CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: deaf4ever

- B E R I TA _ H A R I _ I N I ( 2 0 0 4 )

 Close [Copy link]
Post time 27-12-2004 12:52 AM | Show all posts
tadi tengok berita tgh malam kat tv1.. seram ah tengok kesan pukulan ombak tadi.. ada mayat budak perempuan terdampar tepi pantai.. kesian seh.. tengah hepi ajal datang.. ada baby terlepas dari dakapan mak dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2004 01:23 AM | Show all posts


Dec. 26: A view of the Marina Beach littered with debris after tidal waves hit the coast in Madras, India.




Dec. 26: A man walks through debris caused by the tidal wave that hit Kata beach in Phuket, Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2004 01:27 AM | Show all posts


Two fishing boats washed ashore at the Jalan Tanjung Tokong by a tidal waves which hit coastal areas of Penang.--





An Indian Coast Guard helicopter lifts the body of a victim who was killed by tidal waves at the Marina Beach in Madras, in the southern Indian state of Tamil Nadu Sunday
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2004 01:30 AM | Show all posts


Residents of Danau Impian Condominium in Taman Desa, Jalan Klang Lama gathering on the ground floor while waiting for Fire and Rescue Department and City Hall to inspect the building structure following a minor tremor detected in the area on Sunday

ni yang aku takut.. aku tinggal kat tingkat 9..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2004 01:35 AM | Show all posts


bayangkan kalau  kita yang hanyut.. nauzubillah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2004 05:19 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 26-12-2004 16:30:




tu ah, padahal gempa dia kat Sumatra 160kms away.

tapi kena tempat jauh2, dia punya ombak....
i think senario dia something cam ceta wayang Deep Impact.

kat sini dah estimate berapa org mati.. dlm 11,500 org dead and missing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2004 05:20 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 26-12-2004 16:52:
tadi tengok berita tgh malam kat tv1.. seram ah tengok kesan pukulan ombak tadi.. ada mayat budak perempuan terdampar tepi pantai.. kesian seh.. tengah hepi ajal datang.. ada baby terlepas dari dak ...

memang sedih ar nengok
dah ajal kan
bebudak bukan tau pon ombak besar tuh bahaya.. yg dorang tau seronok sbb main ombak.. tapi kita yg dewasa nie la yg cemas sgt
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2004 05:22 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 26-12-2004 17:30:


Residents of Danau Impian Condominium in Taman Desa, Jalan Klang Lama gathering on the gro ...

brown insya Allah takder apa2 kalau kita mintak lindung kat Allah..

nampak big tidal waves tu teringat pula cerita ' The Day After Tomorrow ' takutnya :malu:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2004 05:42 AM | Show all posts
oh terlupa nak bagitau..
tadi tgh syiok tengok berita RTM 1.. berita tengahmalam.. kat sini kira2 dalam pukul 5 pm.. mengenai earthquake tu.. tetiba pemberita tersebut menyebut nama president Sri Lanka.. Chandrika Kumaratunga... tapi pemberita tu sebut
Chandrika Kumaratonggek... eva dah tak tahan gelak... sian org tuh dipanggil tonggek  :lol last2 tu dia betulkan.. Kumaratunga tapi muka dah tunduk2 cover malu kot :lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2004 10:19 AM | Show all posts
AKu baca Agenda Daily sedih ah...
KOrang baca ni yang orang2 melayu pegi berkelah kat Batu Feringgi...
Batu Feringgi popular untuk orang2 Spore jugak.
Then ngah happy2 Ombak datang






Tsunami:'Saya kehilangan seluruh keluarga dalam sekelip mata',kata saksi




"Saya kehilangan segala-galanya, ibu dan dua adik saya mati dan dua lagi adik saya masih hilang," kata pelatih Inspektor Kesihatan, Mohamad Shamson Mohd Hassan.

