CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikna99

Bloggers Gardening Member (Ver.4)

 Close [Copy link]
Post time 28-7-2009 05:16 PM | Show all posts
473# nazurah

Bukan apa nazurah...elok2 kita tak tau apa2 karang...tak kena mengena...sebab banyak sangat nak ambik tau...orang kata busy body pulak...langsung tercalit sama...hehehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 05:17 PM | Show all posts
474# anggerikrimba

Tapi i memang masih tak fahamlah...boikot HG camana ni?...ishh..maybe lah i ni memang lurus bendul betul agaknya...tak tangkap2 lagi apa ke halnya ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2009 05:20 PM | Show all posts
huhu...lily n orkid yang naz bagi belum mahu berbunga lagi tapi sudah gemuks...
ceh ceh nak promote nie...
novel nazurah aisyah yang bertajuk 'RAHSIA HATI' memang sarat dgn emosi...
err..lom abis baca lahh yang.. setakat nie..besttt...



sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah…

Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!

Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu!

Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah.
Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika.
Payahnya pabila cinta jadi benci.
Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu.
Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!  

Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang.... Kenapa harus begitu, Mal?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 05:31 PM | Show all posts
ang, cikna... lily tu tebas aje kalo takmo bunga... amazon lily sy mmg pemalas nk berbunga actually lily sy kat rumah ni semua pemalas bunga sebab sy tak bubuh baja bunga... bukan salah pokok lily tapi salah si Lily...

sofie, kita sabar aje... kalau nk mengadu nasib pun kita mengadu kat kawan seorang dua aje tapi tidaklah kita berPM buat iklan percuma jangan beli dari orang itu dan ini... saya percaya bila kita menyekat rezeki orang, nanti rezeki kita pun susah nak masuk... maka saya diamkan aje...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 05:37 PM | Show all posts
Naz,

sabo tue yang akak nak dengaq...nantie akak kirim air zam2 penyejuk minda...air penyembuh segala ubat dalaman hati n luar...kirim bagie cikna n shida...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 05:43 PM | Show all posts
460# alifinara

alif,

syabas kerana awak telah menjalankan fardhu kifayah agar kita di sini tidak berpecah belah. Moga Allah memberi kekuatan kepada akak, awak dan semua mereka yang terkena dengannya di sini. adalah terlalu sukar akak hendak menerima kata nista dari dia tapi akak redha. akak berharap semoga Allah memberi petunjuk kepadanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2009 05:46 PM | Show all posts
484# nazurah

salam..

saya betul2 xde idea bab2 fitnah di HG nih. sipolan dan sipolan xde idea lansung. pada saya jual beli online ni kene amik risikola. kalu ok. buleh beli lagik. kalu x ok. saya x beli dah.
di HG ni la saya mula minat dan belajar menanam. jadi tumpuan saya lebih kpd bertukar-tukar dan mencari idea etc.
nak dengki2 negatif atau bermasam2 muka mmg x bagus utk komuniti kecil kita di HG ni.
sesiapa pon mesti x suka.{:2_67:}
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 06:15 PM | Show all posts
487# mizahanan

miza semua orang tahu risiko beli online ni tapi itu bukan lesen untuk si penjual mengambil kesempatan terhadap pembeli...apatah lagi yg membuat urusniaga itu orang islam...patut lebih tahu hukum hakam muamalat ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 06:18 PM | Show all posts
486# sarahaisyah

akak... melalui pengalaman saya yang tak seberapa ni...

orang yang suka buat cerita ni kadang tergolong dari orang-orang yang cuba menutup kesalahan sendiri... tak ramai manusia kat dunia ni nak mengaku salah atau kekurang diri... tapi bila kita berdiam diri, amboi... menjadi-jadi pulak...

betul kata kak sofie, mengalah bukan bererti kita kalah... biarlah kalau sipolan itu nak meroyan atau apa, bos matsaleh saya pernah cakap, mulut orang memang tak boleh kita tutup tapi satu hari nanti mulut tu akan penat...

cool kak... im always with u
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 07:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by Paradox11 at 28-7-2009 15:30

sambung tepek gambar2 Mesilau pula, ada bnyk lagi kat Flickr aku. enjoy!


