CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: thatsourmia

korean drama tv2 - funny wild girl

[Copy link]
Post time 27-4-2005 08:44 PM | Show all posts
Polis menuduh IW melakukan kesalahan berdasarkan bukti kukuh yg mereka dapat.  Bagaimana sekali pun IW cuba menafikannya, pihak polis tetap tidak percaya.  Polis juga menuduh dia sengaja berbuat demikian kerana syarikatnya yg hampir muflis.

Dirumah, EH begitu gelisah sekali...sehingga pengurus kilang memberitahu yg tarikh akhir produk telah diubah....jadi begitu sukar untuk mereka dan IW juga...lagi pun tiada siapa yg percaya kalau mereka menafikannya.  EH bertanyakan keadaan IW.....kata pengurus, biasanya kalau kesalahan begitu, perniagaannya akan digantung selama satu atau dua bulan tapi dlm masaalh ini polis sedang menyiasat....tambahan lagi undang2 mengenai pengeluaran dan penjualan makanan sangat tegas buat masa itu.....mungkin dikenakan  penjara selama setahun.  Eh mengatakan yg IW tidak bersalah. Tapi jawab pengurus kilang....hanya mereka saja yg tahu.. dan dia mensyaki, ini tentu rancangan seseorang untuk menjatuhkan mereka.

Dirumah atuk pengerusi...bukan main lagi perempuan bahalul tu makan dgn tuk....siap2 borak2 dgn atuk pengerusi , tanya macam mana kenal dgn atuk IW....tiba2 pekerja syarikat datang berjumpa dgn atuk pengerusi dan memberitahu mengenai penangkapan IW.  meradanglah atuk ni....yg minah setan ni pulak...pura2 lah kata tak mungkin.......ni yg aku nak:ketuk::ketuk:

Dalam penjara IW hanya duduk termenung.....sambil banduan2 yg lain berbual2 bertanyakan apa kesalahan yg lain yg menyebabkan mereka dipenjarakan.  Atuk pengerusi mahukan pengesahan dari KH mengenai kesalahan IW....minah hantu setan ni pun jalankanlah jarum dia kat atuk pengerusi.  Lepas tu dia report lak kat makchik CEO, yg hapi sakan IW dah masuk penjara.  Tak cukup lagi tu, KH nak pastikan yg kilang IW akan tertutup terus.....ya Rabbi....jahatnya minah ni.

EH memasak makanan untuk dibawa kepada IW.  Dipenjara IW dibawa berjumpa dgn EH dgn tagn bergari.  IW bertanya kenapa EH datang, padahal dia sudah memberitahu pengurus kilang untuk memastikan yg EH tidak datang.  IW bertanyakan tentang Eo Jin, yg dibawa EH dan mahu melihatnya, tetapi tgnya masih bergari.  EH memberikan bag yg berisi dgn pakaian dan barang2 keperluan lain untuk IW...kerana IW sukkan kebersihan.

Kata EH,penjara penuh dgnberbagai ragam orang, dan IW pula berkurung sama dgn mereka...jadinya dia merasa risau.  IW meminta EH jgn risau, kerana dia penah bergaul dgn bermacam2 orang.  EH membukakan makanan yg dia bawa.  Tanyanya...kenapa IW melihat sahaja...suruhnya IW makan...  IW memandang dgn sedih.....dia mengeluarakan tgn dia yg bergari dan cuba untuk mengambil makanan.  Dgn tgn bergari...begitu sukar untuk IW makan.  EH dgn marah memanggil pengawal penjara supaya menanggalkan gari dari tgn IW...mereka tidak melakukan seabrang kesalahan, jadi mereka tidak akan lari...bukankah IW patut dibenarkan makan....lalu gari IW dibuka pengawal penjara.

