CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: the_slayers

[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI

[Copy link]
Post time 5-5-2010 04:49 PM | Show all posts
gussip nyer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2010 05:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by Darthjal at 5-5-2010 17:08

Jusco bakal ke seluruh negara 3 tahun lagi

MELAKA 4 Mei - AEON Co. (M) Bhd. (AEON) menyasarkan tempoh tiga tahun untuk melengkapkan rangkaian pusat beli-belahnya Jusco meliputi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Pengarah Urusan AEON, Nagahisa Oyama berkata, pada masa ini, AEON mempunyai rangkaian di seluruh negara tetapi tidak di Sabah, Sarawak, Pahang dan Kelantan

Oyama berkata, bagi peluasan ke empat buah negeri itu, pihaknya sedang membuat perancangan teliti termasuk kajian tentang pasaran yang boleh diterokai sebelum menetapkan tempoh yang sesuai bagi pembukaan rangkaian gedung Jusco.

"Pada masa kini, kami masih belum mempunyai rangkaian pusat beli-belah di Pahang dan Kelantan begitu juga Sabah dan Sarawak. Kami sememangnya mempunyai rancangan untuk membukanya tidak lama lagi.

''Usaha meneruskan pembukaan cawangan baru menjadi agenda kami, ia mengambil masa untuk menubuhkannya. Kita perlu ada perancangan rapi sebelum membuka cawangan lain di empat negeri berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pembukaan AEON Bandaraya Melaka yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhammad dan Pengerusi AEON Co. (M) Bhd., Datuk Abdullah Mohd. Yusof.

AEON Bandaraya Melaka merupakan pusat beli-belah ke-22 dibuka di negara ini.

Pusat beli-belah AEON Bandaraya Melaka itu dibina dengan kos sebanyak RM250 juta di atas tanah seluas 11.87 hektar dengan keluasan bangunan 60,851 meter persegi.

Ia merupakan pusat membeli-belah AEON terbesar di negara ini.yang mempunyai lebih 200 penyewa dan menyediakan sebanyak 2,075 tempat letak kereta.

Nagahisa menambah, pihaknya menyasarkan jualan RM150 juta sejak pusat beli-belah itu dibuka kepada orang ramai 5 Februari lalu.

''Sejak pembukaannya, kami telah mencapai 10 peratus sasaran berkenaan.

"Sasaran itu diyakini mampu dicapai berdasarkan jualan pada bulan Februari yang memberangsangkan manakala jualan pada bulan Mac dan April berada dalam keadaan stabil," katanya.

Beliau juga menjangka pusat-membeli AEON ke-22 akan menerajui pasaran pusat membeli-belah di negeri ini.


utk yg suka banding...
ak ha, aeon bandaraya lagi besau dr yg kt bkt tnggi..ikut kater mamat jepun ni ler
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 05:37 PM | Show all posts
masa buat jj no. 2 habis sekeliling kena wabak denggi.................x jaga kebersihan, penat g kontrol kes2 denggi:@
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 06:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 07:59 AM | Show all posts
owh yer ke jj banda melaka yg terbesar tp aku rasa mcm bkt tinggi lbh besar
sbb jj banda melaka aku rasa kejap jer pusing dah abes
jj bkt tinggi aku xsempat pusing abes smpi skrg
tp klu dah mamat jepun tu kata gitew, yer la tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 09:02 AM | Show all posts
melaka buat macam2.
tp..jln raya...
ades... maha sesak...:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2010 02:26 PM | Show all posts
yg kesiannye aku n famili ..

jln nk kuar taman pon penuh kete ...

ni skrg die blok jln taman peringgit tu sbb nk wat longkang bwh bsrkan ckit , yela skrg ni asek banjir je tmn aku .. cian aku ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 05:47 PM | Show all posts
celah mana lagik nak naik jusco no 3 nih..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2010 11:11 PM | Show all posts
perlu ke...buatla benda yang bermanfaat sket
ala ala ikano
kat dalam tu smua outlet yang besar2...
ada mph beso ...
kedai black n decker beso...
nicchi beso...
bata beso...

kan best
shopping mall ngan hyper market dah byk kt melaka ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 02:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by masuco at 7-5-2010 02:42

Bingung ibu pergi tanpa khabar

SEMABOK - Seorang anak mendakwa bingung apabila ibunya keluar dari rumah sejak sebulan lalu.

