CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: BLOSSOMING ORCHARD

 Close [Copy link]
 Author| Post time 1-12-2024 03:42 PM | Show all posts
nona84 replied at 1-12-2024 03:37 PM
jangan forum hang macam minggu lepas sudah

kan kannn, terus spoil mood
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2024 03:43 PM | Show all posts
Aisha Retno tunggu permohonan maaf, sedia bersemuka


Aisha bersedia bersemuka dan berbincang secara baik bagi menyelesaikan kemelut antaranya dan pihak Kharisma Music International yang diwakili penyanyi Yuka Kharisma. - Foto AMIR KHALID


KUALA LUMPUR – “Ada beza antara pendahuluan, pinjaman dan tajaan.”
Demikian kata penyanyi Aisha Retno apabila diminta mengulas mengenai dakwaan pihak Kharisma Music International bahawa penyanyi itu berhutang sebanyak RM77,000 ketika menyertai Anugerah Juara Lagu ke-38.
Menurut Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, pihak tersebut sepatutnya menyemak semula klausa bayaran sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Bab itu (bayaran) saya ‘no komen’. Itu perlu lihat perbezaan antara diberikan pendahuluan, pinjaman dan juga tajaan. Itu sahaja saya hendak cakap. Namun, saya anggap apa yang berlaku sebagai hikmah dan tidak trauma. Andai menerima tawaran konsert pada masa depan saya akan lebih berhati-hati termasuklah dengan kawan sendiri,” ujarnya.
Sungguhpun kecewa dengan apa yang berlaku, Aisha bersedia bersemuka dan berbincang secara baik bagi menyelesaikan kemelut antaranya dan pihak Kharisma Music International yang diwakili penyanyi Yuka Kharisma.
Malah, Aisha turut bersedia untuk membuat permohonan maaf andai ada berlaku kekilafan daripada pihaknya.
“Bagi saya tindakan pihak sana kurang profesional. Tiada perjumpaan sama sekali, sampai sekarang saya masih menunggu permohonan maaf daripada mereka. Saya bersedia untuk berjumpa. Yuka sudah seperti kakak saya dan saya percaya apa dilakukan mungkin kerana dia terdesak dengan masalah kewangan. Saya pasti itu (kenyataan) bukan datang dari hati dia. Dia tidak begitu kerana saya tahu hatinya bersih,” katanya Aisha ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu kumpulan XENO baru-baru ini.
Meskipun dikecam dengan pelbagai kata nista, Aisha bersyukur apabila namanya semakin dikenali dan menerima banyak tawaran persembahan.






“Saya melihat semua yang berlaku daripada sudut positif. Saya fokus pada kerja untuk alihkan perhatian daripada komen-komen negatif. Walaupun kontroversi negatif tetapi disebabkan kes ini saya lebih dikenali ramai dan rezeki semakin banyak. Allah tarik satu dan beri yang lain. Sepatutnya saya bercuti pada bulan Disember ini, tetapi disebabkan kerja yang banyak saya terus bekerja,” katanya yang bakal melancarkan single terbaharu pada bulan ini dan akan mengembangkan karier di Indonesia tahun depan.
Kemelut antara Aisha Retno dengan Kharisma Music International berlalu susulan pembatalan konsert Malam Sutera Aisha Retno pada saat akhir iaitu seminggu sebelum persembahan yang sepatutnya berlangsung 16 November lalu.
Kharisma Music International selaku penganjur mendakwa pembatalan konsert dilakukan kerana jualan tiket yang sangat perlahan.
Sebelum itu, pihak penganjur turut menuntut baki wang sebanyak RM77,000 daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM83,000 daripada Aisha Retno yang didakwa dipinjam ketika bertanding di pentas AJL38, Mac lalu. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/12/01/aisha-retno-tunggu-permohonan-maaf-sedia-bersemuka/


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 03:44 PM | Show all posts
Tashu replied at 1-12-2024 03:42 PM
kan kannn, terus spoil mood

dah la loading lama

refresh banyak kali pun tak jadi
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 03:45 PM | Show all posts
JPN ganti sijil lahir, MyKad hilang percuma untuk mangsa banjir

