|
BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 28
[Copy link]
|
|
Buritan replied at 30-12-2020 07:26 PM
Selalunya org cantik tak ngaku cantik tau mcm haku.. koh koh koh
Hahaha.. Aku bagitau siap2 benda betul.. Supaya x ada yg keciwa hahahahahaah |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 30-12-2020 07:27 PM
Hahaha.. Aku bagitau siap2 benda betul.. Supaya x ada yg keciwa hahahahahaah
Yg aku tau frust nonggeng tuu si sabak bernam tuu jah.. smpai dah ilang jejak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 30-12-2020 07:28 PM
Yg aku tau frust nonggeng tuu si sabak bernam tuu jah.. smpai dah ilang jejak..
Hahaha.. Ang la.. Nanti dia muncul aku penat la nak gaduh.. Lepas tu aku juga yg kena cop kaki gaduh..hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus tak meriyak
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenduri pun kami2 je
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 30-12-2020 07:30 PM
Bagus tak meriyak
Sebab benda betul mmg sy biasa saja.. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 30-12-2020 07:31 PM
Kenduri pun kami2 je
Seronok mcm ni tu... Sebenarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Lama2 surut kot bila dah tegal sebab biasa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Diam2 ubi ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 30-12-2020 06:54 PM
Kan? Den kena tanya kot kt mgmt office den camana
Haa tu pun satu hal tu.. sape nk bwk turun |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 30-12-2020 06:55 PM
Wow, bhn2 dia kec parsley ada dah. Klu guna udang pun sedap ni. Thx for sharing
Haah lobster keypo tu kecik je.. saiz2 udang je.. so bole sgt nk guna udang..
|
|
|
|
|
|
|
|
Esok cuti lagi boleh gath femili JJCM ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Berikut adalah Infografik-infografik situasi COVID-19 di Negeri Perak.
1) Infografik 1
Ringkasan Kes COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 30 Disember 2020, 12.00 tengahari)
2) Infografik 2
Taburan Kes COVID-19 Mengikut Mukim di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 30 Disember 2020, 12.00 tengahari)
3) Infografik 3
Kes COVID-19 Mengikut Mukim Tanpa Kes Baharu COVID-19 Selepas 14 Hari dan 28 Hari
(dikemaskini sehingga 30 Disember 2020, 12.00 tengahari)
Data yang dipaparkan adalah data yang telah dikemaskini dan penyelarasan data dilakukan dari semasa ke semasa.
4) Infografik 4
Laporan Kluster COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 30 Disember 2020, 12.00 tengahari)
PERINCIAN KES
48 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini (30 Disember 2020) ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 43 kes adalah jangkitan tempatan dan 5 kes adalah jangkitan dari luar Perak.
a) Daerah Kinta (32 kes)
19 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Rapat. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Rapat adalah 49 kes.
2 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Persiaran Heights. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Persiaran Heights adalah 34 kes.
1 kes dari kluster baharu iaitu Kluster Gerbang Pongsu. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Gerbang Pongsu adalah 8 kes.
1 kes dari kluster baharu iaitu Kluster Hala Mutiara. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Hala Mutiara adalah 9 kes.
5 kes dari saringan kontak rapat. 3 kes adalah jangkitan tempatan dan 2 kes adalah jangkitan dari luar Perak.
1 kes dari saringan lain-lain. Punca jangkitan masih dalam siasatan.
2 kes dari saringan bergejala. Punca jangkitan masih dalam siasatan.
1 kes dari saringan bersasar di tempat kerja. Punca jangkitan masih dalam siasatan.
b) Daerah Hilir Perak (4 kes)
3 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok adalah 1338 kes.
1 kes dari saringan bergejala. Punca jangkitan masih dalam siasatan.
c) Daerah Batang Padang (4 kes)
3 kes dari saringan kontak rapat. Kes adalah jangkitan tempatan.
1 kes dari saringan bersasar di pusat hemodialisis di luar Perak. Kes adalah jangkitan dari luar Perak.
d) Daerah Larut Matang Selama (4 kes)
3 kes dari saringan kontak rapat. Kes adalah jangkitan tempatan.
1 kes dari saringan pra-pekerjaan untuk bekerja di Selangor. Kes adalah jangkitan tempatan.
e) Daerah Kampar (3 kes)
3 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Rapat. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Rapat adalah 52 kes.
f) Daerah Kuala Kangsar (1 kes)
1 kes dari saringan lain-lain. Kes adalah jangkitan dari luar Perak.
#penjarakanfizikal
#amalkannormabaharu
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#attackredprotectgreen |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Berikut merupakan situasi terkini COVID-19 di Pahang mengikut mukim di daerah.
