CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 20-4-2021 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Hi TT

dah lama iols x masuk tered ni, last bulan 1 hari tu rasanya.. akhirnya berjaya jugak khatam hari ni pheww cite semua best2!  

Thank you for your efforts TT. Nah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2021 12:49 PM | Show all posts
tq TT                    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2021 06:16 PM | Show all posts
Malam Istimewa
Aku pernah pos citer ni kat reddit tak lama dulu. Kisah yang berlaku pada diri aku ni terjadi pada pertengahan 90an, waktu tu telefon bimbit memang bukan semua orang ada macam zaman sekarang. GPS, GoogleMaps pun tak wujud lagi masa ni.  Aku dan 2 orang kawan baik aku, Paul dan Taylor bercadang nak pergi ke satu taman air di Selatan Missouri yang letaknya 3 jam perjalanan dari tempat kami di Utara Arkansas. Hari kejadian adalah pada hari Sabtu, dan sebenarnya kami pun tak pernah pun pergi ke tempat tu, dan kami cuma bergantung pada selembar peta yang besar gedabak tu je. Tapi nasib baiklah kami jumpa jugak taman air tu.  



Taman tu memang cantik dan banyak permainan yang menarik kat situ. Berjimba-jimbalah kami kat taman tu tanpa menyedari yang waktu dah menunjukkan pukul 7 malam, matahari pun makin menghilang di balik pokok-pokok yang mengelilingi taman air ni.  Kami tak cukup duit nak bermalam kat taman tu, jadi kami pun cepat-cepatlah memandu balik ke rumah kami.

Masa ni, yang bawak kereta aku. Paul pulak sebagai lelaki tugas dia adalah untuk membaca peta.  Entah macam mana kami terlepas simpang pulak, tapi Paul kata kalau ikut peta tu kat depan tu ada simpang lain lagi. Jadi kami pun teruskanlah pemanduan kami.  Kami jumpa simpang yang dimaksudkan tu, kami pun masuklah simpang tu.  Jam dah menunjukkan pukul 8 malam. Jalan yang kami masuk ni makin lama makin gelap, dah tak nampak lampu jalan. Jangankan lampu jalan, apa-apa papan tanda pun takde kat jalan tu.

Dalam kegelapan malam tu, kami terjumpa sebuah stesen minyak yang agak buruk. Kami dah rasa lega.  Kami pun bersetuju nak berhenti sekejap kat stesen minyak tu, penuhkan tangki gas dan kami tekad nak tanya orang mana arah nak ke destinasi kami.  Paul kat luar isi minyak, aku dan Taylor pulak masuk ke stesen minyak tu.  Kami disambut oleh seorang lelaki tua yang aku agak dalam lingkungan umur 60-an, dari segi penampilan orang tua tu macam orang kampung hillbilly. "Ye cik adik berdua nak apa ye?", sapa orang tua tu dengan slang country-nye yang pekat, sambil tersengih nampak gigi kat kitorang.  

Aku pun ceritalah yang kami ni nak isi minyak kereta kami. "Ha nasib baik cik adik sampai awal. Pakcik pun baru nak tutup kedai ni". Eh, awalnya tutup kedai?  Tapi aku cakap dalam hati jelah.  "Tapi adik kena cepat-cepat keluar ye. Malam ni malam istimewa kat tempat ni". Aku dan Taylor dah saling berpandangan, kami ada rasa sedikit kekok bila pakcik tu cakap macam tu. Mungkin hari ni hari istimewa pakcik ni, dia nak pegi sambut kot tapi sebab kitorang pakcik ni lambat nak tutup kedai.  Aku pun cepat-cepat keluarkan peta yang aku bawak dan aku mintak tolong pakcik tu tunjuk arah jalan nak pegi ke bandar tempat tinggal kami.

Masa pakcik tu tengah kasi tunjuk arah pada kami, ada 2 orang pulak masuk ke kedai tu. Tapi 2 orang tu masuk ikut pintu belakang, sepasang lelaki dan perempuan.  Pada awalnya pasangan tu melihat kami dengan raut wajah yang pelik, tapi lepas tu diorang berdua tersenyum lebar pulak.  Pasangan itu menyapa lelaki tua itu, "Diorang berdua ni tetamu kita ke malam ni?", sambil merujuk kepada kami. Tapi pakcik tu memberikan pandangan yang tajam pada pasangan yang tengah tersenyum tu, "Bukan, diorang ni cuma budak-budak sesat jalan je".  