http://farm ...
Paradox11 Post at 28-7-2009 15:26


para.. thanks 4 sharing..
begitu mendamaikan sekali tengok gambar2 yang para letak.. betapa besarnya anugerahNYa..

dah sampai ke situ.. view mmg superb sangat2...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 07:17 PM | Show all posts
460# alifinara

uiks.. apa kes lak ni..

dalam alam maya pun ada gak ke perasaan dengki mendengki ni.. alahai..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:20 PM | Show all posts
nak mencelah gak sikit..
rasa macam faham jugak cerita shida tu..harap-harap akak tak salah fahamlah..

Pada akak benda cenggini di mana-mana pon ada..akak pon lalui tapi buat tak tau je lah.
mungkin juga akak faham tapi sampai ke tahap mana keadaannya akak tak dapat bayangkan..

Cuma yang dapat akak katakan pada adik-adik dan kawan-kawan di sini, banyakkan bersabar. Tujuan kita di sini adalah untuk menimba ilmu, berkongsi minat dan berkongsi cerita. Janganlah dek kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Tanamkan sifat hormat menghormati, positif dan redha dalam diri kita..
Biarlah si Luncai tenggelam dengan labunya..

Marilah kita sama-sama berdoa moga sipolan mendapat petunjuk dan sedar dengan apa yang dia telah buat..

Tak ada faedahnya kalau kita menyindir, menghina dan memfitnah sesama kita di sini..
apa yang kita dapat..abis-abis sakit hati dan geram. Selebihnya boleh dapat sakit darah tinggi atau jantung dek menahan perasaan marah dan geram..

Biarkan je dia dengan dunianya..kita teruskan niat suci kita di sini..

ha..sesape lagi nak berdangdut minggu ni. Jom lah kita pegi sama-sama ataupon minggu ni kita ke Pesta Flora Putrajaya..betulkan minggu ni tarikhnya..hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by Paradox11 at 28-7-2009 20:30

dea, sana mmg peaceful, aman damai udara pun nyaman, sejuk. sesuai bawak seluruh family bercuti di sana.

kak har, camera canggih tu masih dgn akak? boleh lah test power masa pesta flora nanti huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:35 PM | Show all posts
493# Paradox11

ya Padox..tu lah dok berangan ni..anak yg Uitm kan cuti seminggu sebab H1N1 tu..so camera tu memang ada ngan akak..

ingat hari minggu ni nak pi terjah Putrajaya..dah bagitau hubby, dia kata ok..

tapi Padox..akak tengok you pakai camera handphone ambil gambar..tak kurang hebatnya, ni mesti handphone canggih kan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:39 PM | Show all posts
kak har, henfon yg saya pakai utk pulau Mamutik tu SE W810i jek, dah rosak sebab terkena air awal tahun lalu. so saya beli yg baru, RM400 jek, SE K810i. camera SE mmg boleh tahan kalau cahaya terang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:44 PM | Show all posts
495# Paradox11

akak selalu perasan bila Padox pakai camera handphone ambil gambar..semuanya cantik2 dan terang..

akak ingat ni mesti pakai handphone canggih yang ribu riban..rupanya camera hp SE memang bagus ya..
akaknya hp Nokia tak berapa cantik lah..nanti kalau nak tukar hp akak nak cari SE lah pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 08:46 PM | Show all posts
akak juga sedang mencuba dslr , tapi canon. hajat di hati nak beli pentax k -m twin lense tu, Hb pulak dah terberkenan dengan sony alpha 700. ishhhhh.......... kalau dia beli yang itu nanti, makan pasir la kita orang kot hehehehehehehe

kita orang nak balik kampong hujung minggu ni , nak try amik gambar guna kamera canon nih. ingat nak amik kat kebun durian saja.
Oh! kepada sesiapa sahaja samada orang perak atau tidak, dan yang mengenali diri ini (ewah!!! statement artis la pulak) , jemput la ke kebun kami di Manong , Perak.Ikhlas nih,
kami bertolak ke kampung dari shah alam pukul 8 pagi sabtu. sesiapa nak join bolehlah ikut sekali.
shida dah sampai kampong saya, orang lain tak terinign nak join ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:50 PM | Show all posts
497# sarahaisyah