Siti Halimah Osman, 16, mendakwa, dia tidak tahu punca mengapa ibunya, Ramlah Parlan, 40, secara tiba-tiba keluar dari rumah mereka di Batu 2 1/2, Kampung Semabok di sini.

Menurut anak sulung lapan beradik itu, mereka sangat merindukan ibu dan berharap dapat mendengar khabar insan dikasihi mereka secepat mungkin.

“Hanya yang saya tahu, emak sebelum ini pernah berselisih faham dan melahirkan hasrat mahu meninggalkan kami semua,” dakwanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, adiknya, Siti Nor Fatihah Osman, 13, mendakwa, melihat ibunya keluar membawa sebahagian pakaiannya 1 April lalu.

“Mak beritahu saya, dia ingin cari kerja. Sekiranya dia sudah dapat kerja yang baik, dia berjanji akan mengambil kami adik-beradik,” katanya.

Turut gusar dengan kehilangan Ramlah adalah suaminya, Osman Ibrahim atau dikenali sebagai Mail, 45, yang membuat laporan polis.

Menurut Osman yang bekerja sebagai pemandu lori di Gemas, Negeri Sembilan, Ramlah sebelum ini bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah hotel di bandar raya ini.

“Pelbagai usaha saya lakukan untuk mencarinya, termasuk menghubungi rakan-rakan dan saudara-maranya, namun masih menemui jalan buntu.

“Memang sebelum ini pun kami sering berselisih faham dan demi anak-anak, saya tabahkan hati dan masih sayangkan rumah tangga saya,” dakwanya.

Tambah merumitkan menurutnya, dia kini terpaksa berulang-alik dari Semabok ke Gemas, setiap hari kerana bimbangkan urusan anak-anaknya.

“Saya bimbangkan soal urusan harian beberapa anak saya yang masih bersekolah iaitu berusia lapan hingga 16 tahun.

“Sebelum ini, saya balik ke rumah seminggu sekali, tetapi sejak kehilangan isteri, saya terpaksa bermotosikal setiap hari dari Semabok ke Gemas untuk bekerja,” katanya.

Osman berkata, dia bersedia berbincang dan menurut kemahuan Ramlah jika dia kembali ke pang-kuan keluarga.

“Saya merayu dia segera pulang demi anak-anak dan berjanji menyelesaikan masalah ini secara baik. Saya berharap dia akan menemui kebahagiaan dalam hidupnya,” katanya.

Osman berharap sesiapa yang mengenali atau pernah menemui isterinya itu menghubunginya di talian 012-6149522.

Dalam pada itu, kisah keluarga tersebut turut mendapat perhatian Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) yang tampil melawat ke rumah berkenaan semalam.

Ketua Penyelianya, Amir Hamzah Aziz berkata, setelah meneliti, pihaknya amat bersimpati dengan nasib yang dialami mereka.

Menurutnya, sebagai tindakan pertama, Pembela akan mengusahakan supaya Osman ditukarkan ke tempat kerja lebih dekat di negeri ini.

“Namun, kami akan berbincang terlebih dahulu dengan Osman dan ia bergantung sepenuhnya ke-pada persetujuannya.

“Bagi tiga anak keluarga terbabit yang masih bersekolah, kami akan usahakan supaya mereka mendapat bantuan biasiswa menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem). Pada masa sama, kita usahakan permohonan bantuan kanak-kanak (BKK) menerusi Jabatan Kebaji-kan Masyarakat (JKM),” katanya.

Menurut beliau, keluarga itu wajar menerima ban-tuan, justeru Pembela BN akan mendapatkan bantuan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) untuk makanan bulanan.

“Soal kehilangan isterinya, Pembela juga akan memandang serius kes ini,” katanya.

Turut serta pada lawa-tan itu, beberapa Penyelia Pembela BN, Abdul Rahman Amat, Melvin Tan dan Teoh Swee Poh.


kredit to sinar harian
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 02:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by masuco at 7-5-2010 02:44

Pusat perkenal budaya Malaysia

ALAI - Memperkenalkan budaya Malaysia dengan cara menghayati amalan masyarakat Melaka menjadi asas kepada Program Homestay Pelajar Antarabangsa Akademi Laut Malaysia (Alam).

Pengarah Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa (BPPA), Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM), Shadan Othman berkata, BPPA juga akan terus membantu pelajar antarabangsa yang belajar ataupun yang ingin melaksanakan program di nege-ri ini.

