|
Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam
[Copy link]
|
|
1863
Askar Melayu Kedah yang mengandungi 100 orang telah ditubuhkan di bawah pimpinan seorang Belanda - Islam bernama Haji Abdul Rahman.
Sources : http://tebuan-alor.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
|
terkenang mulloh ayahku... |
|
|
|
|
|
|
|
Kota Kuala Kedah
Sources : UPM
Last edited by HangPC2 on 13-11-2012 10:20 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Perang Musuh-Bisik @ Perang Kemerdekaan Kedah (1821-1842)
Bendera Kedah '' Bendera Merah Harimau Melompat ''
Tunku Kudin
Tunku Kudin sebenarnya ialah Syed Zainal Abidin merupakan anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin.
Tunku Kudin ialah anak kepada seorang Arab berbangsa saiyid dari Palembang yang bertalian darah dengan keluarga di Raja Kedah. Tunku Kudin, tinggal di Seberang Perai telah dipujuk supaya memimpin satu angkatan perang menentang angkatan Thai semasa perang Musuh Bisik yang telah meletus sejak 1821.
Orang-orang Thai yang menguasai di Kota Kuala Muda mengetahui sifat-sifat kepimpinan yang ada pada Tunku Kudin telah mengupah beberapa orang jahat untuk membunuh beliau. Penduduk-penduduk yang tinggal di keliling rumahnya telah berjaya mengusir orang-orang upahan Thai ini dan menyelamatkan Tunku Kudin.
Pada suatu malam, sebiji letupan telah berjaya dipasang oleh orang-orang upahan Thai dirumahnya dan telah meletup dengan kuat ketika manusia sedang tidur nyenyak jam tiga pagi. Tunku Kudin telah dijilat api dan melecur sebelah tubuhnya. Azam Tunku Kudin menentang kekejaman Thai bertambah kuat apabila beliau sedar bahawa isteri beliau dan tiga orang anak-anaknya meninggal dunia akibat letupan tersebut.
Tunku Kudin telah kehilangan semua yang disayanginya, isteri dan anak-anak, rumah dan harta benda. Yang bertambah kuat ialah sumpah dan azam menuntut bela.
Orang-orang Melayu di Seberang Perai berkumpul memberi sokongan kepada Tunku Kudin untuk melepaskan kampong halaman di Kedah dari cengkaman Thai. Jumlah orang-orang Melayu yang tegak di belakang Tunku Kudin tidak kurang dari 5000 orang. Pada waktu dan ketika yang baik lagi sempurna, perahu-perahu kecil dan besar, beratus-ratus buah banyaknya, lengkap dengan tetunggul dan panji-panji, telah bergerak ke Kuala Kedah. Di sepanjang jalan, angkatan tersebut diturut-sertai pula oleh perahu-perahu dari Kuala Muda, Kuala Merbok, Kuala Yan, Kuala Sala dan Kuala Tebengau. Selepas berihat di Pulau Bunting, angkatan Tunku Kudin terus belayar ke Kuala Kedah dan disana ditemui pula oleh perahu-perahu dari Pulau Langkawi yang turut menghantar bantuan.
Angkatan Thai yang bersedia di luar Kota telah membedil perahu-perahu Melayu yang mendarat dan dibedil balas oleh angkatan laut Melayu. Pengawal-pengawal Kota mencuba seberapa daya menghalang kemaraan orang-orang Melayu yang ramai mendaki tembok Kota, tetapi dengan kebijaksanaan dan kecekalan hati Tunku Kudin, pertahanan Thai di Kota Kuala Kedah telah patah. Setelah beratus jiwa terkorban dari kedua belah pihak, orang Melayu dapat memasuki Kota itu melalui Pintu Kacapuri, pintu kecil lima puluh ela arah ke Utara pintu sekarang. Tunku Kudin berjaya menduduki Kota Kuala Kedah pada 24 haribulan April 1831.
Orang-orang Thai telah berundur ke Alor Ganu 15 batu dari Kuala Kedah mengikut Sungai Besar. Di Alor Ganu terdapat sebuah kota tanah yang dibuat oleh orang-orang Melayu kini dijadikan markas tentera Thai. Di Alor Ganu orang-orang Thai bertahan, sementara satu angkatan darat telah dihantar ke Legor menyusul bantuan.
