CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: virgomal

- S E G A L A_ M A C A M_ P E N Y A K I T -

[Copy link]
Post time 14-7-2007 10:44 AM | Show all posts
Singapura : 14 Julai 2007         
         
RAMAI SOKONG DERMA GINJAL

Namun lebih 30% yang ditinjau tidak setuju atau kurang pasti

Oleh
Hisham Hambari
Dan Halifi Hussin

KEBANYAKAN orang Melayu/Islam menyokong pendermaan ginjal dan sebahagian daripada mereka setuju bahawa satu cara berkesan mengatasi masalah kekurangan pengikrar ialah dengan menyertakan warga Muslim dalam Akta Pindaan Organ Manusia (Hota).

Ramai daripada seramai 50 orang yang ditinjau Berita Harian (BH) berpendapat sedemikian, memandangkan fatwa telah mengesahkan bahawa pendermaan ginjal dibolehkan.

Mereka berharap agar masyarakat Islam sama-sama memberi sokongan demi membantu menangani isu tersebut demi meringankan beban mereka yang menanggung derita menanti pemindahan ginjal.

Namun, bagi sesetengah yang lain, sungguhpun bersetuju dengan pendermaan organ atas prinsip membantu sesama Islam, mereka masih kurang pasti mengenai penyertaan dalam Hota.

Hota membenarkan ginjal, hati, jantung dan kornea seseorang yang meninggal dunia digunakan untuk pemindahan organ.

Semua warga bukan Muslim Singapura antara usia 21 dengan 60 tahun tergolong dalam akta itu kecuali jika mereka menarik diri.

Buat masa ini warga Muslim dikecualikan daripada akta tersebut.

Golongan yang mahu melihat Muslim disertakan dalam Hota berpendapat sudah tiba masanya masyarakat bergerak ke hadapan dan melakukan sesuatu demi menangani masalah sekarang.

Encik Ridwan Abbas, 27 tahun, seorang guru mewakili pandangan sebahagian besar Muslim yang ditinjau Berita Harian dan berkata sudah tiba masanya warga Muslim disertakan dalam Hota.

'Saya sokong warga Muslim disertakan dalam Hota kerana ia adalah untuk manfaat setiap warga Singapura, baik Muslim atau bukan Muslim, sebagai sebahagian daripada amal jariah kita,' katanya.

Untuk Cik Nur Afni Ramadzan, 25 tahun, beliau tidak akan menarik diri jika orang Islam disertakan.

'Saya telah melihat sendiri kesengsaraan ibu saya yang menghidapi penyakit ginjal, yang masih menunggu pemindahan. Jadi kalau orang Islam disertakan dalam Hota, mungkin lebih ramai pesakit seperti ibu saya dapat dibantu,' kata guru tadika itu.

Mengenai bilangan tinggi yang menyokong pemindahan organ, Ustaz Firdaus Yahya dari Masjid Kampung Siglap berkata ia jelas mencerminkan perubahan sikap di dalam masyarakat.

'Sokongan yang tinggi itu saya rasa adalah kerana masyarakat kita yang semakin terdidik dan terbuka kepada apa yang berlaku di seluruh dunia, baik dari sudut perkembangan sains, fatwa, pendapat ulama antarabangsa dan lain-lain,' ujarnya.

Namun, 32 peratus daripada mereka yang ditinjau Berita Harian berkata mereka tidak setuju dengan pemindahan organ, sementara 9.4 peratus pula berkata mereka kurang pasti sama ada untuk menyokongnya atau tidak.

'Saya belum pasti sama ada menderma organ itu dibenarkan agama. Keputusan untuk menderma atau tidak itu juga harus merupakan keputusan peribadi dan tidak harus disamakan untuk semua orang,' kata Norislinda Mohd Esah, 28 tahun.

Mereka yang ditinjau juga berpendapat usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu pemindahan organ harus merupakan usaha berterusan.

Pandangan serupa turut diajukan seorang aktivis masjid, Encik Ammar Ayoob Angullia, 19 tahun.

'Tahap kesedaran masyarakat masih rendah. Misalnya, masih ramai yang berpegang kepada tanggapan bahawa kita perlu mati dengan jasad yang sempurna. Oleh itu para asatizah mesti terus memainkan peranan dalam mendidik masyarakat,' ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2007 10:45 AM | Show all posts
Singapura : 14 Julai 2007         
         
SALAH TANGGAP HUKUM AGAMA PUNCA UTAMA RAMAI KEBERATAN

Oleh
Halifi Hussin

ISU utama mengapa ramai anggota masyarakat Melayu/Islam keberatan tampil untuk meng ikrarkan organ mereka adalah salah tanggapan mengenai hukum pemindahan organ mayat dalam Islam.

Sememangnya hukum asal bagi pemindahan organ adalah haram. Namun, atas sebab-sebab darurat dan demi menyelamatkan nyawa, ia diharuskan dalam Islam.

Tetapi, ia hanya melibatkan organ-organ tertentu yang kritikal dan bukan seluruh jasad mayat itu, jelas Ustaz Firdaus Yahya.

Organ-organ kritikal itu adalah jantung, ginjal, kornea mata dan hati.

Demikian maklum balas beberapa asatizah yang dihubungi Berita Harian tentang isu pemindahan organ.

Menurut Ustaz Salim Jasman, ulama dari negara-negara lain telah sepakat dan mengeluarkan hukum serta fatwa yang menyokong pendermaan organ.

'Jadi, dari segi hukum dan fatwa, ia tidak seharusnya dijadikan isu. Kita sebagai asatizah kini perlu meningkatkan kesedaran masyarakat kita tentang faedah menderma organ dan ginjal,' katanya.

Ustaz Salim berkata ramai pesakit yang dalam senarai menunggu terpaksa mengalami penderitaan, baik dari segi kesihatan mahupun kewa ngan. Bagi mereka, hanya pemindahan organ dapat membantu mereka sembuh.

Justeru beliau berharap masyarakat Melayu/Islam Singapura dapat menunjukkan sifat ihsan dan mengikrarkan organ mereka.

Apatah lagi dengan kelonggaran yang dibenarkan sekarang, yang tidak lagi memerlukan waris menjadi saksi bagi ikrar seseorang.

Ustaz Haji Mohd Noor Tijany berkata: 'Umat Islam harus mengamalkan sikap saling tolong-menolong dan bekerjasama dalam membantu mereka yang mengalami penyakit organ dan ginjal.

