beskotmarrie posted on 4-3-2013 03:37 PM
klu btl2 nk putuskn saka ni kene brmula dr mrtua ko coz die pemegang kontrak prjnjian dgn setan tu.. ...
Memang betul makhluk halus ini muncul dalam diri emak mertua. Saya sendiri telah menyaksinya dengan mata sendiri. Anak-anaknya apabila melihat ada sesuatu yang menghadirkan diri dalam emak mereka semuanya sudah menerimanya sebagai satu perkara biasa dan memanggilnya 'tuk' bukan 'mak'.
Emak mertua dulu kematian suami semasa dia berumur lebih kurang 30 tahun pada 1971 atau 1972. Suaminya ketika itu masih berkhidmat sebagai seorang guru dan berumur lewat 30an. Mengikut cerita isteri, arwah bapanya meninggal kerana buatan orang dan emak mertua dalam usaha merawat suaminya pernah dikehendaki membuang satu bungkusan di satu persimpangan pada tengah malam .
Isteri yang merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik beradik baru berumur 6 tahun waktu bapamereka meninggal. Adik bongsu (perempuan) isteri pula baru berusia beberapa bulan manakala kakak sulong (perempuan) berumur 10 tahun. Walaupun tidak bekerja, masih muda dan mempunyai ramai anak yang kecil, emak mertua tidak berkahwin semula selepas kematian suaminya. Antara adik beradik isteri yang terdiri daripada 4 perempuan dan 2 lelaki, isterilah yang paling rapat dengan emaknya.
Last edited by siva_nes1 on 4-3-2013 05:06 PM
|