EH mahu IW memberitahu dia apa yg patut dia buat...fikiran nya kosong saperti  orang bodoh.  IW meminta EH jgn risau...sambil memegang tgn EH. Dia bertanya...adakah EH menangis kerana dia?....jawab EH.."ya"... dia bukannya menangis kerana pengawal penjara.  IW menyapukan air mata EH. Kata IW...tidak teruk sangat ditahan dipenjara, kerana ada orang yg menangisinya, yg membawakan dia makanan.....untuk pertama kalinya.
Katanya lagi, banyak perkara yg terjadi buat pertama kali semenjak bertemu dgn EH.

Balik dirumah, EH memandang katil IW yg kosong, melihat tangga dimana IW bermain gitar....sedih hatinya sehinggakan mengalir air mata.  Sementara dipenjara ...IW duduk termenung.

ES yg sedang bersusah  hati kerana cintanya tak berbalas, dimarahi maknya kerana hanya tidur, tidak mahu kepejabat....sedangkan KH bertambah baik prestasinya.  ES tidak puas hati kerana IW memilih EH yg sudah ada anak...sedangkan dia anak pun tak ada, duit pun banyak.  Dgn tak secara langsung maknya dah bocorkan rahsia yg IW ditahan dipenjara. ES tidak percaya, malah dia tidak percaya yg IW akan lakukan kesalahan sapertimana yg maknya beritahu.

Dia kemudian berjumpa dgn IW. IW mahu dia balik, dia tidak mahu ramai orang melihat dia sedemikan dan dia sudah letih.  IW kemudian meminta maaf dan mengucapkan terima kasih atas pertolongan yg ES berikan padanya....dan segala jasa baik ES tidak akan dia lupakan...suruhnya ES lupakan dia,  suruhnya cari lelaki lain yg betul2 cintakan ES dan bukan hartanya.  Menangis2lah minah ni.

KH berjumpa pihak bank yg meminjamkan wang pada syarikat IW dan ingin mengetahui kedudukan kewangan , kerana syarikat dia ingin menyaman syariakt IW. Masa tu jugalah dia beritahu tentang penangkapan IW.

Diriumah EH sedang berbincang dgn pengurus kilang mengenai kontrak mereka.  Kata pengurus Kilang, kontrak masih belum di batalkan.  Maka mereka meneruskan membuat makanan untuk dibekalkan.  Datanglah jembalang sekor ni beritahu kat EH yg kontrak telah dibatalkan olih makchik CEO.  Kononya dia sendiri pun tak dapat pujuk dan menolong EH. EH minta tolong juga,,,tapi minah ni kata dia sebelum datang pun dah cuba tapi tak dapat.  20,000 kotak yg dia suruh IW bekalkan dulu terpaksa dibatalkan...pada hal  makanan tu dah pun siap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sofia This user has been deleted
Post time 27-4-2005 08:48 PM | Show all posts
cerita bila habis?
macam dah nak ending jer?
rasanya this friday last episod?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2005 08:50 PM | Show all posts
Bila lah JH ni bocorkan rahsia si KH......dia pun dah tak nak kat JH lagi, buat apa dia nak simpan rahsia KH?.......aku dah tak larat pandang muka dia...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2005 08:52 PM | Show all posts
Originally posted by sofia at 27-4-2005 08:48 PM:
cerita bila habis?
macam dah nak ending jer?
rasanya this friday last episod?


kalau ending this friday...sah aku boleh tgk...
Reply

Use magic Report

sofia This user has been deleted
Post time 27-4-2005 08:57 PM | Show all posts
kenapalah dia jadi jahat?
mak dia takde sapa nak donate hati ker?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2005 08:58 PM | Show all posts
Originally posted by sofia at 27-4-2005 08:44 PM:
kimmy, thanks for the sypnosis on tue.
hari tu exam, frust betul tak dpt tengok.
nasib baik kimmy tlg buatkan sipnosis.
thanks again.



sama2....lagi pun tu part yg best sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
sofia This user has been deleted
Post time 27-4-2005 09:00 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 27-4-2005 08:52 PM:


kalau ending this friday...sah aku boleh tgk...


