CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azrinaziz

[EDISI REDHO] KEKNIS Redho Dilamar oleh Seorang Kapten Live dalam Satu Rancangan

[Copy link]
Post time 5-1-2015 05:12 PM | Show all posts
Propose x kena tmpt... Sepatutnye x berlaku lansung... walaupun HA ckp penerbit Astro yg bagi idea...

Ada byk lagi cara nak propose weiiii... Tenggelam cite psal kakak fav I... Ipa radziahhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2015 05:15 PM | Show all posts
aku dah agak dah!

masa HA proposed si keknis, dlm hati aku terus terdetik 'mohon dihencap jemaah forum la esok bebudak nii..'

potong stim okeh!

aku tgh melayan jiwang mamat exist, tomok..tetiba nabil announce nama keknis..!

apakahh..??

makcik nani happy lettew anak uolls glemer seantero malaya arini

p/s - asteruk ngan publisiti murahan berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 05:16 PM | Show all posts
batusembilan replied at 4-1-2015 11:07 PM
Budak2 baru nak up ni buat spoil program otai je.....bebal betulllll:

ini tepat skali mbak!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 05:20 PM | Show all posts
Actually for me, this is not about who deserves who or sekufu ke tak. Cuma cara dan tempat cam x kena.. HZ pon bg aku xdela hebat sgt dr segi education ke ape. Talented pon tak la sgt. HA lagilah...
Tempat bilamana ko propose dekat bukan tempat ko punya. watla kt set raikan cinta ke ape..dahla bju HZ malam td x cantik. Baju dan tempat time hos raikan cinta lg cantik dan romantis...dah kata nk romantik sgt kan...

Cara plak, it just...seriously guys, do you really believe in public marriage proposals? i think its stupid and for attention seekers only. you need to consider the audience padahal you yg nak kawen. and look, ape2 pon yg HZ jwb sume akan jadi issue. Mcm die jwb semalam, org kata die mcm x ikhlas. What if she says 'yes', msyarakt akn ckp x proper sbb adat kita pompuan x leh nampak gedik sgt nak yes bagai. She's definitely cant say NO sbb sume org tau kot korg mcm belangkas. Ntahlah..tp mmg x kena la kt mata aku.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
budakmanentah replied at 5-1-2015 05:08 PM
i kenot brain la org sebok dok pnggil dia kapten

sebab suka pose tabik2 cmtu ke org pnggil dia ka ...

Dia pun dok letak # #captainkeknis... perasan..dia tu captain for keknis lah kot. dia tau x hanis penah kapel dgn seorang pilot.... yg lbh layak dengan panggilan captain
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 05:21 PM | Show all posts
sponges replied at 5-1-2015 04:20 PM
dalam TV mak nani nampak kertu, tak flawless mcm dalam blog/instagram

yup, nampak mcm usia sebenar beliau..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2015 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cemolot replied at 5-1-2015 05:09 PM
bangbrain, after effect dia lagi dasyat. ramai cek in wad psikiatri pagi ni sebab trauma dengan ak ...

Hahahja... me more meluat ke HA n maknani berbanding keknis sendiri... hahahhaah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 05:21 PM | Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

Terbaru! Ciri lelaki idaman hati dan deria!



Cirinya pasti berbeza setiap satu di antara kita, menjadikan perjalanan menemui cinta sesuatu yang sukar untuk digambarkan. Mungkin ada yang lucky in love dalam hidupnya, mungkin ada yang tak pernah merasai cinta sebenar up till now, dan mungkin ada menyalahkan diri sebagai loser in love setiap kali kecundang. Tapi ada satu quote yang I gemar sekali, yang tidak pernah gagal memberi harapan tika menghadapi waktu-waktu sukar dalam hidup I. Quote itu berbunyi “In the end, everything will be okay, if it’s not okay, then it’s not the end”. Jelaskan kata-kata itu? Bagi sesetengah orang, kebahagian adalah sesuatu yang you have to work for. Well, you gotta admit, the victory is sweeter that way.