Bila pakcik tu cakap yang aku dan Taylor 'cuma budak-budak', aku dah rasa tak sedap hati. Sampai naik bulu roma aku. Tak taulah kenapa. Taylor pun senyap je tak cakap ape.  Kemudian, mereka bertiga merenung kami, dan pasangan lelaki itu berkata, "Korang bertiga baik keluar cepat-cepat dari tempat ni, sebab malam ni malam istimewa".  Eh masa ni aku dah ketakutan dah. Ada 2 sebab kenapa aku takut, pertamanya, macam mana pasangan tu tau yang kitorang bertiga, sedangkan diorang masuk ikut pintu belakang.  Paul ada kat luar tengah isi minyak, mustahil diorang boleh nampak Paul. Melainkan... kalau kedatangan kami ke tempat ni tengah diperhatikan.  Keduanya, macam mana pasangan tu boleh ulang apa yang pakcik tu cakap, yang malam ni malam istimewa?  Apa yang istimewanya? Kenapa mereka bertiga ni seolah-olah beriya nak halau kami dari sini?

Kami pun ucapkan terima kasih pada pakcik tu sebab tunjuk jalan kat kami.  Aku hulur USD20 sekeping pada pakcik tu walaupun harga minyak kami tak sampai banyak tu, dan terus berlalu pergi tanpa tunggu pakcik tu pulangkan duit baki.  Kitorang keluar je nampak dah Paul dah siap-siap duduk dalam kereta.  Aku pun pecut keluar dari tempat tu tak tunggu apa dah.  Paul cerita, masa tengah isi minyak tu dia ternampak 3 orang lelaki di seberang jalan dok perhatikan dia. Paul lambai pada kumpulan lelaki tu, tapi tak dibalas. Sebaliknya lelaki tu merenung Paul dengan pandangan muka yang serius. Paul dah tak sedap hati dia terus masuk dalam kereta.

Akhirnya kami jumpa jugak jalan keluar dari tempat yang pelik tu.  Tapi sampai sekarang aku tertanya-tanya, apa maksudnya 'malam istimewa' tu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2021 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 18-4-2021 03:37 AM
Sayu dan sebak aku baca cerita ni.

Tumpang share story kat sini ye TT. Alkisah pagi 7/3/2021 h ...


Ur story reminds me of this video
Ada yg kata hoax
But I want to believe it's true



Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2021 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Habis baca.. keep it TT! Best thread u sila lah hupdate selalu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2021 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 18-4-2021 03:37 AM
Sayu dan sebak aku baca cerita ni.

Tumpang share story kat sini ye TT. Alkisah pagi 7/3/2021 h ...

Takziah sis.. semoga arwah ditempatkn dgn org2 soleh.. aminnnn..

Psl kucing tu,mmg betul laa tu..ai ada sekor kucing ni y mmg dr kecik ai y jaga dia,lps terbiar kt tepi jalan..adik ai bwk balik,tp dia xnk ngn sapa2 melainkan ai je..so,mmg manja ngn ai..ai kan keje jauh drpd kg,tiap kali balik or even ai nak balik,kucing tu msti akan ada kt rumah..pernah dia menghilang smggu,bila ai nk balik,tup2 pagi ai smpai rumah,dia pn balik jgk..my mom,adik2 even makcik2 ai pn terkejut jgk laa..smggu mhilang tp bila ai balik je dia pn ada sama..hehe

N kalau ai dah nak balik kt tmpt keje,dia dtg laa menempel,buat2 muka sedih..mcm xnk kasi ai pegi..n ada kucing y lain ai pernah jaga,bila dia nak mati, dia mmg lari drpd ai,mmg marah2 je.. rupenye dah nak ajal..tp mmg sedih laa..ni pn ai lama xbalik..rindu haa nk tgk miaw2 ai..sobsobsob~
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-4-2021 02:31 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 28-4-2021 01:16 PM

Cahaya Min Min

Aku merupakan seorang pemandu bas sewa di Australia.  Aku diberikan tugasan selama 5 hari untuk membawa sekumpulan 30 orang wanita Aborigines atau orang Asli Australia ke sebuah bandar terdekat untuk pemeriksaan rawatan kesihatan mereka.  Bandar terdekat tu pun dah 500km jauhnya dari tempat ni, jadi korang bayangkanlah ye betapa terpencilnya perkampungan orang Asli tu.  

