CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 9teen

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

[Copy link]
Post time 11-8-2016 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeeeiii!!...Stress tau bace cite ko ni dikk oii!...tolong la jgn menyeksa jiwa raga ku!

Kang wat petisyen mntk momod potong tacang kangg aaaa.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2016 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
shalieza replied at 11-8-2016 10:53 PM
Eeeeiii!!...Stress tau bace cite ko ni dikk oii!...tolong la jgn menyeksa jiwa raga ku!

Kang wat ...

Jangan marah marah lah kakak manis @shalieza

Esok kan Jumaat? Nanti aku update apa yang patut ya? Terima kasih sebab sudi bergentayangan dekat sini. Btw, maaf kalau cerita cerita aku menyeksa jiwa raga!

Aku nak jalan jalan sekejap cari darah...   
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2016 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
zackry14 replied at 12-8-2016 01:12 AM

Kenapa @zackry14?

Pagi pagi sikit nanti aku update lah yerk?
Nak update sekarang tak berapa elok. Aku nak keluar cari bekalan darah dulu. So barulah boleh bercerita dengan rakusnya nanti    
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
huhu. sabo menanti tt update
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 09:53 AM | Show all posts
9teen replied at 11-8-2016 03:32 PM
No comment since aku tak pasti sama ada tangan & mulut aku dah "berjasa" pada Senior Form 4 tu ata ...

ko kena clorofom kot dek non..sbb kena tekup dgn sapu tangan
sebab tu tido mati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2016 11:52 AM | Show all posts
mesyuarat batch selalu ala2 poyo gituh..
sebab yg konon2 org kuat batch kadang2 bukan nak backup batch sendiri..
tpi dok bash2 lagi adalah..

mendapatla kan yg nak pulaukan tu jumpa pocong..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 12:10 PM | Show all posts
9teen replied at 21-7-2016 10:58 PM
●Cerita 1 - Intro -Perempuan Baju Merah (#1)
●Cerita 2 - Gamelan (#22)
●Cerita 3 - Malam Buru ...

lol aku igt ko jump  dr no 3 ke 5 trus sbb x nk guna no 4 sbb suwey....kata org cina
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2016 02:05 PM | Show all posts
9teen replied at 23-7-2016 08:54 PM
Owh I see. Ada 2 je dalam mimpi tu. Ada maksudnya.

Terima kasih sudi baca Cerita 1 sampai Ceri ...

dr page 1-9 kuat gila ko membebel sorang2 kan...

mcm tipu je ckp ko ni pendiam...saka shark merasuk kt ko ke?

btw sejak ko dh cemolot ngn shark kt luar ko talkative jugak ke atau dialam maya je kuat menceceh?


Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuak aku td, buka forum, thread ko  ni x jmpa. Serius.. nasib ada blk...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 04:04 PM | Show all posts
dik... janji jumaat pagi nak update. ni dah ptg, hakak dah nak balik ni. tak tenang hidup hakak kalo cite ko bersambung tak abis ni dik

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 04:39 PM | Show all posts
Hai dik...merempit sehari aku baca crita ko ni...hahaha...nasib bek jumaat dh xde byk sgt keje..

Btw, nak tny..so skrg ko dh ada gf ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 04:51 PM | Show all posts
9teen replied at 6-8-2016 06:22 PM
Cuba open stori sikit kak?

Aku ni takdelah marah pun kalau orang datang bertandang rumah setin ...

seminggu tak masuk ofis gigih aku baca citer ko ni dik
saspen tauu yg last tu. cepat hapdate aku tak sabar menanti


boleh je nak share. tapi citer tu panjang benor sbb berkait dengan byk benda yg kitorang dgn member luar ade buat something

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 05:18 PM | Show all posts
@9teen

Tamo update lagi kaaa? Dah brjanggut I ni, duduk tunggu cerita u.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2016 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
CERITA DUA PULUH SEMBILAN : PONDOK

Aku memang gerak ke kelas lebih awal dari biasa sejak sejak nama aku jadi famous satu sekolah ni. Sebab utama? Aku nak mengelak dari pandangan nak telan orang dari senior senior lelaki. Tak kurang jugak senior senior perempuan.

Senior perempuan memang suka pandang aku macam pelacur sejak sejak benda ni jadi. Termasuklah senior senior yang pakai tudung gantung nampak aset dekat dada tu (waktu lepas kelas). Acah acah baik. Mungkin diorang risau kalau kalau aku memang terbukti dah terlibat denga senior Form 4 tu dan aku dah terlibat dengan ramai senior senior lelaki yang lain.

