CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: deaf4ever

Berita Hari Ini - 2005

 Close [Copy link]
Post time 4-5-2005 08:49 AM | Show all posts
BAT LATIFF MENINGGAL DUNIA
Oleh
Hanim Mohd Saleh

PELAKON, penari dan pereka tari profesional yang pernah mencipta nama sebagai bintang cilik dunia perfileman Melayu, Bat Latiff, telah ditemui meninggal dunia di rumahnya di kondominium Desa View dekat Jalan Genting, Kuala Lumpur, lewat petang semalam.

Mayatnya ditemui seorang kru televisyen selepas beberapa panggilan telefon daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) kepadanya tidak berjawab.

Adik tirinya, penyanyi Rahimah Rahim, memberitahu Berita Harian beliau terkejut mendapat panggilan mengenai kematian Bat kerana baru berbual-bual dengannya Sabtu lalu ketika di KL.

'Bat sihat seperti biasa. Dia kata dia sibuk dengan show RTM. Saya suruh dia banyak berehat. Maklumlah, umur pun 'dah 53 tahun,' kata Rahimah, teresak-esak dalam perjalanan ke KL ketika dihubungi.

Jenazah Allahyarham telah dibawa ke rumah Allahyarham Sadiah (ibu saudaranya) di Jalan Melawati. Jenazah akan dikebumikan hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2005 08:51 AM | Show all posts
EMPAT RAKAN MASUK HOSPITAL LEPAS MOTOSIKAL BERLANGGAR
Oleh
Norman Sawi

KEGEMBIRAAN mereka semalaman bertukar menjadi tragedi apabila dua motosikal yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan pagi kelmarin.

Kesemua belia itu dikejarkan ke hospital dengan salah seorang daripada mereka yang cedera parah - seorang gadis berusia 19 tahun - kini dirawat di unit jagaan rapi (ICU) Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang apabila motosikal yang mereka naiki secara berpasangan saling berlanggar ketika membelok ke Lentor Avenue dari arah Ekspreswe Seletar (SLE) sekitar 8.20 pagi.

Menurut polis semalam, mereka dipercayai gagal mengawal motosikal masing-masing.

Gadis itu, Cik Nur Kamilah Abdul Karim, cedera parah di bahagian paru-paru sementara tulang rusuk dan tulang selangkanya patah.

Kakaknya, Cik Zuriaty Abdul Karim, 31 tahun, yang ditemui di TTSH semalam berkata Cik Kamilah yang bertugas sebagai pelayan kafe biasanya keluar malam hingga larut pagi untuk bersembang dengan rakan-rakannya.

'Walaupun sedarkan diri, pergerakan adik saya masih terhad dan beliau masih belum boleh berkata-kata,' tambahnya.

Ibunya, Cik Zabedah Othman, 53 tahun, tidak dapat menahan air mata apabila melihat anak ketiga daripada empat adik-beradik itu terlantar.

'Saya hanya dapat bersabar dan mendoakan agar beliau segera pulih,' ujar pembantu dapur itu.

Lagi dua mangsa kemalangan dipercayai telah diizinkan pulang setelah menerima rawatan pesakit luar.

Seorang lagi, yang motosikalnya dibonceng Cik Kamilah, masih di wad.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2005 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 4-5-2005 08:49:
BAT LATIFF MENINGGAL DUNIA

Adik tirinya, penyanyi Rahimah Rahim, memberitahu Berita Harian beliau terkejut mendapat panggilan mengenai kematian Bat kerana baru berbual-bual dengannya Sabtu lalu ketika di KL.

apsal pulak adik tiri?.. dia satu mak lain bapak kan?...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2005 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 01-04-2005 09:00:

apsal pulak adik tiri?.. dia satu mak lain bapak kan?...


