CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sfhzuraz

KUIZ siapa cepat dia dapat

 Close [Copy link]
Post time 12-2-2011 07:15 PM | Show all posts
SOALAN awal2 pagi Sabtu



a.Nyatakan 2 hidangan masakan bg pic kt atas.
[1 hidangan yg lh dim ...
sfhzuraz Post at 12-2-2011 18:27

hamboi on9 terus jer jawab soklan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2011 11:07 AM | Show all posts

SOALAN awal2 pagi Sabtu



a.Nyatakan 2 hidangan masakan bg pic kt atas.

[1 hidangan yg lh dimkn dgn nasi & 1 menu yg manis]

i- Sayur Labu Siam   ii- Pengat Labu


b.Tepek 1 resipi hidangan manisnya beserta 1 picnya.

Pengat Labu Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )
  • 1/2 biji Labu (bersaiz kecil)
  • 1 kotak Santan (saya guna santan M&S saiz besar)
  • 1/2 ketul Gula Melaka
  • 2 sb Gula
  • secubit Garam
  • 2 simpul Daun Pandan
  • 3 sb Sagu (direndam sehingga kembang)

Cara-cara Labu dipotong dadu dan dibersihkan Masukkan santan,gula,gula melaka,labu dan daun pandan ke dalam periuk (tambah air jika perlu).Nyalakan api dan kacau perlahan Tunggu sehingga gula melaka larut dan labu lembut. Masukkan sagu yang direndam. Masukkan secubit garam dan tunggu sehingga mendidih. (sentiasa kacau supaya tidak meruap) Padamkan api dan sedia untuk dihidang.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 11:22 AM | Show all posts

SOALAN awal2 pagi Sabtu



a.Nyatakan 2 hidangan masakan bg pic kt atas.
[1 hidangan yg lh dimkn dgn nasi & 1 menu yg manis]

i- Labu Kuning Masak Lemak Cili Padi   ii- Ondeh-ondeh Labu


b.Tepek 1 resipi hidangan manisnya beserta 1 picnya.

Ondeh-ondeh Labu

Bahan-bahan ( 20-30 biji )
  • 1/4 biji labu
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Tepung pulut secukupnya
  • Gula merah
  • Kelapa parut + garam
Cara-cara
  • Rebus labu hingga empok. Toskan airnya dan lenyek hingga hancur. Sejukkan.
  • Uli labu dengan campuran kedua-dua tepung hingga menjadi doh bulat.
  • Ambil sedikit doh , isikan dengan gula merah dan gentel bulat2. Ulang hingga doh habis.
  • Rebus bebola2 dalam air mendidih. Bebola akan timbul bila ia sudah cukup masak.
  • Angkat bebola yang timbul dan terus golekkan dalam kelapa parut.
  • Atur dalam piring dan hidangkan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 11:36 AM | Show all posts

SOALAN awal2 pagi Sabtu



a.Nyatakan 2 hidangan masakan bg pic kt atas.
[1 hidangan yg lh dimkn dgn nasi & 1 menu yg manis]
i- Labu Masak Daging   ii-  Kuih Keria Labu

b.Tepek 1 resipi hidangan manisnya beserta 1 picnya.

Bahan-bahan ( 25 biji )
  • 1 kg labu
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 1/2 cawan gula & sedikit air
  • Minyak masak utk menggoreng
Cara-cara
  • Bersihkan labu, buang kulitnya dan rebus hingga empuk
  • Toskan airnya dan taburkan sedikit garam
  • Lenyek sampai hancur sementara labu masih panas
  • Biarkan hingga labu betul2 sejuk
  • Setelah labu sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga rata
  • Buat bentuk bulat & seperti gelang dan goreng, jaga api jgn terlalu kuat..
  • :: Tip, sapukan sedikit minyak ditapak tangan supaya doh tidak melekat
  • Setelah siap digoreng, ketepikan.. masak gula dgn air dalam kuali lain.
  • Didihkan gula hingga pekat dan kacau rata, setelah agak likat masukkan kuih yg telah digoreng tadi,gaul rata & pantas.. pastikan semua terkena gula..
  • Siap utk dihidang.. :: SeLaMaT MeNcUbA ::