Ia selari dengan matlamat Kerajaan Negeri supaya pekerja dan pelajar antarabangsa di sini selesa dengan keadaan sekeliling.

Program seumpama ini juga dapat mempromosikan Melaka sebagai salah satu destinasi pelancongan yang unggul di dunia,” katanya pada program itu.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan Belia dan Sukan Negeri, Datuk Hassan Abd Rahman; Pendaftar Alam, Ahmad Zahari dan Pengerusi Homestay Alai, Akramuddin Abd Aziz.

Menurutnya, kepelbagaian aktiviti yang disediakan khusus untuk memastikan peserta program tidak bosan dan mendapat lebih pengala-man baru yang sukar ditemui di negara lain.

“Melawat Melaka bererti melawat Malaysia, seiring dengan moto tersebut, kami mahu peserta merasai jiwa serta budaya masyarakat Melayu di negeri ini dan menjadikannya sebagai kenangan terindah dalam hidup mereka,” katanya.

Sementara itu, Hassan berkata, hubungan baik antara pihak terlibat dijangka dapat memastikan program sama berterusan dari masa ke masa.

“Melaka terkenal dengan adat dan budayanya tersendiri. Jadi melalui cara begini kita dapat menonjolkan identiti negeri ini yang kaya dengan nilai sejarah serta kehidupan masyarakat kampung yang mana perlu didedahkan kepada generasi hari ini.

“Sehubungan itu, sudah menjadi kewajipan agensi kerajaan dalam negeri ini terus mencari idea supaya Melaka dijadikan destinasi pilihan sama ada dalam bidang pendidikan, pelancongan, pekerjaan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, pendeka-tan itu juga dapat membantu masyarakat kampung melibatkan diri dengan program kerajaan dan memberi mereka ruang untuk bersama generasi muda berkongsi pengalaman hidup.

“Semoga usaha yang dijalankan memberikan manfaat kepada semua pihak dan saya yakin program anak angkat merupakan satu aktiviti terbaik dalam meningkatkan kesedaran generasi muda supaya lebih menghargai ‘yang lama’,” katanya.

Seramai 50 peserta pelbagai negara seperti China, Yemen, India, Bangladesh dan Filipina mengikuti program tiga hari dua malam di Kampung Baruh, di sini.


kredit to sinar harian
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 04:50 AM | Show all posts
yg aq tau mula mula plan jusco 2 mcm tulah, big store mcm kt jusco cheras, tapi masa construct tu kan ekonomi gawat jadi diorg kensel parking 2 tingkat dan kecikkan saiz kedai

harap harap yg no 3 ni lebih kpd upscale

p.s. aqu tgk tapak BERJAYA group tu dah buat land clearing, jgn buat mcm times square dah
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 08:15 AM | Show all posts
perlu ke...buatla benda yang bermanfaat sket
ala ala ikano
kat dalam tu smua outlet yang besar2... ...
Duta lover Post at 6-5-2010 11:11 PM



err...agree with u..bukak ler outlet lain yg takde lagi kat melaka ni....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 10:40 AM | Show all posts
bila la IKEA nak bukak kat melaka ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2010 11:49 AM | Show all posts
Reply 13# alisya05


    aku puntunggu ikea gak...!!!nak buka shopping yg same banyak2 wat per...wat la benda yg xd kat melaka ni aper la...!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2010 01:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by masuco at 9-5-2010 01:26

Warga emas maut rempuh treler

KELEMAK – Seorang pemandu treler yang berhenti seketika membeli makanan untuk makan tengah hari terkejut apabila lorinya ditempatkan sementara di kiri Jalan Kelemak-Sungai Petai dilanggar seorang warga emas berbangsa India.

Osman Yahya, 46, berkata, dia dari Kilang Honda selepas menghantar barang, mahu meneruskan perjalanan ke Ayer Keroh, Melaka tetapi berhenti untuk membeli makanan tengah hari.

“Tidak sampai lima minit, saya lihat penunggang motosikal terbabit sudah terbaring berlumuran darah akibat merempuh penjuru belakang lampu sebelah kanan lori," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, kemalangan jam 1.40 petang itu membabitkan penunggang dikenali sebagai Subramaniam Perumal, 55.

"Mangsa yang berasal dari Rumah Awam Lendu, Masjid Tanah, mati di tempat kejadian akibat rempuhan kuat dan menyebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala.

