|
Originally posted by iscol_klang at 2004-9-8 12:48 AM:
aku agak pelik komen a.wahab ni esp. part dia kritik setting istana,pasar,istana majapahit tu sumer...aku rasa dah cukup bagus dah....dia penah tengok ke istana melaka,pasar melaka,istana majapah ...
SAKARSTIK sgt ke komen si Abd Wahab tu?
sape ade artikel blh tlg paste tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Iscol.. thats why le bery ckp komen AWA tu mcm komen Jinakji tu.. heheh, ke Jinakji tu AWA. Then, part yg HT frust sampai menonggeng tu tu lebih kurang sama.
Thelauncher.. ehehehe... sama aaa kita. Awat yekk cume a few of us yg mcm terkena karisma AAR tu.. bery pun nak tgk sekali lagik. Jom kita buat tgk PGL re-visit.. heheheh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kritikan membina mmg elok. Mcm sape ckp klu 16M tu dpt kat Erma masa dia buat Embun tu sure lebih hebat. Well, bery tak nafikan Embun mmg hebat, takyah ada 16M. Bery pun tgk filem tu awal2 lagi kat TGV. Sampai now bery leh tgk Embun over and over again. (siap pnh bergaduh ngan one of my fren yg expert bab filem coz dia pertikaikan kehebatan Embun). Lagipun storyline Embun lagi complicated.
Tp, kdg2 org melayu nie tau nak mengutuk jek.. Ada org nak naik ke atas, tp yg lain sume tarik balik bagi jatuh. Well, shouldnt we proud of our products. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Strawberry at 8-9-2004 09:25 AM:
Iscol.. thats why le bery ckp komen AWA tu mcm komen Jinakji tu.. heheh, ke Jinakji tu AWA. Then, part yg HT frust sampai menonggeng tu tu lebih kurang sama.
Thelauncher.. ehehehe... sama aaa k ...
isk idok ler nama aku ni Abdul Wahad.... maybe sbb apa benda yg kita nampak, benda tu ler jugak yg cik wahab ni nampak dlm PGL...
& then bab istana, pasar, jambatan maybe dia tengok part yg aku tengok.. sbb kalu kita baca Sejarah Melayu or Hikayat Hang Tuah... Melaka adalah satu kota pelabuhan yg besar but dlm filem tu ada gerai kecik 2-3 buah jer... & antara mercutanda terpenting melaka pada masa tu ialah jambatan melaka but dlm filem tu titi kecik jer & bab istana tu maybe dia maksudkan kurang kesenian melayu cam kerawang, awan larat dll ... but bagi aku that one acceptable la.. takkan nak detail sgt kut... |
|
|
|
|
|
|
|
Utusan Malaysia 7/9/04
Menghasilkan sebuah epik
Filem : Puteri Gunung Ledang
Arahan : Saw Teong Hin
Lakon layar : Mamat Khalid & Saw Teong Hin
Pelakon : Tiara Jacquelina, M. Nasir, Adlin Aman, Ramlie, Khir Rahman, Christine Hakim, Alex Komang, Slamet Raharjo, Rahim Razali, dll.
Puteri Gunung Ledang (PGL) telah dipromosi dan dipublisitikan secara besar-besaran. Dari aspek pemasaran ia adalah pendekatan yang baik disebabkan pemasaran filem hari ini penuh persaingan. Maka filem perlu membuat promosi besar, supaya keriuhannya dapat mengingatkan dan menyedarkan khalayak tentang kehadirannya.
Bagaimana pun di sebalik publisiti dan promosi besar, sebuah filem akhirnya akan tetap dinilai sebagai sebuah filem. Ia akan dinilai dari aspek ceritanya, lakonan, arahan dan produksinya. Apakah jangkaan khalayak mampu disampaikan oleh filem tersebut? Bagi PGL harapan tersebut bukan sahaja disebabkan oleh promosi besar-besaran, kos pembikinan yang terbesar dalam sejarah filem tempatan (setakat ini), tetapi ia juga kerana filem ini berdasarkan mitos yang sememangnya sudah popular di kalangan rakyat negara ini. Mitos yang diagungkan mempunyai kesan tersendiri bagi sesebuah filem. Dari satu aspek ia mempermudah penggarapan cerita kerana ia sudah diketahui khalayak, tetapi dari aspek lain ia merupakan cabaran yang lebih sukar kerana khalayak juga perlu diyakinkan dengan pendekatan yang diambil oleh filem tersebut.
