Semalam, bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Selangor (MBSA), telah berlangsungnya Konsert Separuh Akhir AF2015. Para pelajar menunjukkan persembahan yang memberangsangkan untuk mencuri tumpuan para penonton, sekaligus menaikkan jumlah undian masing-masing bagi memastikan mereka kekal sehingga ke peringkat akhir.
Namun begitu, di penghujung rancangan dua nama pelajar diumumkan oleh hos, Faizal Ismail dan Zizan Razak, sekaligus perjalanan kedua-duanya terhenti di situ. Rachel dan Lisa nampaknya tidak berjaya untuk melayakkan diri ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 11 Oktober akan datang.
Empat peserta yang berjaya meloloskan diri dan bakal menggegarkan pentas akhir adalah Sufi, Syamel, Shahrul dan Bila. Sufi mengaut jumlah undian tertinggi, jauh meninggalkan pelajar-pelajar lain dengan jumlah peratusan undian sebanyak 31.8 peratus diikuti oleh Syamel dengan 15.21 peratus, Shahrul dengan 14.81 peratus manakala Bila menerima 13.92 peratus undian penonton.
"Sebelum konsert pada malam ini, saya ada memberi syarat kepada para pelajar untuk membuktikan kebolehan masing-masing melalui persembahan di pentas. Tiga orang pelajar yang menjadi kegemaran ramai, iaitu Sufi, Syamel dan Bila, saya gelarkan sebagai 'The Fab 3'.
"Shahrul pula, apa yang saya dapat huraikan adalah, dia merupakan seorang pelajar yang pada setiap minggu, menunjukkan peningkatan dari segi persembahan dan vokal. Jadi, Shahrul juga patut diberikan perhatian, dan dia juga mampu bersaing dengan 'The Fab 3' ini," kata Pengetua AF2015, Edry Abdul Halim.
Diminta memberikan sedikit ulasan mengenai persembahn Lisa yang membuat kesilapan pada lagu kedua iaitu 'Masih Cinta', Edry tidak menafikan itu menjadi salah satu penyebab kurangnya jumlah undian untuk gadis dari Sarawak itu.
"Kita semua dapat mendengar dengan jelas tadi, Lisa ada melakukan kesilapan. Itu mungkin menjadi penyebab, kenapa jumlah undian untuknya berkurangan sedangkan sebelum ini, dia berada di tangga teratas carta undian," jelasnya mengenai Lisa yang hanya berjaya mencatat peratusan undian sebanyak 12.75 peratus.
Apa pun, Edry menganggap bahawa persaingan di pentas separuh akhir yang berlangsung semalam adalah sangat sengit, dan para pelajar telah membuat persembahan sebaik mungkin.
PILIH LAGU 'MAKANAN' DI FINAL
Menurut Edry, pada konsert akhir akan datang, pemilihan lagu akan lebih terbuka dan para pelajar akan diberikan peluang untuk membuat pilihan lagu sendiri.
"Walaubagaimanapun, saya berharap agar lagu yang bakal dipilih oleh empat finalis ini adalah lagu yang komersil dan mesra di telinga penonton.
"Selain lagu saduran, keempat-empat mereka juga akan mempersembahkan lagu-lagu baru yang merupakan single pertama mereka. Syamel dan Sufi ada bakat dalam penciptaan lagu, jadi saya beri peluang kepada mereka untuk berkreativiti," tambah Edry lagi.
Ditanya mengenai persediaan menjelang konsert akhir, Edry tidak menafikan, mereka akan memberikan yang terbaik dari segi penataan pentas dan sebagainya.
"Kami akan mengeluarkan belanja untuk bahagian penerbitan. Mungkin kita akan gunakan string section untuk final nanti. Saya dan pihak akademi tidak mahu hanya memfokuskan kepada muzik semata-mata tetapi juga, turut memberikan penekanan kepada persembahan pelajar," katanya lagi.
Ditanya mengenai pemilihan pengkritik dan juri untuk konsert akhir, Ketua Program Realiti dan Format Astro, Namanzee Harris memberitahu bahawa Dato' Ramli MS akan kekal di kerusi juri tetap manakala, Dato' AC Mizal dan Ogy Ahmad Daud akan turut berada di kerusi pengkritik.
"Selain Dato' Ramli, Dato' AC Mizal dan Ogy, kami juga akan turut menjemput seorang juri jemputan untuk menyertai barisan juri dan pengkritik," tambah Namanzee lagi.