Mohamad Shamson, 21, yang bertugas di Kuala Lumpur, pulang untuk bercuti dan membawa keluarganya ke Pulau Pinang untuk berkelah dan tidak menyangka percutian mereka bertukar menjadi tragedi yang amat menyayatkan.

"Saya yang bawa mereka ke Pantai Miami di Batu Feringghi dan ayah saya tidak ikut sama...masa kami sedang makan tengah hari di tepi pantai, tiba-tiba saya terdengar orang menjerit: "Lari..ombak besar", dan kemudiannya kami semua terus dibawa ombak besar itu," katanya kepada wartawan ketika ditemui di rumah mayat Hospital Pulau Pinang .

Beliau yang berasal dari Gurun, Kedah berkata, ketika kejadian itu, beliau tidak dapat melihat sesiapapun kerana semuanya tenggelam tetapi beliau sempat mencapai tangan seseorang yang membolehkannya naik ke atas.

"Kami semua tenggelam dan ada tangan yang menarik saya ke atas dan saya lihat semuanya dah hilang", kata beliau.

Ibunya Nazari Mahmod, 39, adik beliau, Nurul Naimah, 18, dan Nurul Hasinah, 14, ditemui mati di kawasan berhampiran manakala dan dua lagi adiknya Nurul Nazirah, 13 dan Mohamad Fredaus, 4, masih belum ditemui.

Sementara itu, Mohd Saad Aziz, 40, yang terselamat dalam kejadian itu berkata, kejadian itu berlaku sebaik sahaja beliau bersama lima anggota keluarganya tiba di pantai Batu Ferringhi.

Peniaga dari Utan Aji, Perlis itu dengan nada sayu berkata dalam sekelip mata beliau kehilangan isteri, Jamaliah Mat Isa, 38, dan anak saudaranya, Zawani Rosli, 10.

Beliau yang sempat berpaut pada pagar kawad bersama dua anaknya hanya mampu melihat isterinya cuba menyelamatkan diri dengan memanjat batu di tebing pantai itu sebelum hilang dihanyutkan ombak besar yang datang kali ketiga.

Mazlifa Abdul Rashid, 32, yang kehilangan dua anak saudaranya berkata ketika kejadian, ibu mertua dan dua anak saudaranya itu sedang bersiar di sekitar pantai itu selepas makan tengah hari.

"Masa kami turun ada nelayan suruh kami naik semula ke atas, tiba-tiba saya nampak ombak besar tiga kali lebih tinggi daripada saya datang dan saya pegang tangan kedua-dua anak saudara saya Siti Nazirah Mohd Jamil,9, dan Mohd Adha, 11, manakala suami saya menarik ibunya ke tempat selamat," katanya.

"Apabila saya sedar, tangan saya tidak lagi memegang Siti Nazirah dan Mohd Adha," katanya.

Di KEDAH, seorang bapa terpaksa berpaut sekuat-kuat hatinya pada sebatang pokok kelapa untuk menyelamatkan diri daripada dilambung ombak tsunami sambil menyaksikan anak isterinya dihempap rumahnya yang ranap dipukul badai itu di Kampung Kepala Jalan, Kuala Muda, Kedah.

"Sepanjang hayat saya tidak akan dapat melupa perisitwa yang berlaku ini di depan mata di mana isteri dan anak-anak tertimbus dalam runtuhan rumah yang dirempuh ombak besar," kata Abdul Hamid Man, 62.

Hamid berkata selepas ombak pertama melanda reda dia sempat merangkak kepada isterinya yang lumpuh, Fatimah Said, 57, untuk membantunya kerana anggota keluarganya seramai lima orang terperangkap dalam rumah yang ranap itu.

"Saya menjerit beberapa kali memanggil mereka dan dalam masa yang sama saya terdengar jeritan di sana sini orang meminta tolong.

"Saya dapati anak-anak dan isteri saya tercedera akibat ditimpa kayu yang jatuh tetapi mereka mampu merangkak keluar dengan dibasahi lumpur.