kenapa lak? next week tak free nak tengok ker?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2005 09:02 PM | Show all posts
Originally posted by sofia at 4-27-2005 08:48 PM:
cerita bila habis?
macam dah nak ending jer?
rasanya this friday last episod?


dah nak abih ke citer ni??? citer best2 selalu cepat abis... kalau citer meleret2 tu liat benor nak abih... lol tak bley dah tengok gelagat happy go lucky eh... huhuhu

[ Last edited by Luisa_Fernanda on 27-4-2005 at 09:04 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sofia This user has been deleted
Post time 27-4-2005 09:03 PM | Show all posts
sedih tul tak dpt tengok hari selasa
dah lah best lak tu...
bukan selalu boleh tengok IW luahkan perasaan kat EH...
macam cerita hari ni, susah betul IW nak suruh EH jgn pindah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2005 09:23 PM | Show all posts
Originally posted by sofia at 27-4-2005 09:00 PM:


kenapa lak? next week tak free nak tengok ker?



bukan.....tiap2 hari aku suruh maid aku tolong tapekan untuk aku.....tapi hari Jumaat, aku  cuti, dapatlah tgk....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2005 09:31 PM | Show all posts
btul ke jumaat ni last episod..?rasa citer ni mcm baru je start..tak sabar nak tgk datuk tu dpt tahu KH bukan cucu dier yg sebenar...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2005 09:38 PM | Show all posts
Originally posted by tupai_tupai at 27-4-2005 09:31 PM:
btul ke jumaat ni last episod..?rasa citer ni mcm baru je start..tak sabar nak tgk datuk tu dpt tahu KH bukan cucu dier yg sebenar...



aku lagi tak sabar tupai......geram je tgk kat dia...kalau part dia tu.....aku forward kan je...malas aku nak tgk:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2005 05:53 AM | Show all posts
Funny Wild Girl ep 15

http://s26.yousendit.com/d.aspx?id=03B3SHUH9Y3D72KB305GFMDT41


P/S: eps 14 leh dload tak? kalau still x buleh beritau la ek.. nnt sy upload smula
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2005 06:31 AM | Show all posts
Originally posted by emiko at 2005/03/30 05:53:
Funny Wild Girl ep 15

http://s26.yousendit.com/d.aspx?id=03B3SHUH9Y3D72KB305GFMDT41


P/S: eps 14 leh dload tak? kalau still x buleh beritau la ek.. nnt sy upload smula


takleh dl ep 14...after 50%..server reset...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2005 07:25 AM | Show all posts
woo okeh gotcha.. will upload again tonite.. buat sementara ni dload lah dulu eps 15 ek.. sori x sangka lak jadi gitu sbb masa upload tu lancar je.. something's wrong with YSI recently..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2005 07:31 AM | Show all posts
Originally posted by emiko at 2005/03/30 07:25:
woo okeh gotcha.. will upload again tonite.. buat sementara ni dload lah dulu eps 15 ek.. sori x sangka lak jadi gitu sbb masa upload tu lancar je.. something's wrong with YSI recently..


Waaa..ep 15 pn sama..takleh complete dl..dah 77%..server reset..waa..:cry::cry:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2005 07:49 AM | Show all posts
uk??? that's weird.. pesal ek.. nnt me try donlot sat..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2005 08:49 AM | Show all posts
Index.. saya dah try donlot.. okie jek.. dpt sume 100%.. Index donlot cara biasa or guna software cam net transport ke ape ke ek?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2005 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 27-4-2005 08:52 PM:


kalau ending this friday...sah aku boleh tgk...


takkanlah kejap jer dah nak habis.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2005 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by nmi at 28-4-2005 09:11 AM:


takkanlah kejap jer dah nak habis.



tula....rasanyer tak smpai 3 minggu citer ni startkan..?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.068772 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list