CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: oddxx

FAN CLUB SHAHZ JASZLE & FAEZAH ELAI (SJFE)

[Copy link]
 Author| Post time 1-7-2011 03:16 PM | Show all posts
Rasa rasa nak tgk esje jadi pengantin ....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 03:45 PM | Show all posts
Tetiba rasa statement nk anak cepat tu sweet pulak.
Ni mesti blh jd papa penyayang ni...
Skill pegang baby dah ada, tinggal nk brush up je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 04:06 PM | Show all posts
Reply 481# oddxx


   gambor bila ni???
segaknya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2011 04:08 PM | Show all posts
Reply  oddxx


   gambor bila ni???
segaknya...
MutiaraBiru7 Post at 1-7-2011 16:06



masa dia ambik job jadi model pengantin ..and model pompuan tu gelfren dia sendiri (pada masa itu) Anzalna
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 04:19 PM | Show all posts
Muka anzalna ni pelik giler. Nampak mcm org dh berumur pulak. Maybe body sexy kot tu esje suke (sile refer figure2 ex2 die)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2011 04:35 PM | Show all posts
Muka anzalna ni pelik giler. Nampak mcm org dh berumur pulak. Maybe body sexy kot tu esje suke (sile ...
liltash85 Post at 1-7-2011 16:19



    yup tash !!! persamaan diantara semua ex-ex dia adalah ..body semua mengancam !! dah tu yg capture mata dia ..redho jer laa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2011 05:22 PM | Show all posts
tapi kalau pandang sekilas kan ala ala lofa jugakkan anzalna ni.. sume awek2 dia nama sgt urban seh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 05:31 PM | Show all posts
letak la pulak pengantin baju oren tu..hehee..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 08:04 PM | Show all posts
Sha, ni magazin pengantin biler ni???
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 10:47 AM | Show all posts
salam hari ahad,
dalam BiPop ada citer Neelofa and SJ.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 07:30 PM | Show all posts
Reply 490# liltash85


   tash cerita la kt sini apa cerita dlm bipop tu??
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 09:23 PM | Show all posts
Reply 491# amahnis

X reporter Zubir BH tu rasa Neelofa dgn SJ tu bercinta sbb die npk diorang kat final maharaja lawak. Die x condemn hero kita cuma die nasihatkan neelofa kalau betul die bercinta ngan SJ, ngaku jelah. Blh tutup terus gossip vvip tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 12:02 PM | Show all posts
sorry lambat ..sotkhabar smalam 3 Julai 2011 BiPop

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 12:06 PM | Show all posts
Ok suddenly ku rindu dgn rambut panjangnya dan watak die dlm bila azan berkumandang.
I miss the long hair badly. Huhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 12:07 PM | Show all posts
Chopsss. Nak tny bola cinta tu best kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 12:23 PM | Show all posts
Chopsss. Nak tny bola cinta tu best kah?
liltash85 Post at 4-7-2011 12:07



    ok ok ..ada byk scene sj half naked
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 12:45 PM | Show all posts
Reply 496# oddxx

yg part half naked tu yg ku nk tgk...so boleh ah download buat koleksi tambahan..tari tirana pun x sempat tgk lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2011 10:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by oddxx at 5-7-2011 10:21

Harian Metro 5 Julai 2011

   
Shahz sorok kekasih       Oleh Norhayati Nordin
[email protected]
        
               
BIARPUN bakat lakonannya baru menyerlah, namun nama Shahz Jaszle lebih hangat dengan kisah kontroversi. Bermula dengan konflik percintaan bersama aktres jelita, Maria Farida yang putus di tengah jalan hinggalah aksi ghairah dalam klip video Prema Yin.
Pembabitan bintang utama drama Asmara itu dalam klip video lagu Marilah Menari arahan pelakon Gambit Saifullah nyata dikritik hebat. Apapun, perkara itu sudahpun berlalu dan Shahz kini sibuk dengan aktiviti penggambaran drama yang dibintanginya.