Kalau bercakap tentang ciri lelaki idaman, memang akan berbunyi seperti amboi amboi nak yang perfect aja. Well, everyone is on the same track I’m sure. Bolehlah salahkan input-input dari buku fantasi, neraca kisah benar, telemovie, novel-novel chic-lit beli dari MPH, senarai 10things women love about men, sesi gossip emak serta makcik-makcik, iklan perfume murah dan sebagainya.


Pertama, perempuan mesti suka nak cari pasangan yang macam bapa dia. Sedikit sebanyak mesti nak ada persamaan juga. Dan kalau macam Daddy I, hehe mestilah tinggi. Tinggi yang bila I pakai kasut platform heels pun tak tergugat. Sebab bila tinggi nampak kuat. Bila tinggi rasa safe kalau menyorok belakang dia kalau dalam bahaya. Bila tinggi, boleh dukung bawa masuk kereta waktu dah nak terberanak. Kalau tak tinggi I tak kisah KALAU dia tidak kisah. Kiranya walaupun dia tak tinggi, tapi dia suka I pakai high heels. Cun sangat macam Usher dengan Naomi dulu. Fuh.


Ciri lain ialah lebih matang dari pasangan perempuan. Matang banyak dari I! Matang pemikiran, bukan umur atau bahagian bawah mata. Haha. Atau perut (-_-“) I dari kecil memang Daddy yang guide, so dengan pengalaman, I boleh rasa yang I cuma benarkan orang yang matang sahaja guide I. Kalau agak-agak orang itu sama taraf dengan I, fuh memang banyaklah “Eh kenapa tak macam ini?” “Hoh you sure ke??” “”Taknaklah teori you tak konkrit” “Tapi I belajar dulu lain” dan sebagainya.


I adore lelaki sepet! My goodness ini ciri paling seksi dalam list I okay. Lelaki sepet sangat hesh kenapa seksi sangat nak describe pun kehabisan vocab sebab asyik nak guna perkataan seksi je.


Sentuh bab agama obviously nak lelaki yang beragama kuat (dalam doa selepas sembahyang selalu Ya Allah kau temukanlah aku jodoh dengan lelaki yang beragama, berharta, bijaksana dan rupawan). Rupawan, ish sungguh gatal. Berharta, ini ustazah yang suruh. Bijaksana, for obvious reason. Tapi seriously, I nak lelaki yang boleh bimbing ke arah kebahagiaan yang ultimate. Nak lelaki yang tak batak social, yang terlalu duniawi. Nak lelaki yang pulang dari kerja terus sayang jom jemaah dengan I. Pastu bila suami I nak ajar anak I mengaji tapi anak I liat, kena rotan ngeh ngeh.


I tak suka sweet talker yang dengan semua perempuan dia smooth gila sampai bila dengan yang dia betul-betul sayang pun tiada beza.


Apabila tua wajah dan kedutan harus menyamai (amboih menyamai, taknak setel dengan 'iras-iras') George Clooney. Apabila lebih tua harus resemble Clint Eastwood. Lebih baik, Mustapha Maarof.


Pembersih. Tak boleh tengok sepah-sepah. Bila nampak mekap I berterabur tak boleh tahan pastu terkemaskan. Pastu insist nak hantar anak dekat Tabika Kemas.


Lelaki yang kelakar adalah lelaki yang bagus sebab gelak boleh membakar kalori dan saya kuat makan. Kita juga haruslah ada sense of humour yang lebih kurang di mana bila salah seorang menyanyi Geli Mat, yang seorang lagi tidak jadi merajuk malah ingin membelasah sahaja pasangannya.


