CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katt

MATCH MADE IN HEAVEN (starts at pg 40)

[Copy link]
Post time 27-8-2003 12:46 AM | Show all posts
cite ni aku sukr tgk psgn prof tu. eve dia ngan wife dia tu mcm tak sekepala langsung tapi sbnrnye saling melengkapi. patutlah adik Qi Jun tu pon baik je kan.
psl Shi Na plak, Qi Ha pon boleh geleng kepala tgk gelagat 2 org tu. sgt tak rasional. tapi kesian sbnrnye, sbb terlalu dimanjakan dan membesar dlm keluarga yg tak mcm keluarga org lain.

selamba je Qi Jun ckp kat Yu Na nak pegang tgn dia isk dia tu

Zhi Na makin terserlah kecantikan dia bila tukar feyen rambut. nampak gaya cam nak berbaik dah ye ngan Jun Hao
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2003 12:57 AM | Show all posts

Tumpang thread ni jap!!

To Katt,

thanx for the info.. saya nak pm balik tp tak dpt, so ckp kat sini ajelah yer..

tima kacih bebyk..

nasib baik ckp awal2.. kalo tak lagi byk melalutnyer.. silap sbb tak tgk betol2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2003 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2003-8-27 12:46 AM:
cite ni aku sukr tgk psgn prof tu. eve dia ngan wife dia tu mcm tak sekepala langsung tapi sbnrnye saling melengkapi. patutlah adik Qi Jun tu pon baik je kan.


Betul tu....walaupun perangai mereka suami-ister macam langit dan bumi tetapi sebenarnya serasi. Prof. Wung tu kalaulah tak ada isterinya tu, habislah dia.....satu benda di rumah pun tak boleh buat .

Qi He tu memang ok cuma Qi Jun yang agak pelik sikit....part dia dengan wifenya tu.

Satu part kelakar dalam episod kelmarin masa muka Qi Jun & Qi He cemas semacam bila tengok Xi Yan bawa kereta (kereta ibunya). Mereka takut kalau-kalau Xi Yan dah beli kereta guna kad kredit. Kalau itulah yang berlaku, for sure Prof. Wung akan mengamuk!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2003 09:07 AM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2003-8-27 12:46 AM:
selamba je Qi Jun ckp kat Yu Na nak pegang tgn dia isk dia tu

Zhi Na makin terserlah kecantikan dia bila tukar feyen rambut. nampak gaya cam nak berbaik dah ye ngan Jun Hao


Hmm.....dah memang sahih Qi Jun sukakan You Na cuma dia tak sure atau tak tahu bagaimana nak approach her. Tambah pula dengan his soon-to-be-ex-wife yang sangatlah cemburu. Walaupun dah nak bercerai tapi selalu sangat berjumpa.

Zhi Na & Jun Hao punya relationship dah jadi 'kurang ceria'. Masing-masing memendam perasaan......:re:.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2003 09:09 AM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2003-8-27 12:57 AM:
To Katt,

thanx for the info.. saya nak pm balik tp tak dpt, so ckp kat sini ajelah yer..

tima kacih bebyk..

nasib baik ckp awal2.. kalo tak lagi byk melalutnyer.. silap sbb tak tgk betol2..


You're most welcome.

Sure....no problem :2cool:. Memang banyak thread yang 'bermasalah' macam tu. Keliru dibuatnya kalau tak tahu cerita yang sebenarnya......
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2003 02:17 PM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2003-8-27 12:36 AM:
eh ya ke? :stp: Suzuka tu nama tempat ek...silap sket


a ah..Suzuka tu nama tempat..salah 1 lokasi litar perlumbaan yg famous tak silap aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2003 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2003-8-27 12:38 AM:
rambut sebenar yg serba serabai tapi tetap lawa. suka tgk muka Shi Na. cun


serba serabai?..tak nampak pula
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2003 02:25 PM | Show all posts

Shi Na & Ah Xian

bg aku..baik buruk perilaku diri..
adalah datangnya dr diri sendiri..

yg menjadi tidak masuk diakal..
pabila membuat sesuatu perkara yg salah..
tapi tidak merasa bersalah..walau sedikit..walau secubit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2003 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 27-8-2003 02:19 PM:
serba serabai?..tak nampak pula


haah.. serabai la gitu.. rambut dia kalo lepas lagi elok, ni ikat pon serabut je nampak :eek:
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2003 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by katt at 27-8-2003 09:02 AM:
Satu part kelakar dalam episod kelmarin masa muka Qi Jun & Qi He cemas semacam bila tengok Xi Yan bawa kereta (kereta ibunya). Mereka takut kalau-kalau Xi Yan dah beli kereta guna kad kredit. Kalau itulah yang berlaku, for sure Prof. Wung akan mengamuk!


hehe.. tergezut kan main lagi diorg tgk Xi Yan bawak keta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2003 06:55 PM | Show all posts
Hmm.....kahwin jugak si Nobita & Shizuka tu. Kesian tengok Mr. Yu dan mak sedara Ah Xian, walaupun wedding anak-anak tapi mereka tak ceria. Boleh tahan grand jugak wedding bebudak berdua tu.....Tapi yang paling sedih mungkin You Na sebab patutnya dia yang kahwin dulu tapi apa nak buat tak ada jodoh. Shi Na & Ah Xian tu pun, nak dihalang pun tak boleh juga kalau dah memang jodoh mereka.

