CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikna99

Bloggers Gardening Member (Ver.4)

 Close [Copy link]
Post time 28-7-2009 03:48 PM | Show all posts
447# alifinara

masalah apa tu alif.. citerlah maybe bleh kurang tanggungan awak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 03:51 PM | Show all posts
Cemburu dan dengki tengok avatar orang lain?...camana tu alifinara?...tak faham lah......
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 03:54 PM | Show all posts
para.. cantik tul pulau2 tu. sonoknya bleh snorkling n diving lihat hidupan laut lebih dekat ...

bilalah dapat ke sabah... hb pernah ler kata ada duit lebih nak ke tpt kelahiran dia nun di sabah. which area miss tak perasan lah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 03:57 PM | Show all posts
shiina...
kalau lah boleh bkn setakat berry..okid n periuk kera pun sy rembat juga. Tapi
"Take nothing but photographs, Leave nothing but footprints"...gitu le bunyi wasiat utk pengunjung dan pelancong yg ke sana
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 04:01 PM | Show all posts
Oooo...takut ada apa2 yang tak diingini terjadi atau mengikut balik ke anggerikrimba?...ye tak ye jugak...pergi tempat2 macam tu...memang tak boleh ambil2 sebarangan kan?...yelah...betul jugak tu......
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 04:02 PM | Show all posts
462# shiina

Jauhari jua yg mengenal manikam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2009 04:05 PM | Show all posts
460# alifinara

manusia nie kekadang tak bleh tgk org lain lebih dr dia. mulalah tak senang hidup. tak sangka kat bod nie pong ada.

pada miss masuk sini nak cari ilmu n berkongsi ilmu. yg sonok bleh jumpa bila ada kelapangan so bertambahlah kawan.

miss pernah jumpa member forum dari bod pg selain dari bod nie. yg terharu sgt masa miss sambung berpantang bersalinkan adam di melaka, member dari bod pg sanggup datang dari kl

kat sini cari kawan bkn lawan. nak eratkan silaturahhim
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 04:07 PM | Show all posts
466# alifinara

Ye betul...tapi masih tak fahamlah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 04:08 PM | Show all posts
467# MMISS

Ye betul, kita nak cari kawan bukan lawan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 04:08 PM | Show all posts
467# MMISS

A'ah...memang macam tulah niatnya...tambah kenalan...di samping tambah tanaman...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 04:08 PM | Show all posts
460# alifinara

biar saya tambah...sebab saya pun terbabit sama dalam cerita ni... TAMBAH BUKAN NAK MENGERUHKAN KEADAAN tapi untuk membersihkan nama saya dan juga kanda saya...

saya tahu ada orang dok sok-sek belakang kami cerita hal kami, tak perlulah kami mention siapa orang tu. tentu ada dikalangan anda juga ada mendengar cerita yang sama...

sampai satu peringkat saya rasa im the bad girl...bukan orang yang itu... sebab cerita tu disampaikan dari orang ke orang tapi takde sape tanya saya atau sahabat yang terkena sama...

pada saya buat apa nak dengki, masing2 ada cara masing2 dan tak boleh nak salahkan orang kalau gaya approach awak tu buat orang meluat... sampaikan saya pernah hilite pada shida supaya adakan satu guideline untuk membeli dan menjual pokok... tang ni saya dah terkena...dan SAYA TAUBAT TAKMO BELI KE, NAK BARTER TRADE KE...SORRY I BANNED THAT FELLA


pic bubuh gambar pokok aje tanpa dinyatakan harga dan saiz pokok... tup2 dapat...alahai... rasa mcm x worth dengan duit
letak pic zoom besar2... kita yang bodoh ni ingat besarlah...rupanya sama tebal dengan misai kucing aje...

since then saya terus cakap dengan shida tolonglah adakan guideline barter trade - jual pokok ni.... saya bosanlah KENA TIPU!!

BILA kena tegur sikit dah melatah, merapek entah apa-apa, saya cool aje... orang nak meroyan cam pondan pun saya buat bodoh takdelah sampai nak BOIKOT TAK MASUK THREAD ORANG... macam budak kecik...

sy respect beberapa orang forumer dalam HG ni yang diam2 berilmu tapi tak bongkak... takdelah nak menyakitkan hati, dengki-mendengki ni...

once and for all... PLEASE STOP IT...

