|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: BLOOM WITH GRACE
[Copy link]
|
|
Hari ini 121 tahun yang lalu, Wright bersaudara berjaya melakukan penerbangan pesawat yang pertama.
Dua beradik Wright, Wilbur (1867-1912) & Orville (1871-1948) lahir & membesar di Dayton, Ohio. Mereka mula meminati dunia penerbangan sekitar 1890-an selepas membaca tentang peluncur ciptaan jurutera Jerman, Otto Lilienthal.
Wilbur & Orville tak lanjutkan pelajaran ke kolej, namun mereka punyai kemahiran teknikal luar biasa. Mereka membina mesin cetak, kemudian membuka kedai basikal & hasil perniagaan ini dilaburkan dalam usaha mencipta pesawat pertama dunia.
Selepas pelbagai fasa kajian, mereka mula membuat ujian penerbangan dengan prototaip yang dibangunkan. Kitty Hawk, sebuah kawasan terasing di utara California berpadang pasir landai yang luas & berangin stabil menjadi tempat ujian mereka.
Percubaan pertama pada 1900 gagal & pelbagai fasa penambahbaikan dibuat. Mereka membina terowong angin di mana lebih 200 model sayap pelbagai bentuk diuji, hingga berjaya menerbangkan peluncur dengan sistem kawalan pada 1902.
Mereka kemudian membangunkan enjin 12 kuasa kuda untuk dipasang pada pesawat & membuat percubaan pertama penerbangan berenjin pada 14 Disember 1903. Namun enjin mati semasa berlepas & pesawat rosak akibat pendaratan kurang kemas.
Selepas 3 hari dibaiki, akhirnya tepat 10.35 pagi 17 Disember 1903, pesawat dinamakan “Flyer” itu dilancarkan & berjaya terbang selama 12 saat sejauh 120 kaki. 3 lagi ujian dibuat & penerbangan terakhir dipandu Wilbur mencatat masa 59 saat sejauh 852 kaki.
Untuk beberapa hari kemudian, mereka terus menambahbaik pesawat itu dalam kerahsiaan untuk melindungi hakcipta. Menjelang 1905, “Flyer” berupaya melakukan pemanduan lebih kompleks & kekal di udara untuk sekurang-kurangnya 39 minit.
Pada 1908, Wilbur & Orville membuat demonstrasi penerbangan awam pertama di Perancis. Mereka kemudian menubuhkan Wright Company untuk membina & memasarkan pesawat ciptaan mereka sesudah patennya diperoleh.
*Gambar: Detik bersejarah penerbangan sulung “Flyer” dipandu Orville, disaksikan Wilbur di sisi pesawat itu.
Sumber: History, Library of Congress, This Day in Aviation, Rancak TV
|
|
|
|
|
|
|
|
Gunlock Falls in Gunlock State Park, Utah, USA
|
|
|
|
|
|
|
|
Sementara tunggu dia siap, boleh menolakssss sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi tak tahu nak tulis apa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Jap kita snap pic awan... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Good oning Malaysia, Liberty yen dah pindah ini, coba main kesini poksik dan maksik Demok semua nya
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|