CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: BEAUTY IS POWER, A SMILE IS ITS SWORD

 Close [Copy link]
Post time 11-10-2024 05:14 PM | Show all posts
nona84 replied at 11-10-2024 02:46 PM
@nuki12 bukan pesakit mental ke?

yg kes langgar düngun tu?

orang dungun kata memang mental

da kena maki hamun fam dia dlm group

dah banyak kali suruh control

mmg selalu jugak lepas bawak kete
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
nuki12 replied at 11-10-2024 05:13 PM
check in rumah baru

Hi Nuki
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 05:17 PM | Show all posts
Kurung 2 anak tanpa jagaan, tukang urut wanita ditahan




KUALA LUMPUR: Dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia enam dan setahun diselamatkan selepas dipercayai ditinggalkan ibu mereka tanpa penjagaan selama dua hari di sebuah kediaman di Taman Kosas, Ampang dekat sini, Isnin lalu.
Terdahulu, polis menerima aduan seorang lelaki berusia 39 tahun memaklumkan dua kanak-kanak terbabit terkurung dalam sebuah rumah kerana ibu mereka tidak pulang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata anggota polis bertindak menyelamatkan kanak-kanak itu dan membawa mereka ke Hospital Ampang untuk rawatan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati ada kesan parut lama dan baharu pada tubuh kedua-dua kanak-kanak terbabit dipercayai kesan kecederaan akibat penderaan.


"Berikutan itu, kita menahan seorang wanita tempatan berusia 41 tahun yang juga ibu dua kanak-kanak terbabit di Pudu, Kuala Lumpur, kelmarin.
"Semakan mendapati suspek yang bekerja sebagai tukang urut itu mempunyai satu rekod lampau dan kini direman tujuh hari sehingga 16 Oktober untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Azam berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) dan Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 berkait penderaan dan pengabaian kanak-kanak.



https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1309525/kurung-2-anak-tanpa-jagaan-tukang-urut-wanita-ditahan








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2024 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 05:17 PM | Show all posts

hi mamanoni

dah balik keje belum?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 05:18 PM | Show all posts
sedang molek nak balik hujan mencurah

terus pecut

kalau tak lambat lagi sampai rumah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
nuki12 replied at 11-10-2024 05:17 PM
hi mamanoni

dah balik keje belum?

Balik dah hari ni balik awal sikit tadi
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 05:20 PM | Show all posts
Wanita Russia mabuk, halang lalu lintas ditahan







SHAH ALAM: Polis menahan seorang wanita warga Russia yang berkelakuan tidak senonoh dan menghalang lalu lintas di Jalan Setia Perdana Seksyen U13, Setia Alam, di sini, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata wanita gelandangan berusia 32 tahun itu juga didapati tiada pengenalan diri.
Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan jam 4.50 petang kelmarin berhubung kejadian itu dan anggota unit kereta peronda bergegas ke lokasi.
"Sebaik tiba, didapati wanita itu bersama seekor anjing miliknya berada dalam keadaan mabuk dan bertindak agresif sebelum ditahan

"Pemeriksaan mendapati wanita itu tiada dokumen pengenalan diri yang sah untuk tinggal di negara ini. Dia datang ke Malaysia sejak empat tahun lalu untuk melancong dan gagal untuk pulang ke negara asal kerana pandemik COVID-19, selain tidak mempunyai simpanan wang secukupnya untuk pulang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata, wanita itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, manakala anjingnya diserahkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk tindakan lanjut.
"Hasil ujian saringan air kencing mendapati wanita itu positif dadah jenis THC dan dia direman 14 hari sehingga 22 Oktober ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Sarjan Mohammad Shamsul Md Salleh di talian 017-5453234," katanya.



https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1309565/wanita-russia-mabuk-halang-lalu-lintas-ditahan



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 05:21 PM | Show all posts
mamanoni replied at 11-10-2024 05:19 PM
Balik dah hari ni balik awal sikit tadi

apa aktiviti weekend ni
lupa pulak harini jumaat
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 05:25 PM | Show all posts
Edited by nuki12 at 11-10-2024 05:27 PM

'Saya nak jumpa semua ahli keluarga mangsa,memohon maaf' - Suami wanita langgar pelajar UiTM Dungun





Azhar Ahmad(kanan) menceritakan berhubung kejadian kemalangan
isterinya kepada rakannya. - Foto NSTP/ ROSLI ILHAM