"Mangsa juga dipercayai datang dari arah yang sama," katanya.

Umar Ali Saifuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, sementara pemandu treler berkenaan ditahan sementara bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sehingga menyebabkan kematian," katanya.

Dalam perkembangan sama, Umar Ali Saifuddin berkata, mana-mana saksi kejadian diminta tampil atau menghubungi polis bagi membantu siasatan.

"Mereka boleh menghubungi talian 06-556 3222 atau 06-556 4153 dan bercakap dengan Ketua Jabatan Trafik/Ketenteraman Awam, Cif Inspektor Mohd Zuki Abdul Ghani," katanya.


kredit sinar harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2010 01:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by masuco at 9-5-2010 01:34

Boling buru tiga emas

AYER KEROH - Skuad boling Melaka yang dibarisi seramai 11 pemain menaruh harapan sekurang-kurangnya tiga emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 Jun depan.

Sukan dwitahunan yang diadakan di negeri ini dianggap sebagai tuah kepada mereka apabila dapat beraksi di tempat sendiri.

Pemain, Jason Shaow Way Tik berkata, sokongan semua pihak termasuk Kerajaan Negeri bagi memastikan persembahan mereka membawa kemenangan amat dihargai.

Menurutnya, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam adalah bapa angkat bagi Sukma untuk kejohanan berkenaan.

”Kita akan buat yang terbaik dan terus menerapkan semangat sepasukan untuk mendapatkan emas.

”Kita sudah membuat persiapan rapi dengan melakukan latihan setiap hari,” katanya.

Pemain, Izzati Nur Azman berkata, pertandingan yang kelima bagi beliau untuk Sukma membuatkan dirinya akan terus memburu emas.

”Sepanjang latihan ini, banyak aktiviti kami buat untuk meningkatkan stamina.

”Dahulu berlatih tiga kali seminggu tetapi sekarang setiap hari dan saya sasar untuk acara berkumpulan dan mengharapkan kumpulan mempersembahkan yang terbaik nanti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kontinjen Melaka, Hassan Abdul Rahman berkata, beliau berkeyakinan penuh negeri ini mampu merangkul sasaran 60 emas berdasarkan latihan dan persediaan atlet.

“Daripada tinjauan saya ke venue latihan boling, nampaknya atlet kita begitu yakin akan menjuarai beberapa acara dalam pertandingan boling.

”Saya nampak peluang kita untuk memperoleh emas dalam acara berpasukan dan trio memang cerah dengan latihan dijalankan ini,” katanya.

kredit to sianr harian
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2010 01:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by masuco at 9-5-2010 01:41

Bau busuk jejas jemaah

BACHANG - Jemaah di Kampung Balai Panjang di sini bukan sahaja kurang selesa disebabkan bau busuk air longkang berhampiran, malah turut tertekan dengan bau najis kambing dari reban penternak.

Sinar Harian difahamkan masalah berkenaan sudah dialami mereka lebih setahun lalu, dan setakat ini usaha menyelesaikannya menerusi jalan perundingan berakhir kebuntuan.

Salah seorang jemaah ditemui, Othman Mad, 62, berkata, masalah tersebut mengganggu tumpuan mereka terutama ketika kuliah agama berlangsung.

“Sudahlah kami tidak tahan dengan bunyi bising kenderaan kerana terletak di jalan utama Lebuh Raya Alor Gajah, Melaka Tengah, Jasin (AMJ), kini bau busuk pula mengganggu.

“Bila siang hari pula, asap daripada aktiviti pembakaran sampah juga menyebabkan kami semua sesak nafas. Kami sudah buntu untuk cari jalan penyelesaian,” katanya di sini, semalam.

Othman berkata, ada kalanya, dia terpaksa menghalau kambing yang memasuki ruang hadapan masjid.

“Saya difahamkan, perbincangan sudah dibuat antara pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan Lembaga Masjid Balai Panjang bagi membina sistem longkang yang betul.

“Tambah memburukkan keadaan apabila premis mencuci kenderaan berhampiran masjid diluluskan, sedangkan sistem perparitan masih perlu dipertingkatkan,” katanya.

Jemaah Md Yassin Ahmad, 57, mendakwa, paling sakit mata memandang apabila air longkang yang termendap berwarna kehitaman terletak betul-betul di tepi kolah mengambil wuduk.

“Sudahlah baunya busuk, tengok warna airnya yang pekat kehitaman juga sudah meloyakan kami setiap kali berwuduk.

