CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] Kabinet bakal dirombak?..UPDATE - senarai kabinet baru.

[Copy link]
Post time 29-7-2015 07:28 AM | Show all posts
Dah tak leh wat pe dah... muka tu mmg dah bertepek abis ngan taik. Tggu jew ler akibatnyamuka dah btepek taik tapi jln ngan bangga konon org suka. Choooiii..... Lg mampu ko wat ler apa patut. Tapi rakyat im sure say no 2 u.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 07:28 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 28-7-2015 11:56 PM
Tun pun guna kuku besi gak..selamat je dia 22 tahun lamanya.

Najib dah buat terbaik..rakyat t ...

saya tak setuju alasan dan waktu midin ni digugurkan. nampak sangat najib tak pandai nak uruskan persepsi dan sekarang orang akan cakap dia takut dengan pendedahan midin.

kalau setakat speech midin, saya dah dengar takde pun midin attack najib kalau orang yang mendengar tu kritikal otak dia dan tak taksub. dalam sidang media pun najib memang dah cakap siang mcm AN cakap, dia nak orang yang satu team dan tak kritik terbuka sebab ada ruang yang diberi. saya tak nampak wajar kalau sebab ni nak digugurkan, sepatutnya bagi amaran dulu kalau berulang baru gugur. sama jugak dalam parti dia patut bawak kes ke lembaga disiplin. kaedah najib buat ni nampak sangat dia sengaja cari alasan nak gugur midin. tu pandangan saya lah. bukan tak boleh nak gugur tapi kaedah yang diambil dan waktu yang dipilih menunjukkan sesuatu. lebih kurang gini. "tindakan kita mencerminkan apa yang disebaliknya". terus terang memang tak bijak...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 07:32 AM | Show all posts
kite8286 replied at 29-7-2015 07:26 AM
Uncle AN, jangan la cakap sombong. Sebelum ni sy ada juga respek dgn hujah AN, pernah berkira2 nak ...

Saya bukan jenis sombong tak bertempat...saya nyatakan apa yg saya percaya...sama spt org lain..dan saya pun berulang kali ckp disini...saya tak perlu respek sesiapa pun...saya nyatakan pendirian saya berdasarkan apa yg saya tahu, apa yg saya faham.

ni nak tanya ko....kenapa ko tak suka Najib?.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 07:40 AM | Show all posts
Edited by Anak_Nogori at 29-7-2015 07:42 AM
cenkudu replied at 29-7-2015 07:28 AM
saya tak setuju alasan dan waktu midin ni digugurkan. nampak sangat najib tak pandai nak uruskan p ...

Ko kena ingat...ni bukan sekali dia tak sehaluan dgn Najib...dia pernah kantoi semasa dia berucap disatu program tertutup bersama ketua2 bahagian....bila didedahkan...dia tak nak mengaku..pada hal video membuktikannya...ingat Najib tak tahu ke?.

Utk pengetahuan ko....rombakan kabinet dirancang lagi sebulan..bila Midin buat statement kat UMNO bhg Cheras tu...dia masih tidak mahu bersama Najib lagi..pada hal dia boleh je cakap...kita tunggu lah keputusan PAC..tu kan selari dgn ucapan PM selaku presiden UMNO...tapi midin amik jalan berliku dan mengesahkan dia antara yg berkomplot berkonspirasi utk menjatuhkan PM.

So..najib tukar plan dia...terus dia umumkan je rombakan kabinet dgn mengugurkan midin yg tidak lagi boleh bekerjasama dgn dia sebagai satu pasukan..disamping itu utk memberikan satu signal pada pemimpin2 UMNO malah dalam BN sekali...sebab tu rombakan kabinet ni tak sorang pun tahu, tidak bocor macam biasa dimana Najib dah pun mengadap Agung minta perkenan rombakan kabinet ini dan agung bersetuju midin digugurkan.

So..mesej jelas dah...nak tengok sangat najib berkeras...dia tunjukkan lah..sejauh mana kerasnya najib ni...


Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 07:51 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 29-7-2015 07:40 AM
Ko kena ingat...ni bukan sekali dia tak sehaluan dgn Najib...dia pernah kantoi semasa dia berucap  ...

ucapan midin di janda baik tu nampak dia tak sehaluan ke? ok lah benda ni subjektif mungkin sehaluan definisi kabinet Najib ni berbeza. pada saya berbeza pandangan pada benda2 cabang ni perkara biasa pokoknya dia masih sokong Najib. cuma lepas program di Janda Baik adakah notis amaran bertulis diberikan oleh beliau? ada tak tindakan sebelum tu...kalau dah tau salah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 07:57 AM | Show all posts

n

Edited by Anak_Nogori at 29-7-2015 08:01 AM
cenkudu replied at 29-7-2015 07:51 AM
ucapan midin di janda baik tu nampak dia tak sehaluan ke? ok lah benda ni subjektif mungkin sehalu ...

kemon lah....midin bukan org baru dlm politik ni...sama spt najib...otai dah...dah buat silap sekali...jangan lah diulang kali kedua..boss tetap boss..nak sangat ganti boss...PAU nanti lawan lah presiden UMNO tu kalau mampu..jangan main taik macam ni..