consider adik tiri lah tu sebab bapak lain....bin lain kan..or is it bukan..kalau satu bapak lain emak baru buka adik beradik tiri kan?:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2005 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 4-5-2005 09:06:


consider adik tiri lah tu sebab bapak lain....bin lain kan..or is it bukan..kalau satu bapak lain emak baru buka adik beradik tiri kan?:hmm:

satu mak lain bapak is adik beradik seibu.. half sibling.. adik beradik lah.. mahram.. tak boleh kawin.. adik beradik tiri bukan mahram(step sibling)  .. boleh kawin.. sebab tak related.. mak-bapak lain..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2005 09:54 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 4-5-2005 09:43 AM:


mula mula aku memang nak buat muka jugak tapi tukar sebab kakak kepada budak yang cedera parah tu kata adik dia kalau malam balik sampai pagi ....terus aku [/c ...



aku nak komen, takut jadi kat diri sendiri or jadi kat keluarga sendiri...
tapi aku komen je la...


dari zaman aku main gile dulu sampai skarang, asyik ceta sama...
budak2 lelaki bawak budak2 pompuan keluar, ke hulu ke hilir, malam2 buta pegi ntah mana2 tempat....
budak2 pompuan mesti syok betul tak? lelaki ada motor, ada keta or at least lelaki nak bawak dorang keluar....
then nanti kalo apa2 jadi, slalu pompuan yang kena bukan lelaki..
- preknen la, eksiden la, kena tahan polis la, mabuk2 kena rolling la..., drugs la.
tu pun budak2 pompuan masih nak buat...



Aku ingat dua ceta, yang kat Johor, minah ni ikut mat motor gi KL, masa balik moto buang, mamat tu takde apa2 , the gerl kaki kodong.
Then mamat tu tak buat apa2 langsung, just ignore, pasal dorang not even kawan it seems, just suka2...
then kat Bukit Batok, mamat ni takde lesen ke kena gantung lesen, dia masih angkut anak orang naik motor, skali tu eksiden, mamat tu takde apa2 tapi minah tu meninggal. Siot punye mamat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2005 09:50 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 4-5-2005 09:54:
Aku ingat dua ceta, yang kat Johor, minah ni ikut mat motor gi KL, masa balik moto buang, mamat tu takde apa2 , the gerl kaki kodong.
Then mamat tu tak buat apa2 langsung, just ignore, pasal dorang not even kawan it seems, just suka2...



Aku agak yang ko citer pasal budak yang pat Singapore lah. Time dia naik moto tu pat KL, mmg budak tu budak mesia, dia tak kenal pun.

Citer dia tu (other than BH/BM) dihuraikan pat Suria.... yg monday 8:30 tu.... pasal samseng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2005 02:53 PM | Show all posts
hari ni sokkabar melayu best la, worth it, pasal ada story pasal Ibu2 tu...
and jugak pasal budak2 melayu ngah main drugs baru, yang kelakar drugs tu takde dalam senarai " controlled drugs ", then ada sebut Joo Chiat Complex pun, aku gi Joo Chiat nengok ok je...Boon Lay memang ah, dah terpampang masuk new paper....


sokkabar sunday times pun worth it, lots of nice articles...

new paper? new paper baca internet version sua, free.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2005 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 8-5-2005 02:53 PM:
hari ni sokkabar melayu best la, worth it, pasal ada story pasal Ibu2 tu...
and jugak pasal budak2 melayu ngah main drugs baru, yang kelakar drugs tu takde dalam senarai " controlled drugs &q ...


aha .. ok jgk and ader tributes2..

niar nyer chew on it macam tak kelakar jer.. or i tink i don understand the joke la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2005 06:45 PM | Show all posts
Originally posted by dilah21 at 8-5-2005 03:14 PM:


aha .. ok jgk and ader tributes2..

niar nyer chew on it macam tak kelakar jer.. or i tink i don understand the joke la..




Ooo satu tu beli tv 32 inches, so dia bangga la mahal all that...

kalo nak ukur saiz tv, 29 inch or 32 inch or berapa inch, dia ukur ngan pakai diagonally, dari one top corner to the bottom corner of the other end...
jadi tv dia is actually very small and funny looking, tapi still 32 inch.... cam leper cam cokelet la screen dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2005 06:53 PM | Show all posts
hah lupa,

hari ni sokkabar lifestyle ada full color satu page....

describe in detail pasal baju and topeng kepala Darth Vader.