Kalau biasanya, aku keluar ikut pintu depan blok A. Kali ni aku keluar ikut pintu belakang blok A sebab time time macam ni memang agak lengang belakang blok tu. Then, aku terus ke Bangunan Kemahiran sebab kelas aku dekat sana. Budak Form 1 lah katakan.

Sampai je dekat kelas, macam biasa benda pertama aku akan buat, semestinya tengok bawah meja aku kalau kalau ada sampah atau apa apa benda diletakkan kat sana. Yupp, sejak sejak ni, ada jugak peminat yang letak cenderahati dekat bawah meja aku.

Hari ni, aku dapat surat pulak. Bau hanyir hanyir darah. Bila aku bukak dan baca surat tu aku memang baca sepintas lalu je. Aku kenal tu tulisan budak kelas aku.

Lepas je baca, surat dan gambar tu aku masukkan balik dalam sampul surat. Untung untung sebab tak ada lagi orang dekat Blok Kemahiran tu, so aku pergi tandas lelaki. Then, aku campak surat dan gambar dalam lubang tandas. Lepas tu, aku flush.

Bagi yang nak tahu, aku bagitahu je lah erk isi surat tu? Isi surat tu pendek je pun. Yang pasti surat tu memang ditulis dengan darah.

"Ambik Warisanku"

Gambar yang ada sekali dengan surat tu pun, gambar biasa je. Tak rasa apa apa pun. Lagipun aku tenung gambar tu 2 kali je.

Aku agak tu gambar lama sekolah ni. Sebab pada gambar tu, nampak ada satu pondok kayu yang seriously sangat cantik pada pandangan aku. Rona rona kayu dia nampak jelas. Pondok tu dekat tengah tengah tasik. Dekat jugaklah dengan surau sekolah kitorang yang sekarang ni.

Tapi sayang, sekarang pondok tu dah tak ada. Tasik depan blok aku - Blok A tu pun dah nampak kecik je. Kalau ikut gambar yang ada tu tasik tu bersambung dengan laluan air yang sekarang dah jadi kecik dan nampak macam longkang je.

-------------------------------------------

"Nah, nasik kamu"

Aku ambik nasi bungkus yang mak cik cleaner tu bagi. Mak cik cleaner ni yang aku cakap cerita dekat aku tentang hantu Parakang tu.

"Sabar ya dik? Kuatkan semangat"

Aku diam. Senyum je. Aku tarik kerusi duduk sebelah mak cik cleaner tu. Bukak nasi bungkus & makan.

"Mak cik, kalau saya tanya sikit boleh tak?"

"Boleh. Tak jadi masalah. Cuma kalau tanya bila mak cik nak bagi buras dengan ayam lagi, siaplah!"

Aku senyum lagi sambil geleng kepala. Memang buras mak cik tu sedap, cuma nak buat yang leceh. Aku pun takde lah mengharap mak cik tu belanja makan buras dia je.

"Tak lah mak cik. Kalau dapat pun, dah syukur. Saya nak tanya, betul ke dulu ada pondok dekat dekat surau?"

"Eh? Mana kamu tahu ada pondok sana tu, dik?"

"Ada kawan saya bagitahu"

"Oh, dah lama sangat tu. Pondok tu pun dah dirobohkan"

"Roboh? Kenapa roboh?"

"Mak cik tak tahulah pulak sebab apa. Yang mak cik dengar pekerja pekerja lama sini cerita, pondok tu dulu ramai yang nampak ada perempuan duduk bertenggek. Selain tu, ada jugak hantu kepala hitam duduk berasmara dekat pondok tu"

Aku senyum lagi. Patutlah. Lagipun pokok pokok dekat tanah lapang depan surau (dekat kawasan pondok yang sekarang ni dah roboh) memang besar besar dan selesa sangat kalau nak jadikan port lepak lepak atau piknik secara berjemaah.

"Dik, kalau kamu tak ada siapa siapa nak kawan, jumpa mak cik. Anggap mak cik macam saudara kamu"

Mak Cik tu pegang tangan aku. Rasa dah macam anak beranak pulak.

"Kalau suka sangat makan buras, nanti mak cik ajar kamu masak buras. Tangan macam ni, elok ni kalau nak masak memasak kat dapur"

Aku cuma senyum lagi. Tak tahu nak cakap apa. Memang kalau nak memasak, kena ada tangan tangan spesifik ke? Selama ni yang aku dengar orang yang menanam pokok je kena tangan hijau, kalau tangan panas, nanti semua pokok mati.

