|
[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI
[Copy link]
|
|
yer..itu aku pon sangat setuju...patot dorang dlm kerajaan tu pk camne nak selesaikan masalah trafik ni...papepon, tram dah nak di bikin kan??maybe salah satu cara nak atasi.. |
|
|
|
|
|
|
|
selangor ,kl jem jugak dapat lak negeri maju..melaka sebab jem tak boleh pulak. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
aku asal selangor. baru pindah melaka dah 8 bulan.
klu nak dibandingkan selangor & melaka, mmg jauh beza la...
even byk perbezaan klu tgk kat kampung2 kat selangor & melaka ni |
|
|
|
|
|
|
|
perlukan melaysia atau melaka mendapat pengiktirafan negara maju....apa kelebihannya pd rakyat. tak berapa faham, harap beri penerangan kpd org kampung ni yeee |
|
|
|
|
|
|
|
IMHO, melaka perlu byk mende diperbaiki b4 diiktiraf negeri maju...
-check public transport & jalan raya (jam tu biasala, nak maju, kene hadapi jam laa)
-airport - ...AA lum ade kan...
-min payment gaji utk private co kat sini, beza sgt dgn tmpt lain like KL or Penang...(patut diupkan dulu)
err...tak larat le nak listkan..org melaka patut tau lebih ler... ..
another one is mentality...ni bukan kat melaka je...satu msia....
no point facilities maju, tp mentality tahap tu jugak..... |
|
|
|
|
|
|
|
aku asal selangor. baru pindah melaka dah 8 bulan.
klu nak dibandingkan selangor & melaka, mmg jauh beza la...
even byk perbezaan klu tgk kat kampung2 kat selangor & melaka ni
sajer Post at 29-3-2010 08:06
beza yang macam mana erk? |
|
|
|
|
|
|
|
perlukan melaysia atau melaka mendapat pengiktirafan negara maju....apa kelebihannya pd rakyat. tak berapa faham, harap beri penerangan kpd org kampung ni yeee
orangxkenal Post at 29-3-2010 08:52
ntah ler..tak tau la plak knp perlu ada pengiktirafan camtuh...takde beza pon kan???xde effect papepong...paling penting..facilities kene upgrade...baru menyenangkan rakyat....bagi aku laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Darthjal at 29-3-2010 18:17
pengitirafan tu baguih untuk FDI dan pelabor,
mcm UNESCO utk pelancongan,
maksudnyer,x mcm selangor punyer negeri maju yg shiok sendiri, mengunakan indikator pastu resultnyer, selangor lagi bersih rasuah dan lagi cekap dr kerajaan switzerland (ranking top 5 dlm dunia tu) dan uni kt selangor lagi elok dr kat singapore(NUS top 10,aper uni kt selangor lagi hebat dari tu) ..melaka gunakan kaedah sama yg korea dulu gunakan utk bencmarking samada dah maju ker belum..
melaka punyer status sekarang duduk kat purata markah2 negara2 OECD, dr yg middle income mcm mexico, turkey ker high income mcm UK,US,german,korea,jepon.
indikator tu ader kat sini
http://www.emelaka.gov.my/melaka ... %20melaka%20maju%20(2009).pdf
dier xder kener mengena pon dengan infrastruktur, sekadar physical development mcm jalan 2-3 tinggat,mega airport atau lrt tak kira..sebaliknyer focus terdahap human development index, peningkatan taraf hidup rakyat.
mcm inflasi,kurang crime,jumlah % doktor,bekalan air,elektrik,internet,GDP, pendapatan rakyat,life expentecy,tingkatkan jumlah wanita dlm pengurusan swasta dan kerajaan, CO2 production,struktur ekonomi,rasuah,unemployment rate, poverty,kecekapan kerajaan,jumlah k-ekonomi worker..jumlah rakyat yg ader post degree,% hutan simpan,risiko kepupusan species, dan paling penting giny coeeficient( beza antara simiskin dan sikaya)..
so kalau diiktiraf meksudnyer tahap keselesaan hidup kiter dah sama mcm OECD punyer country, high medium income country ler mcm tu..
perlu diingatkan mexico(negara paling bawah dlm OECD punyer status sama mcm malaysia sebagai medium income country.
tapi banyak lagi tak achieve, tapi dah lebih 60% so kira bolehler dapat pengiktirafan, lulus cukup cukup makan...
tapi sebab ikut korea punyer benchmarking, tu sebab DAP boleh ketawakan selangor punyer status,sedangkan penang ngan melaka punyer diorang x cakap aper aper... |
|
|
|
|
|
|
|
selangor ,kl jem jugak dapat lak negeri maju..melaka sebab jem tak boleh pulak. hehehe
hana82 Post at 28-3-2010 21:54
tentu ader sebabnye...
tok ali... tlg jwb.. |
|
|
|
|
|
|
|
12# Darthjal
oowhh..melaka lagi maju dr selangor...
baru tau... |
|
|
|
|
|
|
|
14# sajer
selangor lagi maju dari singapore aper
ikut kira kira pak khir tempe le |
|
|
|
|
|
|
|
Zon larangan merokok ditambah
LANGKAH penguatkuasaan amat perlu bagi memastikan rakyat mematuhi larangan merokok di zon yang ditetapkan.
MELAKA - Lebih banyak kawasan larangan merokok akan diwartakan berikutan peningkatan serius tabiat merokok di kalangan golongan muda terutama wanita.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, peningkatan yang membimbangkan itu diperoleh daripada kajian tabiat merokok di kalangan golongan muda yang dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia dengan keputusan terperinci akan diumumkan sebelum akhir bulan ini."Peningkatan memang serius kerana ada yang beranggapan menghisap rokok boleh kuruskan badan terutama dalam kalangan wanita. Itu anggapan yang silap, itu helah untuk tarik orang muda merokok," katanya kepada pemberita di sini semalam.