Cam mana dia tarik nafas , sistem2 kat baju tu...


then ada ceta pasal light saber darth vader, design dia...


interesting siot, aku nak simpan ah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2005 09:05 AM | Show all posts

M'SIA TOLAK PEKERJA PAKISTAN YANG KACAK



KUALA LUMPUR - Rupa kacak ala hero Hindustan ternyata satu perkara yang tidak diinginkan oleh para majikan Malaysia yang ingin menggajikan para pekerja daripada Pakistan.

Permintaan aneh ini dibuat kerana para majikan tidak mahu asmara berputik di antara para pekerja asing dengan penduduk tempatan dan sekali gus menjejas operasi syarikat.

Perkara serupa itu pernah dialami para majikan yang menggajikan pekerja Bangladesh sebelum ini.

Pengarah Eksekutif Perbadanan Pekerjaan Luar Negara Pakistan (OEC), Encik Zafar Ali, berkata permintaan agar hanya pekerja Pakistan yang tidak kacak digajikan adalah satu perkara yang mengejutkannya.

'Tidak akan ada masalah. Kedua-dua negara adalah rakan dan tidak seharusnya menimbulkan masalah.

'Rakyat Pakistan mempunyai talian keluarga yang erat, dan beragama Islam, justeru itu masalah serupa itu tidak akan timbul,' katanya merujuk kepada masalah pekerja Pakistan menjalin hubungan dengan warga setempat. - Sunday Star.

mamat bangla yang sapu kat block aku pun hensem siot... macam hero bollywood... :lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2005 09:08 AM | Show all posts
LELAKI DITUDUH BUNUH JIRAN


SEORANG lelaki berusia 37 tahun semalam dituduh atas kesalahan membunuh jirannya yang ditemui mati Jumaat lalu.

Di Mahkamah Rendah semalam, Ismil Kadar dituduh membunuh Cik Tham Weng Kuen antara 8 pagi dengan 7.49 malam pada hari tersebut.

Ismil Kadar, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, kini ditahan dalam reman selama seminggu bagi polis menjalankan siasatan lanjut.

Dia diberkas polis kelmarin.

Ismil asalnya ditangkap atas kesalahan mencuri sebuah telefon bimbit daripada sebuah kedai pada hari yang sama.

Bagaimanapun, polis mengaitkannya kepada pembunuhan itu selepas siasatan lanjut.

Mayat Cik Tham, 69 tahun, ditemui di flatnya di Block 185, Boon Lay Avenue.

Mendiang, seorang suri rumah, ditikam beberapa kali sedang suaminya, Encik Loh Siew Kow, terbaring kaku di katilnya.

Encik Low tidak dapat bergerak sejak dua bulan lalu selepas diserang penyakit angin ahmar.

Beliau kini dimasukkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dan di bawah pemerhatian para doktor.

Ismil, disifatkan sebagai pendiam oleh keluarganya, pernah empat kali dimasukkan ke pusat pemulihan dadah (DRC) sebelum ini.

Siasatan awal menunjukkan Ismil telah ke flat itu pagi kelmarin dan bertikam lidah dengan Cik Tham.

Sebilah pisau pemotong daging dan mata pisau ditemui di flat tersebut.

Kesnya akan didengar lagi Jumaat ini.

Jika didapati bersalah, Ismil boleh dijatuhkan hukuman mati.

kalau dah menyusahkan .. gantung aje lah...<--aku dah mengong..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2005 09:11 AM | Show all posts
DUA MAUT DALAM DUA KEMALANGAN AWAL PAGI


SEORANG pemandu lori dan seorang pekerja penghantaran maut dalam dua kemalangan jalan raya awal pagi semalam.

Pemandu berusia 46 tahun itu meninggal dunia selepas lori yang dipandunya merempuh pokok semasa beliau dipercayai dalam perjalanan pulang daripada bekerja malam.

Allahyarham Abdul Razak Din dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) dan disahkan meninggal dunia pada 4.10 pagi.