sy mintak maaf pada mereka yang berkenaan, manalah tahu esok lusa saya mati...mintak diampunkan segala salah dan silap....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 04:13 PM | Show all posts
Huhh...nampaknya memang i tak tau menahu langsunglah apa hal kes ni....tak pernah dengar pun....no clue at all...asal tak berkaitan dengan i...sudah...:@...malaslah nak ambik tau......
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 04:24 PM | Show all posts
472# shiina

malas nak ambil tahu tak apa, jangan nanti awak terkena kemudian baru nak mengadu... hehe

shiina, kat sini takde orang kaki gado, saya sendiri kalau awak kenal sy bukan jenis orang suka tikam2 dari belakang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 04:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by anggerikrimba at 28-7-2009 16:32

naz...
sy pon mintak maaf.
tp sy tak pernah boikot HG. byk ilmu yg sy dpt kat sini. byk pokok hasil dr HG kat rumah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 04:43 PM | Show all posts
474# anggerikrimba

samalah ang... kat rumah sy ni sy ingat sape kasi, dengan sape yg beli...dengan sape sy tukar pokok...
takdelah nak menidakkan pokok tu dari polan bin polan cakap pokok beli kat pasar malam... hehehe

sy ingat kinta weed dr ang, orkid tulang tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2009 04:45 PM | Show all posts
salam semua..
bulan Rejab dah ke penghujungnya nie...bulan Ramadhan akan kembali menjelma ...so ingat2 lahhh diri kita di mana...

cikna quote dari blog somebody.. renung-renungkanlahhh..
mintak maaf..tumpang lalu ye... mungkin ada kaitan dgn masalah yang sering berlaku sekarang nie...

Sesungguhnya lidah itu merupakan nikmat yang amat berharga kerana itu kita hendaklah menjaga dengan sebaik-baiknya, jangan sampai disalahgunakan seperti membuat fitnah.

Namun dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia bukan sahaja menyebar fitnah menggunakan lisan, tetapi juga melalui kecanggihan teknologi maklumat, sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Tujuan kemudahan itu dicipta untuk memudahkan kita melihat, mendengar dan menyebarkan apa jua berita dan maklumat tentang keadaan yang berlaku di sekeliling kita, sama ada apa yang berlaku di dalam negeri mahupun di luar negeri. Oleh itu kita hendaklah menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut dengan baik dan bijaksana. Namun apa yang membimbangkan pada masa ini terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakannya untuk menyebarkan berita-berita yang tidak benar, khabar-khabar angin apatah lagi yang mengandungi unsur-unsur fitnah.

Kita perlu mengetahui bahawa fitnah itu adalah satu perkara yang buruk dan boleh menjejaskan maruah seseorang. Fitnah ialah tuduhan, khabar, kisah dan lain-lain yang diadakan atau dibuat-buat untuk memburukkan atau membencanakan seseorang dan memfitnah pula ialah membuat fitnah dan mengada-adakan sesuatu untuk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak yang dilakukan sama ada dengan perkataan atau tulisan atau isyarat dan gerak-geri dan sebagainya, sama ada perkara itu sememangnya suatu keaiban atau kekurangan mahupun bukan. Orang yang membuat fitnah itu dikatakan juga sebagai orang yang membawa mulut atau mengadu domba.

Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qalam ayat 10 - 11 tafsirnya:

"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan."

Diriwayatkan daripada Khuzaifah Radiallahuanhu, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya:

"Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Daripada dalil-dalil tersebut jelas menunjukkan bahawa fitnah itu adalah suatu perkara yang sangat dilarang dan perlu dijauhi. Oleh yang demikian, kita hendaklah memelihara diri dan keluarga kita dari perbuatan menabur fitnah. Maka apabila disampaikan kepada kita suatu berita yang memburuk-burukkan orang lain, maka kita hendaklah memelihara diri kita daripada mendengarnya dan menghebah-hebahkannya kepada orang lain.

Memang tidak dapat dinafikan dalam kehidupan kita berkeluarga, berjiran dan bermasyarakat, sememangnya kita tidak dapat mengelakkan diri dari mendengar berita-berita atau cerita-cerita yang diperbualkan ketika bertemu, sama ada ketika berada di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis kenduri atau di kedai-kedai kopi dan sebagainya. Dalam hal sedemikian, jika kita mendengar perbualan yang boleh mendatangkan dosa seperti cerita yang direka-reka, memburuk-burukkan orang lain, memfitnah dan sebagainya, maka kita hendaklah berusaha mengelakkan diri daripadanya, seperti tidak membenarkan atau mempercayai apa yang disampaikan itu, kerana orang yang membawa fitnah itu adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang fasiq dan berita yang dibawa oleh mereka itu tidak boleh dipercayai.