Ditemui ketika sesi membaca skrip telefilem Sakura arahan terakhir seniwati veteran, Datuk Rosnani Jamil, baru-baru ini, Shahz, 23, tanpa berselindung mengakui hatinya kini sudah dimiliki seorang gadis muda yang seusia dengannya dan sudah empat bulan mengenali si dia.

Apakah gadis yang dimaksudkan itu pelakon baru, Neelofa yang menjadi heroinnya dalam filem Azura 2011 tetapi pemuda kacak ini menafikannya.

Ujarnya, siapakah gerangan gadis itu biarlah dirahsiakan dulu berikutan hubungan mereka yang masih baru.

“Dia (gadis itu) juga terbabit dalam bidang seni. Kami sudah berkawan sejak beberapa bulan lalu dan buat masa ini, saya belum bersedia membuat pengumuman lanjut kerana hubungan ini masih baru. Apa yang pasti, setakat ini ia berjalan lancar.

“Lagi pun, bimbang juga jika mengumumkan kami adalah pasangan kekasih, mana tahu hanya saya yang bertepuk sebelah tangan. Jadi, biarlah takdir yang menentukannya memandangkan fasa perhubungan kami pun masih di peringkat awal.

“Sepanjang empat bulan berkawan dengannya, tak dinafikan kami agak selesa bersama. Cuma, saya tidak berani lagi hendak memaklumkan namanya kepada umum kerana secara rasmi kami belum benar-benar menjalin cinta seperti pasangan kekasih lain,” katanya.

Menurut Shahz, sekalipun masing-masing belum bersuara menyatakan perasaan hati mereka, namun dia tahu gadis itu juga menyimpan perasaan sama sepertinya.

Katanya, buat masa ini gadis itu adalah tonggak kekuatan dirinya di kala susah dan senang.

“Pada saat saya berhadapan sisi kehidupan yang penuh kontroversi sedikit masa lalu, dialah yang memberi saya sokongan untuk terus kuat menempuhinya. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana mempertemukan diri ini dengannya.

“Barangkali, kami seusia menyebabkan mudah untuk keserasian wujud. Saya menyukai dirinya kerana dia seorang yang kuat dan sentiasa menyokong saya pada setiap masa. Dia juga mudah untuk dibawa berbincang dan saya amat tenang di sisinya.

“Sekalipun pernah kecundang dalam percintaan sebelum ini, namun saya tidak pernah serik jatuh cinta sesama artis. Saya sedikit pun tidak berasa gentar selepas pengalaman  buruk itu kerana ia mendidik saya menjadi seorang yang lebih matang.

“Pengalaman lalu banyak mengajar saya menjadi dewasa. Ia satu pengajaran yang amat berguna buat diri saya untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Ada hikmah di atas semua yang berlaku itu dan saya menerimanya dengan hati terbuka,” katanya.

Turut dilabel sebagai pelakon lelaki baru yang mudah terjebak ‘cinta lokasi’, pemuda kelahiran ibu kota ini menafikannya.

Ujar Shahz, ia kenyataan yang tidak benar. Katanya, dia seorang pelakon yang kurang bergaul di lokasi dan hanya menumpukan pada lakonan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 04:23 PM | Show all posts
wah siapakah? apakah?

tadi ada baca kat wiki yang SJ ada cita2 mau jadi chef... kalau jadi leh jadi Hot Chef
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2011 05:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by oddxx at 5-7-2011 17:12
wah siapakah? apakah?

tadi ada baca kat wiki yang SJ ada cita2 mau jadi chef... kalau jadi leh j ...
edlina Post at 5-7-2011 16:23



    yup pernah baca ..dia mmg boleh memasak !!! pernah amik kursus kulinari tapi separuh jalan sbb dpt offer jadi pengacara rancangan naratif remaja kat RTM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.623128 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list