|
♥♥ CONTEST CERPEN TTM♥♥ [TUTUP DAH ! THANKS GUYS!]
[Copy link]
|
|
Wah...tiba2 je avatar Ally dah bertukar....:love:
Underneath menara Eiffel ....:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Libra ko tak nak berjiwang karat ngan kami ke?boleh juga mengubat hati yg gundah gulana ni. |
|
|
|
|
|
|
|
CERITA CINTA
Jiwanya begitu kosong. Berkali-kali dia cuba mencari jawapan siapa kah dirinya yang sebenarnya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh berada di sebuah bungalow terpencil di tepi pantai yang ditemani hanya oleh seorang wanita yang dipanggilnya Mak Limah. Daripada Mak Limah lah dia mengetahui yang namanya adalah Maria.
Yang dia pasti setiap dua kali sehari dia akan dikunjungi oleh seorang lelaki bernama Azman yang dia sendiri tidak tahu apa kaitan dengan dirinya. Walaupun pada mulanya dia kurang senang dengan kehadiran Azman tetapi lama kelamaan dia semakin menanti kehadiran Azman. Setiap kali Azman melawatnya, dia pasti akan bercerita tentang kisah dua orang insan yang bernama Mawi dan Marsha.
Maria merasa begitu teruja mendengar kisah Mawi dan Marsha. Menurut Azman, Mawi dan Marsha merupakan dua orang penyanyi popular. Mereka berdua bertemu ketika menyertai sebuah pertandingan realiti tv. Perangai mereka begitu berbeza sekali, Mawi seorang yang kasar dan tidak sensitif, Marsha pulak terlalu sensitif, manja dan lemah lembut. Namun itu tidak menghalang mereka daripada berkawan rapat. Mereka sentiasa bertukar pendapat dan memberi sokongan antara satu sama lain. Sikap Mawi yang kasar itu sedikit sebanyak telah berubah semenjak dia berkawan dengan Marsha. Dia mula peka kepada perasan orang dan menjadi 慶aring |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fizura at 9-12-2006 04:29 PM
Libra ko tak nak berjiwang karat ngan kami ke?boleh juga mengubat hati yg gundah gulana ni.
Aku x reti la fiz....idea ada,tp x pandai nak luahkannya dlm bentuk cerpen,novel atau yg sewaktu dgnnya.Aku jd tukang baca je la....:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ally123 at 9-12-2006 10:34 PM
CERITA CINTA
Jiwanya begitu kosong. Berkali-kali dia cuba mencari jawapan siapa kah dirinya yang sebenarnya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh berada di sebuah bungalow terpencil di tep ...
WOW!!!!..... lain dr yg lain....caya la Ally..:solute: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bantal_oren at 4-12-2006 10:44
First time aku join board Mawi ni....terimalah.....
Aku, Dia & Ladang Itik ...
Aku terjaga lagi. Merenung ke siling dengan pandangan kosong. Masuk hari ini sudah seminggu aku sukar mele ...
:nerd:dah ko jual karipap kat dubai tuh...ko ade g visitor mkn beriani tak????hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ally123 at 9-12-2006 10:34 PM
CERITA CINTA
Jiwanya begitu kosong. Berkali-kali dia cuba mencari jawapan siapa kah dirinya yang sebenarnya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh berada di sebuah bungalow terpencil di tep ...
:clap: best citer ni.. ada sedih dan gembira |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ally123 at 9-12-2006 10:34 PM
CERITA CINTA
Jiwanya begitu kosong. Berkali-kali dia cuba mencari jawapan siapa kah dirinya yang sebenarnya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh berada di sebuah bungalow terpencil di tep ...
:tq::tq:
:clap::clap:
sedih jer baca... tapi happy ending... |
|
|
|
|
|
|
|
Ha,kan dah keluo bakat ko yg tersembunyi selama ni,nanti kita buat cerita dari kisah benar pulak ye ly |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ally123 at 9-12-2006 10:34 PM
CERITA CINTA
Jiwanya begitu kosong. Berkali-kali dia cuba mencari jawapan siapa kah dirinya yang sebenarnya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh berada di sebuah bungalow terpencil di tep ...
citer ni memang lain dari yang lain...seronok siot...best best best aku suka.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fizura at 10-12-2006 10:56 AM
Ha,kan dah keluo bakat ko yg tersembunyi selama ni,nanti kita buat cerita dari kisah benar pulak ye ly
hai fiz ko buat apa hujung minggu ni???x gi jom heboh ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #469 fizura's post
fizura, kisah benar tu save the best for last!
mat, tak kan nak ajak fizura dating kat jom heboh aje? |
|
|
|
|
|
|
|
Ko jangan terkejut nanti aku ada atas pentas.kalau aku panggil nama mat ko naik yek. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fizura at 10-12-2006 12:15 PM
Ko jangan terkejut nanti aku ada atas pentas.kalau aku panggil nama mat ko naik yek.