'Kita usah ragu tentang hukum menderma organ atau ginjal kepada mereka yang memerlukannya.'
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 03:56 AM | Show all posts

Hospital bills up 10% to 30% across all ward classes

By Tan Hui Leng, TODAY | Posted: 25 July 2007 1100 hrs


AVERAGE public hospital bills have increased across all ward classes from 2005 to 2006, with the hikes ranging from 10 to 30 per cent.

The Ministry of Health's (MOH) data showed that the average bill size for a class C ward cost $1,112 last year
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 10:24 PM | Show all posts
MUIS proposes inclusion of all Muslims under HOTA
By Foo Siew Shyan, Channel NewsAsia | Posted: 26 July 2007 1838 hrs
An organ being harvested for transplant


SINGAPORE: The Islamic Religious Council of Singapore (MUIS) is proposing that all Muslims be included under the Human Organ Transplant Act (HOTA).

Its fatwa or religious ruling committee has come up with a position that it is permissible for Muslims to come under the Act.

This would mean that Muslims who do not want to have their organs harvested after death, will have to opt out of the scheme.

Muslim patients with end-stage renal failure face two options
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 10:27 PM | Show all posts
More older people seeking anonymous HIV testing: report
Posted: 26 July 2007 1808 hrs

SINGAPORE: More older people are seeking anonymous HIV testing at clinics here - a departure from common perception that only the younger and better-educated seek verification.

This is among findings reported on HIV testing at a conference for General Practitioners on Thursday.

The rapid HIV test kit by Singapore based biotech company Rockeby Biomed was approved by the Ministry of Health (MOH) last May.

It uses one's saliva, and promises anonymity... so only you and your doctor know the results.

Perhaps this was what attracted close to 700 people to come forward since the test kit was tried out at two GP clinics a year ago.

Most are single, heterosexual and more than half are professionals or managers.

Nine in 10 are below 40 years old.

But the number of those above 40 has almost doubled in the past few months.

Says Dr Chua Thiam Eng, General Practitioner, Cambridge Clinic, "One or two of these elderly gentlemen who come in卽sually they go to Batam. Not many of them, but the good thing is we're seeing them already. One or two, compared to when we first started. It's all those educated professionals who are well-informed".

Doctors say more should be done to educate the public, especially blue collar workers.

But at least anonymous testing is off to a good start.

So far, the pilot programme has picked up eight positives, almost twice the 0.5 per cent detection in general population blood sampling.

Says Dr Tan Sze Wee, CEO, Rockeby Biomed, "This group of patients who came forward for HIV testing would probably be the high risk group. And as you can see, if you have a good programme there, they definitely do come forward.

"I think this is probably a very good programme for them to be tested early. What's most important at the end of the day is reducing the barriers of testing".

The MOH says it is planning to allow the use of rapid HIV test kits at all medical clinics, and may also introduce them in non-clinical locations. - CNA/
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 06:43 AM | Show all posts
Singapura : 24 Julai 2007         
         
VIVIAN SOKONG DISKUSI UMAT ISLAM SOAL HOTA


Oleh
Nazri Hadi Saparin

SEBAGAI seorang doktor di hospital dahulu, Dr Vivian Balakrishnan melihat sendiri pesakit Islam yang menderita sakit ginjal.

Jumlah mereka ramai dan rawatan dialisis yang dilalui menimbulkan tekanan fizikal, emosi dan kewangan.

Justeru, Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan itu gembira dengan langkah masyarakat Islam setempat membincangkan isu menyertakan Muslim di dalam Akta Pemindahan Organ Manusia (Hota).

'Hakikatnya, masalah ginjal yang dihadapi masyarakat Melayu/Islam agak berat.

'Lantas, jika masyarakat yakin penyertaan penuh di dalam Hota akan membolehkan mereka mendapat pilihan rawatan terbaik, saya rasa ia sesuatu yang baik.

'Namun, keputusannya mesti dicapai masyarakat Melayu/Islam sendiri, selepas ia dibincang secara menyeluruh dan terperinci. Pemerintah tidak mahu memaksa mahupun mendesak.

'Bagaimanapun, saya rasa ia adalah sesuatu yang baik dan akan memberi manfaat kepada masyarakat Melayu/Islam di Singapura,' ujar beliau, yang antara lain pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Besar Singapura (SGH).

Dr Balakrishnan berkongsi pandangannya itu ketika diminta mengulas selepas merasmikan pembukaan pusat dialisis terbaru Yayasan Dialisis Ginjal (KDF) di Blok 6, Ghim Moh Road, semalam.

Pusat tersebut dibangunkan menerusi sumbangan sejumlah $5 juta daripada estet mendiang jutawan perhotelan Khoo Teck Puat.

Dalam ucapannya, Dr Bala krishnan berkata meskipun dialisis merupakan rawatan berkesan untuk pesakit ginjal, ia bukanlah huraian jangka panjang.

Beliau menekankan, hanya melalui pemindahan ginjal seorang pesakit itu boleh memulakan hidup baru dan diselamatkan daripada penderitaan fizikal, emosi dan kewangan yang dilaluinya bersama keluarga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2007 06:43 AM | Show all posts
Singapura : 28 Julai 2007         

RAMAI ALU-ALU FATWA


Masih ada yang tidak setuju, tetapi pada asasnya ramai sokong

Oleh
Azahar Mohd

MAJORITI Muslim termasuk golongan asatizah mengalu-alukan fatwa terbaru yang membolehkan penyertaan masyarakat Islam dalam Akta Pemindahan Organ Manusia (Hota), dan berkata perkembangan ini sesuatu yang sudah lama dinantikan-nantikan.

Mewakili pandangan ramai anggota masyarakat dan asatizah, Presiden Persatuan Ulama dan Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Hasbi Mohamad Hassan, berkata pada asasnya ramai yang menyokong memandangkan situasi dan keadaan masyarakat pada masa ini dengan ramai yang memerlukan pemindahan ginjal.

Dalam pada itu, sebahagian anggota masyarakat yang diminta reaksi oleh Berita Harian mengenai isu tersebut mahu supaya pendidikan awam terus dipergiatkan termasuk menjelaskan bahawa umat Islam masih terus diberi pilihan untuk dikecualikan sekiranya Kementerian Kesihatan (MOH) meneruskan pindaan terhadap Hota.

Namun, pada keseluruhannya 20 daripada 30 yang diwawancara Berita Harian bersetuju bahawa fatwa mengizinkan penyertaan Muslim dalam Hota adalah baik dan tepat pada masanya kerana mereka melihat pesakit ginjal Muslim diberi peluang saksama dalam senarai pemindahan organ.