Apapun, Edry memberi jaminan bahawa konsert akhir Ahad hadapan adalah sebuah konsert yang penuh dengan saingan sengit di antara finalis. Kepada Sufi, Syamel, Shahrul dan Bila, semoga segalanya berjalan lancar.
At last setelah lebih 9 minggu..Sufi berjaya juga ke final..
samada juara atau tidak..aku rasa Sufi tk kesah sgt..to him it is a bonus
cuma aku sedih cara Sufi diperlakukan..
As the weeks went on..Sufi's confidence mmg affected..
he is getting more stressful..
Juri every week komen pasal dia sampai aku rasa dia pun mati akal nk wat camner..
klu org asyik komen tk bagus everyweek pasal u...lama2 u tend to believe it..
Nk komen yg negatif tu ok je..but give him a bit of credit and encouragement
the only thing that made him smile during the concert is markah JOE FIZLOW bagi (mekasih Joe)
Cikgu2 dan pengetua toksah ceriter ler...
mmg biased giler..
sampai skrg aku musykil...Tok ram dh tegur pasal vibrato Sufi
tp aku tgk cikgu tkde pun perbetulkan..cikgu shahrul lg lah oberrr..nk dramatik
lagu joget langsung tkde lenggok..mana the so call cikgu poziah..cikgu fati yg terrer sgt tu
Salah satu benda yg Sufi sebut dia stress kt AF ialah nk ambil hati cikgu2 seme
Lagu Seruan tu..
walhal rehearsal dpn Edry..
masuk je wat cam rival...walhal persembahan hr jumaat tu..dia org berdua biasa jer
haisshhhh!
Muka Edry klu cakap dgn Sufi mmg ketat je..cuma aku hrp dia proposenel..
The only cikgu yg aku rasa Sufi sayang ialah cikgu Que..
hr tu selepas sessi komen konsert suku akhir..lama dia peluk cikgu Que
Ini dr pandangan aku lah..
Aku sifatkan Sufi ni jenis lambat mesra dgn org yg dia tk kenal..
pastu dia bukan jenis perangai kebudakan...
Dia jenis very serius dgn tugasan dia and try to do yg terbaik walaupun benda tu makan diri dia sendiri
Aku salute kt dia...tahan jiwa walaupun jarang sgt ada pujian dari cikgu..I gues dia menangis dlm hati kot
apatah lagi bila aku tgk Lisa menangis..kata dia dh buat mcm2 tp cikgu still komplen
Klu anak2 kita pun...kita tahu kebolehan dia org masing2..
jgnlah sampai mendewa2kan satu atau dua anak2 yg lain..kecik hati yg lain..
pujian boleh tp jgn berlebih...
klu student cuba jaga hati cikgu2..
cikgu2 sebagai org tua sepatutnyer lebih lg tahu macam mana nk bg adil..pujian biar berpada2
support and encouragement to others biar ikhlas
Journey with all the hard works, sweats and tears...
Despite everything...alhamdulillah Sufi berjaya ke final...sukur!
And to make it more sweeter...undian Sufi yg paling tinggi...
I guess kita selalu lupa... Allah tu maha kaya dan maha adil
Sufi pun cipta lagu dia sendiri..
dari pendengaran aku mmg sedap because lagu ni melodi dia very refreshing..and memorable..
some of the songs there dgr sedap but they are forgettable
Klu Sufi boleh bawak mcm ni masa konsert akhir..it will be spectacular (like Edry said)
Tp aku expect Tok ram akan komplen pasal Sufi's vibrato..but HEYYY..who cares..after that..merdeka
Lagu kedua utk konsert..aku dh tak kesah..bglah lagu ntah2 apa2
bg lagu sedap pun...duet out..ada je yg tk kena
As usual..nothing changed...benda yg sama all over again..
but heyy..it is the final...lantaklerr
Apa yg penting..
I will afundi all out for him...
He deserve it..
And I pray hard...that he will succeed...in AF and outside AF
rezeki Allah luas Sufi...carilah..
We will always support u..
Nasib baik ada rumah SUFI..
boleh lah aku bersentimental sket...
terlebih jiwang malam ni hahhahaha..
bengang bila tgk balik..baca balik..apa yg Sufi terima semasa dia kt AF