Hamid bersyukur kerana dia sempat menyelamatkan isterinya yang lumpuh daripada lemas dalam kejadian itu.

Sementara itu seorang wanita kesal kerana gagal menyelamatkan seorang wanita tua yang lumpuh dalam kejadian ombak Tsunami yang melanda Kampung Kuala Tepi Sungai, Kota Kuala Muda.

Noraini Ahmad, 20, ketika kejadian ombak besar yang pertama, beliau telah membantu Munah Awang, 70, dengan menolaknya yang berada di atas kerusi roda.

"Tidak sampai lima minit selepas itu, ombak kedua datang. Saya dan beberapa orang kampung lagi ketika itu menjadi takut kerana melihat ombak yang lebih besar menuju ke arah kami menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut dan masing-masing berusaha menyelamatkan diri," kata Noraini ketika ditemui di pusat pemindahan Sekolah Rendah Kebangsaan Kota Kuala Muda.

Wanita lumpuh itu ditemui mati di tempat kejadian manakala kerusi rodanya remuk dan terhimpit pada sebuah kereta.

Pusat pemindahan itu menempatkan 1,141 orang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2004 10:23 AM | Show all posts

Gambar-Suasana kemusnahan di sekitar pantai Pulau Pinang dan Kedah dan kesan air atas jalan selepas ombak besar melanda Gurney Drive.




Gambar- kesan retak di sebuah kondominium di Kuala Lumpur akibat gegaran gempa bumi di utara Sumatra pagi Ahad.



Seramai 41 orang disahkan mati setakat lewat Ahad malam,31 di Pulau Pinang dam 10 di Kedah akibat ombak besar "tsunami" yang melanda ekoran gempa bumi yang kuat di Utara Sumatra pada jam 8.58 pagi. Senarai nama mereka yang mati - di bahagian bawah berita ini.


Di Acheh lebih 500 orang terkorban,di Madras India hampir 1,000 manakala yang paling teruk ialah di Sri Lanka sekitar 1,700 orang.


Pulau peranginan Phuket di Selatan Thailand juga mengalami bencana yang sama.



Namun begitu jumlah dijangka meningkat kerana operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan diberbagai tempat.


Gelombang ombak besar itu di Pulau Pinang dan Kedah berlaku sebanyak dua kali - pertama pada 9 pagi dan kedua,12 tengah hari.Ramai yang sedang berkelah di sekitar pantai Tanjong Bungah dan Batu Feringgi di Pulau Pinang dilanda ombak besar secara mengejut.Banyak kemusnahan berlaku khususnya keatas bot nelayan di pantai Kota Kuala Muda dan Pulau Langkawi.



Pengarah Bahagian Seismologi Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia, Low Kong Chiew, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata gempa bumi itu berlaku di Barat Laut Sumatera pada pukul 8.58 pagi.

Ia mengakibatkan gegaran dirasai di beberapa tempat di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Lembah Klang, katanya.

"Bacaan awal menunjukkan pusat gempa bumi itu adalah di Latitud 3.1 N Longitud 95.5 E (kedudukan lebih kurang 680 km dari Kuala Lumpur) dengan magnitud 7.0 pada skala Richter," katanya.


Di KUALA LUMPUR, gegaran menyebabkan kebimbangan orang ramai termasuk para penghuni apartmen, kondominium dan bangunan tinggi termasuk hotel-hotel.

Telefonis Hotel Nikko, Jalan Ampang, yang hanya mahu dikenali sebagai "Nitra" berkata beliau menerima banyak panggilan daripada para penghuni di hotel itu yang bimbang mengenai keselamatan diri mereka.

"Mereka merasakan gegaran itu dan menyangka bangunan hotel kami akan runtuh," katanya ketika menghubungi Bernama.

Para telefonis di Telekom Malaysia juga memakumkan mereka menerima banyak panggilan telefon dari orang ramai yang ingin memaklumkan kejadian itu.