Sebahagian lain pula sama ada tidak bersetuju, berbelah-bahagi atau ragu-ragu, dengan memberi alasan-alasan seperti pendermaan terpulang kepada pilihan seseorang, bimbang mengenai proses pengambilan organ, berpendapat bahawa keputusan fatwa itu tidak harus dibuat secara tergesa-gesa, dan kurang jelas mengenai keutamaan yang diberikan berhubung senarai pesakit yang menunggu pemindahan.

Fatwa terbaru yang diumumkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah membolehkan masyarakat Islam disertakan dalam Hota, setelah mendapati sistem ikrar yang ada sekarang tidak dapat mengatasi masalah pesakit ginjal di sini.

Hota membenarkan organ ginjal, hati, jantung dan kornea yang sesuai diambil daripada seseorang apabila dia meninggal dunia, kecuali mereka memilih keluar.

Buat masa ini, Muslim dikecualikan daripada Hota.

Pemimpin masyarakat seperti Pengarah Eksekutif Angkatan Karyawan Islam (AMP), Encik Anuar Yusof, ketika dihubungi Berita Harian semalam melahirkan harapan agar masyarakat akan terus bersama Hota apabila mereka disertakan dalam akta itu.

Doktor keluarga, Dr Elly Sabrina Ismail, berkata bahawa tanpa Hota, pesakit Islam seperti 'dihukum' - bukan sahaja kerana dibebani penyakit malah kerana perlu menunggu begitu lama dalam senarai menunggu.

Cik Liza Ahmad, 42 tahun, seorang eksekutif akaun di sebuah syarikat perkapalan, melahirkan keprihatinan tentang nasib pesakit Islam yang kini di belakang senarai menunggu.

'Dengan menyertakan Muslim dalam Hota, adakah senarai menunggu bagi umat Islam kekal di belakang atau adakah ia diubah kelak, terutama bagi para pesakit,' ujarnya.

Cik Zarina Yusof, 34, pensyarah, pula mahu supaya usaha pendidikan terus dipergiatkan.

Syed Mohammed Ad'ha Aljunied, 32 tahun, pula mahu pemimpin masyarakat Melayu/Islam yang menyokong Hota, tampil mengikrarkan organ-organ mereka dahulu, kerana mereka perlu menjadi contoh.

Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Halimah Yacob, berkata penyertaan masyarakat Islam dalam Hota adalah langkah tepat kerana pendekatan sekarang tidak berkesan.

'Akibatnya ramai pesakit ginjal terus hidup dalam kesengsaraan kerana kekurangan pengikrar.

'Keadaan dijangka menjadi semakin genting kerana kadar mereka yang menghadapi penyakit penyakit kronik saperti kencing manis yang boleh menyebabkan penyakit ginjal telah meningkat,' ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 06:47 AM | Show all posts
Singapura : 28 Julai 2007         
  
FATWA MENGENAI HOTA

ASATIZAH PERGAS AKAN BANTU TINGKAT KESEDARAN


Ustaz Hasbi: Ramai sokong fatwa bolehkan Muslim disertakan dalam Hota

oleh AZAHAR MOHD, CHAIRUL FAHMY HUSSAINI
dan HALIFI HUSSIN

PARA asatizahnya akan membantu meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat Melayu/Islam tentang isu pendermaan organ dan fatwa membolehkan Muslim disertakan di bawah Akta Pemindahan Organ Manusia (Hota), kata Presiden Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Hasbi Mohamad Hassan.

Memberikan komennya setelah pengumuman fatwa terbaru itu, Ustaz Hasbi berkata ramai asatizah menyokong fatwa tersebut, dengan dalil-dalil dan keadaan semasa, yang telah merubah pandangan mereka.

'Saya tidak nafikan ada di kalangan para asatizah yang menyokong dan ada yang membangkang. Tetapi, boleh dikatakan ramai asatizah kami yang menyokong.

'Saya menyatakan demikian hasil perbincangan-perbincangan yang telah kami adakan, yang dihadiri oleh para asatizah kami.

'Perkara ini adalah antara perkara yang pernah kami bincangkan dan memang ramai asatizah yang menyokong (fatwa) memandangkan situasi dan keadaan masyarakat kita di mana ramai memerlukan pemindahan ginjal dan organ.

'Jadi, kalau dahulunya mungkin ada yang tidak setuju, tetapi sekarang, dengan dalil-dalil dan hujah-hujah dan keadaan semasa, saya lihat mereka telah merubah pandangan mereka,' katanya.

Ustaz Hasbi berkata untuk membantu meningkatkan kesedaran masyarakat, para asatizahnya akan menjadikan isu pendermaan organ sebagai salah satu topik yang akan diselitkan dalam sesi pengajaran mereka.

Ini akan disampaikan dengan menggunakan buku terbitan Muis baru-baru ini berjudul Pemindahan Organ Di Dalam Islam yang mengandungi hukum pemindahan dan pendermaan organ serta fatwa dan isu berkaitan dengannya.

'Sebab buku ini, di samping memberi maklumat, mengandungi banyak bahan ilmiah dan hujah.

'Jadi, masyarakat kita akan terdidik dengan pandangan-pandangan ilmiah,' ujar Ustaz Hasbi.

Beliau berkata melalui proses tersebut, masyarakat Melayu/Islam akan dapat membuat keputusan berdasarkan fakta-fakta dan maklumat.

'Kalau mereka setuju, mereka setuju berdasarkan ilmu dan tahu dalil-dalil dan hujah-hujahnya.

'Kalau mereka tidak setuju pun, ia pun berdasarkan ilmu dan dalil-dalil dan hujah-hujahnya. Jadi, masyarakat kita tidak terikut-ikut begitu sahaja.

'Dengan buku ini, kami boleh mendidik masyarakat untuk berhujah. Sama ada mereka bersetuju atau tidak, itu terserah kepada pilihan masing-masing,' katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2007 06:54 AM | Show all posts
Singapura : 28 Julai 2007

FATWA MENGENAI HOTA


YAACOB: FATWA JAWATANKUASA SATU LANGKAH PROGRESIF


MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, mengalu-alukan sifat progresif Jawatankuasa Fatwa (JF) dalam mengeluarkan fatwa baru membenarkan Muslim disertakan dalam Akta Pemindahan Organ Manusia (Hota).