Pada dasarnya PGL juga bukanlah sebuah filem sejarah. Filem ini hanya mengambil sedikit latar sejarah yang berkaitan dan selebihnya adalah tafsiran bebas daripada sebuah mitos yang sudah sedia popular. Ia pendekatan yang betul dan seharusnya menarik. Sebagai sebuah tafsiran bebas maka filem ini perlu membina plot dan struktur dramatik yang kuat dan meyakinkan. Filem ini perlu memberi keyakinan dan kekuatan pada hubungan kasih antara Gusti Puteri Retno Dumilah, Puteri Majapahit dari tanah Jawa yang kemudian dikenal sebagai Puteri Gunung Ledang (lakonan Tiara Jacquelina) dengan Hang Tuah (lakonan M. Nasir) laksamana Melaka yang terkenal gagah dan bijaksana. Biarpun tidak pernah tercatat dalam Hikayat Hang Tuah, tetapi filem ini cuba menceritakan peristiwa yang membawa Gusti Puteri Retno Dumilah menetap di puncak Gunung Ledang lalu kemudian digelar sebagai Puteri Gunung Ledang adalah kerana janji kasih antara Hang Tuah dengan dia. Hubungan kasih antara Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang itu boleh sahaja diadakan kerana filem ini merupakan sebuah tafsiran bebas daripada sebuah mitos. Maka, yang hendak dilihat bentuk dan kekuatan hubungan tersebut. Dan filem ini juga perlu memperlihatkan karisma Hang Tuah di Tanah Jawa yang membawa kepada sang Puteri Majapahit itu jatuh cinta hingga sanggup meredah laut dan belantara untuk tinggal di puncak Gunung Ledang supaya Hang Tuah dapat menemuinya. Penulis harus mengambil kira kebesaran kerajaan Majapahit dan kedudukan puteri Gusti sebelum dengan mudah memutuskannya untuk meletakkan puteri itu di puncak Gunung Ledang dan kemudian pengasuhnya, Bayan (Christine Hakim) dengan yakin meninggalkan puteri itu sendirian di puncak gunung.
Sebagai sebuah filem epik, PGL perlu mempunyai adegan-adegan yang mampu menonjolkan unsur-unsur kekaguman atau spektakular. Adegan tentera Demak harus tampil dengan kekuatan dan bala tentera yang hebat. Tetapi gambaran yang diberikan adalah mengecewakan dan lebih malang mereka diberikan imej dan kostum yang mengelirukan. Untuk tujuan apa mereka datang menyerang, membakar dan memusnahkan kampung? Tidak jelas. Di mana pula kedudukan tentera Majapahit ketika itu? Di mana adegan peperangan yang mampu menunjukkan kehebatan kedua-dua kerajaan ini? PGL meletakkan adegan pertempuran antara Hang Tuah dengan Gusti Adipati Handaya Ningrat (Alex Komang) yang kecewa kerana adiknya memilih Hang Tuah sebagai klimaks filem ini. Kegagahan dan kesaktian sama-sama bertarung dalam adegan ini. Dari daratan hingga ke tengah tasik pertarungan itu berlaku dalam adegan yang akan mengingatkan penonton dengan adegan pertarungan dalam filem Hero arahan Zhang Yimou. Sekali lagi peniruan shot barangkali bukan satu kesalahan dalam filem kerana pengarah dikatakan saling dipengaruhi. Tetapi peniruan harus dilakukan dengan lebih baik dan kreatif juga. Filem Matrix juga telah meniru adegan terbang pahlawan filem China yang menggunakan kabel, tetapi mereka memajukan lagi teknik tersebut secara CGI, hasilnya ia begitu mengkagumkan. Malangnya adegan pertempuran yang dibuat dalam PGL ini kelihatan begitu amatur dengan kualiti imej yang rendah.
Arahan fotografi sebuah filem yang membawakan sebuah kisah cinta yang agong seharusnya membawakan kesan emosi yang menyeluruh. Adegan-adegan intim antara Hang Tuah dan Sang Puteri perlu dilakukan dengan penuh bermakna dengan fotografi yang penuh emosi. Lihat adegan mereka menari di balik tirai kain, yang bukan sahaja tidak artistik tetapi tidak mempunyai emosi. Lihat juga adegan Hang Tuah bertemu Sang Puteri di puncak Gunung Ledang dilakukan dengan sapaan dialog yang mudah. Jika benar mereka mempunyai hubungan kasih yang sungguh kuat, maka adegan ini memerlukan seluruh alam dan Gunung Ledang untuk memberikan maknanya. Barangkali dialog sudah tidak perlu. Ia tidak cukup dengan memberikan shot 360 darjah. Secara mudah alam perlu dibentuk perwatakannya untuk menyampaikan makna.