Di kawasan perumahan Tasik Permaisuri, Cheras, para penghuni kondominium dan pangsapuri di situ berlari keluar dari rumah mereka untuk menyelamatkan diri ketika gegaran berlaku kerana menyangkakan bangunan yang didiami akan runtuh.

Seorang penghuni di Pangsapuri Cendana, Zainal Abidin Razali, 52, berkata beliau merasakan gegaran kira-kira pukul 9 pagi ketika berehat di rumahnya.

"Mula-mula saya ingat kepala saya yang rasa pening sebab terasa bangunan bergoyang.

"Saya mula rasa tidak sedap hati apabila isteri saya menyatakan beliau turut merasakan gegaran itu dan kami terus mengambil anak kami turun ke bawah," katanya yang turun menggunakan tangga dari tingkat 15.

"Ketika turun suasana amat bising dan kecoh dengan jeritan penghuni yang meminta tolong. Inilah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi macam ni," katanya.

Seorang suri rumah yang tinggal di tingkat 7 pangsapuri itu, Bariah Al Bakri, 40, berkata ketika kejadian beliau berada di dapur untuk menyediakan sarapan pagi.

"Rasa bangunan ni bergoyang macam nak jatuh, saya cuba duduk di kerusi, terasa juga, lepas tu saya dengar orang menjerit...terus saya capai beg tangan keluar dari rumah," katanya.

Polis datang mengawal keadaan dan kira-kira pukul 10.30 pagi penghuni beransur kembali ke rumah masing-masing setelah polis memberitahu kawasan rumah mereka selamat.

Pegawai Bahagian Perhubungan Awam Polis Bukit Aman, Supt Mohammad Daud berkata sehingga pukul 1 tengah hari, polis tidak ada menerima sebarang laporan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa akibat gegaran itu.

Di PULAU PINANG, beribu-ribu penghuni bangunan tinggi dan hotel, panik akibat gegaran gempa bumi itu terutamanya di kawasan timur laut yang menyebabkan orang ramai keluar dari bangunan masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Penghuni bangunan tinggi seperti pangsapuri Tingkat Nusantara setinggi 10 tingkat di Jalan Perak di sini dan Flat 15 tingkat Medan Tengku di Jelutong, meluru ke luar bangunan setelah masing-masing merasakan gegaran menyebabkan keadaan kelam kabut.

Penghuni beberapa buah hotel di negeri ini turut gempar apabila merasakan bangunan hotel mereka bergoyang.

Di PUTRAJAYA, gegaran yang dirasai di blok apartmen 10 tingkat di Presint 8 menyebabkan sekumpulan penghuni bergegas turun menyelamatkan diri.

Anggota parlimen Datuk Tengku Adnan Mansor berkata beliau pergi ke situ sejurus mendengar aduan dan menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan balik semula ke apartmen masing-masing.

Di KOTA BAHARU, gegaran kuat hampir 30 saat menyebabkan kakitangan di bangunan tinggi seperti Wisma Persekutuan, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK), dan beberapa penghuni hotel bergegas turun menyelamatkan diri.

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mengambil langkah keselamatan membawa turun kira-kira 300 pesakit yang berada di tingkat tujuh dan tingkat lapan hospital itu ke luar bangunan.

Timbalan Pengarah (Pengurusan) HUSM, Wan Mohamed Suyuti Wan Ismail berkata pesakit yang dipindahkan ke kawasan letak kereta di luar bangunan wad berkenaan adalah pesakit tidak kritikal dan selepas hampir sejam, mereka dipindahkan semula ke wad masing-masing.

Di ALOR STAR, gegaran kuat dirasai para petugas bangunan tinggi seperti di Bangunan Sultan Abdul Halim, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, MARA, Menara Alor Star, Bangunan Tunku dan Wisma Darul Aman.