Kata Dr Yaacob, penyertaan Muslim di bawah Hota merupakan perkembangan yang baik bukan sahaja bagi masyarakat Melayu/Islam bahkan juga penduduk Singapura secara umum.

'Saya rasa anda sudah melihat statistik. Meskipun usaha yang telah kami lakukan beberapa tahun ini, bilangan pengikrar masih berkurangan.

'Malah, lebih ramai pesakit Melayu/Islam kini mengalami penyakit ginjal tahap akhir (ESRD),' katanya.

Dr Yaacob berkata JF telah membuat pertimbangan teliti sebelum memutuskan keperluan mengeluarkan fatwa baru.

'Mereka tidak akan merubah (fatwa) kecuali mereka merasakan keperluan untuk berbuat demikian, untuk menyelamatkan nyawa dan kebaikan masyarakat umum.

'Jadi, saya mengalu-alukan sifat progresif ini dan institusi fatwa yang dinamik,' ujarnya.

Dr Yaacob sedar ini bukan sesuatu fatwa yang mudah diterima tetapi berharap masyarakat Melayu/Islam dapat memberi sokongan.

'Kita harus terbuka kepada perubahan sedemikian dan juga mengambil langkah untuk lebih mengenal pasti apakah dasar-dasar yang telah dibuat (JF) dalam mengeluarkan fatwa tersebut,' kata beliau lagi.

Untuk membantu meningkatkan kesedaran, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Kementerian Kesihatan (MOH) akan menjalankan kempen pendidikan awam tentang pemindahan organ.

Kata Dr Yaacob:

'Saya harap MOH akan menimbangkan langkah ini dengan baik.

'Kami ingin disertakan di bawah Hota dan kerana itu, Hota perlu dipinda.'
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 12:32 AM | Show all posts
Maaf tapi Chic tak setuju....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 06:09 AM | Show all posts

PERGAS: PINDAH ORGAN WAJIB JIKA DARURAT


Sertakan Muslim dalam Hota bertepatan dengan garis pandu ijtihad

PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) menyatakan bahawa pemindahan organ hukumnya adalah harus, malah wajib, dalam keadaan darurat seperti untuk menyelamatkan nyawa manusia lain, dan menyertakan masyarakat Islam dalam Akta Pemindahan Organ Manusia (Hota) bertepatan dengan garis pandu ijtihad yang dituntut dalam Islam dan menepati prinsip Fiqh.

Menurut Pergas lagi, satu-satunya jalan keluar sekarang bagi mengatasi penyakit ginjal adalah dengan pemindahan ginjal.

Malah, jelasnya lagi, pemindahan seperti ini adalah selamat dengan teknologi sekarang dan tidak meninggalkan parut yang ketara pada jasad si mati.

Pergas mengajak masyarakat Islam agar melihat isu tersebut dengan pandangan yang berteraskan fakta dan ilmu.

Menerusi satu kenyataan yang ditandatangani presidennya, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, Pergas menjelaskan bahawa hukum asal pemindahan organ daripada mayat kepada orang yang masih hidup adalah haram.

Namun, hukum haram boleh menjadi harus, malah wajib dalam keadaan darurat.

'Penukaran hukum daripada haram ke harus atas faktor-faktor yang dibenarkan syariat Islam adalah satu aspek keindahan dan kesesuaian agama Islam untuk semua masa dan tempat.

'Dan apabila ada jalan keluar yang lebih baik, yang dibenarkan syarak, maka hukum yang mengharuskan perbuatan yang haram atas dasar darurat, akan kembali kepada hukum asalnya, iaitu haram,' jelas Pergas.

Minggu lalu, Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengeluarkan fatwa bahawa masyarakat Islam kini boleh disertakan dalam Hota setelah mendapati sistem ikrar yang ada sekarang tidak dapat mengatasi masalah pesakit ginjal di sini.

Hota membenarkan organ ginjal, hati, jantung dan kornea yang sesuai diambil daripada seseorang yang meninggal dunia, kecuali beliau memilih keluar daripada Hota.

Buat masa ini, Muslim dikecualikan daripada Hota.

Namun, sebelum menyertakan Muslim dalam Hota, Pergas meminta pemerintah memberikan penerangan jelas kepada masyarakat mengenai akta itu, bagaimana ia dilaksanakan, ketelusannya dan kepentingannya.

Ia juga mahu supaya setiap anggota masyarakat Islam diberi peluang untuk menyatakan kehendak mereka untuk tidak disertakan dalam Hota.

'Pergas percaya dengan gandingan baik antara ulama dengan umarak, ia akan memacu masyarakat Islam ke arah kecemerlangan dan keihsanan yang lebih tinggi, seperti yang dituntut oleh syariat Islam,' tambah kenyataan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 06:35 AM | Show all posts




BIJAK SAMPAIKAN BERITA...

Bukan mudah khabarkan keluarga apabila organ mangsa akan diderma

Oleh
Farid Hamzah SETIAP kali timbul kes kematian otak, Jururawat Klinikal, Cik Kamsiah Jaafar, akan bertanggungjawab meng hampiri keluarga mangsa.
Dalam salah satu kejadian serupa, seorang ibu begitu terganggu apabila diberitahu dua organ anaknya yang menjadi mangsa kemalangan akan didermakan.

Menggunakan kemahiran dan pengalamannya, Cik Kamsiah, 47 tahun, berjaya memujuk ibu mangsa dan meyakinkannya bahawa ginjal dan kornea anaknya yang didermakan itu akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukannya.
'Memang masa itu masa yang paling sukar untuk semua. Bagi keluarga mangsa, sukar untuk mereka menghadapi kenyataan bahawa mangsa akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

'Lebih sukar lagi, pada ketika itu ibu mangsa yang terlalu emosi tidak dapat menerima hakikat bahawa organ anaknya itu akan didermakan.
'Syukur juga lama-kelamaan, beliau dapat menenangkan dirinya,' katanya lagi.

Atas segala usahanya itu sepanjang 30 tahun dalam bidang kejururawatan, Cik Kamsiah, ibu tiga anak, bakal menerima Anugerah Kejururawatan SingHealth-Yayasan Lee pada hari ini.
Cik Kamsiah akan menerima anugerah itu daripada tetamu terhormat sempena Hari Jururawat SingHealth, Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, Dr Vivian Balakrishnan.
Sepanjang kerjayanya, Cik Kamsiah telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Bintang dan Anu gerah Khidmat Cemerlang (EXSA).