Kejayaan Tunku Kudin menawan kembali Kota Kuala Kedah rupanya menjadi satu kegemparan besar kepada Inggeris di Pulau Pinang. Kononnya, mengikut satu perjanjian antara Inggeris dengan Bangkok yang dibuat dalam tahun 1826 bersamaan dengan Tahun Anjing dalam perkiraan tahun bangsa Thai, Inggeris hendaklah melarang dan menegah Sultan Kedah atau rakyatnya dari menyerang mengganggu atau merusak secara mana sekalipun ke atas Negeri Kedah yang telah menjadi Wilayah Thai.
Sebagai membuktikan kepada kerajaan Thai bahawa Inggeris adalah satu bangsa yang tidak pernah memungkiri janji dan rampasan kuasa oleh Tunku Kudin itu di luar pengetahuan mereka, maka Kerajaan Pulau Pinang telah menghantarkan senjata-senjata dan ubat bedil ke Alor Ganu.
Angkatan Thai menerima bantuan Inggeris dengan dua belah tangan dan mendesak Inggeris supaya menepati kehendak-kehendak Perjanjian Tahun Anjing itu dengan betul. Sebagai memperaktikkan tafsiran yang difahamkan oleh Inggeris dari Perjanjian itu, Inggeris mulalah mengenakan kepongan-kepongan dan kawalan di kuala-kuala sungai dan di sepanjang pantai Kedah supaya orang-orang dari laut tidak dapat berhubung menyampaikan bantuan dan sebagainya yang bercanggah dengan kepentingan Thai. Bantuan yang mulanya mencurah-curah tiba kepada Tunku Kudin di Kuala Kedah telah terhenti dengan tiba-tiba.
Dalam satu pertarungan sengit antara angkatan laut Kedah dengan angkatan laut bangsa Thai di Pulau Payar bertentangan dengan Kuala Kedah, angkatan Thai telah tewas dengan teruk. Kapal “Wolfe” milik Inggeris telah tiba entah dari mana lantas merejamkan peluru-pelurunya ke atas perahu orang-orang Melayu dan memusnahkan sehingga licin seluruh angkatan Melayu yang ada. Tindakan yang dilakukan oleh “Wolfe”- “Anjing Hutan” ini, adalah satu-satunya peristiwa yang unik di mana orang-orang Melayu telah diajar begitu rupa oleh kapal laut Inggeris.
Sebelum ini, perahu-perahu Melayu telah dikejar dan ditahan supaya jangan mendarat walaupun kerana mengambil makanan dan air, kemudian diusir supaya pulang sahaja. Kali ini “ Wolfe ” bertindak kasar dan amat menyedihkan pula bila ditilik bahawa perahu-perahu bangsa Thai sentiasa dibenarkan masuk atau keluar dengan bebas di mana-mana sahaja mengangkut ubat-ubat bedil dan sebagainya untuk menyerang perahu-perahu Melayu. Hampir seribu orang-orang Melayu yang dibedil ke dasar laut oleh kapal “ Wolfe ” berkelampong ke hulu ke hilir berminggu-minggu di laut Kedah selepas peristiwa itu.
Kemusnahan angkatan laut Melayu di Pulau Payar ini melumpuhkan Tunku Kudin yang bertahan didalam Kota.
Angkatan Melayu yang di ketuai oleh Tunku Sulaiman di Kuala Perai bersiap dengan kira-kira tiga ribu orang untuk belayar ke Kuala Kedah membantu Tunku Kudin. Angkatan Tunku Sulaiman telah ditahan dan di arah dengan sombongnya supaya balik ke Kuala Perai oleh 4 buah kompeni dari Madras Native Infantry yang ke Empat Puluh Enam berpengkalan di Pulau Pinang.
Kota Kuala Kedah telah dikepong dari darat dan dari laut, makanan dan ubat bedil telah kehabusan, penyokong-penyokong juga ramai yang mendapat sakit dan ramai pula yang telah terkorban dalam perjuangan menegakkan bendera merah harimau melompat, iaitu bendera Kedah pada zaman itu. Bendera merah dengan gambar gajah puteh telah dibantu oleh bendera “Union Jack”.
Kota Kuala Kedah dibedil siang malam tidak berhenti-henti sehingga kemungkinan untuk bertahan lebih lama menjadi mustahil. Ramai orang-orang Melayu yang pulang ke Pulau Pinang, dan Seberang Perai, diiringi oleh kapal-kapal “Wolfe” dan “Crocodile” dari belakang.