Seorang kakitangan kerajaan di Bangunan Sultan Abdul Halim, Mohamed Nizam Ishak, 24, berkata gegaran paling kuat terasa di tingkat atas bangunan itu sehingga menyebabkan perabot dan meja bergoncang.

"Saya dan kakitangan lain berlari keluar dari bangunan itu. Masing-masing bimbang jika keadaan bertambah buruk," katanya.

Di JOHOR BAHARU, gegaran yang dirasakan tidak begitu kuat mengikut beberapa penduduk yang ditemui di Bangunan Flat Bukit Chagar dekat sini, bagaimanapun mereka tetapi berlari turun bangunan.

Seorang surirumah, Ramlah Ahmad, 32, berkata beliau berasa pening apabila keadaan rumahnya di tingkat 16 bergoyang dan air di dalam akuarium berkocak, lantas membawa tiga anaknya turun ke bawah.

Di LANGKAWI, seorang pegawai di Jabatan Laut Kedah berkata ombak besar dikesan di sebelah Pantai Kok, Hotel Porto Malai dan Awana Resort, tetapi setakat ini tidak ada sebarang kerosakan dilaporkan. Sistem pengangkutan feri dari jeti Kuala Kedah ke Langkawi juga tidak terjejas.

Di KLANG, pasukan Bomba dan Penyelamat bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) selepas menerima panggilan mengenai gegaran itu.

Ketua Bomba Sri Andalas Raja Kudin Raja Ahmad mereka memeriksa struktur bangunan itu untuk memastikan tiada yang retak dan ia disahkan selamat sementara pelawat buat beberapa ketika tidak dibenarkan naik ke wad.

Sementara itu di KUALA TERENGGANU beberapa buah bangunan tinggi termasuk Hospital Kuala Terengganu (HKT) turut bergegar, kata Pegawai Penjaga Balai Bomba Kuala Terengganu Mahayaddin Mohamed Din.

Pesakit daripada beberapa wad di Hospital Kuala Terengganu dipindahkan buat sementara sebelum dimasukkan semula selepas keadaan dipastikan terjamin.

Syed Mohamed Hisham Chik, 33, yang sedang menunggu isterinya bersalin berkata beliau mulanya cemas apabila isterinya diarahkan pindah dari dewan bersalin HKT ke Pusat Rawatan Harian, bangunan bersebelahan.

"Namun, Alhamdullillah, tidak ada perkara yang buruk berlaku dan kami dibenarkan masuk semula ke wad pada kira-kira 1 tengah hari," katanya ketika ditemui di hospital itu.
-----------------------------
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2004 10:25 AM | Show all posts
cek nama wooo......


aku baca nerves jugak....

takut ada nama aku kenal , kawan tempat2 keja lama ke, budak porum ke...




Senarai Nama Mangsa Yang Terkorban Dan Hilang

Berikut ialah senarai nama 41 mangsa yang dikenal pasti terkorban setakat ini dalam kejadian ombak tsunami yang melanda Pulau Pinang, Kedah dan Perlis tengah hari Ahad yang berpunca dari gempa bumi di utara Sumatera, Ahad.

Tiga puluh satu mangsa terkorban di Pulau Pinang dan 10 di Kedah.

Pulau Pinang

1.Nazari bt Mahmod, 39, Gurun, Kedah.

2.Nurul Naimah Mohd Hassan, 18, Guar Chempedak, Kedah.

4.Nurul Hasinah Mohd Hassan, 14, Guar Chempedak, Kedah.

5.Mohamad Faiz Izudin, 5, Lunas, Kedah.

6.Norazlina Aminudin, 5, Bukit Jambul, Pulau Pinang.

7.Zawani Rosli, 10, Utan AJi, Perlis.

8.Yusliza Wahab, 22, Sik, Kedah.

9.P.Arshini, 4, Jalan Terengganu, Pulau Pinang.

10.Goh Pek Choon, 75, Kuala Kangsar, Perak.