Tina..akak memang teringin tapi  sabtu ni hb ada kursus kat sekolah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 09:05 PM | Show all posts
kak har, saya beli SE sebab murah (AP set) dan quality gambar pun boleh tahan. Kalau Nokia, yg saya tau mampu mengambil foto cantik ialah seperti Nokia 6220 Classic dan N82. Dua model ni ada flash yg betul juga, mcm camera real. SE K810i saya pun ada flash mcm flash camera betul (Xenon flash). Tapi Nokia 6220 dan N82 di luar budget saya so saya pun belilah K810i tu dan mmg bertuah dpt beli pada harga RM400+ sahaja brand new.

kalau akak nak cari HP SE yg murah tapi dgn camera yg bagus, saya rekemen SE W810i (RM300+), SE K750i (RM300 boleh dpt) dan SE K810i (RM500). Untuk Nokia pulak, saya cuma boleh rekemen 6220 Classic sahaja (RM700++) atau N82 tapi mahallah.

ops, terlalu banyak info pulak haha.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 09:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by Paradox11 at 28-7-2009 21:51

sambung gambar2 dkt Tamparuli, Kundasang dan Ranau.

Jambatan Tamparuli (lagu Sabahan "Jambatan Tamparuli" terngiang ngiang dlm telinga)



aku ingat jambatan ni jenis tali, rope bridge, sekali tgk, uik, jambatan modern. maybe tlh dimodernkan. kalau kita naik, mmg bergoyang2 so org yg gayat atau senang motion sickness, lebih baik jgn.


Kereta akan guna satu tambak yg merentas sungai sebab jambatan gantung ni utk pedestrian sahaja.




Setiap pagi Rabu ada pasar tamu di Tamparuli.


Antara pokok hutan, sayur, dan cili yg dijual di sini:


Lain2 yg dijual seperti kuih, manik, souvenirs, baju, kain, ikan kering etc etc.


Aku sempat gak buat detour ke pasar Tuaran sebab masa aku parking kat Tamparuli tu kena tiket saman pulak. Aku dgr citer org yg polis sana mmg target kereta yg number plate bukan Sabah, contohnya W. Lepas bayar saman di Tuaran, aku singgah kejap di kedai kopi "Tuaran Mee" sebab baca dlm internet yg Tuaran Mee ni sedap. Sampai 4 bungkus kami beli. Sampai hotel lapar, so buka utk makan. Very disappointing... tak sedap pun. Sedap lagi Konlo Mee di KK.


sedikit gambar2 di Kundasang pula:

Pada pagi Jumaat, kami nak balik ke KK, kami stop kejap kat tepi jalan. Kalau tak silap, inilah Pasar Tamu Kundasang.

Barangan yg dijual tak bnyk variety, banyak ikan masin. Sedikit buah-buahan tapi buah-buahan di sini mahal.

In fact, vegetables mcm kubis, cauliflower dan buah-buahan yg dijual di tepi jalan di sini mmg mahal. Tak murah mana pun. Contohnya, 1 pek baby kailan about RM2-RM4. Buah-buahan mcm Longan pun lebih mahal sebab bukan local tapi datang dari tempat lain. Lebih mahal daripada beli di bandaraya KK.





Pokok strawberry dlm polibeg


Pekan Kundasang



Kat sini bnyk construction dan kerja kerja tanah. kalau tak hujan, mmg berhabuk teruk.
jalan raya pun becak dan ada sesetengah area yg mmg berlubang dan tidak berturap sejak tahun lepas lagi. entah bila mereka nak baiki! for a touristy place, mmg tak patut dibiarkan mcm ni.



Sayap bakar lagi! mmg banyak gerai sayap bakar di Sabah ni!


Dari Kundasang kalau nak ke Poring Hotspring akan lalu Ranau, about 15km dari Kundasang. Pekan ni besar lagi daripada Kundasang. Can be called a town. Ada pos opis besar, etc etc.



On the way dari Kundasang ke Ranau (esp waktu pagi) selalu temu dgn lori2 yg membawa pelbagai muatan seperti sayuran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.243259 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list