Dalam perjalanan pulang tu kami lalu satu pekan kecil bernama Mintabi.  Pekan ni tumbuh hasil daripada perlombongan batu opal di situ, jadi pekan ni pun takdelah besar mana pun, macam pekan cowboy di tengah-tengah padang pasir, tapi adalah kedai-kedai menjual perhiasan opal dan butik baju yang jadi kegemaran wanita orang Asli ni. Punyalah sakan makcik-makcik tu membeli-belah, tawar-menawar sampai ke malam jugaklah baru masing-masing teringat nak balik ke hotel.


Perjalanan nak ke hotel tu pun dalam 3 jam la jugak.  Kalau ikut jadual, malam ni kami akan bermalam di hotel tu, esok pagi baru aku hantar makcik-makcik ni balik ke kampung masing-masing.  Naik bas je, semua penumpang aku terus tertidur keletihan termasuklah jururawat desa yang jadi pengiring diorang. Letih sangat kot makcik-makcik ni menyogo petang tadi, jadi aku pun sorang-soranglah bawak bas dalam kegelapan dan kesunyian malam tu. Nak bukak radio tak sampai hati la pulak.

Waktu baru menunjukkan pukul 9 malam.  Jauh di hadapan, aku ternampak ada cahaya lampu kereta di jalan bertentangan. Tapi aku nampak lampu sebelah kiri je. Mungkin lampu kanan kereta depan aku ni rosak kot.  Masa tu aku pasang lampu tinggi, jadi aku pun tukarlah ke lampu rendah. Kebetulan pulak, jalan yang aku lalu ni jalan berbukit, dan aku tengah menuruni bukit.  Sepatutnya bila kita dah mendaki bukit tu, aku sepatutnya dah berpapasan dengan kereta tu. Tapi, takde. Kereta tu macam tiba-tiba je hilang.  

Tempat tu kan padang pasir, jadi kalau kereta tu dah keluar dari jalanraya ni pun mesti aku boleh nampak kereta tu pergi mana kan? Tapi ini tidak. Aku terfikir jugak nak berhenti sebab aku takut kereta tu terbabas, tapi kalau terbabas mesti ada bunyi letupan atau geseran tayar. Tapi takde. Cuma ada bas ni je kat padang pasir tu. Aku terfikir mungkinkah aku ni tengah mengantuk sampai ternampak benda yang bukan-bukan? Tapi aku teruskanlah jugak pemanduan aku.  

Sejam kemudian, kami pun sampailah ke hotel kami.  Sebelum aku turunkan penumpang aku, aku pun tanyalah, ada sesiapa tak nampak cahaya lampu kereta tadi?  Makcik-makcik tu terdiam sambil masing-masing saling berpandangan.  Beberapa ketika kemudian, baru makcik-makcik tu bersuara tapi diorang menyembang sesama-sendiri dalam bahasa Orang Asli masing-masing.  Raut wajah masing-masing berkerut-kerut dan ada yang macam nak nangis jugak.  Pastu masing-masing cepat-cepat turun dari bas dan meninggalkan aku tanpa ada yang menjawab pertanyaan aku tadi.

Beberapa minit kemudian, lepas aku kunci pintu bas, aku dah ada kat lobi hotel apabila aku disapa oleh 2 orang ahli rombongan aku.  Mereka mintak aku cerita dari A sampai Z apa yang aku nampak, kejadian tu berlaku kat mana dan macam-macam lagilah.  Bila aku habis cerita je, mata makcik-makcik tu terbeliak habis sampai nampak putih anak mata. Dengan nada ketakutan, mereka pun berkata pada aku, “Nasib baik awak tak berhenti.  Kalau awak berhenti tadi, kita semua satu bas akan hilang tak dijumpai sampai bila-bila”.  

Aku dah pelik bila makcik tu cakap macam tu, aku pun cuba bertanya apa benda yang aku nampak tu. Tapi makcik tu enggan berkata apa-apa dan terus balik ke bilik masing-masing.