11.Fauziah Omar, 37, (tidak dinyatakan)

12.K.Sarasuly, 43, (tidak dinyatakan)

13.Jamaliah Mat Isa, 38, Kangar, Perlis.

14.Mohamad Farid Tupaini, 18, (tidak dinyatakan)

15.Wan Nazirah Mat Zain, 35, (tidak dinyatakan)

16.Hajah Saimah Md Zain, 64, Balik Pulau.

17.Nor Ain Zulkifli, 16, Balik Pulau.

18.Siti Atiqah Zulkifli, 16, Balik Pulau.

19.Noor Shafiqah Abdul Aziz, 6, Balik Pulau.

20.Mohamad Adam Abdul Aziz, 5, Balik Pulau.

21.Teoh Ah Hock, 50, Balik Pulau.

22.Noor Rufiah Ismail, 50, Balik Pulau.

23.Nurdiana Wahida Azzahir, 9 bulan, Balik Pulau

24.Irdawati Shahimi, 23, Balik Pulau.

25.Chin Hai Chee, 50, Balik Pulau.

26.Lina Lee, 36, Balik Pulau.

27.Fong Seng Hock, 69, Balik Pulau.

28.Mohamad Adam Abdul Aziz, 5, Balik Pulau

29.Ng Swee Lee, 10, Balik Pulau.

30.Nur Asmah Mohamad, 22, Teluk Bahang.

31.Mah Hang Ting, 50, Teluk Bahang

Kedah

32.Rofisah bt Abdul Rashid, 69, Kg Kepala Jalan

33.Tempawan bt Kamis, 74, (Kg Kepala Jalan)

34.Norhafizatul bt Fasahah, 11 bulan, Kg Kuala Sungai Muda

35.Mohd Nasir bin Ibrahim, 54, Kg Haji Kudong

36.Saayah bt Hitam, 70, Kg Tepi Sungai)

37 Fatimah Hassan, 70, (Kg tidak dinyatakan)

38.Munah Awang, 81, Kg Tepi Sungai

39.Norma Ahmad, 60, Kg Kepala Jalan

40 Norshuzana Bt sabdin , 15, Kg Kuala Muda

41.Rahmah bt Abdul Kadir, 80, Kg Kuala Triang, Langkawi

Dua orang yang dilaporkan masih hilang di Pulau Pinang dikenal pasti sebagai:

1.Nurul Nazirah Mohd Hassan, 13, Guar Chempadak, Kedah.

2.Mohamad Ferdaus Mohd Hassan, 4, Guar Chempedak, Kedah.
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 27-12-2004 10:32 AM | Show all posts
dengan sakelip mata...kalo nyawa kita nak di tarik...

anytime kita boleh pergi.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2004 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 27-12-2004 10:32 AM:
dengan sakelip mata...kalo nyawa kita nak di tarik...

anytime kita boleh pergi.....




Memang cam ada area memang more prone to natural disasters la....or peperangan, gaduh2..., jadi cam aku baca kesian2 tapi cam tak surprised sangat...

then bila nengok Batu Feringgi kena, then orang2 melayu/cina ngah berkelah kena.....
betul2 sentuh hati aku....



Aku tak tahu ada lagi tak orang melayu islam yang nak gi joget2 kat pantai Sentosa 31december ni lepas benda ni jadi.:malu:
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 27-12-2004 10:43 AM | Show all posts
to some yang nak pi joget...it's business as usual....to them this disaster doesn't concern them....

on saturday,aku nampak one group of malay boys kat bawah my block....tengah happy minum carlsberg....aku nampak macam botol hijau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2004 11:17 AM | Show all posts
jumlah kematian dan kehilangan kat msia makin meningkat la....


ni ada satu gambar dari The Star....ngah happy2 vacation kat Penang skali ombak datang cam gini eh....