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 02:45 PM | Show all posts

SOALAN awal2 pagi Sabtu



a.Nyatakan 2 hidangan masakan bg pic kt atas.
[1 hidangan yg lh dimkn dgn nasi & 1 menu yg manis]

a. Labu Tumis Air   b.  Kuih Talam Labu


b.Tepek 1 resipi hidangan manisnya beserta 1 picnya.

Kuih Talam Labu

Bahan Lapisan Bawah:

  • 3 cawan santan cair + sedikit garam
  • 1 cawan labu yang diparut
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung kastad

Cara-Cara:-

  • Masukakn semua bahan kecuali labu parut dan kacau hingga sebati. Tapiskan.
  • Kemudian masukkan labu yang diparut dan kacau lagi hingga rata.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit (akak kukus 40 minit) sehingga masak.

Bahan Lapisan Atas:-

  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning (akak punya dah habis rupanya, tukar ijo laa)

Cara-Cara:-

  • Gaulkan semua bahan dan tapiskan dalam periuk. Kacau adunan ini di atas api yang perlahan.
  • Apabila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sedikit dengan garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan labu tadi.
  • Kukus selama 25 minit.
  • Sejukkan betul-betul sebelum dipotong dan hidangkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 02:56 PM | Show all posts

SOALAN awal2 pagi Sabtu



a.Nyatakan 2 hidangan masakan bg pic kt atas.
[1 hidangan yg lh dimkn dgn nasi & 1 menu yg manis]

a. Labu Masak Kicap   b. Kek Labu Manis


b.Tepek 1 resipi hidangan manisnya beserta 1 picnya.

Kek Labu Manis

BAHAN-BAHANNYA
3 biji telur gred A
1 cawan mentega cair
1 1/2 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh garam
450 g labu, kupas kulit,potong ketul2 n blend dgn sedikit air (tapis n buang kan airnyer)
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 camca teh soda bicarbinate*
1/2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)

Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 175C.

Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, mentega cair, labu (yg dah di blend) dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2011 08:21 AM | Show all posts
SOALAN yg senang..tentu semua dpt jawab.


Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 08:29 AM | Show all posts
SOALAN  08{:1_130:}



a. Apa nama kuih di atas?
b.Tepek 1 pic dr perkataan pertama dr jawapannya.
c.  Tepek resipinya


[harap nmpk picnya]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2011 08:41 AM | Show all posts
TQ pd semua yg menjawab SOALAN ttg Buah Labu tu.
& T A H N I A H  buat anda semua.
-cintan
-zura
-prof

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 08:42 AM | Show all posts

SOALAN  08{:1_130:}



a. Apa nama kuih di atas?

Tepung Pelita


b.Tepek 1 pic dr perkataan pertama dr jawapannya.




c.  Tepek resipinya

Bahan-bahan 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam
Cara-cara
  • Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  • Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  • Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  • Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  • Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  • Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  • Sejukkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 08:43 AM | Show all posts
TQ pd semua yg menjawab SOALAN ttg Buah Labu tu.
& T A H N I A H  buat anda semua ...
masarju Post at 14-2-2011 08:41



    TQ kak mas......
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 08:51 AM | Show all posts
SOALAN senang..tentu dpt jawab dgn cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 09:03 AM | Show all posts
SOALAN  08



a. Apa nama kuih di atas?Tepung Pelita
b.Tepek 1 pic dr perkataan perta ...
prof_x01 Post at 14-2-2011 08:42 AM


T a h n i a h        prof
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 09:05 AM | Show all posts
Reply 491# prof_x01

Sama2 prof.
Rajin2lah dtg sini,jawab soalan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 09:09 AM | Show all posts
Reply  prof_x01