Hobi kami juga harus similar iaitu makan, membaca dan shopping. Haha dalam senarai itu tadi rasa-rasanya hanya membaca layak dipanggil hobi dalam karangan berformat. Okay takpe, lelaki harus boleh melayan saya buat tiga benda itu. DIA TIDAK BOLEH DUDUK LUAR KEDAI MASA SAYA BELI BAJU SEBAB NANTI SAYA SALAH PILIH BAJU TAK HOT DIA JUGA YANG AKAN TENGOK SAYA PAKAI BAJU ITU UNTUK BEBERAPA BULAN OF HIS LIFE. Dan makan adalah seronok maka kita harus cuba semua tempat yang halal dalam dunia. Membaca pula, kan indah kalau pagi-pagi yang dingin, kami berdua diam sahaja di atas katil mendalami buku masing-masing dan menjadi tua selepas itu dengan mengadakan sesi book review.


Suka kucing dan budak/kanak/bayi. Walaupun kadang-kala saya lebih menyukai anjing daripada kucing kerana mereka tidak buat bodoh apabila kita baling barang dan kata “catch”, tetapi saya tetap setia terhadap kucing. Pasangan saya harus juga menyayangi kucing yang bakal kami bela nanti. Apatah lagi bayi yang bakal kami bela nanti (-_-) JANGAN BILA NAK BELA KUCING DIA CAKAP OKAY BOLEH BELA TAPI YOU SORANG JE CUCI TAHI DIA, FUH TAK BEKERJASAMA BETUL.


Rendah diri.


Pandai masak. I love chefs! Bila dua-dua dah berada di dapur, dapur menjadi seperti ingin mengadakan buffet aww so sweet. Pastu bila dalam pantang takdelah makan makanan bungkus setiap hari tsk. Kena pandai masak char koay teow, asam pedas dan nasi kandar lah at least. At least.


Reti menyesuaikan diri dengan majlis (pemakaian, pergaulan, limitations). Sesetengah lelaki takde ciri yang ini kan? Rugi. Kalau I ada majlis keramaian dan event-event, dia mestilah nak kena ikut kadang-kala supaya boleh “This is my husband, Ive been bragging about”. Haha.


Eh kenapa ciri ini semua macam bukan ciri lelaki idaman, tetapi ciri husband idaman, fuh sungguh advance.


Rambut kacak badan tegap.


Seterusnya, fluent English speaker dan writer sebab I tak terel sangat maka dia kena betulkan sekali-sekala. Tapi dia tidak boleh annoying mentang-mentang terel, semua benda nak betulkan even bila I tengok kekejaman dan kata “That’s mean”, dia sibuk “That means lah sayang”. Allah..


Geliga otak. Sebab I suka membebel off track dan tanya soalan pelik yang kalau jawapan tak memuaskan I takkan diam. Serious I takkan diam. Makan budu untuk geliga otak. Oh nanti I dapat orang Kelantan :B


Masih anak teruna just because we are better off experiencing exciting new things together insyallah.


Sayang ibubapa dan ahli keluarga (milik sendiri dan milik saya). Boleh enjoy raya, birthdays, kenduri di dua-dua belah pihak :’) Tackle me you tacle my family too lebih kuranglah.


Puitis. Maka kita boleh bukukan journal perjalanan kita dan turunkan kat anak cucu cicit untuk mengatakan true love does exist. Selain sepet, puitis adalah seksi. HABIS KALAU SEPET DAN PANDAI BERPUISI?! UISH UISH UISH. Bak datang.


Rajin bersukan. Sepak takraw omg!


Good manners. His every move must be in respect of me. Hisap rokok masa isteri mengandung kat sebelah. Tengah dinner, duduk macam apek, sumpah tak menjadi teladan dan tauladan kepada anak-anak I yang gemuk-gemuk. Haha anak I gemuk-gemuk so cuteeeeeee.


Rockstar.


Tapi ini hanyalah list yang semua orang ada walaupun berbeza kan? Sebab bila cinta datang, semua ciri kena tendang. Its true. Love and sex appeal is complicated. I can have a guy with everything on this list, but if I cant feel it, I cannot fake it. And I can have a guy with nothing crossed from this list, but its a scary chemistry, you cant really explain.