[img][/img]
Picture taken by Paul S. Russell, shows a tidal wave approaching the Batu Ferringhi coast at about 1.15pm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2004 11:44 AM | Show all posts
PASANGAN SELEBRITI JAI DAN ROZZA TERKANDAS DI PHUKET


PASANGAN selebriti, penyanyi Haslizal Abdul Wahab atau Jai dan pelakon Rozzalina Ramli, antara rakyat Singapura yang terperangkap dalam tragedi gelombang raksasa akibat gempa bumi di Lautan Hindi semalam.

Jai mengejutkan wartawan dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira 5 petang:

'Saya dan Rozza menyaksikan gelombang gempa bumi. Ramai yang mati di hotel tempat kami tinggal. Lapangan terbang ditutup. Kami akan menghubungi jika keadaan pulih. Doakan kami kerana gelombang dijangka melanda setengah jam lagi.'

Percubaan untuk menghubunginya gagal beberapa kali. Namun, Jai akhirnya kembali menghubungi wartawan pada 6 petang.

Kata Jai, beliau dan Rozza, pelakon siri drama E.C., berada di Phuket sejak Jumaat lalu untuk 'berlibur hujung minggu' dan seharusnya sudah berangkat ke Kuala Lumpur petang semalam untuk rakaman album terbarunya.

Mereka menetap di Resort Baan Lai Mai dekat pantai Patong.

'Kami sedang sarapan pada 8 pagi apabila tiba-tiba ada orang memekik menunjuk ke arah pantai.

'Kami lihat gelombang begitu besar datang ke arah hotel. Masa itu juga, bangunan mula bergegar. Keadaan jadi huru-hara. Dengan sekelip mata, air terus naik.

'Saya dan Rozza terus berlari keluar untuk mencari tempat yang selamat.

'Mujurlah Rozza semasa kerja dengan SIA dulu (sebagai pramugari) sudah dilatih macamana mendapatkan bantuan jika berlaku bencana alam. Rozza ajak saya ikut orang ramai mendaki sebuah bukit yang agak tinggi.

'Dari atas bukit inilah, saya lihat benda-benda besar mula terapung di jalan raya. Kereta tenggelam, sampan dan bot pun melayang di tengah jalan raya. Keadaannya sungguh dahsyat. Huru-hara. Seperti mimpi.

'Gerun melihat resort tiga tingkat yang kami tumpang mula hilang daripada pandangan dalam tempoh sekejap sahaja,' cerita Jai.

Telefon bimbit Rozza hilang dalam keadaan kelam-kabut itu.

Di atas bukit itu, kata Jai, terdapat ratusan penduduk tempatan, kebanyakannya mereka yang bekerja di daerah pantai Patong, termasuk tukang urut. Ramai yang meminjam telefonnya untuk menghubungi keluarga.

Beliau sudah pun menghubungi pihak Kedutaan Singapura di Thailand dan memaklumkan keadaan mereka kepada keluarga di Singapura.

Menurut Jai lagi, apabila keadaan mula reda dan air mula surut, beliau berlari kembali ke hotel untuk mendapatkan pasport yang disimpan di peti meja penyambut tamu.

'Air masih tinggi tetapi mujur saya jumpa kotak itu, namun terpaksa pecahkan kerana berkunci. Ramai yang membantu kerana semua pelancong memerlukan pasport mereka. Dari situ jugalah, saya dapat tahu seorang pelancong di hotel kami itu telah mati,' cerita penggubah tersebut lagi.

Apabila ditanya rancangannya, Jai berkata buat ketika ini mereka masih perlu berlindung di bukit itu dan menanti berita selanjutnya.

'Tak guna pergi ke lapangan terbang sebab tutup. Sekarang saya dan Rozza hanya dapat bersyukur kerana kami sejauh ini selamat.

'Doakanlah, Kak, semoga saya dan Rozza selamat kembali ke pangkuan keluarga dan rakan-rakan.'


walaupun aku tak minat kat dorang berdua ni.. tapi aku tetap berdoa semoga mereka pulang dgn selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2004 01:07 PM | Show all posts
Singapore, Thailand, Brunei to sign open-skies deal Monday

SINGAPORE (AP) - Transport ministers from Singapore, Thailand and Brunei will sign on Monday an open-skies pact for airline passenger traffic between the three countries, a newspaper reported Friday.