Aku tengok jiran sebelah rumah aku, eventhough mak cik tu tangan dia yang sebelah tu kudung, elok je dia masak. Sedap lagi tu dia masak! Mungkin kelebihan yang Allah bagi pada dia untuk tambah tambah channel rezeki dek kekurangan yang Allah ciptakan.

"Nak tak kalau mak cik ceritakan cerita cerita yang mak cik dengar tentang pondok tu?"

"Ni yang syok lepak dengan mak cik ni. Cuba mak cik cerita!"

-------------------------------------------------

PART 1
========

Benda ni diceritakan oleh Pak Guard lama pada mak cik mak cik cleaner. Benda ni jadi dah lama dah dan diturunkan ceritanya dari satu batch cleaner ke satu batch cleaner yang lain. Motif utama benda ni diceritakan pada mak cik mak cik cleaner adalah so that diorang tak lepas cakap ikut suka hati.

Satu hari, Pak Guard ni pergi meronda kawasan sekeliling sekolah. Dah settle ronda Blok Akademik, dia turunlah ke bawah dan nak ronda keliling pulak.

"Galaknyalah budak budak perempuan ni!"

Pak Guard ni kata galak sebab ada ramai budak budak perempuan tengah lepak lepak dekat Pondok tu waktu macam tu. Nak kata prep malam, dah lama dah berlalu. Kalau sekadar lepak, dia tak marah sangat. Ni siap gelak gelak, yang gelak mengilai pun ada.

"Baliklah! Buat apa ramai ramai tu. Gelak tak ingat dunia. Dah macam pontianak dah ngilai ngilai!"

Tak lama lepas Pak Guard tu cakap macam tu, budak budak perempuan ni macam dengar kata. Senang hati Pak Guard. Tak perlulah nak sound 3-4 kali.

"Haa...Bagus. Balik jugak korang!"

Lepas diorang bangun tu, Pak Guard tu baru perasan yang budak budak perempuan yang ramai ramai tu tak ada kaki. Dia cuba suluh satu satu. Memang sah takde kaki. Terapung apung masing masing macam kertas melayang. Ringan je.

Pak Guard dah lemah lutut. Kalau pengsan kat situ, entah siapalah nak angkat sebab Pak Guard ni dalam kategori heavyweight jugak. Agak menyusahkan kalau dia pengsan kat situ.

"Hihihihi...."

Pak Guard dengar belakang telinga dia ada suara mengilai. Tegak bulu roma dan segala bulu yang ada. So, tertoleh lah dia dekat belakang.

Nampak ada sorang budak perempuan yang sebangsa dengan yang lepak lepak dekat pondok tadi tengah berpaut pada pokok sambil tenung dekat Pak Guard. Pak Guard toleh balik ke depan sambil tutup mata.

Dari pandangan dia yang kecik tu (antara bukak dan tutup mata), ada lagi seorang budak perempuan yang sama bangsa kejadiannya dari arah depan macam nak peluk Pak Guard ni. Ringan dan laju je dia meluru arah Pak Guard yang tengah tegak berdiri tu.

Maka, terkencinglah Pak Guard tu sebab terlalu ketakutan. Mata dia tutup.

"Leh, ada apa, Leh?"

Pak Guard tu bukak mata bila kawan Pak Guard dia datang. Cepat cepat Pak Guard tu ajak kawan dia balik Post Guard dekat depan semula. Nanti dah cerah sikit baru sambung ronda.

PART 2
========

Ada sorang budak perempuan ni dah plan dengan sorang budak lelaki ni nak jumpa dekat pondok. Nak dating lah rancangannya walaupun sekejap je.

Bila budak perempuan ni sampai, dia nampak boyfriend dia ni dah tunggu. Dia agak boyfriend dia ni mesti dah datang lama sebab memang jenis yang menepati masa boyfriend dia tu. Cuma yang pelik nampak macam basah basah je boyfriend dia ni. Maybe baru mandi, tak pun berpeluh sebab lama tunggu.

So, budak perempuan ni dari belakang peluklah boyfriend dia ni yang tengah duduk menghadap ke surau sekolah kitorang tu.

"Lama dah tunggu?"
"Sangat lama..."
"Dari mana ni tadi?"
"Dari sana..."

Boyfriend dia ni tunjuk arah air yang mengalir bawah pondok tu. Budak perempuan ni ingat boyfriend dia ni bergurau je lah. Biasalah nak sweet sweet kononnya so buatlah lawak tak lawak.

Tak lama lepas tu,

"Zah! Kau peluk siapa tu!"