Gambar hiasan


PETALING JAYA – Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menawarkan penggantian dokumen seperti sijil lahir dan kad pengenalan (MyKad) secara percuma kepada mangsa banjir yang kehilangan dokumen tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pegawai JPN akan membuka kaunter dan menggerakkan bas bergerak ke kawasan terjejas bagi memastikan urusan itu dibuat segera.
“Saya berharap usaha kami ini sedikit sebanyak membantu mangsa-mangsa yang terkesan bagi memudahkan urusan mereka ketika pasca banjir nanti,” katanya menerusi hantaran di laman X, hari ini.
Kosmo! hari ini melaporkan, banjir di sembilan negeri semakin buruk apabila mangsa di 37 daerah kini mencatat seramai 150,843 orang daripada 45,213 setakat pukul 9 pagi tadi.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sembilan negeri terjejas banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor.
Setakat pagi ini, Kelantan masih kekal negeri paling teruk dengan sebanyak 284 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 97,211 di 10 buah daerah. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/12/01/jpn-ganti-sijil-lahir-mykad-hilang-percuma-untuk-mangsa-banjir/





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2024 03:47 PM | Show all posts
nona84 replied at 1-12-2024 03:44 PM
dah la loading lama

refresh banyak kali pun tak jadi

sampai iols terus tutup tv, majukkkk...walaupun yg salah porem bukan gv
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 03:47 PM | Show all posts
Anggota bomba tercedera ketika padam kebakaran tiga rumah

Kebakaran melibatkan tiga buah rumah teres di Kuang semalam.


SUNGAI BULOH – Seorang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang tercedera ketika operasi memadamkan kebakaran tiga buah rumah sekitar Kuang, di sini, semalam.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 7.06 malam dan operasi tamat pukul 12.26 tengah malam tadi.
Katanya, operasi berkenaan melibatkan kekuatan 13 anggota dan pegawai dari BBP Batu Arang dan BBP Sungai Buloh.
“Anggota operasi dari BBP Batu Arang, PBB Mohd Nazri Hasan telah mengalami kecederaan semasa operasi pemadaman kebakaran.
“Anggota telah dibawa ke hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut mengenai kejadian, kebakaran melibatkan tiga buah rumah teres satu tingkat.
“Rumah pertama musnah 100 peratus, rumah kedua terbakar 80 peratus manakala rumah ketiga terbakar 70 peratus.
“Bagaimanapun, kebakaran ini tidak melibatkan mangsa,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/12/01/anggota-bomba-tercedera-ketika-padam-kebakaran-tiga-rumah/





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2024 03:49 PM | Show all posts
Terengganu, Kelantan terima peruntukan banjir tambahan RM25 juta

Anwar (kanan) menyantuni salah seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa banjir di PPS SK Telaga Papan, Setiu hari ini.


SETIU – Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan tambahan keseluruhan RM50 juta buat Terengganu dan Kelantan yang kini sedang terjejas teruk dengan banjir gelombang pertama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan segera masing-masing RM25 juta buat kedua-dua negeri itu ekoran peningkatan mangsa terjejas sudah melebihi jangkaan diunjurkan sebelum ini.
Beliau berkata, sebelum ini, kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan awal sebanyak RM50 masing-masing kepada Terengganu dan Kelantan bagi pengurusan bencana banjir pada musim tengkujuh.
“Bantuan penuh untuk Kelantan dan Terengganu RM50 juta telah disalurkan, kemudian saya dapat maklumat lagi terdapat keperluan-keperluan mutakhir.
“Kita sudah lulus tambah kerana kita nampak keperluan (mangsa) terkesan itu jauh lebih jangkaan awal. Kita tambah lagi RM25 juta, ” katanya selepas meninjau situasi banjir di daerah ini hari ini.
Beliau menyantuni mangsa-mangsa banjir yang sedang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Telaga Papan dan SK Mangkok di sini.
Anwar berkata, kerajaan Persekutuan juga sedang memantau keperluan peruntukan tambahan di negeri-negeri lain yang turut terjejas banjir pada masa ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, peruntukan segera yang akan disalurkan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri tersebut akan digunakan untuk pengurusan banjir termasuk membaiki infrastruktur asas seperti jalan raya dan pembentung. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/12/01/terengganu-kelantan-terima-peruntukan-banjir-tambahan-rm25-juta/






Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 03:49 PM | Show all posts
lama tak namaak mod seribulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2024 03:49 PM | Show all posts
mod tinot dah masuk ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 03:49 PM | Show all posts
mod vellfire
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 03:51 PM | Show all posts
MAIWP umum tambah sumbangan RM7 juta bantu mangsa banjir


Mohd Na'im ketika bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Soul Journey Belia Asnaf sempena 50 Tahun Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO


KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan peruntukkan tambahan RM7 juta sumbangan khas kepada mangsa banjir di negeri-negeri terjejas, hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, ia menjadikan sumbangan disalurkan berjumlah RM12 juta.
Peruntukan itu disalurkan menerusi Yayasan Taqwa MAIWP sebanyak RM5 juta dan RM2 juta lagi daripada MAIWP sendiri.
Katanya, ia susulan situasi banjir di negeri-negeri terlibat semakin memburuk.
“Sumbangan akan disalurkan kepada Tabung Musaadah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir khususnya di Pantai Timur dan Kedah.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Karnival Soul Journey Belia Asnaf bersempena sambutan ulang tahun ke-50 MAIWP, di sini hari ini.
Semalam Kosmo! melaporkan, MAIWP bersedia memberi sumbangan khas berjumlah RM5 juta kepada mangsa banjir di negeri-negeri terjejas.
Mohd. Na’im berkata, ia susulan bencana itu yang disifatkan kali ini lebih teruk. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/12/01/maiwp-umum-tambah-sumbangan-rm7-juta-bantu-mangsa-banjir/






Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 03:52 PM | Show all posts
Peniaga sedih lihat gambar banglo runtuh tular di media sosial


Video keadaan rumah banglo Mohd. Safian yang runtuh akibat banjir di Kampung Tujuh, Tumpat kelmarin.


TUMPAT – Seorang peniaga mengalami kerugian kira-kira RM250,000 selepas sebuah rumah banglo yang dibina sejak tiga tahun lalu musnah akibat arus deras banjir dalam kejadian di Kampung Tujuh, di sini malam kelmarin.
Mohd. Safian Abd. Kadir, 44, berkata, kerugian yang dialaminya itu termasuk keseluruhan peralatan dalam rumah yang turut mengalami kerosakan.
Menurutnya, ketika kejadian dia bersama keluarga berada di rumah ibu mentuanya kira-kira dua kilometer dari rumah.
“Saya hanya mengetahui rumah runtuh selepas dihubungi oleh rakannya yang melihat rumah tersebut hampir roboh akibat arus deras kira-kira-kira 11 malam.
“Saya terkejut dan amat sedih dengan kejadian itu. Saya masih tidak dapat pulang ke rumah kerana air banjir di kawasan itu masih deras,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd. Safian memberitahu, dia bagaimanapun tetap reda dengan kejadian itu dan tidak menjangka rumahnya runtuh kerana kawasan tersebut sebelum ini tidak pernah dinaiki air.
Menurutnya, dia bernasib baik kerana keluarganya termasuk lima anak yang berusia sembilan hingga 18 tahun termasuk salah seorang daripadanya merupakan orang kelainan upaya (OKU) tiada dalam rumah ketika kejadian. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/12/01/peniaga-sedih-lihat-gambar-banglo-runtuh-tular-di-media-sosial/











Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 03:53 PM | Show all posts
penuh ye bbnu / gen z
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 03:53 PM | Show all posts
tengok cite Kahar
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 03:53 PM | Show all posts
sape dah tengok
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 03:53 PM | Show all posts
best ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2024 03:53 PM | Show all posts
zhaf bagi 5/5 infinity stars
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 03:54 PM | Show all posts
tapi zhaf bias
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 03:55 PM | Show all posts
Tashu replied at 1-12-2024 03:47 PM
sampai iols terus tutup tv, majukkkk...walaupun yg salah porem bukan gv



geram rasa
nak buat live review tapi tergendala sbb forum


terus malas

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 03:55 PM | Show all posts
tashu tengok yg last week

sape nyanyi best
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.098113 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list