Biarpun filem ini merupakan tafsiran bebas, ia tidak bermakna seluruhnya ia terlepas daripada persepsi yang sudah sekian lama kekal dalam psikik masyarakat tempatan. Hang Tuah memang wajar kecewa, tetapi kecewa Hang Tuah adalah kecewa yang hebat dan terhormat. Dan sekali lagi biar alam turut sama merasainya. Adegan yang seharusnya penuh emosi apabila Hang Tuah yang kecewa berlari di pantai berlumpur, menjerit dan kemudian terdampar di pantai menjadi kering dan tidak bermaya. Kemudian dalam shot yang lain, Hang Tuah dengan mudah dipujuk oleh Bendahara (Datuk Rahim Razali) daripada kekecewaannya itu. Selepas itu dia berlari semula untuk bertemu Sang Puteri di puncak Gunung Ledang. Hang Tuah menjadi watak yang patetik dalam filem ini. Dia bersendirian tanpa teman-temannya yang setia. Kenapa watak-watak mereka dihilangkan?
PGL seharusnya menjadi sebuah produksi yang gemilang. Dasar ceritanya sudah kuat. Unsur mitos dan tafsiran bebas yang diberikan seharusnya memperkuatkan lagi filem ini, seandainya olahan naratifnya lebih teliti, binaan watak-wataknya meyakinkan dan struktur dramatiknya diberi perhatian . Sayangnya bukan sahaja naratifnya lemah tetapi juga rekaan produksinya juga lemah. Lihat sahaja setting pasar (bukan pelabuhan Melaka), setting istana Melaka, latar hiasan istana dan rekaan hiasan tempat Sultan bertakhta. Ke mana perginya kerja seni pertukangan Melayu yang hebat itu? Begitu juga keadaan istana kerajaan Majapahit, hiasannya jelas mengabaikan realiti zaman. Saw Teong Hin sebagai pengarah bukan sahaja bertanggungjawab menghasilkan sebuah cerita dengan kekuatannya tetapi dia boleh sahaja memperbesarkannya, malah dengan fotografinya mengeksploit keindahan alam secara luar biasa untuk memperkuatkan epiknya.
PGL adalah sebuah produksi dengan keazaman yang tinggi. Keriuhan daripada promosi yang besar membawa harapan yang juga besar terhadap filem ini. Bagaimanapun di sebalik semua itu sebuah filem akhirnya perlu berdiri sendiri dengan kekuatannya sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eyka at 7-9-2004 16:19:
c-mei,
ko selak2 tak kat forum cari yg bhs cina tu.. kat threat PGL..
aku paling kelakor bila ada siap tulis dialog "tuanku ni gambar zaizai.. kalau tuanku boleh bertukar jadi rupa ...
:bgrin:
Memang kelakar tu... kalau Sultan muka macam zai zai , Sultan tak payah meminang... aku sendiri yang datang terbang kat dia... hi..hi...hi...
zai-zai > adalah Hua Zu Lei dalam Meteor Garden |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Strawberry at 2004-9-8 09:25 AM:
Iscol.. thats why le bery ckp komen AWA tu mcm komen Jinakji tu.. heheh, ke Jinakji tu AWA. Then, part yg HT frust sampai menonggeng tu tu lebih kurang sama.
Thelauncher.. ehehehe... sama aaa k ...
jom..jom..
anytime buleh
sanggup berabis nak tgk lagi
vcd sure lambat lagi kuar |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru je tgk PGL malam tadi....
aku cuma boleh bagi 3 bintang jek...
dan..aku almost terlelap dua kali sepanjang tgk cite tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by no_fear at 2004-9-8 01:41 PM:
aku baru je tgk PGL malam tadi....
aku cuma boleh bagi 3 bintang jek...
dan..aku almost terlelap dua kali sepanjang tgk cite tu...