Dua penumpang wanita lori itu cedera.

Menurut polis, kejadian berlaku pada 2.50 pagi di Lower Delta Road, arah ke Jalan Bukit Merah, setelah Allahyarham dipercayai hilang kawalan lori itu.

Kepala Allahyarham cedera parah akibat rempuhan tersebut.

Penumpang wanita berusia 30-an dan 40-an tahun itu cedera di kaki dan kini dirawat di SGH.

Polis tidak mendedah identiti mereka.

Berita Harian difahamkan mereka dalam keadaan stabil tetapi masih terperanjat.

Allahyarham, bapa tiga anak berusia antara tujuh dengan 21 tahun, bekerja sebagai pemandu lori sejak tahun lalu.

Disifatkan sebagai penyayang dan suka kanak-kanak, beliau sering membawa keluarganya keluar makan di Changi pada hujung minggu.

Anak sulungnya, yang ingin dikenali hanya sebagai Anis, sedih tidak dapat meneruskan rancangan menjamu keluarganya makan malam sempena Hari Ibu.

'Ingatkan hari ini saya nak belanja keluarga saya sempena Hari Ibu dan juga kerana saya baru mula bekerja sebulan lalu,' kata Cik Anis, seorang kakitangan pentadbiran.

Menurut adik ipar Allahyarham, Cik Samsiah Johari, 40 tahun, Allahyarham sering membantu kawan-kawan dan keluarganya.

'Beliau tidak lokek. Kalau diminta tolong, mesti boleh. Kalau hendak pergi jemputan beliau jemput adik-beradik yang lain naik lori dan pergi sama-sama,' katanya.

Nahas satu lagi itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang pekerja penghantaran tersebut melanggar pembahagi jalan sekitar 2 pagi di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), arah ke Tuas, dekat Kallang.

Allahyarham Yusoff Che Ros, 30-an tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dipercayai hilang kawalan motosikalnya.


Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2005 12:30 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 9-5-2005 09:08 AM:
LELAKI DITUDUH BUNUH JIRAN


SEORANG lelaki berusia 37 tahun semalam dituduh atas kesalahan membunuh jirannya yang ditemui mati Jumaat lalu.

Di Mahk ...



ooo konpem la melayu, smalam sokkabar omputeh ada tampal gambar kes ni, ada orang ni kena bawak ngan polis gi flet Jurong ni,
full photo sey hujung rambut sampai hujung kaki...
tapi muka suspect ni dikaburkan gitu, tapi nengok kulit cam budak melayu ah..

Aku nengok gambar tu polis skarang dah tak pakai handcuff besi sey, dorang dah macam pakai cam plastik gitu, kat kaki pun kena pakai.

then taruk mamat ni dah 4 kali keluar masuk DRC.
Tu ah, drug addiction susah ah nak buang...ni mesti pasal nak duit beli drug.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2005 12:16 PM | Show all posts
weiii kengkawan, korang dah baca sokkabar melayu???
kecoh sey hari ni.... nanti kejap aku carik internet version...





Singapura : 13 Mei 2005   
  Mudah cetak  | E-mel
HILANG JARI TANGAN KIRI AKIBAT SUNTIKAN SUBUTEX Bekas penagih alami kelamayuh kerana salah guna pil bagi atasi ketagih heroin

Oleh
Saini Salleh

SAMBIL menahan sebak di dada dan mulut ligat mengumat-kamit selawat, Encik Yatim (bukan nama sebenar) menanam lima jari menantu lelakinya di tanah bersebelahan kubur arwah ayahnya di Pusara Aman.

Jari-jari yang sudah busuk itu beliau tuntut selepas beberapa hari menantunya menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini minggu lalu.

Jika jari-jari itu tidak dipotong, kelamayuh (gangrene) di tangan kiri menantunya itu boleh merebak dan mengancam nyawanya.

Musibah yang menimpa menantunya itu berpunca daripada perbuatan menyuntik pil subutex yang dilarutkan dengan pil tidur, seperti dormicum dan nitrazepam, untuk mendapatkan kesan high.