asal ko seru je nama ku aku akan muncul di sebelah mu....heheheheh...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ally123 at 10-12-2006 12:15 PM
fizura, kisah benar tu save the best for last!
mat, tak kan nak ajak fizura dating kat jom heboh aje?
aku nak ajak jalan-jalan sekali nak g teropong pasangan M&M tu nak tak??? |
|
|
|
|
|
|
|
huyoo caya lahhhhhhhhhhhhhhh! |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg cayanye luka, hang nak ikut jugak ke.Ally aku rasa marsha dapat jam la,dia beli dua tu. mahal oi. |
|
|
|
|
|
|
|
eee...bestnyer...
cin baru tahu ader TTM nie...
nak anto dah tak sempat nie...
takde delay ke tarikh tutup tue...:lol |
|
|
|
|
|
|
|
DESTINY
Suasana kampong Tamparuli tidak pernah sunyi dek pekikan kanak-kanak yg bermain dan berkejar-kejaran saban hari, penduduk kampong dah biasa dengan suaasana tu. Mawi memang terkenal kenakalannya dikalangan penduduk kampung. seluruh kampong dah lali dengan keadaan itu. kekecohan dan mawi dah senonim. Ada kalanya bila suasana menjadi sunyi sepi, ada yg tercari-cari jika ada perkara yg tidak diingini terjadi pada kanak2 yg selalu buat bising dan kecoh, mereka seolah-olah meng'amin'kan suasana kecoh dan bising, dan pertanyaan pertanyaan lazim:
Pak peyno, mawi mana? Kenapa sunyi ja dia hari ni?
ader kat rumah tu, budak tu kalau tak didenda macam tu, tak makan saman. Balas pak peyno ayah mawi.
Dan marsha, yg juga jiran sebelah rumah mawi selalu menjadi mangsa buli dan Marsha juga lah temannya merentasi jambatan tamparuli, utk pergi dan balik dari sekolah saban hari. mawi mengambil kesempatan atas sifat lemah lembut gadis kecil ini untuk menyelamatkan diri. Walaupun Marsha sedar dia dibuli, dia tiada pilihan, tambahan pula cuma mawi saja jiran terdekat yang ada dan pernah sekali, marsha diusik sekumpulan murid lelaki, mawilah jadi penyelamat marsha, pergaduhan itu kemudian dileraikan oleh seorg guru yg kebetulan lalu disitu.
tu lah nak tunjuk pandai jalan sendiri? mawi meninggikan nada suaranya tanda marah pada marsha
ko lambat sgt, manalah aku tau dorang nak ganggu? Selalu, kalau ko tiada pun aku mmg jalan sorang2, tiada pula macam ni ? balas marsha
Dalam keadaan marah Mawi mencapai beg sekolahnya dan berjalan terus tanpa menoleh kearah marsha. Marsha berlari2 anak mengejar mawi dari belakang tanpa sepatah kata. Dia tau mawi tengah marah sebab kejadian itu tambahan pulak bajunya kotor dibelasah kumpulan murid tadi dan dia pasti dimarahi ayahnya.
* * * * * * * * *
Marsha, ko bawa beg aku ek. Ko tunggu aku diselekoh tu? mawi melangkah tanpa menunggu jawapan dari marsha. Dia terus tinggalkan beg sekolahnya pada marsha.
ko bawa sendiri lah mawi, aku dah tak larat nak angkat 2 beg sekali? marsha cuba bersuara, tapi tidak ada gunanya.. mawi sudah beredar
Marsha yg duduk menunggu mawi diselekoh sekolah hampir tertidur sebab lapar dan letih. Tidak lama baru lah nampak kalibat Mawi, baru lega hati marsha. Entah apa lagi dia buat kali ni gerutu Marsha dlm hati.
Mawi: baru padan dgn muka budak gam tu aku keluarkan semua angin tyre basikal dorang.
Marsha: tak senonoh betul lar ko ni mawi. Hantu dari mana lah hasut ko ni?
Mawi: ko jangan memandai nasihatkan aku ek. lebih baik ko diam.
Marsha: ya, la tu .. nanti aku lagi yg ko paksa tanggung kesalahan ko.
Mawi : dah, lah malas aku layan ko ni? balas mawi lalu mencapai beg sekolahnya dan spt biasa, terus beredar tanpa memperdulikan Marsha, sesekali dia menoleh kalau-kalau Marsha masih ada di belakangnya.
