CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amandaminaj96

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 34

 Close [Copy link]
Post time 28-3-2021 02:39 PM | Show all posts

JJCM...tu yg nyinggah beli, kome
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2021 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 28-3-2021 02:39 PM
JJCM...tu yg nyinggah beli, kome

Kume gashe nk order musang king lagi le...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 02:41 PM | Show all posts
kuihbakar replied at 28-3-2021 01:38 PM
Ni je mampu. Huhu. Laparrrr

Ni tadi singgah petrol station...borong kerepek...suke...stok kerepek dah habis...sedap semua kerepek yg salted egg- pisang, tepung, ubi dan seaweed...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 02:42 PM | Show all posts
noor2 replied at 28-3-2021 01:41 PM
Kume gashe nk order musang king lagi le...

Tu le...musim doyan...byk yg juei tepi jln td...esok kot nak melantak doyan gak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 02:43 PM | Show all posts

Hokey
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts

1.3.2021  = 1828 kes
2.3.2021  = 1555 kes
3.3.2021  = 1745 kes
4.3.2021  = 2063 kes

FASA 14
PKPB -   4 Negeri
PKPP - 10 Negeri
(5.3.2021 - 18.3.2021)

5.3.2021  = 2154 kes
6.3.2021  = 1680 kes
7.3.2021  = 1683 kes
8.3.2021  = 1529 kes
9.3.2021  = 1280 kes
10.3.2021= 1448 kes
11.3.2021= 1647 kes
12.3.2021= 1575 kes
13.3.2021= 1470 kes
14.3.2021= 1354 kes
15.3.2021= 1208 kes
16.3.2021= 1063 kes
17.3.2021= 1219 kes
18.3.2021= 1213 kes

FASA 15
PKPP
19.3.2021= 1576 kes
20.3.2021= 1671 kes
21.3.2021= 1327 kes
22.3.2021= 1116 kes
23.3.2021= 1384 kes
24.3.2021= 1268 kes
25.3.2021= 1360 kes
26.3.2021= 1275 kes
27.3.2021= 1190 kes
28.3.2021= 1302 kes

Moga kita dilindungi Allah daripada wabak Covid-19.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2021 05:42 PM | Show all posts
noor2 replied at 28-3-2021 01:41 PM
Kume gashe nk order musang king lagi le...

Status Terkini #COVID19, 28 Mac 2021

Kes sembuh= 1,127
Jumlah kes sembuh=326,309
Kes baharu positif=1,302 (1,293 tempatan, 9 import)
Jumlah positif=341,944
Kes kematian=4
Jumlah kes kematian=1,255
Kes dirawat di ICU=169
Bantuan Alat Pernafasan=76
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 05:43 PM | Show all posts
1,302 kes baharu dicatatkan hari ini
28 Mar 2021


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad melaporkan 1,302 kes baharu positif Covid-19 di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 341,944.

Sarawak kes tertinggi 426, Selangor 256 dan Pulau Pinang 212.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2021 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 28-3-2021 02:38 PM
Ni je mampu. Huhu. Laparrrr