Aku memang tak puas hati sebab aku nak tau apa benda yang ditakutkan oleh makcik-makcik tu, jadi selepas rombongan itu, aku pun buatlah siasatan sendiri. Tanya orang sana-sini, dan berdasarkan maklumat yang aku dapat, aku yakin apa yang aku terserempak di malam tu adalah Cahaya Min Min.  Mengikut legenda orang Asli Australia, Cahaya Min Min yang muncul pada waktu malam ni boleh bergerak dan boleh memukau sesiapa yang terserempak dengannya, kalau sesiapa ikut cahaya tu orang tu pasti akan hilang tak tau hilang kat mana.  Yang uniknya cahaya ni cuma ada di Australia je.

Aku cuma jumpa Cahaya Min Min tu sekali je dalam seumur hidup aku, tu pun dalam seminit 2 je.  Mungkin pengalaman aku tak berapa menyeramkan macam redditor lain, tapi aku tetap rasa aku bernasib baik sebab dapat jumpa benda tu, dan juga sebab aku masih hidup sampai sekarang….

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2021 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah Perang Dunia Ke-2

Di Berlin, selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2, dan Jerman kalah dalam peperangan tersebut. Akhirnya, ekonomi Jerman lumpuh dan rakyat Jerman diancam kebuluran kerana bekalan makanan yang tidak mencukupi.  Ada satu kisah yang diperturunkan kepada satu generasi ke generasi yang lain mengenai seorang wanita ni.

Wanita ni ternampak seorang lelaki buta bertongkat di tengah-tengah orang ramai yang sedang berjalan, di tangan lelaki buta itu ada sekeping sampul surat.  Lelaki buta itu seperti sedang meminta pertolongan tetapi tiada siapa pun yang mempedulikan dia. Wanita itu berasa kasihan dengan lelaki buta itu, lalu dia pun tegurlah lelaki buta itu. Lelaki buta itu sebenarnya memerlukan bantuan untuk menghantar sekeping surat ke sebuah alamat yang tertulis di atas sampul itu.  Wanita itu pun bersetuju dan mereka pun berpisah di situ.  Tetapi wanita tu sempat toleh belakang dan waktu itulah, dia terlihat kelibat lelaki buta itu berjalan dengan laju tanpa tongkatnya seperti orang normal.  Wanita itu berasa agak pelik lalu dia pun pergi dapatkan polis dan polis bersetuju untuk hantarkan surat itu.

Polis pun pergilah ke rumah yang dimaksudkan. Rupa-rupanya, rumah itu adalah rumah 3 orang tukang sembelih daging, dan polis menemui satu kes yang agak mengerikan. Selama ini, rumah itu merupakan tempat sembelihan manusia.  Lelaki tua yang berpura-pura buta tadi akan mengumpan orang pergi ke rumah itu dan akhirnya orang yang malang itu akan disembelih untuk dijadikan daging makanan.  Daging-daging manusia itu akan dijual kepada rakyat Jerman yang kelaparan.

Apakah yang tertulis di dalam sampul surat tadi.  Hanya sebuah nota dengan kata-kata, ‘Ini daging terakhir yang aku hantar untuk kamu hari ini”.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2021 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 25-4-2021 11:50 PM

Rou Garou

Datuk dan nenek moyang aku membesar di sebuah pekan kecil yang terletak di pedalaman Lousiana.  Mereka berdua membesar dengan adat budaya Cajun, setakat makan stew tupai tu benda biasa.  Orang Cajun ni ada banyak kisah-kisah luar biasa yang kalau kita di zaman moden ni anggap tu semua tahyul je.

Datuk dan nenek moyang aku akhirnya bertemu jodoh, dan mereka tinggal di sebuah rumah kecil yang letaknya berhampiran dengan sekeping ladang tebu.  Bertentangan dengan ladang tebu tu adalah sebuah gereja Katolik yang menjadi tempat ibadat penduduk di kampung kecil itu.  Zaman dulu gereja memang aktif dengan aktiviti amal ibadat tak kiralah siang atau malam, tapi datuk dan nenek moyang aku memilih nak pergi belah siang je.  Sebabnya jarak dari rumah mereka nak ke gereja tu sebenarnya agak jauh kalau nak jalan kaki sebab mereka kena mengelilingi kebun tebu itu, tapi kalau merentasi ladang tebu tu akan jadi cepat sikitlah.

