CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

DUNIA BARU THE MOVIE

[Copy link]
Post time 15-2-2008 10:25 AM | Show all posts

Reply #500 jac_diehard_fan's post

bukan sampai hati lagi dah...sampai pankreas tau!!!:@ :@ :@ :@










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2008 11:57 AM | Show all posts
jap laginak pi tengok.. teruja baca review kome2 sumer ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by logy at 14-2-2008 06:02 PM
aku rasa watak bangla tak perlu, menggagu penjalanan citer nie, cacat jadinya, rasa ternganggu dan annoying.... apa perlunya di tangkap si bangla tue sekali... kenapa dua orang watak pompuan tue  ...

Review kawan aku Fadz, kata sebaliknya...

===

Dunia Baharu (2008) Genius dalam Gelintar



Ada beberapa perkara yang ada dalam filem ini yang boleh disorakkan sebagai satu pencapaian dalam filem Melayu. Ia berani melawan beberapa stereotaip dan taboo. Dua yang sangat aku suka ialah perkembangan watak seorang mamat Bangla yang MEMANG mamat Bangla asli dan memberinya sebuah tempat yang 'betul' di dalam filem berkonteks Melayu (kita kan ada satu perasaan tidak puas hati dengan bangsa ni, mengikut propoganda media yang menyodok mereka sebagai 'asing' dan mencuri para wanita kita).

Mula-mula mamat Bangla ni semacam watak 'rediculed' (dari segi pemahaman identiti bangsa terutamanya Melayu) dan sampai ke tahap 'dipergunakan' (babak kambing hitam di akhir cerita), tetapi jelas, beberapa buah fikiran Yeop Hitler dan penulis filem ini (yang juga pembikin dan pengarah drama fenomena ini di Malaysia) telah menyelit baik beberapa 'moments' khas untuk mamat Bangla ni yang kira boleh dibanggakan. Antara yang paling mencuitkan ialah sewaktu si Fazli di dalam kereta bersama gfnya (yang ingin dia bawa ke Selatan Thai), dengan perasaan serba romantik, tetapi kita para penonton dan gf itu 'tahu' semua keromantikan pilihan Fazli itu 'tidak kena' malah suicidal, ini diperkuatkan dengan nyanyian mamat Bangla yang sumbang. Terlintas dalam fikiran kita- sebuah filem Hindustan yang sumbang. Dan ini yang membuat Fazli geram. Satu 'moment' yang sungguh genius.


Perkara kedua ialah, adanya sebuah watak sampingan seperti Suzana yang up-to-date, berada, cengeng, cerewet, yang mempunyai 'otak', yang sedar hukum wajib haram, tetapi bila keadaan terdesak, tahu untuk 'memberi badan'nya bila duit sudah tidak cukup tanpa ada rasa 'remorse'. Aku tak tahu jika sebahagian penonton sedar atau tidak akan itu. Keberanian dan kebenaran watak ini sangat mengujakan aku kerana perlawanan didaktismenya.


Malah, boleh dikatakan Dunia Baru the Movie adalah sebuah filem yang memang mempunyai cult standing, setanding Sex and the City (yang sedang difilemkan) yang mencipta 'mitos', legenda bukan fiksyen, perbuatan yang diikuti peminat (contoh: adegan k-e-b-e-r-k-a-t-a-n, aku terpaksa mengaku, seperti penonton yang turut sama "mengucapnya" di dalam pawagam, aku turut ketawa terbahak dan menepuk tangan selepas babak Khatijah Tan itu, silaplah Wahab Hamzah bila menyelar babak ini sebagai stereotaip kerana babak ini sebenarnya sekali gus sindiran terhadap pemahaman perbezaan kedua-dua generasi dan juga satu 'defining moment' pertalian anak muda ini dengan suara orang tua, juga mempunyai fungsi terhadap cerita. Kita faham, babak ini sebenarnya penceritaan Adif kepada penjenayah Citrawarna itu), dan membuka tarikan untuk mencari 'pengikut-pengikut' baharu untuk masuk ke dalam kereta Tajul atau Darius (idea filem perjalanan ini adalah 'agenda' tersembunyi untuk memancing pengikut baru. Sekarang anda faham tak kenapa filem cult yang besar-besar selalunya 'berjalan' atau berbentuk adventure seperti Star Trek? Ini adalah kerana, filem perjalanan bukan saja mengikat beberapa sketsa di dalam satu tali yang panjang, tetapi memberi gaya senang untuk melihat 'perkembangan' terhadap titian tali itu hingga ke akhir).