Huh! Dahsyat betul plan jimat-cermat budak berdua tu. Sanggup tipu kata pergi P. Cheju padahal berhoneymoon di rumah saja. Padahal Mr. Yu dah beri duit belanja bulan madu. Eeee.....memang padanlah mereka berdua tu. Kan dah kena tegur dengan Zhi Na sebab Shi Na masih berperangai keanak-anakan walaupun dia dah kahwin.

You Na dah jadi "Dr. Love".....dia pulak yang nasihatkan Zhi Na pasal Jun Hao. Lepas tu beriya suruh ayahnya kahwin lain. Sebelum tu pun dia dah cuba nasihatkan Qi Jun tapi Qi Jun memang special case, tak boleh nak ditolong lagi....

Kalaulah Mr. Yu & mak sedara Ah Xian berkahwin, tentu pengsan bebudak berdua tu......terkejut!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2003 11:36 PM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 2003-8-27 02:25 PM:
Shi Na & Ah Xian

bg aku..baik buruk perilaku diri..
adalah datangnya dr diri sendiri..

yg menjadi tidak masuk diakal..
pabila membuat sesuatu perkara yg salah..
tapi tidak merasa bersalah..walau sedikit..walau secubit..


Mereka tak merasa bersalah sedikit pun sebab telah dibiarkan dari kecil begitu. Bermula dengan rasa kesian dengan Shi Na tanpa ibu & Ah Xian tanpa bapa, maka keluarga membiarkan mereka dengan cara asuhan yang akhirnya memakan diri sendiri.

Nak dibetulkan pun dah terlewat. Mereka dah besar, pandai pula mencari alasan membenarkan keadaan. Tegur sepatah, beribu alasan mereka berikan. Yelah, walaupun tak setuju terpaksalah keluarga mengikut kehendak mereka. Nanti jadi benda lain, kan susah. Lagipun dah jodoh.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2003 01:04 AM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2003-8-27 02:45 PM:
haah.. serabai la gitu.. rambut dia kalo lepas lagi elok, ni ikat pon serabut je nampak :eek:


hermmm :re: (sambil tgh imagine rambut Shi Na)
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2003 01:08 AM | Show all posts
Originally posted by katt at 2003-8-27 06:55 PM:
Hmm.....kahwin jugak si Nobita & Shizuka tu. Kesian tengok Mr. Yu dan mak sedara Ah Xian, walaupun wedding anak-anak tapi mereka tak ceria. Boleh tahan grand jugak wedding bebudak berdua tu.....Tap ...


sib baik ko ada cerita...kebetulan aku baru nak bertanya sbb miss tadi..

macam mana pula dgn kisah si kakak dgn adik lelakinya tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2003 01:23 AM | Show all posts
tak sangka sanggup tipu honeymoon sbb nak duit punye pasal.

mmg pon, kenan je kalo ayah dia kawin dgn makcik Ah Xian tu. kesian sgt 2 org tu, mostly makcik Ah Xian. tu je 'anak' yg dia ada tapi mcm tak sabar2 nak tinggalkan dia.

yg nak marah ngan Shi Na ni, pepandaiiii aje dia tu suh Ah Xian lawan makcik dia. kesian tgk makcik dia yg terasa setiap kali dia kene tempelak dgn Shi Na.

hmm .. tak tgk ar part diorg nyer wedding tadi, sbb tgk phoenix blood kat tv3. grand eh?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2003 01:25 AM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 28-8-2003 01:04 AM:
hermmm :re: (sambil tgh imagine rambut Shi Na)


dah nampak dah? :eek:

tapi mmg lawa Shi Na masa kawin tadi. dia lepas gitu je rambut dia (br je sebut ) sampai Qi He pon puji dia cantik.. hehe.. terlepas aa QI He
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2003 03:03 PM | Show all posts

Episod 25 - Rabu

Originally posted by yellow belmont at 2003-8-28 01:08 AM:
sib baik ko ada cerita...kebetulan aku baru nak bertanya sbb miss tadi..

macam mana pula dgn kisah si kakak dgn adik lelakinya tu?