The deal, to be inked at a ceremony in Bangkok, formalizes rights that airlines from the three already have - allowing them to operate an unlimited number of passenger services on any route between all three countries - the report said.

But officials hope the agreement will spur other Southeast Asian states toward similar deals, the Straits Times newspaper said.

"It establishes a useful framework for ASEAN to liberalize its passenger services eventually,'' a spokesman for Singapore's transport ministry was quoted as saying.

The 10-country Association of Southeast Asian Nations has said it wants a region-wide open-skies deal for access to capital cities in place by 2008.

Air traffic in the region has been growing strongly, driven in part by the rapid spread of low-cost carriers such as Malaysia's AirAsia and Thailand's Nok Air.

Singapore in particular has witnesses a surge in the no-frills sector this year with the launch of three new low-cost players: privately owned Valuair; Singapore Airlines' unit Tiger Airways; and Jetstar Asia, an offshoot of Australia's Qantas Airways.

"A large pie for ASEAN would naturally mean more benefits to each individual member, including Singapore,'' the spokesman was quoted as saying.

Thailand, Singapore and Brunei sealed a similar open-skies deal for cargo services last February.

Cambodia later joined the agreement.

ASEAN's members are Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, the Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2004 01:11 PM | Show all posts
WASHINGTON 26 Dis. - Gempa bumi yang melanda kawasan utara Indonesia hari ini merupakan antara gempa yang paling kuat yang pernah berlaku di dunia sejak awal kurun ke-20.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berukuran 8.9 pada skala Richter itu merupakan gempa yang kelima terbesar sejak tahun 1900.

Ahli geofizik bagi Program Bencana Gempa Bumi USGS di Golden, Colorado, Julie Martinez berkata, gempa hari ini merupakan yang paling kuat sejak tahun 1964 iaitu selepas gempa bumi yang melanda Prince William Sound di Alaska.

Gempa bumi yang berlaku pada pukul 7.59 pagi (8.59 pagi waktu Malaysia) di luar pantai wilayah Acheh di utara pulau Sumatera sehingga ke utara Pulau Andaman di Lautan Hindi.

Gegaran kuat itu menyebabkan ombak besar tsunami yang melanda beberapa negara lain seperti Sri Lanka, India, Thailand dan Malaysia serta menyebabkan lebih 8,700 mangsa terkorban.

Menurut Martinez, gempa bumi berlaku apabila lapisan bumi bergerak dan menghentam satu sama lain sebelum terpisah dan membentuk tekanan ke kawasan lain.

``Apabila tekanan berlaku, satu lagi gempa bumi terjadi dan gegaran susulan selepas itu merupakan pelarasan semula bumi selepas gegaran utama.

``Biasanya gegaran susulan berlaku lebih banyak atau kurang di kawasan yang sama di mana berlaku gempa bumi utama sebelum itu.

``Dalam keadaan gempa yang berlaku hari ini, kita akan lihat lebih banyak gegaran susulan terjadi kerana ia melibatkan satu kawasan yang begitu luas iaitu dalam lingkungan 1,000 kilometer,'' jelas beliau. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2004 06:14 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 27-12-2004 02:14:


eva, ko ingat kan aku kat dulu TV3, ada satu pembaca pompuan ni tau...
dia tak salah aku baru bertugas pasal tak pernah nampak muka dia...
ni la masa dulu2 tv3 baru mula2...

so dia sebut M ...


:lol deaf.. :lol
kami laki bini kat sini pon gelak bila baca Moscow tu dia pronounce as ' Moss Cow' eiks... mesti dia tak payah pakai blusher bagi merah pipi coz dah sedia merah padam sbb malu :lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.329672 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list