Budak perempuan tu pandang suara yang panggil dia. Eh, boyfriend dia baru nak ke arah pondok tu!

"Awak? Bukan awak yang kat sini ke?"

Budak perempuan tu dah keliru plus takut. Dia nak lepaskan tangan dia yang peluk "boyfriend" dia tu tak lepas lepas. Menjerit jerit budak perempuan tu. Menangis nangis mintak lepaskan.

Terpaksalah boyfriend dia ni berlari pergi rumah ketua warden mintak tolong lepaskan girlfriend yang tersayang, belahan jiwa lah katanya.

Lepas settle apa yang patut, ketua warden pada masa tu kata, "Lain kali, jangan niat yang bukan bukan. Benda tu tak suka"

So, kantoilah budak perempuan dan boyfriend dia yang diorang ada plan nak praktikkan salah satu ilmu pembiakan yang diorang belajar.

P/S : Aku ingat surat berdarah yang aku dapat tu cuma prank budak kelas aku. Lagipun darah hanyir memanglah bukan mainan aku. Memang taklah aku nak simpan benda benda berdarah ni (pada masa & umur tu).

Rupanya memang ditulis dengan darah budak kelas aku masa tak sedar. Jari dihiris sikit guna pisau lipat berapa puluh sen tu dan ditulis atas kertas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2016 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 12-8-2016 02:05 PM
dr page 1-9 kuat gila ko membebel sorang2 kan...

mcm tipu je ckp ko ni pendiam...saka shark mer ...

Pergh! Pergh! Pergh!
Ada orang kuat MPS masuk setinggan aku!
Memang pendiam pun orang kuat MPS kakak @idakamaruddin

Aku memang pendiam selama ni. Kawan pun berapa ketul je. Kan aku ada mention dekat situ, aku bukan jenis super duper pendiam. Kalau kena point yang tepat, aku boleh kurangkan kadar pendiaman aku tu.

Ada ke istilah pendiaman? Pendiam yang lebih suka perhatikan orang, tapi bukan sampai jadi stalker. Plus, kalau orang tak kacau aku, aku tak kacau orang.

P/S : Sekarang aku dah tak berapa nak pendiam sangat     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2016 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kupetik replied at 12-8-2016 03:21 PM
Cuak aku td, buka forum, thread ko  ni x jmpa. Serius..  nasib ada blk...

Forum ada masalah kot?

Aku memang nak update pagi. Tapi rupanya dah petang, baru dapat update. Khamis malam Jumaat aku memang aktif sikit dekat luar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2016 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sesukaje replied at 12-8-2016 04:04 PM
dik... janji jumaat pagi nak update. ni dah ptg, hakak dah nak balik ni. tak tenang hidup hakak kalo ...

Niat hati nak update tadi pagi, kak @sesukaje

Malangnya dah petang, baru aku perasan aku belum update.
Maklumlah, Khamis malam Jumaat aku memang sibuk sikit dekat luar. Banyak job nak kena settlekan.

Takpe, mehlah baca update terbaru. Kalau tak seram, ampun sebab aku tulis apa yang berlaku je
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 06:27 PM | Show all posts
9teen replied at 12-8-2016 06:20 PM
Pergh! Pergh! Pergh!
Ada orang kuat MPS masuk setinggan aku!
Memang pendiam pun orang kuat MPS  ...

ayokkk sape org kuat MPS tu?

aku ke dik?

sbb akak pelik la gaya ko menulis mcm mulut murai gitu..mcm ketua makcik2 mesyuarat tingkap so x caya kata ko ni jenis isolation pny budak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2016 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 12-8-2016 06:27 PM
ayokkk sape org kuat MPS tu?

aku ke dik?

Adeh! Satu kali lagi spekuan aku seorang perempuan.

Its okay! Aku tak kisah pun kalau aku ni orang speku perempuan, as long as aku tahu aku lahir kat dunia ni as lelaki. Of courselah aku maksudkan kau orang kuat MPS tu kak @idakamaruddin since aku newbie je dalam board ni.

Selama ni duk SR je...so ingatlah jugak beberapa nick yang bagi aku nampak macam orang kuat dekat board mana mana pun.

Maaf kalau cara aku menulis dan update buat orang confuse sama ada aku lelaki atau perempuan. Jemput makan brownies kekedut atas meja tu. Buat macam rumah sendiri.

P/S : Orang berubah bila duduk dalam circle yang positif & terima dia seadanya. Btw, aku tak pernah comolot pun dengan Shark. Pembetulan. Harap padam babak babak sedikit 18SX yang telah terbayang di kepala ya?      
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.422644 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list