Sama2 prof.
Rajin2lah dtg sini,jawab soalan.
masarju Post at 14-2-2011 09:05



    insyaAllah kalu ada kelapangan...

kak Mas mmg asal Pahang ke? area mana tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 09:12 AM | Show all posts
SOALAN  13 {:1_130:}

Tempat2 menarik di satu negeri di Msia

a. _ _ L _ _     _ E _ _     _ E _ _ R _

b. _ _ M _ _ H     _ U _ _ _ G

c. _ E _ _ N       _ A _ _

d. _ _ _ A _      _ A _ G _ _ _ _

e. _ A _ _ A _      M _ _ _ E _ _

f. Tepek 3 pic dr lima tempat2 tersebut.
g.Tepek info satu dr tempat2 tersebut.


[anda blh menjawab sebanyak mana anda nak tp dgn syarat..jawapan yg diberi mesti berbeza..SOALAN
valid hingga jam {:1_130:}11.00 AM nnti]
;)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2011 09:51 AM | Show all posts
Selamat Menjawab;).
Jumpa lagi


Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 10:05 AM | Show all posts

SOALAN  13 {:1_130:}

Tempat2 menarik di satu negeri di Msia

a. B A L A I     S E N I     N E G E R I

b. L E M B A H     B U J A N G

c. P E K A N       R A B U

d. P U L A U      L A N G K A W I

e. P A N T A I      M E R D E K A


f. Tepek 3 pic dr lima tempat2 tersebut.

a. Balai Seni Negeri

b. Lembah Bujang

c. Pekan Rabu




g.Tepek info satu dr tempat2 tersebut.

Balai Seni negeri Kedah terletak di tengah-tengah Medan Budaya. Senibina bangunan Balai Seni negeri Kedah ini banyak dipengaruhi oleh senibina Roman sama dengan bangunan yang terdapat di "Temple of Fortune Rivals".

Balai Seni negeri Kedah dibina pada tahun 1912 dan telah digunakan sebagai Mahkamah Tinggi sebelum ditukar menjadi pejabat kepada beberapa jabatan kerajaan negeri. Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Kini, Balai Seni negeri Kedah merupakan nadi kepada semua aktiviti-aktiviti kebudayaan dan seni dalam Negeri dan ia diurus oleh Lembaga Muzium Negeri.






[anda blh menjawab sebanyak mana anda nak tp dgn syarat..jawapan yg diberi mesti berbeza..SOALAN
valid hingga jam {:1_130:}11.00 AM nnti]
;)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 10:15 AM | Show all posts

SOALAN  13 {:1_130:}

Tempat2 menarik di satu negeri di Msia

a. B A L A I     S E N I     N E G E R I

b. L E M B A H     B U J A N G

c. P E K A N       R A B U

d. P U L A U      L A N G K A W I

e. P A N T A I      M E R D E K A


f. Tepek 3 pic dr lima tempat2 tersebut.

a. Pekan Rabu

b. Pulau Langkawi

c. Pantai Merdeka



g.Tepek info satu dr tempat2 tersebut.

‘Pekan Rabu’ terletak di tengah-tengah bandar Alor Star. Pekan Rabu kini dibuka bukan saja pada hari Rabu, tetapi setiap hari. Pasar ini terkenal di kalangan penduduk setempat dan juga pelancong dari luar Kedah. Pasar ini bermula sebagai sebuah pasar biasa, dan kini telah berkembang menjadi pusat bermacam-macam jualan. Turut dijual di sini termasuk berbagai produk setempat seperti dodol durian, tikar mengkuang dan pakaian.





[anda blh menjawab sebanyak mana anda nak tp dgn syarat..jawapan yg diberi mesti berbeza..SOALAN
valid hingga jam {:1_130:}11.00 AM nnti]
;)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 01:03 PM | Show all posts
Td pun SOALAN yg senang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.085976 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list