Subutex, yang didapatkan menerusi preskripsi doktor, sepatutnya digunakan bagi menghilangkan ketagihan heroin tetapi sebaliknya disalahgunakan bekas penagih bagi menggantikan dadah itu.

Perbuatan menyalahgunakan subutex kini bertambah serius dan berleluasa di beberapa tempat, seperti Joo Chiat Complex dan Pusat Tukaran Bas Boon Lay.

Jumlah penagih yang mendapatkan rawatan kerana masalah itu di Institut Kesihatan Mental (IMH) juga telah meningkat.

Ahad lalu, Berita Minggu melaporkan jumlah penagih yang dimasukkan ke IMH meningkat daripada kurang 100 orang pada 2003 kepada lebih 200 orang tahun lalu dan dalam empat bulan pertama tahun ini, bilangannya mencecah lebih 100 orang.

Huraian bagi masalah itu belum lagi kelihatan kerana ia bukan dadah terkawal, lantas mereka yang menyalahgunakannya tidak boleh diberkas dan dihukum.

Menantu Encik Yatim, yang mendirikan rumah tangga dengan anaknya lebih setahun lalu dan bakal menimang cahaya mata pertama, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan pernah dimasukkan ke pusat pemulihan dadah.

Menyingkap kejadian yang menyebabkan beliau sekeluarga begitu stres, Encik Yatim, 50 tahun dan ayah lima anak, berkata: 'Saya kerap lihat memantu saya dalam keadaan goyang (khayal) tetapi anak saya kata dia sakit. Saya tak syak apa-apa.

'Bila menantu saya pertama kali dimasukkan hospital Februari lalu, saya lihat lengan kirinya merah, buku lengannya bengkak dan hujung jari-jarinya hitam. Mukanya cengkung dan badannya kurus lesi. Saya tanya anak saya tapi dia kata mungkin darahnya tak mengalir betul.'

Tetapi, tembelang menantunya yang berusia 27 tahun itu akhirnya pecah apabila dia sekali lagi dimasukkan ke hospital bulan lalu kerana kelamayuh di kelima-lima jarinya bertambah teruk dan jejarinya itu terpaksa dibedah buang.

'Semasa di hospital, menantu saya ditangkap jururawat ketika menyuntik subutex dalam tandas. Polis yang menyiasat kes tersebut membebaskannya kerana subutex bukan dadah terlarang.

'Saya sedih dengan apa yang berlaku. Bila dia keluar hospital nanti, saya akan cuba lebih rapat dan menemuinya. Dia tetap menantu saya. Dia perlu bantuan dan sokongan. Jika kita tak bantu, siapa lagi,' kata Encik Yatim, seorang pegawai sektor awam.

Beliau berharap ibu bapa lain mengambil iktibar dengan memastikan anak mereka menjauhkan perbuatan menyuntik subutex.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2005 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 13-5-2005 12:16 PM:
weiii kengkawan, korang dah baca sokkabar melayu???
kecoh sey hari ni.... nanti kejap aku carik internet version...



[img]http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/media/image/launched/2005-05-13/ssg ...



SAMPAI MAKAN JARI-JEMARI... Oleh
Saini Salleh

LIHATLAH padahnya akibat ketagih subutex sehingga tangan yang dulunya serba sempurna menjadi hitam dan busuk.

Nasib yang menimpa seorang penagih ini terjadi kerana saluran darah di lengannya tersumbat dan lantas tiada bekalan darah dan oksigen mengalir ke tangan dan jari-jemarinya.

Namun, penagih berusia 27 tahun dan bakal bergelar ayah ini masih bernasib baik kerana cepat mendapatkan rawatan di hospital.

Meskipun demikian, dia tetap kesal kerana kelima-lima jarinya tidak dapat diselamatkan - terpaksa dipotong minggu lalu.

Masa depannya kini tidak lagi seperti sewaktu dia sempurna dulu.

Mereka yang terlibat dalam gejala subutex berdepan nasib serupa dan mungkin hilang segala-galanya.

Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna!