Setiap hari kenakalan mawi tidak pernah berubah, walaupun didenda dan disebat dia tetap tidak berubah. Kesalahan demi kesalahan dilakukannya, membakar ayam dlm reban, membuang angin tyre kereta guru, mencuri keropok dari kanten sekolah, mencuri buah2aan org kampong dan banyak lagi. Pakcik Peyno, ayahnya bukan tidak bekalkan dia dgn duit sekolah, tapi dia lakukan semua itu semacam satu akktiviti yg menyeronokan pulak. Bila terkantoi, Marsha lah yg jadi mangsa, menanggung kesalahan itu? cukup dgn membesarkan matanya pada Marsha, Marsha dah tak berdaya untuk bersuara terpaksa akur, takut diapa-apakan selepas tu. Dan kesalahan yg tidak dapat dimaafkan bila dia masuk kebilik guru kelasnya, mencuri kertas soalan peperiksaan yang diadakan keesokan harinya. Kertas2 soalan itu dimasukkannya kedalam beg Marsha tanpa sepengetahuan Marsha.
Selepas rehat, guru kelas yg menyedari hal tersebut terus masuk ke bilik darjah, guru kelas mengarahkan semua murid meletak beg diatas meja.
Semua murid silakan berdiri dan letakkan beg diatas meja masing-masing dan jangan ada sesiapa yg cuba keluar. perintah cikgu bieze.
Semua beg diperiksa satu persatu, dan kertas soalan itu didapati dalam beg Marsha. Marsha tergamam tidak percaya tapi bukti ada didepan mata.
tapi cikgu, saya tak buat. air mata marsha mula mengalir tapi tidak diendahkan oleh guru kelas yg memang terkenal garang dan tidak bertimbang rasa itu. Marsha diarah berjumpa guru besar. Ini ada lah kali ke tiga Marsha didapati bersalah di Sekolah, menanggung kesalahan yg dia tidak dia lakukan.
Semua murid memandang Marsha dengan pandangan sinis, seolah-olah dia tlah melakukan jenayah besar. Rasa bersalah mula timbul dihati Mawi, tapi dia tidak mampu berbuat apa2 dia Cuma mampu mendiamkan diri. Mawi tidak dpt bayangkan keadaannya kalau dia mengaku .. Keluarga Marsha juga dipanggil oleh guru besar dan pihak sekolah terpaksa mengambil tindakan terhadap Marsha dengan membuat keputusan menamatkan persekolahan marsha disekolah rendah Tamparuli. Walaupun keluarga marsha merayu, bukti terlalu kukuh, tidak dapat berbuat apa-apa dan keputusan buang sekolah terpaksa dibuat demi kebaikan sekolah, walaupun ada kemungkinan marsha dianiaya.
Sejak itu, mawi tidak pernah lagi bertemu dgn Marsha, pernah sekali dia beranikan diri bertanya pada kakak marsha, noneng tapi tak dilayan. Kemarahan dan kebencian yg amat sgt terpancar diwajar noneng. walaupun keluarga marsha tiada bukti menuduh Mawi tapi mrk yakin, mawi lah penyebabnya. Mawi lah punca marsha dibuang sekolah dan keluarganya terpaksa menghantar marsha ke rumah mak longnya di Kota kinabalu utk meneruskan persekolahannya disana. Dan buat pertama kalinya Mawi menyesali
[ Last edited by cikgu_murni at 11-12-2006 12:48 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tindakannya mencuri kertas soalan itu dan membiarkan marsha menanggung kesalahan yg dia lakukan. Baru lah mawi menyedari kehilangan seorang sahabat,Ketiadaan Marsha menemaninya kesekolah selepas itu terasa sekali, dan meninggalkan kesan dan penyesalan yg mendalam di hati mawi. sahabat yg dia aniayah, sahabat yg tidak pernah meletakkan syarat. Mawi cukup tertekan dgn tindakannya itu dan dia berubah secara mendadak menjadi murid yg pendiam dan rajin. Kedua orang tuanya dan semua orang kampong menyedari akan perubahan itu. Perubahan itu juga lah yg mengubah hidup mawi secara keseluruhan. Dia mencapai kejayaan demi kejayaan, sehingga dia berjaya mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Rusia dalam bidang perubatan selama 7 tahun..
****************************
Selepas 7 tahun meninggalkan kampong halamannya, mawi berjaya membawa pulang gelaran doctor. Tiba lah masanya dia pulang ke desa, dia dah tak sabar2 pulang ke kampong halamannya, Tamparuli, sebaik melangkan masuk kedalam kapal, matanya liar mencari tempat duduknya no:17B.
Ah, dah ada org duduk tepi, bisik hati kecil mawi yg terus duduknya.
Kamu nak ke mana?? Tiba2 mawi menjadi ramah menyapa penumpang sebelahnya, yg dari tadi spt tidak memperduli kehadirannya.