Entah macam mana, pada suatu hari tu, datuk dan nenek moyang aku teringin lah pulak nak sertai satu acara keagamaan tapi belah malam.  Mereka berdua berjalan kaki ke gereja pun masa tu dah senja. Habis acara je dah malam gelap gelita.  Faktor hari dah gelap ditambah pulak dengan kepenatan setelah bekerja sepanjang hari, moyang-moyang aku ambil keputusan nak ikut jalan dekat, iaitu merentasi ladang tebu tu.

Bunyi cengkerik bersahut-sahutan semasa moyang-moyang aku berjalan di celah-celah batang tebu yang menjulang itu.  Bulan yang mengambang penuh pada malam itu sedikit sebanyak menjadi cahaya penunjuk arah kepada mereka berdua.  Tetapi malam itu tetap suram sehinggakan moyang aku terpaksa bergantung kepada sentuhan dan bunyi untuk tentukan mana jalan yang diorang boleh masuk.  Waktu ni, datuk aku di hadapan manakala nenek aku pegang baju datuk aku.  

Datuk aku keletihan putus nafas jadi dia pun berhenti sekejap nak ambil nafas. Nenek aku pun terberhenti sampai terlanggar datuk aku ni.  Waktu nilah mereka terdengar ada satu set bunyi tapak kaki di belakang mereka. Datuk dan nenek aku membeku di situ.  Dengan jelas mereka terdengar bunyi tapak kaki memijak daun-daun tebu yang kering.  Tapi bunyinya kuat dan jelas sekali seolah-olah yang memijaknya seorang lelaki berbadan sasa, tak seperti datuk dan nenek aku yang kurus itu.  

Datuk aku terus tarik tangan nenek aku dan mereka pun perlahan-lahan jalan beriringan.  Mereka takut nak tegur ‘lelaki’ itu.  Kalau itu jiran atau penduduk kampung lain mestilah dah tegur mereka kan?  Nenek aku terperasan yang corak bunyi tapak kaki tu pelik. Macam bunyi zig-zag.  Nenek aku dah rasa tak sedap hati dan dia pun terus berlari angkat kaki seribu meninggalkan datuk aku.  Datuk aku pun taknaklah tertinggal dia pun sama jugak ikut berlari merentasi ladang tebu tu.  Bunyi tapak kaki tu pun semakin laju jugak seolah-olah sedang mengejar mereka berdua.  

Dalam 5 minit memecut, akhirnya mereka sampailah ke rumah mereka.  Masing-masing tak pandang belakang dan cepat-cepat bukak kunci pintu rumah.  Kebetulan, anjing mereka, Kaiser yang suka lepak kat luar meronta nak masuk dalam rumah. Datuk aku terpaksa bukak pintu sekejap untuk kasi Kaiser masuk dan waktu itulah, Datuk aku ternampak di hujung ladang tebu itu, bayang seekor binatang yang sedang merangkak menuju ke arah rumah mereka.

Kaiser ni seekor anjing pemburu, anjing pemburu memang terkenal dengan keberanian mereka tapi malam itu, Kaiser jadi kecut habis.  Pintu rumah datuk aku bergoncang-goncang seperti diterpa seseorang yang berbadan besar, Kaiser hanya menikus di suatu sudut.  Datuk dan nenek aku cepat-cepat hadang pintu tu dengan perabot-perabot lain.  Tak cukup macam tu, binatang itu mula main cakar-cakar pintu pulak. Datuk aku sangkakan ni mungkin hanya serigala atau beruang sesat je kot.  

Datuk dan nenek aku mula dilanda kepanikan apabila terlihat tombol pintu mereka berputar.  Ah binatang ape pulak ni dah pandai main bukan-bukak pintu. Nasib baiklah pintu rumah mereka dah berkunci, tapi itu tak cukup nak menghilangkan rasa takut dan risau mereka.  Untuk beberapa minit, mereka dipermainkan oleh binatang itu dengan bunyi ketukan pintu, cakaran dan tombol yang diputar-putar. Akhirnya binatang itu seperti berputus asa dan terus meninggalkan rumah mereka.

Tapi Datuk aku cakap, dia masih lagi terdengar bunyi seretan tapak kaki berulang-alik di hadapan rumah mereka.  Datuk aku pun keluarkan senapang memburu dia dan mula berkawal di hadapan pintu rumah.  Nenek aku dan Kaiser pula menyorok di dalam bilik tidur. Menurut kata datuk, memang bunyi tapak kaki tu sampai ke pagi.  