RINGKASAN KES HARIAN:
▶️ KES BARU : 48 kes
▶️ KES SEMBUH HARIAN :14 kes
• 10 kes dari Daerah Bentong
• 4 kes dari Daerah Lipis
* Data kes sembuh harian yang dipaparkan di laman ini adalah data realtime CPRC Negeri Pahang
▶️ JUMLAH KES AKTIF : 389 kes
▶️JUMLAH KES SEMBUH : 954 kes
▶️JUMLAH KEMATIAN : 7 kes
▶️ JUMLAH KES DI PAHANG : 1350 kes
———————————————————-
🔴 ZON MERAH :
• Mukim Bentong, Daerah Bentong
• Mukim Sabai, Daerah Bentong
PENERANGAN KES BARU:
▪️Kes 1333-1335
3 kes baru dilaporkan di Mukim Sabai, Daerah Bentong hasil saringan kontak rapat kes 996 yang dilaporkan pada 27.12.2020. Kesemua kes merupakan warganegara Malaysia dan punca jangkitan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan.
▪️Kes 1336-1344
9 kes baru dilaporkan di Mukim Chenor, Daerah Maran hasil saringan kontak rapat kes 1014 yang dilaporkan pada 28.12.2020. Kesemua kes merupakan warganegara Malaysia dan punca jangkitan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan.
▪️Kes 1345
1 kes baru dilaporkan di Mukim Pekan, Daerah Pekan hasil saringan kontak rapat (isteri) kes 961 yang dilaporkan pada 24.12.2020. Kes merupakan warganegara Malaysia dan punca jangkitan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan.
▪️Kes 1346
1 kes baru dilaporkan di Mukim Mentakab, Daerah Temerloh hasil saringan pengembara sebelum pulang ke negara asal. Kes merupakan bukan warganegara dan punca jangkitan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan.
▪️Kes 1347
1 kes baru dilaporkan di Mukim Perak, Daerah Temerloh hasil saringan pra pembedahan di pusat perubatan swasta. Kes merupakan warganegara dan punca jangkitan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan.
▪️Kes 1348-1349
2 kes baru dilaporkan di Mukim Kuala Kuantan 1, Daerah Kuantan. Kes 1348 menjalani saringan pra pembedahan di pusat perubatan swasta manakala kes 1349 merupakan isteri kepada kes 1348. Kedua kes merupakan warganegara dan punca jangkitan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan.
▪️Kes 1350
1 kes baru dilaporkan di Daerah Jerantut ( bersempadan antara daerah Jerantut & daerah Maran) hasil saringan kontak rapat kes positif COVID-19 di luar Pahang (Selangor). Kes merupakan warganegara Malaysia dan punca jangkitan dikategorikan sebagai import B.
Ringkasan Kluster Aktif :
▪️Kluster Damai Ketari (Kluster baru)
(Kes 1303-1322)
Kluster ini mula dilaporkan pada 30.12.2020 melibatkan daerah Bentong. Kes indeks bagi kluster ini merupakan kes 1019, warganegara Malaysia yang bertugas di sebuah pusat rawatan. Kes didapati positif pada 29.12.2020 hasil saringan bergejala dan mempunyai sejarah ke zon merah (Selangor). Sehingga 30.12.2020, seramai 65 individu telah disaring dalam kluster ini dan sebanyak 20 kes baru dilaporkan hari ini hasil saringan kontak rapat. Jumlah kes bagi kluster ini ialah 21 orang.
▪️Kluster Pagar Bentong (Kes 1323-1328)
6 kes baru dilaporkan pada hari ini hasil saringan kontak rapat kes positif COVID-19. Jumlah kes dalam kluster ini adalah 24 orang.
▪️Kluster Tembok Mempaga (Kes 1329-1332)
4 kes baru dilaporkan pada hari ini hasil saringan kontak rapat kes positif COVID-19. Jumlah kes dalam kluster ini adalah 288 orang.
▪️Tiada kes baru dilaporkan bagi Kluster Semambu, Kluster Jln Genting, Kluster Menara Wang, Kluster Kuala, Kluster Atabara dan Kluster Inten.
🤍Keeping Pahang safe: Lindungi Pahang🖤
Kita perlu sedar bahawa virus COVID-19 ini tidak akan hilang dalam masa terdekat. Virus ini berada di mana-mana sahaja di persekitaran kita. Justeru, semua orang perlu menerima dan beradaptasi dengan situasi kehidupan ini. Budayakan amalan norma baharu untuk terus kekal sejahtera dan selamat.
Sentiasa amalkan:
- Pakai pelitup muka
- Jaga jarak fizikal 1 meter
- Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau guna hand sanitizer
- Segera ke klinik kesihatan berhampiran jika bergejala
Dengan mematuhi SOP, risiko untuk dijangkiti COVID-19 adalah sangat rendah walaupun kes positif tersebut anda tidak kenali.
#covid19
#kitajagakita
#kitamestimenang
#koinaksihat
#tanganimerahlindungihijau |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 30-12-2020 11:18 AM
Mujo le camtu...bila sekolah yang boleh masuk tu buka ye?
katanya 20hb jan tp mcm semua red zones, mesti sek tak boleh buka lg..
kwn2 iols ada yg mmg tak nk htr anak gi sek w/pun dibenarkan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|