Kumpulan yang paling akhir sekali bersama Tunku Kudin tinggal Cuma 30 orang lagi. Mereka ini telah berjuang beberapa hari menangkis serangan-serangan tentera Thai semata-mata hanya dengan keberanian dan kegigihan yang luar biasa timbul dari keinginan mensyahidkan diri demi keluhuran kota pesaka dan watan seluruhnya. Nasi gerit dan manisan tebu yang menjadi ayapan orang berperang, telah habis dan ubat bedil juga telah berkurangan. Meriam-meriam seperti “ Katak Puru ” dan “ Badak Berendam ” serta berpuluh-puluh pucuk lagi meriam lain di Kota itu kononnya telah ada yang berdentum dengan sendirinya sebab tidak cukup kakitangan yang boleh mengawasi.
Tetapi, seperti kata pantun yang diabadikan sehingga sekarang :-
Pulau Sembilan tinggal delapan,
Satu merajuk ke Kuala Kedah;
Sudah nasib perminta badan,
Kita di bawah kehendak Allah
Maka pada 4 haribulan Oktober, 1831; bantuan Thai dari Legor telah tiba di Kuala Kedah : 7000 tentera dan 300 ekor gajah, menyerang Kota usang itu dari empat-empat penahapnya. Tunku Kudin dengan tiga puluh pahlawannya berjuang habis-habisan sehingga Tunku kudin sendiri telah luka parah di dada dan di pahanya, ubat bedil sudah habis pula.
Tunku Kudin terjatuh, tangannya terkapai-kapai memanggil seorang panglima yang paling karib supaya menghampirinya. Nama panglima itu tidak diketahui lagi, mereka berpelok-pelok dan kedengaran mengucap dua kalimah syahadah. Kemudian Tunku Kudin menghunus keris pendeknya lantas menikam panglima itu dan panglima itu pula menikam beliau, masing-masing mengelupur sehingga sejuk dan kaku : Seorang di kiri dan seorang di kanan. Kononnya begitulah persetiaan mereka berdua. Biar mati sama sendiri jangan mati dibunuh bangsa Thai.
Angkatan Thai menembusi pintu Kota dan membunuh pahlawan-pahlawan Melayu yang masih hidup. Mengikut “ Singapore Chronicle ”, mayat-mayat yang bergelimpangan di sekitar Kota Kuala Kedah yang menjadi medan pertemporan yang dahsyat itu adalah di antara enam ribu hingga sepuluh ribu orang. Yang paling banyak terbujur ialah ialah orang-orang Thai kerana angkatan perang mereka jauh lebih besar dari angkatan perang Melayu. Walaupun lapuran “ Singapore Chronicle ” tidak berapa tepat tetapi boleh dibuat kesimpulan bahawa kumpulan 30 yang terakhir dari angkatan Tunku Kudin bukanlah gerombolan sembarangan, cuma kerana “ sudah nasib perminta badan ”. Mungkin, kalau tidak disokong Inggeris, Thai tidak dapat lagi bertapak di Kedah, dan Kota Kuala Kedah pulang ketangan yang empunya nya. Tunku kudin menduduki Kota Kuala Kedah selama lima bulan dan lima belas hari.
Cerita Tunku Kudin tidak tamat begitu sahaja selepas beliau mati. Kepalanya dipanggal dan dibawa ke Legor dengan gajah. Tiba di sana, kepala itu diletakkan di atas talam tembaga yang berkaki, beralas dan berenda, kemudian ditatang oleh panglima perang bangsa Thai yang paling tua, sambil mengisut menyembahkannya kepada Raja Legor, Cau Phaya Nakon Si Tammarat. Beliau sangat ingin hendak menatap wajah pahlawan Melayu begitu handal dan gagah, sangat dikagumi oleh orang-orang Thai.
Raja Legor memandang dengan tidak terkelip matanya, terpesona juga dengan janggut jambang dan rambut menjejak tengkok di kepala yang tak berbadan itu – masih haibat dan menggerunkan. Kadar sejenak, Raja Legor bertanya “Mana badannya ? ” . Panglima Perang Thai menggelengkan kepalanya dan menyembah, “Tidak berguna Cau Phaya, hatinya sudah dimakan orang”.