Esok paginya, bila matahari dah terbit dan hari dah siang, barulah datuk dan nenek aku berani nak keluar rumah.  Di dinding dan pintu sebelah luar rumah mereka penuh dengan kesan cakaran yang lebih besar dari tapak tangan datuk aku.

Sehingga ke nafas terakhir, datuk dan nenek moyang aku tetap berkeras yang malam tu mereka dikejar oleh Rou Garou,  atau dalam masyarakat Cajun, serigala jadian.


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2021 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 18-4-2021 03:37 AM
Sayu dan sebak aku baca cerita ni.

Tumpang share story kat sini ye TT. Alkisah pagi 7/3/2021 h ...

Alfatihah utk ayah & paklong AnggunSophea.
Sayu kucing tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 09:19 AM | Show all posts
Dh abis baca.,.start awal puasa hri tu..baca pkl 10 mlm keatas je baru ada feel..semoga masih ada sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Best cerita TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2021 01:09 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 28-4-2021 01:14 PM

Rahsia Rumah Nenek

Semasa aku membesar, aku banyak meluangkan masa di rumah nenek.  Kedua ibubapa aku bekerja shift kadang-kadang sampai tak balik, jadi ibubapa aku akan tinggalkan aku di rumah nenek yang kebetulan tak berapa jauh dari rumah kami.  Rumah nenek dah macam rumah kedua bagi aku.  Nenek aku ni seorang yang sangat berdikari dan berani, walaupun orangnya kurus kering je.  Memang nenek seorang je yang buat keje rumah kat rumah dia, kadang-kadang aku rasa nenek aku ni ada ilmu hitam je sebab sihat walafiat walaupun dah tua.

Rumah nenek pun agak menyeramkan bagi aku.  Sebab rumah nenek memang rumah lama.  Termasuklah perkakasan dan perabot dalam rumah tu, memang antik dan menurut nenek, ada barang dalam rumah tu yang dah ada sebelum nenek aku lahir lagi.  Aku tak pasti macam mana nak gambarkan dengan tepat perasaan berada dalam rumah nenek ni, tapi aku selalu rasa kalau kat rumah nenek ni, duduk kat luar ke kat dalam ke sama je perasaannya.  Selalunya orang akan rasa lebih selamat dalam rumah, tapi kalau rumah nenek, takde rasa selamat tu.  Tingkap dan pintu rumah nenek pun banyak dah yang rosak dek dimakan usia, tapi nenek tetap setia duduk dalam rumah tu.

Dalam bilik nenek ada satu pendiang api, letaknya betul-betul di tengah bilik tu. Aku ingat lagi sebab aku selalu terlanggar benda tu. Malam-malam, terutamanya masa musim sejuk, nenek akan bakar kayu dalam pendiang api tu untuk memanaskan biliknya.  Pendiang tu memang dah terlalu buruk, korang boleh nampak cahaya api marak menjilat kayu api dari celah-celah pintu pendiang yang dah berongga tu.



Pada suatu malam, sebab terlalu sejuk, aku tertidur dalam beg tidur aku depan pendiang tu. Kedudukan aku sekarang ni di tengah-tengah di antara pendiang dan katil nenek. Di hujung katil nenek pula ada tingkap.  Rumah nenek ni memang gelap bila tak bukak lampu. Sebab ada tingkap tulah barulah tak gelap gelita bilik nenek aku ni.  Pelik kan, kat luar rumah lagi terang dari dalam rumah bila waktu malam.  Malam tu aku ada masalah nak tidur sebab bulan mengambang terlalu terang sampai cahayanya melimpah dalam bilik.  Waktu tu memang dah lewat, aku ingat lagi sebab kayu api dalam pendiang tu dah habis terbakar tinggal bara sahaja.  Yang kedengaran semasa malam yang sunyi itu hanyalah bunyi dengkur nenek sahaja. Hanya kami berdua dalam rumah tu, tiada orang lain lagi dah.

Tanpa disangka-sangka, aku ternampak sesusuk tubuh hitam legam berjalan keluar dari hujung bilik nenek.  Dari hujung bilik nenek yang gelap, melintasi tingkap yang tidak berlangsir, melintasi aku dan akhirnya dia berjalan keluar melalui pintu bilik nenek.  Aku terpaku, nak menjerit pun aku tak mampu.  Aku tak dapat nak cam muka orang itu kerana keseluruhan badannya hitam legam bagaikan bayang-bayang.