Ketahuilah bahawa tidak ada orang yang suka dirinya diperkatakan atau menjadi bahan cerita orang, apatah lagi cerita itu tidak berasas, tidak benar dan hanyalah fitnah semata-mata. Maka jika mendengar sesuatu cerita, berita atau khabar-khabar angin, yang mana cerita, berita atau khabar-khabar angin itu boleh menyebabkan hati orang yang dijadikan bahan cerita itu tidak tenteram, mencemar maruah dirinya dan sebagainya, maka hendaklah orang yang mendengar cerita, berita atau khabar-khabar angin itu tidak menceritakan atau memanjang-manjangkan lagi apa yang telah diceritakan kepadanya. Sebagaimana kita tidak suka diri kita diperkatakan orang, sepatutnya kita tidak juga memperkatakan tentang orang lain.

Jika difikirkan apakah kebaikan yang boleh diperolehi daripada perbuatan-perbuatan sedemikian? Ianya tidak lain hanyalah menggembirakan orang yang berhati busuk. Sedangkan sebenarnya mereka itu telah terpedaya oleh syaitan sehingga pandangan mereka menjadi kabur, lalu merasakan apa yang mereka lakukan seolah-olah tidak salah, tetapi sebenarnya adalah buruk dan berdosa besar. Perkara ini bukan sahaja dilarang oleh agama Islam, bahkan undang-undang dalam bernegara juga menegahnya dan boleh diambil tindakan, lebih-lebih lagi jika fitnah itu boleh menggugat keselamatan dan keharmonian dalam beragama, bermasyarakat dan bernegara. Begitu juga dengan perbuatan mereka-reka dan menyebar khabar angin, baik dilakukan secara individu atau kumpulan yang bertujuan untuk memfitnah atau mengaibkan maruah atau martabat mana-mana pihak.

Firman Allah Subahanhu Wata'ala dalam Surah Al- Baqarah ayat 191, tafsirnya:

"Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan."

sekian tazkirah hari ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 04:52 PM | Show all posts
471# nazurah

tak sangka gak ada org yg sanggup menipu camtu. kecianlah lah yg membeli tu. harga mahal tak berbalai ngan benda yg dibeli. kena bayar postage lagi.

miss setuju bila naz kata adakan guide line pada org yg jual. miss pernah beli benda selain dari pokok n kekadang miss ada gak terasa tak puas hati bila beli sesuatu benda dari someone than tak puas hati ngan rege yg kita dah bayar. mmg tak beli dah dr org tu tapi takdelah sampai nak hasut semua org. kira remind diri sendiri jek.

kalu barter trade tak terasa sgt coz kita tak kuarkan duit tuk beli maybe kuar duit tuk postage n ngan kerelaaan kita menukar benda yg kita ada ngan benda org lain ada



p/s miss tatau kisah yg diceritakan di atas or sangkut paud ngan citer tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 04:52 PM | Show all posts
salam,

semua warga HG,walaupun sy orang baru d sini.....banyak sy dapat info,kawan n lain2 pasal pokok2 nie....kalu tak nak ambik tahu tak leh jugak...sbb hari2 masuk forum nie...mcm jiran kita rumah kita bertekak, lintang pungkang takkan nak diam jer....at least tanya ler apa sebabnya...

Bg sy, kalu tak kena batang hidung tak tahu mcm maner rase kan......tapi advise sy sabor jer lah yer...nie dugaan semua....banyakkan berastagfar....yang baik wat teladan yg tak elok wat sempadan....kita redha jer....sy tak nak mengeruhkan keadaan....(Ya allah kita nie se sama ISLAM)

Ada hikmah....benda2 kena tipu nie kena redha...tawakal jerlah....yang Diatas sana melihat,mendengar.....keluhan.....korang semua...

Insa allah....benda baik ngan buruk YANG ESA TUE BOLEH BAYAR CASH BILA2 JER...

SABOR BANYAK2....MENGALAH TAK SEMESTI KITA KALAH...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 04:55 PM | Show all posts
475# nazurah


sy tak ingat sgt pokok apa yg sy bagi kat org...
pokok yg naz beri ada kat sy..rose kg tu hidup subur menyerikan pintu dapur sy. lily pun subur cuma x moh bunga lagi. dan orkid yg beli share dgn mya pon dah bnyk keiki tp kedekut bunga...heheheh....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 05:07 PM | Show all posts
mmiss, oh laki awak org sabah ya, harus lah awak pergi sabah, make sure luangkan masa pada hari ahad, supaya dpt berjalan jalan di Gaya Street. sana ada jual orchid jugak, murah juga tapi cattleya etc mahallah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.054499 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list