DOKTOR: SALAH GUNA SUBUTEX BOLEH BAWA MAUT PERBUATAN menyuntik subutex yang dilakukan bekas penagih dadah mengundang banyak masalah - dari kelamayuh (gangrene) pada tubuh badan hingga maut.

Menerangkan bahaya perbuatan itu, seorang doktor keluarga, Dr Masayu Zainab Masagos Mohamad, berkata kelamayuh berlaku apabila saluran darah tersumbat dan ini menyebabkan darah serta oksigen tidak dapat mengalir ke bahagian tubuh yang sepatutnya mendapat bekalan tersebut.

Sumbatan itu boleh berlaku apabila penagih menyuntik pil subutex yang telah dilarut dengan pil tidur ke dalam saluran darah di lengan mereka.

Ia boleh mengakibatkan darah menjadi beku kerana jangkitan kuman atau saluran darah pecah ketika suntikan dilakukan.

Sel-sel di bahagian yang terjejas itu akan mati, lantas menjadi busuk.

Bagi mencegah masalah itu merebak ke bahagian lain, bahagian tubuh yang mengalami kelamayuh itu terpaksa dipotong.

'Mereka menyuntik ikut sesuka hati dan peralatan yang digunakan tidak bersih. Ini sangat bahaya dan boleh menye babkan mereka mendapat kelamayuh.

'Apabila ini berlaku, bahagian yang terjejas, seperti jari dan mungkin lengan mereka, terpaksa dipotong. Mereka sendiri yang menderita dan masa depan menjadi kelam akibat tangan atau jari kudung.

'Nasihat saya, jangan main dengan api, nanti membakar diri. Kalau lambat mendapatkan rawatan, lebih banyak saluran darah di tubuh tersumbat dan dijangkiti kuman sehingga membawa maut,' kata Dr Masayu.

Selain kelamayuh, peralatan suntikan yang kotor atau yang digunakan beberapa kali boleh menyebabkan penyakit hepatitis B, Hepatitis C dan HIV.

Dr Masayu berkata mereka yang terlibat dalam perbuatan itu perlu segera mendapatkan rawatan sebelum terlambat.

'Seperti saluran paip tersumbat, jika cepat kita bertindak kita dapat mengalirkan semula air dalam saluran itu. Tetapi jika dah terlalu lama, benda-benda yang tersumbat menjadi keras dan sukar dibaiki,' kata beliau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2005 08:48 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 13-5-2005 01:44 PM:



seram seh tengok gambar ????




yang kelakar, ni drug bukan controlled item...
jadi kalo polis tahan kita spot check kita, cek cek jumpa ubat ni, polis tak boleh tangkap.... cam kita bawak panadol gitu.

kelakar sey....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2005 11:44 AM | Show all posts
Great News!!!


Singapura : 17 Mei 2005   
  Mudah cetak  | E-mel
REKOD PENJENAYAH RINGAN DIANGGAP LUPUS SELANG LIMA TAHUN


REKOD bekas pesalah yang pernah dihukum kerana melakukan jenayah ringan seperti mencuri dan kemudian bebas daripada jenayah selama lima tahun akan dianggap lupus dalam Daftar Penjenayah.

Bagi pesalah yang dipenjara atas kesalahan jenayah ringan, tempoh lupus jenayah itu dikira sejurus dia dibebaskan.

Ini bermakna di bawah undang-undang, pesalah berkenaan tidak perlu mendedahkan rekod jenayahnya kerana dianggap sudah lupus apabila ditanya jika beliau mempunyai rekod jenayah.

Tetapi peluang kedua itu hanya boleh dinikmati sekali sahaja.

Perubahan kepada Bil Pendaftaran Penjenayah 2005, yang diluluskan Parlimen semalam, dijangka memudahkan bekas pesalah mendapatkan pekerjaan berbanding sebelumnya.

Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang), Profesor Madya Ho Peng Kee, mendedahkan kira-kira 120,000 bekas pesalah dijangka meraih manfaat daripada perubahan itu.