Malah aku mengaku, aku, seorang penonton yang jarang menonton drama Melayu, telah terpancing dan sanggup menjadi pengikut baharu drama TV yang sememangnya sudah mendapat cult status ini.


Kekuatan Dunia Baru ini bukan saja daripada kuasa dinamisme anak-anak muda yang menjadi peneraju utama filem ini (pautan kimia antara mereka antara yang terbaik aku tonton sebagai sebuah kumpulan, Senario pun kalah!), tetapi kuasanya mencipta 'imej' yang diikuti oleh remaja bila menonton drama TV ini lalu disalur dengan kuat di dalam filem. Aku, sebagai penonton baru kepada drama ini, tidak akan faham dan tampak. Tetapi, dengan mimik, bahasa isyarat dan mainan aksi yang dipertunjukkan (seperti tarian gila-gila Opie dan Adif dengan lagu nasyid), telah berjaya bukan sahaja mencipta imejnya tersendiri (dan dikenali oleh pengikut, sini aku tak guna perkataan peminat, ada perbezaan di sini!) tetapi satu 'standard' yang menaikkan filem ini sebagai satu jiwa baru yang mewakili remaja sekarang dalam budaya popular.


Gaya yang dipersembahkan adalah gaya yang ingin mewakili sikap 'terkini' remaja sekarang, malah ia menyatakan sikap terbuka, barat-sentrik, plural dan memberontak remaja yang tetap terlingkung dalam budaya konservatif-tradisi Islam Melayu. Watak Madihah juga sebuah watak 'baru' yang tidak lapuk (walaupun memakai tudung). Madihah agresif dan egois, berpewatakan kelelakian sebenarnya (dari segi kajian gender), menunggang terbalikkan simbol gender yang sudah terbiasa digambarkan dalam filem Melayu. Dan ini yang sangat menyegarkan. Anak-anak muda di dalam filem ini berani membuat pilihan (buruk seperti Fazli, atau berhati perut seperti Opie, atau tegas tetapi lemah seperti Darius, atau lalang seperti Tajul) atau tidak membuat pilihan, mereka buat tanpa perlu betul-betul berfikir, atau memang berfikir, atau memang dengan perasaan. Jiwa kompleks yang biasa dalam perjalanan kematangan remaja ini yang berjaya dibawa oleh Dunia Baru. Atau sebenarnya definisi matang itu tidak perlu pun, sebab mereka tidak perlu. Sebab mereka tahu, sampai ke tua mereka perlu belajar daripada pengalaman, dan mereka terima itu seluas-luasnya dalam kelemahan diri mereka. Dan semangat ini sungguh mengkagumkan.


Dalam semua kehebatan ini, ada beberapa cacat cela yang sangat tampak. Dan cacat cela ini yang menyebabkan filem ini, walaupun status cultishnya masih kuat, tidak dapat dipersembahkan di mana-mana festival filem antarabangsa yang serius (yang cult-cult bolehlah) kerana takut diselar oleh pengkritik.