:geram::geram::geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thelauncher at 8-9-2004 02:07 PM:
:geram::geram::geram:
pada haku ler..
sebab2 aku tak bekenanpendapat aku yg tatau sgt pasal filem ler)
1~hero-heroin tua...tak besh
2~kostum tak menarik esp. hang tuah
3~watak sultan melaka takde karakter..tak macam watak raja majapahit
4~kesultanan melaka nampak rapuh dan bangang jek...ni macam cite pasal kesultanan majapahit la pulak..
dan beberapa benda lg yg aku dah tak ingat..
i expect more from the 20million movie like PGL... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eyka at 7-9-2004 04:19 PM:
c-mei,
ko selak2 tak kat forum cari yg bhs cina tu.. kat threat PGL..
aku paling kelakor bila ada siap tulis dialog "tuanku ni gambar zaizai.. kalau tuanku boleh bertukar jadi rupa ...
:..yer ker...:lol...nanti aku try selak lah forum bhs cina tue...kalau tuanku tue mcm zai zai...dier jahat pun aku nampak tak jahat... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Strawberry at 2004-9-8 09:29 AM:
Tp, kdg2 org melayu nie tau nak mengutuk jek.. Ada org nak naik ke atas, tp yg lain sume tarik balik bagi jatuh. Well, shouldnt we proud of our products.
...
:setuju::setuju::setuju:
akupun tak kisah kalau kritikan tu membina...
:love:aku nak pegi lagi tgk PGL ni... sapa nak ikut?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thelauncher at 8-9-2004 12:55 PM:
jom..jom..
anytime buleh
sanggup berabis nak tgk lagi
vcd sure lambat lagi kuar
kalu aku dekat nak ajer aku join korang tengok skali lagi... walaupun ada kelemahan still aku nak tengok lagi sbb citer2 sejarah cam PGL, Troy, Musa, Bang Rajan, Braveheart mmg feberet aku...nampak gayanya tengok sorang2 lagi ler...
[ Last edited by jinakji on 8-9-2004 at 02:52 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jinakji at 2004-9-8 02:50 PM:
kalu aku dekat nak ajer aku join korang tengok skali lagi... walaupun ada kelemahan still aku nak tengok lagi sbb citer2 sejarah cam PGL, Troy, Musa, Bang Rajan, Braveheart mmg feberet aku...na ...
ko kat mane tu jinakji??
bunyi mcm jauh bebenor...
jomla eyka kita tgk lg sekali
ke...ko pon dok jauh gak??
[ Last edited by thelauncher on 8-9-2004 at 03:44 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GAIA at 3-9-2004 08:22 PM:
tengok muka ala2 cam shahrudin thamby....aku pun perasan dia dlm trailer awal2 tuh...dan aku ingatkan memang dia ada dlm tuh....tengok2 takder...dahlah masa Premier tuh dia berdiri sebelah aku jer. ...
memang sah Shaharuddin Thamby telah berlakon sebagai Hang Jebat dalam PGL. tapi scene Jebat telah dipotong utk tayangan di Malaysia. masuk URL di bawah utk senarai pelakon PGL versi tayangan di Venice. nama Hang Jebat dalam senarai watak ialah selepas Bendahara, kira penting juga la...
http://www.cinematografo.it/bdcm/bancadati_scheda.asp?sch=43992 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by khys at 2004-9-8 03:48 PM:
memang sah Shaharuddin Thamby telah berlakon sebagai Hang Jebat dalam PGL. tapi scene Jebat telah dipotong utk tayangan di Malaysia. masuk URL di bawah utk senarai pelakon PGL ver ...
:
kenape scene hang jebat tak ditayang kan di mesia??
adakah kerana sh tambi telah breech(betul ke aku eja) the contract??
wallahhualam.... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa dipotong scene hang jebat?
patutla aku rasa kekurangan......
kalau ikut, citer ni yg uncut, mau 3 jam la kot... |
|
|
|
|
|
|
|
yeke? ikshhh awatnya? Patutlaa mcm penah baca Shahrudin tambi tu blakon PGL.
bila nak pegi tgk lagi.. nak bergather-gather ke? (thelauncher and I bleh usha AAR) heheh.
Jinakji kat mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thelauncher at 2004-9-8 03:39 PM:
ko kat mane tu jinakji??
bunyi mcm jauh bebenor...
jomla eyka kita tgk lg sekali
ke...ko pon dok jauh gak??
[ Last edited by thelauncher on 8-9-2004 at 03:44 PM ]
jauh tu kat mane?? aku kalau tgk kat klcc je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|