Beliau menganggarkan kira-kira 9,000 bekas pesalah dapat memanfaatkan perubahan itu setiap tahun.

Menurut Profesor Ho, untuk layak pesalah tidak boleh dihukum penjara lebih tiga bulan atau didenda $2,000 sepanjang tempoh lima tahun selepas kesalahan pertamanya.

Namun, bekas pesalah mesti mengakui jika ditanya sama ada mereka pernah dihukum kerana sesuatu jenayah sebelumnya atau tidak.

Profesor Ho memberitahu Parlimen bahawa bekas pesalah yang layak akan diberitahu menerusi surat mengenai perkara itu menjelang Oktober ini.

Meskipun menyokong bil itu, beberapa Anggota Parlimen akur masyarakat, terutamanya majikan, perlu dididik mengenai peranan yang boleh mereka mainkan untuk menerima kembali bekas pesalah ke pangkuan masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2005 09:50 AM | Show all posts
'NEWSWEEK' TARIK BALIK LAPORAN QURAN DIHINA
Imran Khan dipersalah kerana cetuskan kemarahan orang ramai di sidang akhbar

WASHINGTON - Majalah Newsweek kelmarin menarik balik laporan mengenai penghinaan Al-Quran oleh tentera Amerika Syarikat di pusat tahanan Guantanamo Bay, Cuba, yang didakwa menjadi punca tercetusnya kemarahan Dunia Islam.

Tindakan itu diambil selang sehari majalah itu meminta maaf dan mengaku mungkin terdapat kesilapan dalam beberapa bahagian laporan yang disiarkan dalam edisi 9 Mei majalah itu.

'Berdasarkan apa yang kita tahu sekarang, kami menarik balik laporan asal kami bahawa siasatan dalaman tentera mendapati terdapat penghinaan Al-Quran di Guantanamo Bay,' kata majalah itu dalam kenyataan daripada editornya, Encik Mark Whitaker.

Sehubungan itu, bekas pemain kriket Pakistan, Imran Khan, dipersalahkan majalah Newsweek kerana didakwa menjadi punca tercetusnya kemarahan umat Islam berhubung laporan itu.

'Bahang kemarahan itu dicetuskan pada sidang akhbar Jumaat, 6 Mei lalu, yang diadakan oleh Imran Khan, bekas legenda kriket Pakistan dan pengkritik utama Presiden Pakistan, Encik Pervez Musharraf,' menurut majalah itu dalam isu terbarunya.

Mengambil naskhah majalah Newsweek bertarikh 9 Mei, Khan membaca laporan mengenai tentera Amerika di pusat tahanan Guantanamo Bay yang meletakkan Al-Quran di atas tandas, malah mengepam kitab suci itu melalui lubang tandas.

'Inilah apa yang dilakukan Amerika, menghina Al-Quran,' majalah itu memetik Khan sebagai berkata dengan lantang.

Kenyataan Khan dan kenyataan yang dikeluarkan dengan nada marah oleh sarjana Islam dan pegawai Pakistan dipetik oleh radio tempatan dan dimainkan sehingga ke seluruh negara jirannya, Afghanistan, menurut Newsweek.

Kumpulan pejuang yang memusuhi pemerintahan Presiden Hamid Karzai segera mengeksploit rasa tidak puas hati penduduk yang menderita akibat keadaan ekonomi buruk, tambahnya. - Agensi berita.


[ Last edited by iansuryani on 18-5-2005 at 09:51 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54665 Replies : 11
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 35595 Replies : 792
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 29061 Replies : 706
Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ dengan Highland Towers
ultra78Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ den
Views : 9160 Replies : 21
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106952 Replies : 1110
Buta Kerana Menangis Is Real! ~ P. Ramlee Tak Tipu
borneButa Kerana Menangis Is Real! ~ P. Ramle
Views : 23740 Replies : 4
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4305 Replies : 76
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231103 Replies : 1807
Nahas ngeri Melaka: Tujuh termasuk bayi maut, 33 cedera
ultra78Nahas ngeri Melaka: Tujuh termasuk bayi
Views : 9546 Replies : 24

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.092795 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list