Seluruh badan aku bagaikan sudah lumpuh, nak gerak ibu jari kaki pun tak boleh. Hanya bebola mata aku yang mengekori dia keluar dari bilik nenek.  Walaupun dia sudah tiada dalam bilik itu, tapi aku merasakan seolah-olah dia masih ada dalam rumah ni.  Macam mimpi pun ye.  Tapi aku tak rasa aku bermimpi sebab sepanjang malam aku tak boleh tidur dan mata aku hanya tertancap di pintu bilik itu seolah-olah menantikan dia masuk kembali ke bilik ini.

Esok paginya, bila nenek aku bangun, barulah aku ada kekuatan untuk menggerakkan badan. Nenek terus menuju ke pendiang  dan menyucuk-nyucuk bara api yang sudah menjadi arang dalam pendiang tu dengan sebatang rod besi.  Aku pulak bangun-bangun terus aku bercerita pada nenek pasal kejadian yang aku nampak malam tadi.  Tapi nenek langsung tak menunjukkan sebarang reaksi ketakutan.  Sebaliknya, nenek hanya berkata dengan selamba pada aku, 'Oh dia ke? Hhmmm lama jugak nenek tak nampak dia".

Kini nenek sudah pun meninggal. Adakalanya aku terfikir, adakah nenek yang terlalu berani ataupun ada benda lain disebalik keberanian nenek tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2021 02:09 PM | Show all posts
Siapa Tu?

Aku ada seorang kawan baik dari kecil. Jodoh persahabatan kami memang panjang, sebab kami berdua dapat masuk kolej yang sama dan dapat masuk asrama yang sama pulak tu.  Bilik aku cuma berhadapan je dari bilik dia, dan bilik kami berdua ni letaknya paling dekat dengan pantri kecil dalam asrama tu. Jadi kalau aku lepak-lepak kat pantri, aku boleh nampak pintu bilik aku dan dia.

Dah nama pun kawan baik kan, jadi kalau kami nak pinjam baju ke, pinjam buku teks ke ape ke, kami selamba je masuk bilik masing-masing. Aku pun tak pernah kunci bilik tapi kalau kawan baik aku tu masuk bilik aku pinjam barang, dia akan hantar teks kat aku je.  Begitulah selambanya kitorang berdua ni.

Sehinggalah pada suatu hari, masa tu tahun 2014, aku ada buat kerja separuh masa dan masa tu aku baru je habis keje. Masa tu dah dalam 8 malam, tapi aku tak terus masuk bilik sebaliknya aku terus ke pantri untuk panaskan sedikit makan malam sambil sembang-sembang dengan mak aku dalam telefon.  Aku tengah duduk atas meja pantri menghadap ke arah bilik, masa tulah aku ternampak kawan baik aku ni berjalan keluar dari bilik dia, masuk bilik aku sekejap lepas tu keluar dan masuk ke bilik dia balik.  Tapi dia macam tak perasan yang aku ada kat pantri dan aku pun tak sempat tegur dia sebab aku tengah bercakap dalam telefon.

Aku ingat lagi kawan baik aku tu macam baru lepas mandi, keluar bilik pakai tuala putih je. Dengan rambut panjangnya yang basah.  Dalam fikiran aku oh adalah benda yang dia nak pinjam tu tapi seingat aku, masa dia keluar dari bilik aku tu dia tak bawak apa-apa pun. Takpelah esok lusalah aku tanya dia.  Bila makan malam aku dah siap, aku pun bawakla ke bilik nak makan depan tv dalam bilik aku tu.

Sejam kemudian, aku dah habis makan jadi nak basuhlah pinggan mangkuk aku, ternampaklah pulak kawan baik aku kat pantri tu. Tapi kali ni dah lengkap berpakaian la.  Aku pun tegurlah dia, pastu aku tanyalah dia, "Kau cari apa dalam bilik aku tadi?".  Kawan aku tengok aku dengan muka yang pelik pastu dia tanya balik, "Amende yang kau cakap ni? Bila masa aku masuk bilik kau?".  Aku pun cerita balik apa yang aku nampak tadi.  "Kau yakin ke dengan apa yang kau nampak tadi?", tanya kawan aku usai aku bercerita.  Aku pun angguklah jawab ye, aku tak salah nampak.  "Ok jom ikut aku kejap. Bawak kunci bilik dan dompet kau sekali. Aku ada benda nak cerita kat kau", kawan aku berikan arahan dengan nada yang serius.  Masa nilah baru aku perasan atas meja pantri tu ada beg kawan aku siap ada kunci kereta dia sekali.