bagi saya...ucapan dia kata besok pru, BN akan kalah tu bukan membantu pun UMNO jadi kuat..ianya melemahkan ahli2 parti adalah lagi....so...otai macam midin ni..takkan mende simple macam tu pun nak kena ajar lagi.

sekarang tengok...besok ada pru..BN akan kalah...hari ni rombak kabinet...Midin gugur..BN belum tentu kalah...midin dah kompom gugur dah..jobless..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2015 07:58 AM | Show all posts
selayaknye la kat set2 umno caprut tu..
aku tumpang bahagia je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 08:11 AM | Show all posts
Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 29 July 2015| Kategori: Utama | 2 Comments »

Muhyiddin Akan Lepaskan Jawatan Dalam Parti?


Semua pemerhati politik tertumpu kepada gerakan yang akan dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Beliau menyatakan akan mengada sidang akhbar di kediamannya di Bukit Damansara jam 11 pagi ini.

Muhyiddin mempunyai beberapa gerakan yang perlu difikirkan dengan mengambil kira risiko yang bakal beliau hadapi.

Pertama, Muhyiddin akan mengumumkan untuk terus memegang jawatan dalam parti sebagai Timbalan Presiden UMNO dan menjadi ejen “Check and Balance” kepada pentadbiran kerajaan.

Jika keputusan ini diambil, UMNO akan terus berada dalam keadaan tidak tenteram dan kacau bilau buat beberapa ketika lagi.

Keputusan ini juga akan menyaksikan Muhyiddin berhadapan risiko seperti mana Timbalan-timnbalan Presiden UMNO terbuang sebelum ini. Sama ada mereka dimalukan seperti Tun Musa Hitam atau berhadapan dengan pemecatan dari parti seperti mana Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah membuktikan beliau bersedia bertindak drastik, “kejam” dan kasar jika ia perlu untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

Kedua, Muhyiddin atas sikap sayangkan parti membuat keputusan melepaskan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO bagi memberi laluan Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memangku dan menyusun semula UMNO bagi berhadapan pilihan raya umum.

Dengan cara ini beliau boleh sahaja kembali mencabar kepimpinan parti jika Barisan Nasional mendapat keputusan yang lebih buruk atau bersara secara terhormat.

Muhyiddin boleh menurut jejak langkah Musa Hitam dan Anwar Ibrahim menentang UMNO. Kita tahu di mana dan apa pencapaian mereka hari ini.

Namun Muhyiddin juga berhadapan dengan faktor usia. Pada usia 69 tahun, Muhyiddin tidak mempunyai kelebihan faktor usia seperti mana Musa dan Anwar untuk terus kekal relevan dalam jangka masa yang panjang.

Dalam mesyuarat UMNO Bahagian Pagoh tahun lalu, Muhyiddin menyatakan ini merupakan penggal terakhir beliau sebelum bersara. Namun peluang yang terhidang sejak 6 bulan lalu mengubah persepsi Timbalan Presiden UMNO.

Muhyiddin mungkin menyangka ada peluang mencabar kepimpinan Mohd Najib dan merampas kepimpinan. Beliau juga mungkin diberi gambaran salah oleh kumpulan Tun Mahathir bahawa mereka mempunyai cukup kekuatan dan kemampuan untuk menjayakan konspirasi menjatuhkan Najib.

Namun pemilihan telah ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya. Penangguhan ini turut dipersetujui oleh beliau.

Muhyiddin mungkin berharap jika diasak cukup kuat oleh beliau, Shafie Apdal dan Tun Mahathir, Mohd Najib akan berundur secara sukarela dan memberi lalu “permaidani merah” kepadanya. Namun jelas ia tidak berlaku.

Sebaliknya Mohd Najib mengadakan rombakan bagi mengukuhkan pasukan pentadbirannya dan tiada siapa pernah terfikir Perdana Menteri yang diejek lembik dan lembut ini menggugurkan Timbalan Presiden dan seorang Naib Presiden.

Justeru, pilihan terbaik buat Muhyiddin ialah bersara secara terhormat dan menanti peluang untuk membuat “comeback” jika ada peluang.

Apapun keputusan terletak kepada Muhyiddin sama ada mahu mencari jalan penuh risiko pada usia 69 tahun, atau mencari jalan damai dan akan dikenang ramai sebagai “orang parti tulen” seperti mana allahyarham Tun Ghafar Baba.-MYKMU.NET
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 08:21 AM | Show all posts
org2 yg pikir dia ada kuasa.... kuasa ni boleh hilang sekelip mata je.. so pikir2kan la..
rakyat yg terkena impaknya akan berdoa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 08:22 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 29-7-2015 07:57 AM
kemon lah....midin bukan org baru dlm politik ni...sama spt najib...otai dah...dah buat silap seka ...

