis, malam kemuncak ini berlarutan sehingga ke tengah malam.
14) Berlakunya gangguan bekalan elektrik menyebabkan penonton di rumah tidak dapat menyaksikan ucapan kemenangan Datuk Siti Nurhaliza sebagai Artis Serantau Sedekad Paling Popular.
-gua |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai peminat Siti mengekori penyanyi ini sehingga ke lobi hotel semata-mata untuk merakamkan gambar bersama. Kehadiran peminat ini membuatkan pihak hotel terpaksa menutup pintu berhampiran lif kerana bimbang ada peminat yang terus mengekori Siti hingga ke bilik.
dasat tuhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kehebatan Siti Sehingga Tidak Dibenarkan Lagi Bertanding
KUALA LUMPUR – Datuk Siti Nurhaliza mengharumkan nama negara apabila memenangi anugerah Artis Serantau Paling Popular pada Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura semalam, sekali gus dia tidak dibenarkan lagi bertanding pada anugerah itu tahun depan.
Menurut penerbit Eksekutif APM, Zakiah Halim, kejayaan penyanyi nombor satu negara itu mengungguli kategori utama anugerah tersebut selama 10 tahun berturut-turut sebagai rekod yang belum pernah ditandingi mana-mana penyanyi dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.
“Oleh kerana pencapaian itu, maka kami selaku penganjur APM tidak akan mencalonkan lagi nama Siti Nurhaliza untuk bertanding dalam kategori ini pada APM yang akan datang,” katanya sebelum menyampaikan trofi anugerah itu kepada Siti Nurhaliza di Singapura semalam.
APM yang lebih sedekad dianjurkan bersama menggabungkan para penyanyi dari Malaysia, Singapura dan Indonesia yang menyediakan hadiah berupa trofi itu turut disiarkan secara langsung selama hampir tiga jam menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
Sementara itu, Siti Nurhaliza yang memakai topi dan kasut but seperti anggota pasukan beruniform sewaktu menerima anugerah pada penghujung acara tersebut tidak jemu-jemu mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang menyokongnya selama ini.
“Siti bersyukur kepada Allah kerana diberikan peminat yang setia menyokong Siti daripada dulu sampailah sekarang ini. Sokongan anda semua itu tidak dapat Siti balas. Justeru, anugerah ini bukan untuk Siti seorang tetapi ia juga kejayaan anda semua,” ucapnya.
Selain anugerah itu, penyanyi dan komposer dari Indonesia, Melly Goeslaw pula memenangi anugerah yang tidak kurang hebatnya iaitu Anugerah Khas Planet Muzik kerana kreativiti serta sumbangannya dalam bidang nyanyian serta penciptaan lagu.
Melly yang popular dengan gelaran Ratu Soundtrack kerana banyak mencipta lagu Biarlah Rahsia nyanyian Siti Nurhaliza dan mencipta banyak lagu latar filem-filem Indonesia seperti Bila Cinta Bertasbih menganggap kemenangannya itu untuk semua komposer seluruh dunia.
“Saya bukan pencipta, saya hanya komposer kerana yang mencipta itu adalah Allah. Saya hanya mendapat percikan-percikan ilham daripada Allah sahaja. Saya anggap kejayaan ini bukan untuk saya seorang tetapi untuk dikongsi dengan semua komposer di mana juga anda berada.
“Selama ini dunia telah menghidupkan kita dengan pelbagai jenis kehidupan, maka biarlah kita hidupkan dunia ini dengan muzik pula. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong karier saya sejak 17 tahun yang lepas,” ujarnya dalam nada yang cukup ceria.
Anugerah yang turut menggabungkan pelakon dan penyampai radio di tiga negara serumpun itu turut mengharumkan nama Malaysia apabila penyanyi Faizal Tahir meraih anugerah Artis Lelaki Terbaik dan Hafiz AF7 pula merangkul kategori Lagu Terbaik menerusi lagu Awan Nanu. |
|
|
|
|
|
|
|
Corat-Coret APM 2011: Banyak Cela Dari Puji
Sepanjang tiga jam siaran langsung APM 2011 malam ...
Nadia90 Post at 17-7-2011 02:28 AM
yes nad... which i find it stupid.... kalau aku tahu siapa wartawan yang tulis kat situ... i will brainwash him/her!... mcm first time kita buat ctrace, mcm first time siti menang.... kita tahu lah batas kita.... and btw, mmg ada pintu kaca kat situ.... so tk payah nak cakap kene tutup pintu bagai.... F!!! |
|
|
|
|
|
|
|
yes nad... which i find it stupid.... kalau aku tahu siapa wartawan yang tulis kat situ... ...
khyree Post at 17-7-2011 10:51
sabar khy.. |
|
|
|
|
|
|
|
@ red carpet |
|
|
|
|
|
|
| |
|