Semasa dihubungi, Cik Kamsiah yang bekerja di Wad Pembedahan Otak (Neurosurgical Ward), Hospital Besar Singapura (SGH), berkata tugasnya bermula sebaik sahaja mangsa dimasukkan ke wad ter sebut.
'Saya perlu merapati keluarga mangsa seawal beliau dimasukkan ke wad kami. Langkah ini penting bagi menyesuaikan keluarga mangsa dengan saya.
'Hanya dengan cara itu dapat saya memahami latar belakang keluarga mangsa sebelum memberitahu mereka organ mangsa akan didermakan,' katanya lagi.

[ Last edited by  fatz at 1-8-2007 06:36 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 06:38 AM | Show all posts
Singapura : 1 Ogos 2007         

MUSLIM BOLEH SERTAI HOTA


DARURAT PERBOLEH PENUKARAN HUKUM

Pergas seru masyarakat Islam lihat isu berdasarkan fakta dan ilmu

FATWA terkini yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyatakan bahawa tiada salahnya dari sudut syarak untuk menyertakan masyarakat Islam Singapura di bawah undang-undang Akta Pemindahan Organ Manusia (Hota).

Dengan penyertaan ini, setiap rakyat Singapura berumur antara 21 dengan 60 tahun dianggap telah bersetuju untuk mendermakan salah satu atau keempat-empat organnya (ginjal, hati, jantung dan kornea) kepada mereka yang amat-amat memerlukan selepas kemati annya di hospital.

Mereka yang tidak mahu organnya dipindahkan ke individu lain setelah kematiannya perlu menyatakan secara bertulis kehendaknya agar dikecualikan daripada Hota.

Setelah meneliti Fatwa tersebut, Pergas mendapati bahawa ia bertepatan dengan garis pandu ijtihad yang dituntut dalam Islam serta menepati prinsip-prinsip ilmu fiqah.

Pergas juga ingin menekankan di sini bahawa hukum asal pemindahan organ daripada mayat ke orang yang masih hidup adalah haram.

Namun, hukum haram boleh bertukar menjadi harus, malah wajib, jika dalam keadaan darurat, seperti untuk menyelamatkan nyawa manusia lain.

Pesakit ginjal menghadapi situasi yang mengancam nyawanya. Satu-satunya jalan keluar sekarang bagi mengatasi penyakit ini adalah dengan pemindahan ginjal.

Mentelah lagi, pemindahan seperti ini adalah selamat dengan teknologi sekarang dan tidak meninggal kan parut yang ketara pada jasad si mati.

Oleh itu, hukum asal haram boleh bertukar kepada harus.

Iaitu harus bagi seseorang mendermakan organnya yang empat tersebut selepas kematiannya kepada mereka yang amat-amat memerlukan.

Penukaran hukum daripada haram kepada harus atas faktor-faktor yang dibenarkan syariat Islam ini adalah satu aspek keindahan dan kesesuaian agama Islam untuk semua masa dan tempat.

Dan apabila ada jalan keluar yang lebih baik, yang dibenarkan syarak, maka hukum yang mengharuskan perbuatan yang haram atas dasar darurat akan kembali kepada hukum asalnya, iaitu haram.

Pergas menyeru umat Islam agar melihat isu ini dengan pandangan yang berte raskan fakta dan ilmu.

Pergas juga meminta pemerintah memberikan penerangan sejelas-jelasnya kepada masyarakat tentang Hota, bagaimana ia dilaksanakan, ketelusannya dan kepentingannya sebelum menyertakan masyarakat Islam dalam Hota.

Pergas juga meminta agar setiap anggota masyarakat Islam diberi peluang untuk menyatakan kehendak mereka untuk tidak disertakan dalam Hota.

Pergas percaya dengan gandingan baik antara ulama dan umarak, ia akan memacu masyarakat Islam ke arah kecemerlangan dan keihsanan yang lebih tinggi lagi, seperti yang dituntut oleh syariat Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 06:56 AM | Show all posts
Food poisoning at Pioneer Primary School caused by norovirus
By Gamar Abdul Aziz, Channel NewsAsia | Posted: 01 August 2007 0048 hrs

SINGAPORE: The Health Ministry (MOH) has confirmed that the outbreak of food poisoning at Pioneer Primary School is due to the norovirus which causes gastric flu or viral gastroenteritis.

But the cause of the infection has yet to be determined.

In a statement, MOH said the total number of cases stood at 145 as of Tuesday
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2007 06:03 PM | Show all posts
Kesihatan

Kehamilan luar rahimOleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

.


KEHAMILAN bermula dengan telur yang disenyawakan. Telur ini dipanggil zigot. Lazimnya, zigot akan melekatkan dirinya sendiri ke lapisan uterus/rahim.
Bagaimanapun, dalam kes kandungan luar rahim atau di dalam istilah perubatannya dikenali sebagai kehamilan ektopik, zigot menyematkan dirinya di tempat lain (tertanam di luar rahim).
Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Putra, Batu Pahat, Johor, Dr. Chew Lay Boon, kandungan luar rahim merupakan satu komplikasi kehamilan di mana implantasi/penyematan sesuatu kandungan itu berlaku di luar ruang rahim.
憫Ia adalah sesuatu yang serius kerana boleh membawa maut, mengancam nyawa si ibu mahupun bayi yang dikandung, jika tidak dikesan dan diberikan rawatan awal.
憫Tiub fallopio
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2007 06:10 PM | Show all posts
Rabun hijau-merah, biru-kuningOleh: DR. HALIZA ABDUL MUTALIB
Pakar Optometris dan KetuaJabatan Optometri, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur

RABUN warna atau colour blindness sering disalahertikan. Ramai yang menganggap orang yang mempunyai rabun warna mempunyai penglihatan bagaikan televisyen hitam putih.
Sebenarnya, orang yang rabun warna itu tidak sebenarnya buta warna, cuma persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal.
Contohnya, jika kita melihat warna merah menyala, seseorang yang mempunyai defeksi warna merah akan melihat warna tersebut seperti warna merah gelap.