Entah benar entah tidak, tetapi inilah riwayat kepala di atas talam yang satu-satunya pernah didengar di dunia ini, selain dari kepala “ John the Baptist ” yang dipersembahkan kepada King Herod Antipas oleh tukang-tukang kelarahnya lebih 2,000 tahun dahulu.
Akhirkata :
Kisah ini berdasarkan karangan oleh sejarahwan Negeri Kedah, Almarhum Datuk Ismail Salleh. Beliau banyak membantu dalam kajian pihak kami mencari kisah peperangan Musuh Bisik. Almarhum sempat menyerahkan karya peneulisan beliau dalam kisah perang musuh bisik kepada pihak kami agar diteruskan pencarian kisah yang sebenar berlaku di bumi Kedah dan mencari wira-wira bangsa yang seharusnya ditokohkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
HangPC2 posted on 16-9-2012 10:22 PM
http://www.youtube.com/watch?v=rScH94BqO58
Kebanyakkan keris dan senjata lama memamng berpuaka terutama kalau yg jadi pusaka...kebiasaannya kalau keturunan panglima akan ada lembing, tombak, pedang dll..
Pusaka yang diturunkan neh termasuk la saka...kebiasannya saka dari jenis jin yg merayap iaitu Jembalang Tanah...
Cara nak buang keris ni tak boleh mengikut cara Islam sebab saka yang duduk dalam keris ni akan kembali semula krn cara buang tak sempurna bahkan munkin jadi lebih bahaya sebab dia x da tempat tinggal lagi/berkeliaran...cara terbaik cari dukun yg arif tentang ni...
Cara buang mesti dikawasan laut...atau sungai berhampiran laut/wajib menuju ke laut..dibungkus dengan kain tertentu mengikut jenis jin... |
|
|
|
|
|
|
|
Pandangan visual gambaran terhadap Kota Melaka lukisan Mural untuk Bank Negara, sumber dari pengkaji sejarah mengatakan Kota Melaka besar mempunyai tembok batu dan banyak rumah dan gudang batu di sekelilingnya.
Sources : http://www.facebook.com/azharUCabdullah
|
|
|
|
|
|
|
|
Gerbang Istana Chabang Tiga Patani
|
|
|
|
|
|
|
|
Serangan Tentera Belanda & Siak Keatas Tentera Sultan Ibrahim (1784)
Sources : Muzium Sultan Alam Shah Selangor
Last edited by HangPC2 on 10-2-2013 05:45 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
riccckyyy posted on 29-1-2006 04:48 PM
hah..... mesti best tau sejarah perempuan melayu dulu2 berkemban kan?
satu contoh gaya perempuan ...
kalo tgok citer dulu org berkemban je..
tak rase pelik pon haha
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak lagi bahan nak postkan lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kot Zaman Silam
Oleh Siti Salmiah A Hamid
Seindah rangkap pantun, begitulah indahnya sepersalinan songket lelaki sewaktu penulis melihat tempahan yang sedang disiapkan oleh dua anak muda di Toko Saudagar Tekua, di Kajang, Selangor, baru-baru ini.
Mohd Faizee Azwar Md Ariffin, 27, dan Shahrul Fadzly Mohd Zainal, 25, tidak sukar menyulam jari bersama benang dan jarum untuk menyiapkan tempahan diterima, malah semuanya pasti menarik mata yang memandang.
Dua sahabat itu meneroka seni pembuatan baju tekua sejak lima tahun lalu, selepas mendapati pakaian songket tradisional Melayu kini semakin hari semakin dilupakan, bahkan ramai di kalangan generasi baru sudah tidak mengenalinya.
Kecenderungan mereka berdua bermula sewaktu singgah di sebuah kedai jahit yang diuruskan warga Pakistan.
Melihat orang terbabit menjahit dan menghasilkan sebuah tanjak, membuatkan mereka tercabar dan berasa malu kerana pakaian tradisional Melayu itu dihasilkan oleh rakyat asing.
“Dari situ, kami mula menimba pengalaman untuk membuat tanjak serta mendalami ilmu dengan beberapa orang yang mahir dalam menghasilkan pakaian tradisional Melayu lelaki dan perempuan.
“Alhamdulillah, hasilnya boleh dibanggakan apabila usaha kami mendapat sokongan keluarga dan rakan, malah berjaya menarik perhatian pelancong asing sewaktu kami melakukan demonstrasi busana Melayu,” kata Mohd Faizee Azwar.