“Ini disebabkan longkang hanya termendap begitu sahaja dan tidak mengalir dengan baik berikutan sistem yang tidak sempurna,” katanya.

Justeru dia menggesa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengkaji semula mengikut peruntu-kan undang-undang sedia ada kerana membenarkan premis mencuci kenderaan beroperasi di sini dan ditambah pula dengan reban kambing berhampiran.

“Kami bukannya mahu mencetuskan perselisihan faham, tetapi sekurang-kurangnya pihak terbabit dapat berfikir adakah wajar menternak kambing berdekatan masjid,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha MBMB, Azmi Husin berkata, mengikut peraturan memang menjadi kesalahan jika penduduk terbabit menjalankan aktiviti penternakan kambing di situ.

“Begitu juga dengan aktiviti perkhidmatan mencuci kenderaan dengan saliran air yang tidak betul.

“Bagaimanapun, setakat ini pihak kami belum menerima aduan secara bertulis daripada Lembaga Masjid berkenaan, namun tindakan segera akan kita ambil dengan menghantar anggota penguat kuasa bagi melakukan pemeriksaan di sana,” katanya.


kredit to sinar harian
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 02:11 AM | Show all posts
Banyak peluang kerja tidak diisi

BANDARAYA MELAKA – Biasanya orang mengeluh sukar mendapat kerja tetapi situasi itu mungkin tidak berlaku di Melaka.

Statistik tahun ini sehingga semalam mendapati, 15,377 peluang pekerjaan ditawarkan dalam pelbagai sektor di negeri ini tetapi hanya 2,516 permohonan diterima.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK), S Tharu Marajan berkata, pengangguran bukan masalah di negeri ini tetapi syarikat pula berdepan kekurangan tenaga kerja berikutan jawatan tidak terisi.

Menurutnya, semua tawaran pekerjaan membabitkan pegawai kanan dan pengurus seramai 349 kekosongan, profesional (518), juruteknik (663), perkeranian (367), perkhidmatan kedai dan jualan (1,207), operator pengeluaran (2,821) serta pekerja am (9,348).

“Kami percaya, ada lebih banyak lagi kekosongan namun hanya jumlah ini dilaporkan majikan dan dicatat dalam rekod kami di JTK,” katanya kepada Sinar Harian di Wisma Persekutuan, di sini, semalam.

Menurutnya, pencari kerja berdaftar juga memohon berdasarkan kelulusan diploma dan ijazah seramai 947 orang, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) seramai 154 orang, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 1,017; Penilaian Menengah Rendah (PMR), 333 dan lain-lain, 65.

Bagaimanapun, seramai 109 rakyat tempatan dan dua warga asing telah diberhentikan majikan bagi tempoh Januari hingga April 2010.

“Tahun lalu, akibat kegawatan ekonomi, seramai 2,691 pekerja tempatan dan 820 pekerja asing diberhentikan majikan dengan 2,108 orang daripadanya mendapat pekerjaan baru melalui JTK, 46 orang bekerja sendiri, 186 bersara dan 351 pula tidak dapat dikesan status mereka.

“Sementara itu, 820 pekerja asing yang diberhentikan dihantar pulang ke negara masing-masing dengan kos ditanggung majikan,” katanya.

Menurutnya, berlaku pemberhentian yang ketara antara Ogos hingga Disember 2009 namun terdapat tanda pemulihan bermula September dan tren pemberhentian itu berkurang serta semakin stabil menjelang 2010.

“Jika ada pun disebabkan penstrukturan syarikat. Permohonan pekerjaan yang tidak sampai setengah daripada jumlah kekosongan menyebabkan majikan mengambil keputusan menggaji warga asing walaupun telah ditetapkan kadar pengambilan adalah dua nisbah satu antara pekerja tempatan dan asing.

“Ia dibenarkan dengan syarat, majikan membuat pengiklanan dalam tempoh dua bulan dan sekiranya jawatan berkenaan belum terisi, barulah majikan membuat permohonan kepada JTK untuk mengambil pekerja asing,” katanya.

Menurutnya, bimbang kebanjiran warga asing, kerajaan mengambil langkah meluaskan peluang pekerjaan seperti mewujudkan JobMalaysia iaitu sistem penjodohan pekerjaan automatik sebagai mobiliti pekerja.