Jenis rabun warna adalah pelbagai dan tahap keterukan rabun warna itu sendiri berbeza.
Walau bagaimanapun, ada segelintir orang yang mempunyai defek warna yang sangat teruk di mana ia boleh menyebabkan mereka 'buta' terhadap semua warna.
Jenis rabun warna yang biasa dijumpai adalah jenis defek warna hijau-merah atau biru-kuning.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa rabun warna biasanya bersifat kongenital. Ini bermakna, masalah ini telah ada pada kanak-kanak itu sejak lahir lagi disebabkan pembawaan genetik.
Ada kalanya ia berlaku hanya setelah dewasa kerana menghidap sesuatu penyakit. Masalah rabun warna ini sukar untuk dikesan tanpa menjalani ujian warna.
Malah ramai ibu bapa tidak dapat mengecam masalah ini pada anak-anak sewaktu mereka masih kecil.
Oleh kerana kanak-kanak yang terlalu muda tidak begitu mengenali jenis-jenis warna, agak sukar bagi ibu bapa ataupun guru untuk mengesan sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai masalah rabun warna.

Kanak-kanak rabun warna juga biasanya mempamerkan akuiti visual yang baik. Disebabkan itu, ibu bapa tidak mengambil perhatian sewajarnya memandangkan tiada masalah yang ketara timbul di usia sedemikian.
Adalah penting untuk mengetahui sama ada anak anda mempunyai masalah rabun warna ataupun tidak.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah rabun warna biasanya mempunyai masalah pembelajaran di sekolah terutamanya di awal persekolahan, di mana, banyak aktiviti menggunakan warna seperti melukis dan mewarna dilakukan.
Penggunaan komputer juga boleh terjejas sedikit bagi pengguna yang mempunyai rabun warna. Warna mula dikenali serta dilihat sejak dari bayi lagi.
Pada mulanya, warna sukar untuk dibezakan oleh bayi, tetapi selepas beberapa bulan bayi mula tertarik kepada warna-warna terang seperti kuning dan merah.

Bagi kanak-kanak yang berumur kurang daripada empat tahun, agak sukar bagi mereka untuk membezakan tona warna yang sama seperti hijau pucuk pisang dan hijau rumput.
Kanak-kanak perlu mempelajari dan memahami bukan hanya warna, tetapi juga bentuk dan saiz objek. Mereka perlu diberitahu bahawa banyak objek mempunyai warna yang sama.
Kebanyakan kanak-kanak mula dapat mengecam dan menamakan warna dengan betul selepas berusia lima tahun.

Apa itu rabun warna?
Di belakang mata terdapat satu lapisan nipis yang dikenali sebagai retina. Di lapisan retina terdapat dua jenis sel iaitu sel rod dan sel kon. Kedua-dua sel ini mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap cahaya.
Sel-sel rod sangat sensitif pada cahaya dan ia mampu bertindak balas terhadap cahaya walaupun dalam keadaan berkabus atau dalam cahaya malap. Walau bagaimanapun, sel ini tidak dapat membezakan warna.
Oleh itu, pada malam hari, kita masih dapat melihat cahaya malap tetapi dalam bentuk bayangan hitam, kelabu dan putih. Sel-sel kon pula bertindak balas terhadap cahaya yang lebih terang dan yang berwarna.

Terdapat tiga jenis sel kon iaitu setiap satunya bertindak balas dengan warna merah, hijau dan biru. Seseorang yang rabun warna akan mengalami kekurangan salah satu atau lebih sel kon.
Fakta genetik mengenai rabun warna
Rabun merah-hijau biasanya berpunca daripada genetik ataupun keturunan. Ia lebih kerap terjadi kepada lelaki berbanding perempuan. Ini disebabkan oleh susun atur kromosom.
Gen yang menyebabkan rabun merah-hijau terdapat pada kromosom X (lelaki memiliki satu kromosom X manakala perempuan memiliki dua kromosom X).
Sekiranya ibu adalah pembawa gen rabun merah-hijau (satu X normal dan satu X terubah), anak perempuannya tidak akan mendapat rabun warna tetapi kebiasaannya anak lelaki yang akan mendapat rabun warna tersebut.
Anak perempuan pula kebiasaannya akan mempunyai penglihatan warna yang normal kecuali sekiranya ibunya adalah pembawa dan ayahnya pula rabun warna.
Masalah yang boleh timbul

Kebanyakan aktiviti seharian banyak bergantung kepada penggunaan warna seperti pemilihan pakaian yang sepadan atau penggunaan pen yang berlainan warna.
Sekiranya mereka tidak dapat memilih warna tersebut dengan tepat, mereka terpaksa bergantung kepada perbezaan pada objek itu untuk menolong mereka memilih seperti, baju berkolar warna merah dan seluar berpoket warna hitam.
Kanak-kanak di dalam kelas tadika sering didedahkan dengan alat-alat pembelajaran seperti kiub, pensel warna dan mainan.
Adalah digalakkan barang-barang mainan ini dilabelkan dengan nama warna ataupun terdapat dalam saiz berlainan yang mana, kanak-kanak dapat mengamati perbezaannya dengan melihat pada saiz objek.

Pada skrin komputer pula, kebiasaannya perkataan atau simbol yang penting akan dihitamkan atau warna berbeza digunakan.
Mereka yang rabun warna tidak akan menghadapi masalah membezakan ayat kerana kecerahan komputer boleh menolong membezakan warna mengikut tona gelap dan cerah.
Seseorang yang rabun warna (tahap rendah) mungkin tidak mempunyai masalah mengamati lampu isyarat.
Ini kerana, susunan warna lampu isyarat adalah sama di mana-mana iaitu warna merah berada di kedudukan atas sekali. Walau bagaimanapun, ia mungkin sukar dilihat pada waktu malam atau sewaktu hujan lebat.
Hal yang sama juga boleh terjadi kepada lampu brek kereta yang berwarna merah akan kelihatan sangat malap (merah gelap) bagi mereka yang rabun warna. Bagi rabun warna (tahap serius), warna lampu isyarat mungkin tidak dapat dibezakan sama sekali.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah pekerjaan yang sememangnya tidak dapat dilakukan oleh mereka yang mempunyai rabun warna seperti pendawaian, makmal kimia dan kerja-kerja pengendalian kenderaan komersial dan tugas-tugas ketenteraan dan polis.
Apa yang dapat dilakukan

Semua kanak-kanak (terutamanya kanak-kanak lelaki) sewajarnya menjalani ujian penglihatan warna terutamanya bagi mereka yang mempunyai saudara atau keluarga yang diketahui mempunyai masalah rabun warna.
Ujian ini boleh dilakukan pada usia lima tahun dan ke atas terutamanya jika kanak-kanak sudah mula faham arahan yang diberi dan sudah boleh mengenal nombor.
Sekiranya kedua-dua belah keluarga ayah dan ibu diketahui ada mempunyai masalah rabun warna, maka kanak-kanak perempuan juga dinasihatkan untuk menjalani ujian penglihatan.
Kebanyakan ujian penglihatan yang dijalankan di sekolah hanya tertumpu kepada akuiti penglihatan dan jarang sekali kanak-kanak disaring untuk masalah rabun warna.