Menurutnya, pelbagai suka dan duka dilalui mereka berdua, malah ada yang melemparkan tohmahan dan menganggap mereka melakukan kerja gila.
Namun katanya, melalui aktivis busana Melayu yang berjaya menarik penyertaan daripada pelbagai persatuan dan kumpulan memberikan semangat dan harapan untuk mereka memperjuangkan pakaian tradisional Melayu itu.
“ Menerusi aktivis ini, kami berpeluang menyedarkan generasi muda agar berani menampilkan diri dan memperkenalkan kembali pakaian tradisional Melayu melalui pelbagai aktiviti.
“ Kami juga memulakan revolusi memakai tradisional warisan Melayu sewaktu ke Suria KLCC dan Bukit Bintang. Bayangkan, bagaimana pandangan masyarakat sewaktu 38 aktivis ini memakai pakaian berkenaan dari Stesen KL Sentral, seterusnya Suria KLCC dan Bukit Bintang.
“ Malah, kami turut ke muzium serta beberapa negeri seperti Johor, Melaka dan Kelantan. Kemuncaknya pada 2012, aktiviti ini berjaya menghimpunkan peminat pakaian tradisional daripada pelbagai generasi di Ladang Alam Warisan, Negeri Sembilan, ” katanya.
Pemakaian baju tekua dianggap antara pakaian rasmi kalangan pembesar istana dan panglima Melayu. Malah, dalam Sulatus Salatin menyatakan ia dipakai 10 pembesar Melaka, antaranya Temenggong, Laksamana, Syahbandar dan Bentara.
Barangkali masih ramai tidak mengetahui baju tekua. Ia boleh diumpamakan baju kot di zaman dulu, diperbuat daripada kain songket dan dipakai bersama tengkolok, baju kutang, seluar mengan, sampin serta bengkung. Boleh juga dipakai tanpa bengkung dan sampin.
Perkataan tekua dikatakan berasal daripada kata ‘ takwa ’ yang terbit selepas pedagang Arab melihat masyarakat Melayu memakai pakaian labuh seperti jubah. Perkataan itu mencerminkan pemakainya berbangsa Melayu dan memenuhi tuntutan agama iaitu menutup aurat.
Sementara itu, Shahrul Fadzly berkata, pakaian tradisional lelaki ada pelbagai jenis dan namanya yang tersendiri.
“ Masyarakat mungkin mengenali baju layang dan baju sikap yang digunakan sewaktu majlis perkahwinan atau majlis bersilat.
“ Baju tekua diperbuat daripada kain songket yang direka lebih singkat dengan rupa kaki baju hanya separas atau berada atas lantai agar si pemakai tidak duduk di atas pakaian itu.
“ Panjang lengannya pula adalah sejengkal daripada pergelangan tangan, manakala potongan di tengah baju berukuran sebesar tapak tangan si pemakai dan diikat dengan kancing di bahagian dada, ” katanya.
Memakai tekua tidak lengkap tanpa seluar mengan yang direka mengikut adat dan suku sama ada Melayu, Bugis ataupun Minang.
Rekaan seluar mengan pula biasanya labuh hingga sejengkal dari buku lali. Rekaannya juga unik kerana mempunyai tepak di bahagian kelangkang bagi memudahkan pergerakan aktif golongan lelaki.
Tanjak pula perlu dilipat teliti sehingga lima tingkat, mencontohi lima lilitan serban dipakai oleh orang Arab.
Selepas memahami semua jenis dan keperluan, tidak hairanlah bagi Toko Saudagar Tekua menghasilkan persalinan pakaian tradisional lelaki yang lengkap dari tanjak, baju tekua, baju dalam sehinggalah seluar mengan.
Meskipun satu ketika dulu ia dipakai dalam majlis rasmi, adat istiadat dan kebesaran diraja, pemakaian busana Melayu ini boleh diberi nafas baru dan disesuaikan dengan peredaran zaman.
Sehingga kini, toko berkenaan menerima sambutan menggalakkan, malah mendapat tempahan dari pelbagai pihak termasuk dari luar negara seperti Singapura, Brunei, Belanda, Jordan dan Scotland.
Harganya pula tidaklah mahal, contohnya bagi sepasang pakaian tradisional lelaki berharga RM450, manakala tanjak dari RM100 hingga RM150, bergantung kepada reka bentuk dan pilihan pengguna.
- Harian Metro -
Last edited by HangPC2 on 20-6-2013 12:31 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|