Oh! mau pulang kampong, Sorry, tak prasan pulak kamu datang. Kamu plak nak ke mana?? jawab gadis tu tersipu-sipu.
Saya mau balik kampong juga, di Tamparuli.? balas mawi?
Sambil keningnya berkerut, tercari2 sesuatu diwajah dan suara gadis disebelahnya.. begitu juga gadis itu, mrk saling berpandangan dan tiba pramugari menggangu suasana itu untuk memastikan safety belt dipasang. Tanpa di sedari kapal mula bergerak dan spt biasa semua penumpang diminta supaya memberi perhatian kepada arahan anak2 kapal tentang arahan keselamatan.
Pokok klapak?.
Ko mawi botak? Tiba2 keduanya bersuara sambil tersenyum dan menjawab 'ah' serentak. Gelaran kampong masih mrk ingat. Kemudian mawi menundukkan kepala dan bersuara perlahan.
Mawi: apa khabar ko skrg masha?
Marsha: khabar baik, ko? Ko dari mana ni? Kulit nampak cerah ja tak spt budak botak nakal di kampong dulu? Marsha cuba bergurau.
Mawi: Aku baru balik dari rusia, baru habis buat medic. Ko? apa ko buat skrg?
Marsha: Aku buat law kat kl ja, dah dua tahun aku kerja kat KK dan ni ada sket hal kat kl, baru selesai.
Terasa cepat masa berlalu perkongsian cerita keduanya seolah-olah baru bermula, mrk bercerita tentang pengalaman selepas perpisahan zaman kanak-kanak yg penuh kedukaan dan bila bab zaman kanak2 disentuh sekali lagi mawi menunduk.
Mawi: sha, kalau bolih aku minta maaf, apa yg terjadi dulu. ucap mawi merendah diri
Marsha: maaf untuk apa?? marsha pura2 tak mengerti.
Mawi: aku tau, ko tidak dpt maafkan aku. Tapi aku jujur dan tidak dapat memaafkan diri aku dan tidak dpt melupakan kesah tu sehingga hari ini?
Marsha: ish, itu kesah kanak-kanak nakal lah, tosah ko ingat dan ambil serius pulak?
Mawi: sebab aku, ko dibuang sekolah, pernah juga aku kerumah ko tanya tentang ko kat kakak ko noneng, tapi dia marah dan tak layan aku, Spacey kawan baik kita pun tak nak buka mulut, tolong aku dan sebelum aku ke rusia aku pernah cari ko merata-rata tapi aku tak berjaya.
Marsha: wi, dah lama dah aku maafkan ko, kita kena pasrah, ada hikmah disebaliknya sesuatu kejadian tu. Kalau ko tak buat camtu, kita tak jadi, apa yg kita ada hari ni ... aku tak jadi lawyer dan ko pun tak jadi doctor? balas marsha walaupun sket serius, di memandang mawi ikhlas.
( tanpa disedari mawi memandang dan menggengam tangan marsha )
Mawi: sha, Aku pernah terasa spt aku mati dgn kisah zaman kanak-kanak, walaupun ko kata dah maafkan aku tapi aku tetap tak dpt memaafkan diri aku ini, sekarang aku seolah-olah diberi peluang kedua untuk hidup. Aku harap sangat ko ikhlas maafkan aku dan aku harap juga, tidak akan ada lagi duka diantara kita.
Marsha tersentuh dengan pengakuan Mawi, air mata Marsha yg gugur seolah-olah membasuh dan menghanyut kemarahan dan dendamnya pada mawi selama ini. cukup banyak rahsia dizaman kanak-kanak yang telah mrk kongsi bersama, mungkinkah rahsia2 itu membakar kebahagian mrk? Oh! Tidak, Dalam masa yg singkat, Pertemuan pertama setelah persahabatan zaman kanak yg terpisah, penuh duka lebih 10 tahun telah menimbulkan perasaan yg sukar ditafsir dgn kata-kata, bukan rindu persahabatan seorang kanak2 terhadap sahabat tapi telah bertukar menjadi pertemuan indah, rindu seorang kekasih kepada kekasih. keduanya seolah-olah tidak mahu perjalanan itu berakhir cepat dan mungkin kah itu dinamakan destiny????. dan kapal terus terbang membelah awan.
Sekian.
p/s: Aku letak je tajuk tu, ntah sesuai ker tak lantak jer dan aku terpaksa edit2 .. terlalu panjang siot lah pulak. Bahasa pun lintang pukang, ejaan pun 2 x 5 dan ada yg diubah auto leh computer , lagipun aku tidak lulus bab cerpen-merpen ni ?. yg penting korang mengerti. Malu lah pulak letak.
[ Last edited by cikgu_murni at 11-12-2006 12:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|