Ujian penglihatan warna yang kebiasaannya dilakukan oleh optometris adalah dengan menggunakan carta yang direka khas untuk mengesan rabun warna (Ishihara colour plates) dan juga alat-alatan lain seperti D-15, 100 Hue dan Anamaloskop.
Apabila rabun warna dikesan, ujian selanjutnya akan dijalankan untuk mengesan keterukan rabun warna tersebut dan jenis rabun warna yang dialami.

Setelah diagnosis diperoleh, konsultansi atau rundingan berkenaan keadaan penglihatan warna tersebut akan diberi dan satu surat khas akan dikeluarkan untuk menyatakan status penglihatan warna bagi orang rabun warna tersebut.
Bagaimana orang rabun warna dapat dibantu?
Pengesanan awal dari usia kanak-kanak dapat membantu membaiki kelemahan ini. Sepatutnya kita tidak melihatnya sebagai satu kecacatan.

Mereka yang rabun warna dapat melihat warna kecuali persepsi warna itu sendiri yang dilihat berlainan daripada normal seperti warna merah cerah dilihat sebagai merah gelap atau hitam sementara warna hijau dilihat sebagai kuning coklat (bergantung pada keterukan rabun warna).
Sekiranya guru mengetahui bahawa kanak-kanak itu mempunyai masalah rabun warna, mereka dapat membantu atau mengajar kanak-kanak ini dengan cara yang berlainan dan lebih efektif.
Bagi ibu bapa pula anda boleh menolong anak anda dengan melabelkan nama warna pada pensel warnanya supaya dia dapat memilih warna yang sepatutnya apabila melakukan aktiviti mewarna.
Ini dapat mengelakkan dirinya daripada diejek oleh rakan-rakan.
Mereka juga perlu dibantu untuk mengenal warna sebenar meskipun persepsi warna yang dilihat adalah berlainan, contohnya: rumput berwarna hijau gelap dan bukannya hijau muda.
Rabun warna tidak mempunyai sebarang rawatan khusus. Terdapat alat optikal seperti kanta sentuh khas dan cermin mata dengan penapis warna tertentu dapat membantu untuk meningkatkan tona warna lantas mampu membezakan warna-warna defek dengan lebih mudah.
Walau bagaimanapun ini bukanlah satu kaedah rawatan yang dapat membantu kanak-kanak untuk mendapatkan persepsi warna yang lebih normal tetapi hanya satu kaedah untuk membolehkan seseorang mengecam warna dengan lebih baik.

Namun, kejayaan alat-alat ini amat bergantung kepada tahap rabun warna individu itu sendiri.
Berapa jeniskah buah-buahan yang dapat anda lihat?
Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal (trikromat) akan dapat melihat lima timbunan buah-buahan yang berlainan jenis. Dari belakang kelihatan timbunan buah-buahan berwarna merah, hijau, merah, kuning dan oren.
Orang yang mempunyai rabun warna merah-hijau sukar melihat semua timbunan buah-buahan dengan jelas. Kemungkinan hanya tiga atau empat jenis buah-buah yang dapat dilihat mereka. (Dipetik dari www.vischeck.com).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2007 12:30 AM | Show all posts

S'poreans advised to get flu shot before travel as more are picking up viruses abroad

By Tan Hui Leng, TODAY | Posted: 27 August 2007 1111 hrs       


SINGAPORE: With the flu season around the corner, doctors are advising Singaporeans to vaccinate themselves before travelling abroad. Those in high-risk groups
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 07:08 PM | Show all posts
Ekstra! : 29 Ogos 2007         

RAWATAN KIROPRAKTIK

SAKIT TULANG




Ada 15 tanda menunjukkan tulang belakang tidak sihat

TAHUKAH anda betapa banyak bahagian tubuh yang boleh terjejas dan kesihatan terganggu jika tulang belakang kita tidak sihat?

Pakar rawatan kiropraktik (chiropractic) menyenaraikan 15 tanda. Ia adalah:


# Anda tidak boleh menarik nafas dalam dengan memuaskan. Ini kerana dalam rawatan kiropraktik, pernafasan, kesihatan, kesihatan tulang belakang dan tenaga saling berkaitan.

# Dagu 'berbunyi'. Ia disebabkan oleh masalah kecederaan atau ketidakseimbangan pada leher atau pinggul.

# Tumit tidak rata. Puncanya mungkin kepanjangan kaki tidak sama atau stres di sepanjang tulang belakang.

# Anda perlu banyak 'bergerak sambil memmbunyikan' leher, belakang badan dan sendi anda. Ini kerana bahagian-bahagian tulang belakang 'terkunci' atau 'tersekat'.

# Anda tidak boleh pusing kepala atau punggung anda ke kiri atau kanan dengan mudah atau sama rata. Sebabnya ialah kurang pergerakan.

# Anda selalu keletihan. Ini disebabkan oleh tulang belakang yang tidak seimbang yang boleh meletihkan anda.

# Tumpuan anda terjejas. Ini pula kerana masalah tulang belakang yang boleh menjejas kesihatan otak.

# Anda kurang daya tahan melawan penyakit. Masalah tulang belakang boleh menjejas sistem saraf otak disebut neuroendocrine system yang memainkan peranan penting untuk melawan penyakit dan jangkitan.

# Kaki anda 'kembang' apabila anda berjalan. Ini boleh jadi satu petanda masalah di bahagian bawah tulang belakang anda, atau stres di bahagian atas leher atau pangkal otak.

# Satu kaki kelihatan lebih pendek daripada satu lagi.

# Postur atau kedudukan tubuh anda tidak seimbang.

# Anda kerap pening, sakit belakang dan rasa perit di otot-otot dan sendi-sendi.

# Anda sering rasa stres dan tekanan terutama di otot-otot dan sendi-sendi.

# Rasa tegang di belakang badan dan leher.

# Tubuh kurang selesa.



Bagi mereka yang tidak pernah mendengar tentang rawatan kiropraktik, mungkin musykil dengan cara rawatan ini. Ia adalah rawatan khusus menumpukan perhatian kepada masalah-masalah yang berkaitan dengan tulang belakang, sendi-sendi dan saraf.