hi kaben... so how is everything? Still kat kl ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 07:03 PM | Show all posts
Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 426 kes (32.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 328 kes (77.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 256 kes (19.7 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 212 kes (16.3 peratus).
Sebanyak 283 kes (21.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Semuja (191 kes), Kluster Pagar Bukit Chagar (52 kes), Kluster DTI Juru (35 kes), Kluster Telok Mas (2 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), Kluster Tembok Taiping (1 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes iaitu dua (2) kes di Sarawak dan masing-masing satu (1) kes di Selangor dan Kedah. Kesemua kes merupakan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 28 Mac 2021:
  • Jumlah kluster : 1,347 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 966 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Desa Tropika, Kluster Jalan Selisik, Kluster Kejatau, Kluster Jalan Kepong, Kluster Jan Yong, Kluster Seruas, Kluster Jalan By Pass, Kluster Ladang Desa Jerocco, Kluster Jalan Seputeh, Kluster Jalan Raja, Kluster Menara Sri, Kluster Rakut, Kluster Tapak Bina Jalan Sultan, dan Kluster Jalan Jinjang);
  • Jumlah kluster aktif : 381 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 60 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Depot Imigresen Semuja (191 kes), Kluster Pagar Bukit Chagar (52 kes), dan Kluster Teknologi Bukit Minyak (45 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan masing-masing satu (1) kluster tempat kerja, komuniti, dan pusat tahanan.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Ladang Sungai PelekSelangorTempat Kerja
2PatekKelantanKomuniti
3Pagar Bukit ChagarJohorPusat Tahanan
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
28 Mac 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 28 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR256114,797
SABAH3854,623
JOHOR176 (1)40,902
WP KUALA LUMPUR58 (8)37,668
NEGERI SEMBILAN917,179
SARAWAK42615,869
PULAU PINANG21215,511
PERAK2312,886
KEDAH238,344
MELAKA56,487
KELANTAN  346,100
PAHANG324,209
TERENGGANU23,585
WP LABUAN62,318
WP PUTRAJAYA21,138
PERLIS0328
JUMLAH KESELURUHAN1,302 (9)341,944
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 1,302 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 28 Mac 2021 adalah seperti berikut:
  • Sarawak: 426 kes
    • 224 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 105 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 97 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 256 kes
    • 32 kes daripada kluster-kluster; termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ladang Sungai Pelek;
    • 178 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 46 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 212 kes
    • 128 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 45 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 176 kes
    • 97 kes daripada kluster-kluster, termasuk 52 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pagar Bukit Chagar;
    • 50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 58 kes
    • 12 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lapan (8) kes import dari luar negara; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 38 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 34 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster, termasuk 6 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Patek;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 7 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 32 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 23 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 23 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: Sembilan (9) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Lima (5) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Dua (2) kes
  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan empat (4) kes kematian pada 28 Mac 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1252305616SarawakLelaki (WN)77Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1253322496SelangorPerempuan (WN)73Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit darah tinggi, jantung, dan kanser
1254324886KedahLelaki (WN)67Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1255331483SarawakLelaki (WN)63Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan kanser
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
KLUSTER LADANG SUNGAI PELEK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-328801) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang yang terletak di Sungai Pelek, Sepang. Sehingga 28 Mac 2021, sejumlah 182 individu telah disaring, di mana 32 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PATEK
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 326000) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Patek, Kota Bharu. Sehingga 28 Mac 2021, sejumlah 331 individu telah disaring, di mana 63 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PAGAR BUKIT CHAGAR
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan bersasar ke atas tahanan-tahanan dan kakitangan sebuah pusat tahanan yang terletak di  Bukit Chagar, Johor Bahru. Sehingga 28 Mac 2021, sejumlah 174 individu telah disaring, di mana 52 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 28-3-2021 06:21 PM
hi kaben... so how is everything? Still kat kl ke

Kaben sampai KB dah malam tadi Alhamdulillah. Rumah tu ada hamba Allah dah volunteer nak uruskan . Alhamdulillah. Bekas penyewa tu kaben bagi sampai bulan depan untuk selesaikan bil tertunggak
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 24-3-2021 02:15 PM
Ni @kuihbakar ngajo...kita semua bersaka2 bab mkn ni...

Hahaha.  Malam ni sempat dinner lemang To'ki. Feeling raya gitu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 07:32 AM | Show all posts
kuihbakar replied at 28-3-2021 07:00 PM
Hahaha.  Malam ni sempat dinner lemang To'ki. Feeling raya gitu

merasa le raya, kome...pagi sarap pe?





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 07:33 AM | Show all posts
noor2 replied at 28-3-2021 01:41 PM
Kume gashe nk order musang king lagi le...

Kome dah order ke?




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 07:34 AM | Show all posts

Manic Monday



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 07:36 AM | Show all posts

So apa cer? cer citer...cer citer?




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2021 07:38 AM | Show all posts

Zamani & nephew ZynnAkal menang Famili Duo...sedih nonton lag Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta...banyak best2 mlm tadi...mostlysemua 5 Bintang dan Standing Ovation
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 29-3-2021 07:32 AM
merasa le raya, kome...pagi sarap pe?

Keke. Abis dah ke kenduri semalam? Arini minum kopi kosong sahaja . Suami dan anak2 puasa arini. Hajat nak masak nasi daging hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 29-3-2021 07:32 AM
merasa le raya, kome...pagi sarap pe?

Keke. Abis dah ke kenduri semalam? Arini minum kopi kosong sahaja . Suami dan anak2 puasa arini. Hajat nak masak nasi daging hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 07:47 AM | Show all posts
kuihbakar replied at 29-3-2021 06:46 AM
Keke. Abis dah ke kenduri semalam? Arini minum kopi kosong sahaja . Suami dan anak2 puasa arini. H ...

Sedap tu...saya cadang nak masak sotong2...kale balik nanti...ni makan karipap & ayam goreng...
Cuaca elok ke?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 1.272669 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list