Sebenarnya, ada tiga perkara yang sangat tampak melemahkan filem ini. Ini mungkin kerana produksi filem ini tak sedar bahawa filem tv ini akan ditayangkan di pawagam, lalu banyak masalah teknikal yang tersedia nyata. Pertama ialah, fotografi filem ini malas. Sangat malas. Walaupun beberapa tangkapan sangat menarik mata, tetapi cara kamera bergerak ke satu babak ke satu babak sedang watak bercakap sangat 'irritating'. Lebih-lebih buat pengikut baru seperti saya yang baru mula untuk 'establish' sikap dan perwatakan watak. Lihat saja babak Tajul bersama dengan Opie dan Suzana di rumah hantu. Sungguh mengaibkan. Satu lagi ialah sewaktu Madihah dan Darius yang bergaduh di telefon. Kita sedar bahawa bajet takat cipan (kononnya nak bawa babak Annie Hall) dua babak dalam satu layar telah menampakkan kebodohan-kemalasan pengarah fotografi, lagi-lagi panning yang dibuat sangat lembap. Aku rasa sangat tertipu dengan babak itu kerana teknikal rosaknya.


Perkara lemah kedua ialah teknologi suaranya. Ya Rabbi! Buat penonton yang cerewet, mereka tentu akan maki hamun habis akan filem ni. Malah, aku mula-mula mencarut-carut kerana marah dan geram kerana tak dapat dengar 'suara' watak-wataknya.


Ketiga ialah suntingannya yang sangat lemah. Kadang-kadang ada satu babak yang disengajakan panjang. Dan ini memang tidak perlu. Ia menggoyah antisipasi penonton. Yang paling tampak ialah sewaktu Darius mengamuk kerana cermin keretanya pecah. Semua kawan-kawannya tampak kasihan-takut dan membisu. Dan bisunya PAAAAAANNNNJANG sangat untuk sebuah filem (siap tracking semua orang dulu), mungkin TV ia efektif, tapi tolong, bukan filem ya!


Ini mungkin kelemahan-kelemahan kecil buat pengarah muda Yeop Hitler. Malah, sebenarnya Yeop 'tersasar' awal-awal lagi dengan sebuah pembukaan yang caca merba dan tanpa fokus. Penonton baru yang tidak kenal akan watak Dunia Baru akan 'marah' kerana tidak adanya 'establish personafication' terhadap watak-watak yang kita baru lihat, siapa kawan pada siapa, musuh pada siapa, apa imejnya, apa perwatakannya. Semuanya samar-samar pada awalnya. Malah aku tak rasa apa-apa pun bila Opie yang bengang dengan Erika sebab aku tak tahu apa yang sudah berlaku sebelum ini di dalam drama TV. Malah aku baru kenal akan watak-watak muda ini bila plot mamat Bangla dicolek itu berlaku. Baru chemistry watak tu aku faham, baru setiap watak tu ditonjolkan dengan bulat. Yeop pula sedar akan ini.


Apa-apa pun, Dunia Baru ialah sebuah lagi nafas baru kerja anak muda Malaysia yang berjaya, berjaya dalam melakarkan satu budaya pop yang mempunyai roh remaja yang tulen akan kelemahan-kekuatan diri mereka. Ini sahaja sudah membuat Dunia baru perlu ditonton, dan perlu diikuti untuk sedekad lagi.

====

Yes, aku agree some of his points even aku personally tak berapa suka DB versi filem ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 12:26 PM | Show all posts
Sentuhan Yeop Hitler kutip RM1.5 juta dalam lima hari

Oleh Rozdan Mazalan
KISAH pengembaraan sekumpulan pelajar kolej dalam Dunia Baru The Movie (DBTM) yang mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 7 Februari lalu kini mencatat 1.5 juta hasil kutipan tiket.

Penerbitnya, Ahmad Puad Onah berkata, jumlah itu amat memadai memandangkan dalam masa lima hari ia ditayangkan, pihaknya menerima maklum balas positif penonton.

揇aripada maklum balas yang diterima, ada yang sudah menonton sebanyak dua kali. Mungkin pertama kali menonton mereka sukar untuk mendengar dialog kerana asyik ketawa dengan aksi lucu pelakon.