Sebelum kami pergi keluar dari situ, aku perasan yang kawan aku kunci bilik dia padahal selama ni tak pernah-pernah pun dia kunci bilik dia.

Sampai je kat kereta dia, barulah dia bukak cerita. Rupa-rupanya,kawan aku tu baru je balik asrama. Sepanjang hari ni dia takde kt asrama pun. Dia balik je terus pegi pantri tak masuk bilik pun.  Habis tu sape pulak yang aku nampak tu? Kami berdua sama-sama panik dan ketakutan siap kunci pintu kereta. Dalam fikiran kami ada penceroboh dalam bilik kawan aku tu.  Kitorang pun telefon polis dan buat laporan. Masa ni kami masih lagi di luar asrama tu ye.  Beberapa minit kemudian, polis pun sampai bersekali dengan warden asrama kami. Lama jugak polis buat pemeriksaan dalam asrama tu, malangnya polis tak jumpa penceroboh. Bukan setakat penceroboh, tapi tanda-tanda asrama kami diceroboh pun takde. Tapi aku dan kawan aku masih rasa terganggu dan takut nak balik bilik masing-masing.  Akhirnya, malam tu jugak warden kami panggil tukang kunci dan tukar kedua-dua kunci bilik kami.  

Menurut kata kawan aku tu, sebelum tu lagi, berminggu-minggu dia dengar bunyi macam ada orang dalam bilik air dia. Bunyi botol-botol syampu digerakkan, bunyi air paip dibuka dan macam-macam lagilah. Tapi bila dia pergi tengok, takde orang pun. Yang ajaibnya lepas kami tukar kunci bilik je, gangguan tu pun berhenti sekali.  Jadi apakah yang aku nampak dan apakah yang mengganggu kawan aku tu? Orang atau entiti?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 25-4-2021 02:31 PM
Cahaya Min Min
Aku merupakan seorang pemandu bas sewa di Australia.  Aku diberikan tugasan selama 5 ...

Kt wiki ada info psl min min light

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 25-4-2021 05:37 PM
Rou Garou

Datuk dan nenek moyang aku membesar di sebuah pekan kecil yang terletak di pedalaman Lo ...

Bnyk filem fiksyen ttg rou garou ni rupanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 29-4-2021 01:12 PM
Kt wiki ada info psl min min light

Apsal I rasa min min light ni mcm ada persamaan dgn balan-balan kt sabah tu? Rasenye mcm penah baca thread kat sini kan pasal balan-balan tu pun dari jauh nampak macam bola api
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 29-4-2021 01:17 PM
Apsal I rasa min min light ni mcm ada persamaan dgn balan-balan kt sabah tu? Rasenye mcm penah bac ...

Function sama x
Balan2 tu ada ke yg folo smpi blh sesat dan hilang

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 29-4-2021 01:22 PM
Function sama x
Balan2 tu ada ke yg folo smpi blh sesat dan hilang

Balan-balan tu kan mcm penanggal. Mangsa hilang sebab mati la kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 12:07 PM | Show all posts
pglaman sdiri mase sek men (asrama nun di utara tanah ayer) pnah nmpk objek bercahaya melintas, betul2 atas kepala time tu nk maghrib.. otw dr asrama nk ke dining hal, time tu bertiga ngn mber..so yg mula2 nmpk meols, terus ckp n tjuk kt mende tu "eh ape tu terbang?" sebjik mcm meteor yg melintas tp bergerak horizontal, klu meteor die xdela terbang gitu..bila meols ckp mcm tu je terus die mcm pecah/hilang...huhu kawan yg nmpk jgk mende tu ckp "ko tjuk tu tuju2 tu" die ckp sape tjuk mende tu n tegur mmg xjd la tuju2 yg nk dihantar ke org tu..silap2sape yg tjuk tu kene..pucatla iols..mujurla pastu xde ape2 berlaku syukurr..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 2.109013 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list