DUNGUN : "Saya menangis dan sangat sedih melihat kemalangan itu, saya mewakili isteri saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dan bersujud kepada semua ahli keluarga pelajar yang terbabit.
"Memang niat saya malam itu juga nak pergi minta maaf kepada semua ahli keluarga pelajar terbabit namun hasrat itu terpaksa saya tangguhkan atas nasihat pihak berkuasa dan rakan-rakan," kata Azhar Ahmad.
Azhar, 53, yang juga suami kepada pemandu Honda CRV yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar Universiti Teknologi Mara UiTM Dungun, dalam kejadian di hadapan kampus terbabit di Sura Hujung, malam kelmarin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 7.20 malam itu, mengorbankan tiga pelajar iaitu, Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20; Khairul Anwar Jamaludin, 20, dan Muhammad Akhmal Md Tukirin, 25, sementara seorang lagi rakan mereka Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan masih dirawat di Hospital Dungun.





Azhar berkata, isterinya, sebelum itu adalah seorang isteri yang sangat baik, penyayang kepada anak-anak dan suami.
"Ketika mengandung anak ke empat 10 tahun lalu, doktor mengesahkan isteri saya mengandung di luar rahim dan terpaksa digugurkan kandungan itu.
"Ketika mendapat rawatan di Hospital Kuala Terengganu, dia koma selama empat hari dan kehilangan banyak darah," katanya.
Beliau berkata, selepas sedar dari koma, isterinya itu mula mengalami gangguan dan sering berhalusinasi dan bercakap bersendirian.
"Saya sudah puas berubat termasuk secara tradisional. Apa saya arahan daripada tukang berubat saya buat semuanya, namun semuanya tidak berhasil.
"Walaupun dia begitu, namun isteri saya itu tetap dengan tanggungjawab mengemas rumah, memasak dan tidak suka keadaan rumah dan bersepah.
"Dia juga sangat penyayang dengan anak cucu dan sering membeli serta memasak makanan untuk mereka ," katanya yang sudah 30 tahun berkahwin dengan wanita itu.
Katanya, pada hari kejadian itu, sebaik selesai solat maghrib bersama anak bongsunya, dia terkejut apabila mendapati isterinya yang sebelum itu menonton televisyen tiada di ruang tamu.
"Saya dapati pintu pagar rumah terbuka dan ketika itu juga saya perasan dua pasang kasut isteri dan sehelai pakaiannya tiada di rumah.
"Dia tidak pernah keluar waktu malam, kalau keluar mesti ditemani saya dan anak-anak.
"Kalau keluar pun waktu siang dan dia akan memandu dan pergi minum di kedai kegemarannya tidak jauh dari kampus itu," katanya.
Beliau menjelaskan pada malam kejadian itu, pada mulanya hendak terus pergi mencari isterinya itu, namun memandangkan waktu isyak hampir, dia mengambil keputusan untuk solat Isyak terlebih dahulu.
"Tak sampai beberapa minit, saya dihubungi rakan memaklumkan kereta saya terbabit kemalangan dan saya ajak anak bongsu saya terus ke tempat kejadian," katanya.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia sangat terkejut melihat keadaan mayat seorang pelajar berada di atas jalan.
"Saya ingat seorang mangsa, rupanya tiga orang. Saya sangat sedih melihat keadaan itu. Selepas isteri saya dibawa anak masuk ke kenderaan polis, saya pergi ke lokasi mayat terbabit dan mencari ahli keluarga mangsa untuk memohon maaf dan dimaklumkan kesemua mangsa orang luar dari Dungun.
"Saya segera meninggalkan lokasi kejadian selepas diarahkan pihak polis ke balai untuk diambil keterangan," katanya.
Katanya, pagi semalam dia sekali lagi hendak pergi bertemu keluarga mangsa di Bilik Forensik Hospital Dungun namun dinasihatkan kerana bimbang berlaku kekecohan.
"Saya sangat kesal dengan kejadian itu, mungkin ketika itu dia (isteri) seolah-olah dipanggil untuk segera keluar dari rumah.
"Tiada siapa mahu kejadian sebegini, saya dah sorok kunci kereta namun perkara ini tetap terjadi," katanya.
Azhar berkata, dia berharap supaya pihak pengurusan UiTM dapat membantunya untuk bertemu dengan kesemua ahli keluarga mangsa yang terbabit.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1309511/saya-nak-jumpa-semua-ahli-keluarga-mangsamemohon-maaf-suami-wanita














Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 12:32 PM GMT+8 , Processed in 1.264947 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list