BUT! Ciri yang wajib ada ialah kebolehan melayan I tanpa sempadan. Kena dodoikan bila I terjaga malam, tak boleh gelak lama sangat kalau I mengigau, kena tahu bila nak buat-buat kalah bila main Xbox. Bila duduk berdua dia kena layan sepenuh hati, dia tak boleh biar je I sorang-sorang bebel “Sayang I tak paham kenapa kita wajib tahu tarian poco-poco dalam hidup kita” and the discussion goes on...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2015 05:22 PM | Show all posts
Mungkin HA ada persamaan macam ayah hanis..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 05:24 PM | Show all posts
Chrating replied at 5-1-2015 05:21 PM
Tuesday, October 20, 2009

Terbaru! Ciri lelaki idaman hati dan deria!

blerghhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 05:29 PM | Show all posts
Chrating replied at 5-1-2015 05:22 PM
Mungkin HA ada persamaan macam ayah hanis..



Yg ni ada ciri2 hairul tak?

fluent English speaker dan writer


Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 05:34 PM | Show all posts
juliez replied at 5-1-2015 05:29 PM
Yg ni ada ciri2 hairul tak?

Hanya hanis sajork yg tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Jemputan wedding tu can expect la makan spaghetti, steak, lamb chop.. Apa kelasss makan typical lauk pauk kenduri melayu .. Mak nani jgn lupa plak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 05:47 PM | Show all posts
Chrating replied at 5-1-2015 05:21 PM
Tuesday, October 20, 2009

Terbaru! Ciri lelaki idaman hati dan deria!

post ni hanis tulis masa tgh bercinta dgn faizal hadi. hampir semua ciri2 tersebut ada pada pezal.

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 06:02 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 5-1-2015 04:32 PM
HZ kan satu satunya harapan mak nani nk merasa rub shoulders dgn besan vvvvvvip
Kalo HZ kawen HA, m ...

aku ingatkan HA ni anak somebody...
kira dia ni dari family bisa2 sajork lah....

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 06:07 PM | Show all posts
brainbiru replied at 5-1-2015 05:21 PM
Hahahja... me more meluat ke HA n maknani berbanding keknis sendiri... hahahhaah

sebab #makartis #bakalmakmertuaartis tu ada iras2 yanti khennn perangai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2015 06:08 PM | Show all posts

Ikutkan hati esok saya nak kahwin Hanis Zalikha - Hairul Azreen


HAIRUL Azreen dan Hanis Zalikha membuat kejutan lamaran pada konsert akhir Gegar Vaganza yang dipancar secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil malam tadi. - Foto Adi Safri

KUALA LUMPUR: Semalam kisah lamaran Hairul Azreen kepada kekasih hatinya, Hanis Zalikha ketika berlangsungnya pertandingan akhir Gegar Vaganza mencuri tumpuan penonton di kaca televisyen menerusi saluran Astro Ria yang dipancar secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil.

Ada yang melihat gimik itu tidak kena pada masanya kerana ia seakan menjejaskan perhatian penonton yang begitu teruja menyaksikan peserta akhir pertandingan. Tapi atas paksi meraih rating, apa saja gimik boleh dilakukan stesen TV.

Kisah lamaran itu mengulangi kisah lamaran Awal Ashaari kepada Scha Alyahya sekitar 2012 dalam program Propaganza.

Hairul yang dihubungi BH Online sebentar tadi merungkaikan serba sedikit persoalan mengapa beliau sanggup melamar sebegitu terhadap wanita pujaannya itu.

"Kisah lamaran ini disuarakan sendiri Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli sekitar tiga bulan lalu. Masa itu, saya sendiri pun tak tahu bagaimana rupanya program Gegar Vaganza ini. Abang Raqim tanya saya bila nak kahwin dengan Hanis.

"Ikutkan hati memang saya selesa dengan Hanis dan merancang untuk menikahi dia. Daripada situ timbul idea lamaran ini daripada Abang Raqim. Cuma dari awal saya berbelah bagi, okey ke nak buat gimik sebegini dan apa pula perasaan peserta pertandingan itu.