AN dengar ke ucapan dia tu full apa dia yang dia maksudkan? dia tak maksudkan pun ikut ramai orang faham. takpe la org2 UMNO je kot faham
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 08:27 AM | Show all posts
cenkudu replied at 29-7-2015 08:22 AM
AN dengar ke ucapan dia tu full apa dia yang dia maksudkan? dia tak maksudkan pun ikut ramai orang ...

saya adalah ahli UMNO bahagian Cheras lah..boss saya syed ali tu le..
terpulang...setiap org boleh fikir macam2 tentang apa yg dia maksudkan..begitu jugak saya...even najib pun..




Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 08:38 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 29-7-2015 08:27 AM
saya adalah ahli UMNO bahagian Cheras lah..boss saya syed ali tu le..
terpulang...setiap org bole ...

AN dengar live la ye. saya bagi pendapat ni tengok pandangan umum. mungkin orang dalam UMNO nampak dia bermasalah tapi memang setiap step tu ada risiko dan yang ni memang najib kena bayar risiko dia nak menguruskan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 08:47 AM | Show all posts
cenkudu replied at 29-7-2015 08:38 AM
AN dengar live la ye. saya bagi pendapat ni tengok pandangan umum. mungkin orang dalam UMNO nampak ...

Ni lah politik..macam2 risiko kena terima..tak pandai berpolitik...macam nilah jadinya..nak lebih jelas...tengok kes Khalid Ibrahim sudah lah..dia kena tendang dgn kajang move...DAP pun sama...berapa ramai yg kena tendang dari CEC?..gitu gak PAS..G18 semua kena tendang..kerana apa?..krn tidak sebulu dgn presiden atau dgn Setiausaha Agung DAP...

Dia umpama pasukkan bola sepak lah..kena ada team work...kalau penjaga gol mislannya tak ngam ngan keptan...dia lepaskan gol dgn sengaja...team manager tak tendang dia dan gantikan dgn penjaga gol yg lain ke?.

ni lah dia real politik...tak pandai...out you go..lawan kalu...yg menang jadi arang..yg kalah jadi abu..sejarah banyak dah...yg cekal, yg ikhlas berjuang..yg dulu terbuang nasib dia balik..dia comeback..kalau tidak..pencen jaga cucu sudahlah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:20 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 29-7-2015 08:47 AM
Ni lah politik..macam2 risiko kena terima..tak pandai berpolitik...macam nilah jadinya..nak lebih  ...

Dah baca apa yg RPK tulis pasal ni? Coup de Etat yg tak menjadi... apa lagi.. ni la hasilnya utk wak yidin and Gani Patail...nampak lagi fishy bila Ambiga ngan Gobind dok menyalak kunun apa yg Najib buat terhadap AG tu salah... selama ni Najib diam jer bila org keliling membodohkan dia... Even cina gemuk tu pun kenakan dia melalui 1MDB.. org kata bodoh2 alang jugak la Najib ni.. ha.. rasakan sekarang bila dia dah sedar... dah tu Wak Yidin mmg dah tau dia nak kena gugur, terus berpura-pura cakap sal 1MDB kat Cheras itu hari.. nak msyarakat anggap dia kena buang sbb isu MDB padahal sebaliknya... so, hari ni harus kuar press statement umpama dia tu hero... politik mmg hancing.. tak kira la parti mana pun...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 09:33 AM | Show all posts
harimau76 replied at 29-7-2015 09:20 AM
Dah baca apa yg RPK tulis pasal ni? Coup de Etat yg tak menjadi... apa lagi.. ni la hasilnya utk w ...

Midin dia boleh tipu beberapa org..tapi dia tak boleh tipu semua org..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:36 AM | Show all posts
website MITI jam jam jam jam...

ok iols nak call dagang.net jap...

da...breakfast dgn nasi goreng w/o GST pepagi ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 09:41 AM | Show all posts
nampak Umi Hafilda kt umah wak yidin semlm... bg moral sapot
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:45 AM | Show all posts
Edited by akusukaq at 29-7-2015 01:48 AM
Anak_Nogori replied at 28-7-2015 11:17 PM
bukan soal kritik tak kritik..kritik tu kritik lah...soalnya boleh ke kita nak tukar boss...tu isu ...

ikut saje langkah tpm Musa Hitam dulu . Tak suka dgn langkah Tun dia terus letak jawatan  tanpa beri apa apa alasan untuk bela diri sendiri atau belagak hero
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:54 AM | Show all posts
aku rase TSMY dah pk masak2 sebelum kluar statement pasal 1mdb dll tu

kalau dia jenis sayang jwtn TPM n jenis kipas abis dia xkan ckp camtu

so aku rasa dia dah cukup paham ape yg nak dikatanya


membe kata pengarah2 KPM terus buat meeting semalam ngn MK

katanya ptg smlm gak kena turun gamba MP1
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:57 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 28-7-2015 10:43 AM
Dah org keperayaaan dia pun tidak boleh dipercayai, mesyuarat kabinet pun boleh bocor..lebih baik  ...

I rasa bukan orang kepercayaan dia yang tak boleh dipercayai tapi orang kepercayaan dia yang tidak mempercayai dia. Kihkihkih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.060480 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list