KOSMO ONLINE
#satu langkah yang bagus..tp....dah tau merokok tu tak bagus..n macam2 kempen ko buat sekali pon...hujung tahun..kerajaan trima gak duit cukai dari company2 pembuat rokok ni..masyuuuuukkk beb...kempen tu cuma wat syarat je.. |
|
|
|
|
|
|
|
alamak..aku rasa cam salah bod je nih..huhuhu mod..alihkan ke isu semasa la ye... |
|
|
|
|
|
|
|
[PERBINCANGAN] KERATAN AKHBAR TENTANG MELAKA TEPEK2 LA KAT SINI
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-3-2012 23:26
Pesta Gendang Nusantara di Melaka esok
MELAKA 12 April - Pesta Gendang Nusantara yang disertai 26 pasukan gendang dari dalam dan luar negara akan berlangsung di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini mulai esok.
Datuk Bandar MBMB Datuk Yusof Jantan berkata acara itu merupakan antara program yang dianjurkan bagi memeriahkan sambutan ulang tahun ke-7 MBMB pada 15 April ini.
Orang ramai akan berpeluang melihat kehebatan persembahan muzik dan tarian daripada kumpulan berkenaan membabitkan lebih 1,300 peserta pada pesta selama dua hari itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kumpulan terbabit terdiri daripada tujuh kumpulan tempatan, 11 kumpulan dari Nusantara manakala baki kumpulan adalah antaranya dari Sri Lanka, Filipina, Korea Selatan, Uzbekistan, India dan China, katanya.
Beliau berkata, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dijadual melancarkan sambutan ulang tahun itu malam 14 April.
KREDIT TUK : UTUSAN
JOM KONGSI INFO PASAL MELAKA...
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha........lawak la ko |
|
|
|
|
|
|
|
MELAKA: “Ketika van yang kami naiki terbalik beberapa kali, tiada perkara lain bermain di fikiran saya kecuali berdepan dengan maut kerana keadaan pada masa itu begitu menakutkan,” kata seorang peniaga pasar malam apabila kenderaan dinaikinya terbalik enam kali dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Bertam Hulu-Sungai Udang, di sini, petang kelmarin.
TERKEJUT...Along (tiga dari kiri) cuba ditenangkan orang ramai yang melihat kejadian, petang semalam.
TERKEJUT...Along (tiga dari kiri) cuba ditenangkan orang ramai yang melihat kejadian, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, van berkenaan yang dinaiki tiga remaja lelaki dikatakan terbalik semasa mengelak sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Avanza dipandu seorang lelaki yang didakwa memasuki laluan bertentangan secara tiba-tiba.
Pemandu van terbabit yang mahu dikenali sebagai Zulkifli, 21, berkata dia bersama rakannya, Along, 20, dan Aizuddin, 16, dalam perjalanan dari Kampung Tengah, Bukit Rambai menuju ke pekan Masjid Tanah untuk berniaga pakaian bundle di tapak pasar malam.
Menurutnya, sebaik tiba di kawasan kejadian, dia ternampak sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan melulu sebelum memasuki laluan mereka menyebabkannya cuba mengelak dengan memaut stereng ke kiri, bagaimanapun van berkenaan yang sarat dengan muatan terbalik.
“Saya memandu van baru dibeli sejak sebulan lalu dalam kelajuan minimum kerana dalamnya penuh dengan barangan termasuk khemah untuk perniagaan pasar malam menyebabkansukar untuk mengelak kenderaan datang dari arah hadapan.
“Ketika itu saya cuba memaut stereng ke kiri jalan untuk mengelak dirempuh kenderaan terbabit, tetapi disebabkan muatan yang sarat, saya tidak berbuat apa-apa sebelum van yang saya pandu melambung dan terbalik enam kali sebelum tersadai di tepi tebing.
“Saya tidak dapat membayangkan bagaimana kejadian ini boleh berlaku, padahal saya memandu van agak perlahan dan kami sudah nampak kenderaan terbabit melulu dari hadapan, tetapi syukur kerana nasib menyebelahi kami, kalau tidak tak tahulah nasib kami macam mana,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya, pada masa sama, dia dan rakan turut panik kerana kejadian berlaku terlalu pantas, tetapi bersyukur kepada Tuhan kerana hanya mengalami cedera ringan.
“Van yang kami naiki rosak teruk, tetapi kenderaan lelaki terbabit hanya rosak sedikit saja,” katanya.
Along berkata, dia menyifatkan kejadian berkenaan seperti dalam filem aksi kerana kenderaan mereka terbalik sebanyak enam kali sebelum bahagian depan menghadap ke arah Bertam Hulu dalam keadaan mengiring.
“Rasa macam tidak percaya, macam bermimpi pun ada kerana kejadian ini membuatkan saya dan rakan termenung seketika kerana tidak menyangka boleh berlaku kepada kami bertiga seolah-olah insiden yang berlaku seperti babak aksi dalam filem James Bond.
“Selepas kemalangan berlaku, saya dan rakan segera mendapatkan pemandu kenderaan Toyota Avanza berkenaan, tetapi dia memberi pelbagai alasan menyebabkan kami membuat laporan polis berhubung kemalangan ini,” katanya.
kat melaka ni biasanya org langgar lampu merah atau belok kiri untuk lepas traffic light....so hati2 semasa melalui trafficlight kat bandar melaka.......... |
|
|
|
|
|
|
|
depan opis aku pun dah jadi kawasan larangan merokok.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|