“JTK Melaka turut menyahut saranan Kementerian Sumber Manusia dengan membekukan pengambilan pekerja asing bagi sektor perkhidmatan kecuali tukang masak restoran, pencuci bangunan dan pekerja hotel serta resort.

“Pekerja asing juga dihadkan berkhidmat hanya lima tahun sebelum dihantar semula ke negara masing-masing dan tiada proses menyambung perkhidmatan dibenarkan,” katanya.

S Tharu Marajan berkata, pada peringkat negeri, JTK mengadakan beberapa program penempatan pekerjaan dikenali sebagai 3P atau Job Fair, sama ada besar-besaran atau menumpang program anjuran kerajaan Negeri seperti Juara Rakyat dan karnival lain.

“Melalui Community Base Employment Support Services (CSS) di Melaka, terdapat JobMalaysia Point atau kemudahan pendaftaran cari kerja secara online di empat lokasi iaitu di JTK, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil, ILP Selandar dan Adtec Taboh Naning.

“Bagi saya, calon berhak memilih kerja jika dirasakan tidak bersesuaian dengan kelayakan. Jika faktor kualiti diutamakan, perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana mereka memilih kerja yang mampu mereka lakukan,” katanya

kredit :sinar harian
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 02:13 AM | Show all posts
Mekanisme gaji baru tarik pekerja tempatan

AYER KEROH - Kerajaan digesa memperkenalkan mekanisme lebih menyeluruh bagi membolehkan sektor pekerjaan, terutama sektor industri, menawarkan pulangan lebih menarik kepada pekerjanya.

Ketua Pembangkang Melaka, Goh Leong San berkata, ini secara tidak langsung membolehkan sektor berkenaan bersaing dengan lebih kompetitif, termasuk menawarkan gaji dan imbuhan jauh lebih menarik.

Menurutnya, pada masa ini, kegagalan kerajaan menyebabkan sektor berkenaan tidak dapat memberikan gaji tinggi kepada pekerjanya, sekali gus menyebabkan ramai rakyat tempatan tidak berminat bekerja di sektor berkenaan.

“Sebab itulah kita lihat ramai pekerja asing diambil sektor perindustrian kerana rakyat tempatan tidak mahu bekerja di sektor itu memandangkan gajinya agak rendah.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan rakyat tempatan sukar mendapat pekerjaan sedangkan kebanjiran pekerja asing meningkat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah-langkah serta peranan dimainkan kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

Menurut Leong San, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, sekiranya kerajaan serius menyelesaikan masalah tenaga kerja di negara ini, satu polisi pekerjaan yang menyeluruh perlu diadakan.

Menurutnya, walaupun ada beberapa polisi diguna pakai kini, namun ia tidak menyeluruh dan tidak sampai ke seluruh sektor pekerjaan.

“Ini termasuk soal-soal cukai, kelulusan permit dan lesen yang sukar serta insentif lain.

“Sekiranya ini dapat diselesaikan, saya yakin ramai anak tempatan akan berminat menceburkan diri dalam bidang industri,” katanya.

:Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka, Hairiz Nordin berkata, isu gaji merupakan perkara pokok perlu diberi perhatian oleh kerajaan dalam memastikan peluang pekerjaan sentiasa ada untuk warga tempatan.

Menurutnya, gaji ditawarkan banyak sektor pada masa ini adalah rendah, lantaran menyebabkan rakyat tempat tidak berminat.

“Ini akan membuka peluang kepada rakyat asing merebut pekerjaan yang ada. Ini bukan bermakna rakyat Malaysia memilih pekerjaan tetapi soal gaji yang tidak memadai juga perlu diberi perhatian.

“Sebab itulah kita sering melaungkan supaya gaji minima diimplementasikan. Masanya sudah sampai untuk tangga gaji di negara ini dikemaskinikan selari dengan keadaan semasa, termasuk keadaan inflasi semasa,” katanya.

Menurut Hairiz, pihak kerajaan perlu mengadakan lebih banyak sesi dialog dengan pihak industri bagi menyelesaikan perbalahan mengenai tangga gaji pekerja.

Menurutnya, memandangkan kos buruh membabitkan warga asing adalah rendah, maka banyak pihak lebih cenderung kepada memilih mereka.

“Kenapa tidak dikemaskinikan gaji sektor industri sekali gus membuka ruang kepada warga tempatan mendapat pekerjaan?,” katanya.


kredit sinar harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.069347 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list