Orang kaya, industri besar perlu terus bayar kepada kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan sebelum merasmikan Forum Khazanah Megatrend 2024, di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan golongan kaya dan industri besar perlu terus membayar kepada kerajaan bagi memastikan majoriti rakyat dapat menikmati subsidi yang layak diterima. Perdana Menteri berkata, ketika ini kerajaan terpaksa mengumpul keazaman politik yang kukuh untuk mengambil pelbagai tindakan antaranya rasionalisasi subsidi walaupun berisiko menjadi tidak popular. Katanya, kerajaan enggan mengambil jalan selamat dengan sekadar memberi janji kosong tanpa sebarang tindakan seperti dilakukan kerajaan terdahulu. "Jika kami memilih jalan selamat dan tidak melakukan apa-apa pada masa sama mengetahui bahawa keadaan (ekonomi) berterusan hanya akan membawa negara ke arah bankrap, maka itu adalah pengabaian tanggungjawab moral untuk tadbir urus yang baik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada Forum Khazanah Megatrends di Hotel Mandarin Oriental, di sini, hari ini. Yang turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307684/orang-kaya-industri-besar-perlu-terus-bayar-kepada-kerajaan-pm
|