揝aya amat berpuas hati dengan jalan cerita filem hasil kreativiti pengarahnya Yeop Hitler yang juga kali pertama mengarahkan filem. Memandangkan ini adalah hasil kerjanya yang pertama, saya akur dengan beberapa kelemahan dari segi teknikal namun saya berpuas hati hasil kerjanya.

揇ia juga menyatakan sekiranya pihak kami memberi peluang kali kedua untuk filem akan datang aspek teknikal akan ditekankan.

揚ihak kita tidak mengharapkan kutipan yang terlalu besar melalui filem ini memandangkan DBTM adalah sebuah filem komedi ringan yang mensasarkan kepada remaja dan pelajar kolej.

揔ami mensasar RM2.5 juta saja. Tetapi dalam tempoh lima hari sudah dapat RM1.5 juta. Kami harap agar kutipannya akan bertambah beberapa minggu lagi,
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 12:55 PM | Show all posts


cute kan??????



teringat zaman nakal2 dolu...geng2
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by baju_merun at 15-2-2008 11:57 AM
jap laginak pi tengok.. teruja baca review kome2 sumer ni


dah tempah tgk esok....tu pun tgk2 dah nak penuh...nasib dpt gak tmpt....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2008 03:24 PM | Show all posts
best giler
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 03:38 PM | Show all posts
nk komen ckit pasal citer ni....

citer ni mmg besh giler..... my son pun ketawa terbahak2... mcm masa dia tgk Mr Bean Holiday dulu.... tp bila dia tanya Ummi... mana akak yg muka FANCY tu?..... baru saya realise yg Sariah x de....

mana pergi yek Sariah? kenapa watak dia x de dlm citer ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2008 06:12 PM | Show all posts
baru tengok td kt wayang
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 07:04 PM | Show all posts

Reply #504 GAIA's post

dasyat tuh...

Cult Status.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 07:38 PM | Show all posts
cite mmg beshh cume syg watak madi x manyakkk...... klu x lg bnyak aku gelakk
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 07:55 PM | Show all posts
nape diorang tak kutuk cerita yang dibuat oleh profesor tu gile-gile cam nie.....

ke kroni simamak tu.........................(aku meluat giler ngan filem2 yang dibuat oleh mamak tu)
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 10:06 PM | Show all posts
last sekali tengok citer melayu kat wayang - Cicak-man itupun dua tahun lepas
Shidan bagi score 8/10
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 12:09 AM | Show all posts
salam
sy da tgk..mmg kelakar..dr awal smp abih sy gelak jer.."setarbak" hehe dan "ken tuck kee" hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 12:24 AM | Show all posts
Originally posted by keigo at 16-2-2008 12:09 AM
salam
sy da tgk..mmg kelakar..dr awal smp abih sy gelak jer.."setarbak" hehe dan "ken tuck kee" hehe

kedai kopi setarbak tu memang wujud kat negeri kedah ke perak

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 10:54 AM | Show all posts
best gille....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2008 12:55 PM | Show all posts
Tgk last week..
Waaa..menyesal baca review korang..
Tak best mana pun..
Banyak betul dull moment,bukankah its suppose to be funny???
Lepas sejam pertama je..aku tgk ramai orang da kuar dan tak balik2...ada yang satu line sekali budak melayu..sedih plak aku tgk...
Lepas tu jalan cita macam selekeh je...so preditable..and Fazly tu memang annoying..so faking!!.. kalau opie zami jadi fazly lagi best..
Aku rasa aku banyak ternganga dari gelak...
waa....rugi wei 11 ringgit tuee..tak terhibur pun..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 01:05 PM | Show all posts

Reply #518 magic_killer83's post

magic nak tanya. ko suka tak tengok Dunia Baru kat TV?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 05:32 PM | Show all posts
aku tgk kali kedua td...bawak adik aku.   pastu layan CJ7 plak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by shidan76 at 16-2-2008 12:24 AM

kedai kopi setarbak tu memang wujud kat negeri kedah ke perak

[img[[/img]


SETARBAK Bakri sebelah ken tuck kee tu..cantik dari yang ni kan.. hehe!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.081037 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list