"Saya sendiri pernah menjuarai pertandingan Fear Factor Selebriti Malaysia. Tapi selepas berfikir panjang dan pihak Astro sendiri begitu berminat, saya menerima saja idea ini. Saya dimaklumkan akan muncul pada slot persembahan kumpulan Kristal," katanya.

Menurut Hairul, kekasihnya yang turut dikenali dengan nama Keknis itu tidak tahu menahu langsung mengenai lamaran yang disaksikan secara langsung malam tadi.

Malah Hairul berjumpa keluarga kekasihnya itu ketika Hanis berada di Jepun menjalani penggambaran sebuah drama.

"Bayangkan selama tiga bulan itu juga saya terpaksa berlakon supaya apa yang dirancang selama ini tidak kantoi. Keluarga Hanis pun terpaksa berlakon. Alhamdulillah, biarpun ada yang melihat gimik itu sebagai tak wajar, saya ada pendirian sendiri.


HAIRUL Azreen dengan kekasih hatinya, Hanis Zalikha. - Foto Adi Safri

"Gambar saya muat naik di laman Instagram pun ramai peminat yang cakap apa yang saya lakukan itu sangat 'sweet' dan akhirnya mereka mengaku juga bercinta. Bagi saya kalau ada yang fikir negatif itu biasalah. Ada yang suka dan ada yang tak suka kita.

"Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Niat saya hanya mahu meyakinkan cinta saya kepada Hanis sangat tulus. Dari berkawan sejak 2004 hingga mula mesra setahun lalu dan seterusnya menjalankan perniagaan dengan membuka studio penggambaran bersama," kata Hairul yang membuka studio diberi nama Hello Studio di Equine Park bersama Hanis sejak tiga bulan lalu.

Tambah Hairul lagi, lamaran yang dilakukannya itu sebagai bukti mengotakan janjinya kepada semua orang termasuk rakan media yang selama ini tertanya-tanya status hubungan mereka selama ini.

"Alhamdulillah sampai juga masanya untuk saya beritahu isi hati saya selama ini kepada Hanis. Saya beruntung menjadi yang terpilih untuk melakukan semua ini daripada pihak Astro. Saya bukan popular seperti Datuk Siti Nurhaliza atau Aaron Aziz pun.


HAIRUL Azreen dan Hanis Zalikha membuat kejutan lamaran pada konsert akhir Gegar Vaganza yang dipancar secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil malam tadi. - Foto Adi Safri

"Cincin tanda yang saya berikan kepada Hanis pun tidak disarungkan sendiri sebaliknya Jihan Muse yang mengambil peranan. Saya pun tidak melutut untuk melamarnya kerana ia bukan budaya kita orang Melayu," katanya.

Saat ini, Hairul hanya menunggu masa yang sesuai untuk membincangkan hal perancangan perkahwinan mereka dengan keluarganya dan keluarga Hanis. Tetapi Hanis ketika ini sedang sibuk dengan kerja lakonan.

"Ikut hati saya, esok nak kahwin tapi hal ini bukan perkara mainan. Kita kena bawa berbincang dengan keluarga masing-masing," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 06:08 PM | Show all posts
skechers replied at 5-1-2015 03:07 PM
Anak 6 oke

Kekdahnya dia kan pernah jadi model zaman 80-an dulu. Haruslah mengaku ramai yang ...

celah mana modelnya tahun 80-an,
jenuh aku cari dia cerita jadi model,
balik2 citer pasal jual kueh bom n ais krim malaysia jah...

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 06:18 PM | Show all posts
CrowneGlory replied at 5-1-2015 05:40 PM
Jemputan wedding tu can expect la makan spaghetti, steak, lamb chop.. Apa kelasss makan typical lauk ...

iols dok ternampak orang komen macam ni dari tadi. apsal eh? mak nani memang cakap kalau kenduri dia nak hidang western food ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 06:27 PM | Show all posts
Chrating replied at 5-1-2015 04:21 PM
Tuesday, October 20, 2009

Terbaru! Ciri lelaki idaman hati dan deria!

kuat verangan okay !!! stok2 penulis novel rindu awak 200% sangat!!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.369125 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list