Doktor kiropraktik merawat pesakit dengan mengesan dan membetulkan punca masalah itu dengan 'meluruskan' kembali vertebra tulang belakang tanpa menggunakan ubat-ubatan mahupun pembedahan.

Salah seorang doktor kiropraktik yang menjalankan rawatan ini ialah Dr Matt Kan Wai Ming, pengarah klinik Chiropractic First, yang mempunyai enam cawangan di Singapura.

Kini, klinik tersebut telah memulakan langkah membantu kanak-kanak mengatasi masalah tulang belakang kerana mendapati ramai kanak-kanak mengalami masalah itu akibat membawa beg sekolah yang berat.

'Beg-beg berat menjejas tulang belakang yang sedang membesar bagi kanak-kanak,' kata Dr Kan, yang lulus dari Kolej Kiropraktik Palmer di Amerika Syarikat, dan ahli Persatuan Kiropraktik Antarabangsa dan Persatuan Pengamal Kiropraktik Singapura dan Malaysia.

Selain itu punca-punca lain yang boleh menyebabkan kecederaan di tulang belakang termasuk tergelincir, kemalangan, cedera akibat kegiatan sukan dan trauma semasa bersalin.

'Apabila tulang belakang cedera atau tidak seimbang, masalahnya disebut subluxation. Jika ini berlaku, kerosakan fizikal boleh terjadi. Piring tulang belakang boleh cedera, ligamen koyak, otot tertarik dan saraf tertekan.

'Ini kemudian boleh memberikan pelbagai kesan seperti rasa sakit, bengkak, kebas, pening, letih, mabuk, asyik membuang air kecil dan berbagai-bagai lagi. Jika tidak dirawat, lama-kelamaan ia menjadi lebih teruk,' terang Dr Kan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 03:24 AM | Show all posts

NHG sets up Diabetes Registry to improve patient care

By Julia Ng, Channel NewsAsia | Posted: 29 August 2007 2007 hrs
         
  

SINGAPORE: In a first for Singapore and the Southeast Asia region, the National Healthcare Group (NHG) has set up a Diabetes Registry.

The Registry on Wednesday released its first set of findings, which was gathered from its pool of 138,151 diabetic patients.

It found that, like the rest of the world, patients here have poor control of blood sugar and cholesterol.

According to the National Health Survey in 2004, there are at least 330,000 people, aged 18 to 69, suffering from diabetes in Singapore.

The actual number is much higher when it includes children and elderly aged 70 and above.

Last year, diabetes was the 7th leading cause of death in Singapore.

As diabetes is linked to diseases of the heart, kidney and blood vessels, many diabetics end up having their vision impaired or their toes amputated when their blood sugar levels are not monitored and controlled.

56-year-old private tutor Mike Lee, who has been living with diabetes for 20 years, almost lost his foot to the condition.

His diet control slackened and two years ago, his blood sugar level shot up to a dangerous level.

Mr Lee said: "One day, my leg got swollen. I rushed to the hospital and was hospitalised for three weeks. I couldn't walk after that. I was in a wheelchair and it took me a few months before I could walk with some support. Even now, after two years, I haven't fully recovered!"

Like him, one in seven diabetics or 14 percent of the diabetic patients in Singapore have poor blood sugar control, according to the new NHG Diabetes Registry.

The figure is much better compared to the situation in the United States, where 49 percent of diabetics have poor blood sugar control.

But when it comes to cholesterol control, diabetics here fare just as poorly as American patients.

NHG's Diabetes Registry wants to bring these numbers down by improving patient care and management.

The healthcare group sees 138,151 diabetic patients at the Alexandra Hospital, National University Hospital, Tan Tock Seng Hospital and nine NHG polyclinics.

Its S$3-million electronic database was developed with funding from the Health Ministry.

It captures clinical information of all its patients, including their blood sugar, blood pressure, cholesterol results, and the various tests they have done.

The Registry even prompts doctors to schedule an eye or blood test when it is due.

Dr Jason Cheah, chief projects officer at NHG, said: "For the patients, it'll definitely help them in the long run because it'll prevent us from doing unnecessary tests and hopefully that will save money for them.

"It'll also enable us to identify the patients who need help in terms of improving their diabetic care and from this, it'll help us improve their diabetic care over time."

Mr Lee said: "It helps a lot! They even send reminders to my handphone. They send SMS to remind me of my appointments
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 07:31 AM | Show all posts

Reply #519 fatz's post

Singapura : 30 Ogos 2007        
         
PESAKIT KENCING MANIS HADAPI ISU KOLESTEROL

HANYA 14 peratus, atau seorang daripada setiap tujuh pesakit kencing manis, di Singapura didapati menghadapi masalah gula dalam darah yang kurang terkawal, berbanding antara 23.6 peratus dengan 49.1 peratus di peringkat antarabangsa.

Namun, sekitar 59 peratus, atau tiga daripada setiap lima pesakit, menghadapi kolesterol kurang terkawal, berbanding antara 50 peratus dengan 67.4 peratus di peringkat antarabangsa.

Demikian dapatan menerusi rawatan susulan oleh 138,151 pesakit kencing manis di Hospital Alexandra, Hospital Universiti Nasional, Hospital Tan Tock Seng dan sembilan poliklinik kendalian National Healthcare Group (NHG) antara April hingga Jun lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, NHG menyatakan bahawa kencing manis dianggap sebagai salah satu masalah kesihatan paling mencabar dalam abad ke-21.

Ia turut memetik Tinjauan Kesihatan Nasional 2004 yang menunjukkan 8.2 peratus, iaitu sekitar 328,000 orang, warga Singapura berusia antara 18 dengan 69 tahun menghidap kencing manis.

'Kencing manis penyebab utama kematian ketujuh di Singapura tahun lalu. Kesukaran akibat kencing manis termasuk sakit jantung, angin ahmar, urat saraf kaki terjejas, amputasi, penyakit ginjal, dan buta.

'Kesemua keadaan ini boleh menyebabkan kecacatan, memendekkan hayat, menurunkan mutu kehidupan dan membebankan dari segi sara hidup mereka yang terjejas,' kata NHG.

Sejajar dengan itu, ia merancang untuk meluaskan peranan pangkalan data elektronik Pendaftaran Kencing Manis bagi mengesan dan menguruskan penyakit kronik lain, seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan angin ahmar.

NHG akan juga menayangkan program televisyen menyeluruh mengenai penyakit kronik, berjudul Lifewise.

Ia akan ditayangkan di Channel 8 pada 1 September dan di Channel 5 antara Februari dengan Mac depan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.111187 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list