|
Agaknya bila LPT fasa ke 2 akan siap sepenuhnya ?
[Copy link]
|
|
ntahnya...!berapa puluh kali aku lalu LPT, tak siap2 gak..kalau siap, leh lah tiap2 minggu aku balik kg |
|
|
|
|
|
|
|
berjanggut tunggu...start dari aku 1st sem zaman study lagi sapa keje dok siap2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anwar Dedah Kepincangan Projek Lebuh Raya Pantai Timur
[size=9.02778px]
SHAH ALAM, 18 MAC: Kerajaan terpaksa menanggung kerugian besar dalam melaksanakan Projek Lebuh Raya Pantai Timur apabila beberapa keputusan yang dibuat tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan Menjunjung Titah Diraja di Dewan Parlimen baru-baru ini, kerugian tersebut berlaku disebabkan terdapat beberapa kontraktor yang sepatutnya disenarai hitamkan dari mendapat tender telah diberikan tender oleh kerajaan.
“Jadi maknanya ada suatu pakatan kerjasama. Sepatutnya, yang saya tahu financial prosedur itu jelas, mana-mana syarikat yang gagal maka semua anak syarikat itu dikecualikan daripada mendapat tender semula.
“Akan tetapi ini diberikan pengecualian, pakej kelapan, anugerah kepada Arah Jitu RM80 juta, mansuh November 2009.“Kemudian, ditender semula, berikan pula kepada Arah Jitu, harga RM76 juta.
“Ini kontrak apa sebegini? Ia gagal, kita anugerahkan semula. Jadi, kontraktor yang gagal untuk melaksanakan dua pakej; 8B dan 9B, dipilih semula dengan harga yang jauh lebih tinggi,” ujar beliau.
Anwar turut memberitahu dewan bahawa Kerajaan juga didapati tidak menuntut kembali bayaran yang telah dibayar kerajaan kepada syarikat-syarikat yang gagal menyiapkan projek yang diberikan kepada mereka.
“Ini saya tekankan kerana kontrak 1A, pakej 1A bernilai RM41.86 juta dianugerahkan kepada Ascent Vest Sdn Bhd, dimansuhkan pada April 2010 setelah membayar RM27.2 juta.
“Ditender semula, dianugerahkan kepada Q-Bena dengan harga RM31.1 juta dengan tambahan dana. Kontraktor pertama patut bayar ganti rugi.“Pakej keempat dianugerahkan kepada Kobena Corporation harga RM61 juta, gagal lagi siap dan diberikan kepada syarikat baru, pakej ketiga.
“Yang hendak saya tekankan pakej keempat ini tadi ialah setelah gagal syarikat ini diberi pula kepada anak syarikat yang sama, anak syarikat kepada syarikat induk yang sama,” katanya lagi.
Sebelum ini beberapa media tempatan melaporkan pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Timur ini telah mengalami kelewatan dari jadual kerja disebabkan kegagalan beberapa kontraktor yang dianugerahkan projek ini menyiapkan kerja-kerja mereka.
Malah beberapa media siber turut melaporkan aliran air Sungai Bagus, Terengganu turut dilencongkan bagi membolehkan aliran air mengalir di bawah jambatan yang dibina di atas daratan sebelumnya.
Selain itu, kos pembinaan proejek ini juga meningkat kepada RM210 Juta dengan tambahan RM70 Juta dari harga asal iaitu RM174 Juta.TVS
|
|
|
|
|
|
|
|
Anwar Dedah Kepincangan Projek Lebuh Raya Pantai Timur
SHAH ALAM, 18 MAC: Kerajaan terpaksa ...
bicaraj Post at 28-3-2012 23:40
disebabkan projek ni.....terserlah lg kronisme....doh la lambat siap......say no to Umno BN :@ |
|
|
|
|
|
|
|
pakoh parti Kunci la tahun ni. ade lg dop? |
|
|
|
|
|
|
|
kan ker abe eid kata 2013 baru siap..dok tau la pulok kot naik ke 2014... |
|
|
|
|
|
|
|
bila la nak siap....senang sikit zana nak balik trg |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 486# palmolive
lepas 2014, akan jadi 2015 pulok kekgi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 488# ambok
hopefully tahun 2041 LPT siap kots...kalu ambe dok leh guna pon, anak cucu bulih guna, huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya sampai aku dah balik dok johor semula pun highway ni tak siap lagi..ingatkan dapat laa merasa ikut lpt terdekat dengan Paka ni. |
|
|
|
|
|
|
|
setakat yg aku tau.....pakej 5C,6 dan 9A dah siap.....<-----------yg belah dungun dan kemaman.....pakej 9C dlm 95% siap......masalahnya pakej 9B jauh kn tnggal.....dlm 50% je kot....kalu dop mmg leh buka doh dari exit bukit besi tu ke pakej 9C-9B-9A(exit durian mentangau)... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by palmolive at 21-4-2012 10:44
kalu tgk pakej, 9B dlm 5.2 km jek...banding 9A 11.44km...
masalah kontraktor ker...
ganer2 pun, ajil ke bukit payung pun dok buka lagi...
hujung laluan exit jabur tu pun napok dok tar apa2 lagi pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ambok
hopefully tahun 2041 LPT siap kots...kalu ambe dok leh guna pon, anak cucu bulih guna ...
maxxsa Post at 16-4-2012 00:02
aminnn...tapi mitok2la biar kito pon sempat jugok meraso |
|
|
|
|
|
|
|
royak doh.....kan betul..haha...
http://kosmo.com.my/kosmo/conten ... ra&pg=ne_07.htm
DUNGUN – Tarikh akhir siap Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) fasa dua yang dijangka siap pada tahun 2014 mungkin dipinda lagi ekoran dua pakej dalam pembinaan lebuh raya itu masih belum ditender semula.
Selepas diumumkan pembinaannya pada tahun 2005, projek sepanjang 182.6 kilometer menghubungkan Jabor, Pahang hingga Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu dikatakan akan siap pada tahun 2007.
Namun oleh kerana beberapa masalah timbul ia diubah beberapa kali dan terbaru, tarikh akhir dijangka siap pada tahun 2014.
Dua pakej yang masih belum ditender semula itu membabitkan pakej empat melibatkan laluan sepanjang 7.3 kilometer menghubungkan Stesen Mardi di Kampung Pasir Gajah ke Ibok, Kemaman.
Turut mengalami nasib sama ialah pakej tujuh sepanjang 13.5 kilometer yang menghubungkan Paka ke Air Jernih, Kemaman selepas kedua-dua kontrak asal pakej itu ditamatkan ekoran beberapa masalah yang timbul. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi mat said kabo siap sebelum akhir tahun depan....akhir tahun 2013 |
|
|
|
|
|
|
|
guaner nak siap nyer kalu duk tukor kontraktor sokmo.... |
|
|
|
|
|
|
|
doh kalu kontraktor masalah, lagi skait dok tukor. dakpe lah lambat pon.a sal siap. jgn siap awal pahtu retak sana sini lubang sana sini rebis sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
kalo kontraktor performed, tukar kontraktor bukan isu dia...
setiap org memainkan peranan, progress flow projek cantik, payment cantik, semua org puas ati.... |
|
|
|
|
|
|
|
manje betul la kontraktor hok wat lpt 2 nie....arghhhhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
mana tak manja...gagal wat kerja dapat tender balik.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|