Finally, Zhi Na & Jun Hao have their heart-to-heart talk. Jun Hao minta Zhi Na angggap dia sebagai kawan untuk tempoh 2 bulan and see how it goes. Walaupun Zhi Na macam tak setuju tapi Jun Hao kata 2 bulan tu perlu sebab kalau tak buat nanti Zhi Na sure menyesal. Bila Zhi Na ketawakan Jun Hao, dia kata nanti Zhi Na yang akan minta maaf padanya. Wah, confident betul Jun Hao ni dan dia memang yakin pun. Kata Jun Hao lagi "sama ada nak bunuh atau selamatkannya, hanya Zhi Na yang boleh menentukannya". Akhirnya Zhi Na pun setuju dengan syarat 2 bulan tu. Boleh nampak yang dia sebenarnya lega dengan keputusan tu.

Bila balik rumah, Zhi Na minta pandangan You Na pasal Jun Hao. You Na sebenarnya memang dah tahu Jun Hao sukakan Zhi Na tapi kakaknya tu yang tak sedar-sedar. Rupanya Zhi Na memang suka pada Jun Hao, even masa Juan Hao kissed pun dia tak marah malah 'tertarik' . Cuma Zhi Na ni yang sceptical sebab dia tua 4 tahun dari Jun Hao. Langsung You Na kata kalau dah suka, cuba ajelah bercinta buat apa nak peningkan kepala .

[ Last edited by katt on 29-8-2003 at 11:55 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2003 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2003-8-28 01:23 AM:
hmm .. tak tgk ar part diorg nyer wedding tadi, sbb tgk phoenix blood kat tv3. grand eh?


Bolehlah tahan grandnya dengan wedding dress & reception di dewan. Siap dengan asap-asap lagi. Walaupun Mr. Yu terkilan dengan anaknya tu tapi tentu dia tak sampai hati tak buat majlis untuknya. Kahwin pun sekali seumur hidup, kan? Lagipun Shi Na & Ah Xian tak ada upacara pertunangan.

Dah selalu tengok K-drama ni.....can't help noticing that Koreans pay a lot of attention to engagements. Kalau majlis pertunangan tu.....selalunya dibuat besar-besaran, setanding majlis perkahwinan, hingga diumumkan dalam newspaper. Kalaulah ditakdirkan pertunangan terputus di tengah jalan, itu yang buat kedua-dua keluarga jadi tak senang duduk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2003 12:45 AM | Show all posts

Episod 26 – Khamis

Zhi Na & Jun Hao dah kembali ke keadaan asal......idea untuk buat tempoh percubaan selama 2 bulan tu memang mengembalikan hubungan mereka seperti sediakala.  Sebenarnya Zhi Na suka Jun Hao tu tapi dia saja jual mahal dan Jun Hao pula suka sangat nak usik Zhi Na. So cute....they all memang sesuai dengan each other. Jun Hao pula dah tak segan-segan luahkan perasaannya pada Zhi Na.

Shi Na & Ah Xian pula melalui 'hari-hari gembira berbulan madu' sambil plan apa lagi benda yang nak di songlap dari rumah mak-bapak mereka. Second day honeymoon they all pergi main ice-skating. On the way back, terjumpa dengan Qi He di tengah jalan. Shi Na panik, dia merayu Qi He jangan pecahkan rahsia mereka tak pergi P. Cheju. Hmm......tau pun takut. Mak sedara Ah Xian tu pulak lagi kesian, makan sorang-sorang di rumah. Dia tension, suruh Ah Xian pindah balik ke rumahnya tapi mereka tak mahu.

You Na minta tolong Prof. Wung carikan pasangan untuk bapanya. Walaupun terkejut, Prof. Wung janji akan tolong (sebenarnya isterinya yang buat semua kerja, seperti biasa). Masa Qu Jun hantar You Na balik they all stopped for a drink. Bersembang punya bersembang, You Na minta Qi Jun recommend dia pada kawan-kawan Qi Jun. Hishh…Qi Jun pun kata dia tak mau recommend You Na pada orang lain sebab sayanglah kalau dapat pada orang lain. You Na tak faham maksudnya tu first time, bila Qi Jun ulang barulah dia rasa 'something'. Qi Jun dah mula beri hint sikit-sikit.

Di tempat latihan golf tu ada seorang member (perempuan) yang ajak Mr. Yu keluar minum lepas tu terus approach him right there and then. This woman bagi handiah baju panas warna merah menyala pada Mr. Yu. Isterinya tengok, dia nampaknya susah hati dengan perkembangan terbaru ni. Bila Zhi Na & You Na nampak baju panas tu, Mr. Yu kata dia yang beli sendiri. Mereka tak percaya dan tanya macam-macam sampai Mr. Yu mengamuk.

[ Last edited by katt on 29-8-2003 at 12:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2003 01:09 AM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2003-8-28 01:25 AM:
dah nampak dah? :eek:


pandangan saya kabur2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.059750 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list