|
[merge]Pocong - Latest: pocong air terjun kanching by ismiulamraja
[Copy link]
|
|
woit..jawap laa.nape korang panggey die coco jelly |
|
|
|
|
|
|
|
misteri yg belum terugkai...............'kenapa pocong dipanggil coco jelly'....
p/s: metalfire, jgn biarkan hidup anda diselubungi misteriiii.......coco-jelly |
|
|
|
|
|
|
|
frm utusan....
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ri&pg=dn_17.htm
Dua penduduk kampung, Mad Zamri Ademin, 37, dan Mohamad Hussin, 44, yang membantu menunjuk dan membuka ikatan ‘pocong’ itu berkata, terdapat tiga ketul batu berwarna kelabu kehitaman seperti batu nisan dalam kain kafan itu.
“Tiga ketul batu disaluti kapas dan bungkusan plastik hitam beserta bau kapur barus yang agak kuat,” kata Mad Zamri.
Dalam pada itu, malam tadi penduduk dikejutkan sekali lagi tentang penemuan satu lagi ‘pocong’ namun selepas diperiksa rupa- rupanya ia pocong yang sama sebelum ini.
Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia mendakwa ternampak dua lelaki membuang ‘pocong-pocong’ itu ke dalam sungai, Rabu lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Misteri pocong terbongkar
Mohamad (kanan) dan Mad Zamri mengangkat 'pocong' yang ditinggalkan di tebing Sungai Johor di Kampung Tembioh, Kota Tinggi semalam.
KOTA TINGGI - Tiga ketul batu berwarna kelabu kehitaman seperti batu nisan ditemui dalam bungkusan 'pocong' lima sekeluarga yang menggemparkan penduduk Kampung Tembioh, dekat sini kelmarin.
Selain itu, batu itu diselaputi kapas dan bungkusan plastik hitam serta bau kapur barus yang agak kuat.
Itulah yang ditemui oleh dua penduduk kampung tersebut, Mad Zamri Ademin, 37, dan Mohamad Hussin, 44, setelah memberanikan diri untuk membuka ikatan 'pocong' tersebut semalam.
Kelmarin, penduduk sebuah kampung tradisional di pinggir bandar Kota Tinggi digemparkan dengan penemuan lima objek menyerupai 'pocong' yang terdampar di tebing Sungai Johor.
Dalam pada itu, penduduk di situ meminta pihak berkenaan tidak membiarkan 'pocong' tersebut terbiar begitu sahaja di sungai tersebut.
Seorang penduduk, Othman Abas, 50, berkata, pihak terbabit tidak sepatutnya membiarkan keluarga 'pocong' itu berkampung di kawasan berkenaan.
Menurutnya, kejadian yang berlaku ini bukan sahaja memberi tanggapan tidak baik terhadap masyarakat di sini, malahan penduduk terutamanya wanita dan kanak-kanak mulai takut untuk melalui kawasan berkenaan.
Menurut Othman, setiap hari tidak kira siang atau malam, pinggir sungai di kampung ini menjadi tumpuan orang ramai memancing ikan dan udang galah.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm |
|
|
|
|
|
|
|
ni kalau bajir mcm haritu mau bersepah pocong atas jln raya..silap2 masuk skali kat supermarket atau shopping complex...haiyaa...dah xde keje la sape yg buat pocong ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa la motif dorang nie wat pocong...ada yg nak anta ilmu itam kot??? atau sajer suka-suka |
|
|
|
|
|
|
|
sian dia lemas
byk sgt bawak harta tu...!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ajim_encem at 1-2-2009 09:23 PM 
aku paling xleh blah la tgok inpo psai pocong ni.. depa cakap sapa dapat tangkap leh jadi kaya sebab ada harta karun kat dalam bungkusan tuh,. haha..berat giler hantu pocong ni ek sebab duk pikul ...
kenyataan nie ada benarnya.. pak mertua aku pernah cakap... sebab dia pernah gak le menuntut ilmu2 mcm nie.. dia beritahu kalau nak kaya.. tangkap pocong tu... kalau berani pegang le bunjut kat kepala dia tu... masa tu korang kena la tengok muka dia.. so keberanian kat situ arrr.. masa tgh pegang tu mintak le ape korang mintak.. sbb kelemahan dia kat punjut kepala dia tu.... itu le yang huby aku citer kat aku.. aku seram sejuk dengar.. ishh idak le nak buat benda2 khurafat mcm tu.. biar lah berusaha selagi boleh.... |
|
|
|
|
|
|
|
serammmnya.....  |
|
|
|
|
|
|
|
Pocong dihukum bakar

PENDUDUK kampung melihat petugas Pejabat Agama Islam Kota Tinggi membuka 'pocong-pocong' yang akan dimusnahkan di Tanah Perkuburan Kampung Makam, Kota Tinggi semalam.
KOTA TINGGI - Akhirnya 'pocong lima sekeluarga' yang menjadi bualan penduduk di sebuah kampung di pinggir bandar Kota Tinggi baru-baru ini menerima 'hukumannya'.
Petugas dari Pejabat Agama Islam Daerah Kota Tinggi dilihat datang mengambil pocong-pocong terbabit untuk dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam di sini untuk dimusnahkan dengan cara membakarnya.
Bagaimanapun, Pegawai Tadbir Agama Daerah, Mohd. Taufik Kiyai Samsudin berkata, proses untuk membakar pocong-pocong itu mungkin memakan masa sehari dua bagi memastikan 'pocong' itu benar-benar kering terlebih dahulu.
"Kelima-lima 'pocong' itu berada dalam sungai selama beberapa hari dan ia perlu dikeringkan sebelum kita dapat membakarnya.
"Buat masa ini kita pindahkannya ke tanah perkuburan dahulu," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Kampung Tembioh di sini baru-baru ini digemparkan dengan penemuan lima sekeluarga 'pocong' yang ditemui dua sahabat, Mohd. Izzuddin Abd. Karim, 18, dan Mohd. Razif Ismail, 17, ketika menjala ikan di pinggir Sungai Johor dekat sini.
Kehadiran 'pocong' itu telah membuatkan penduduk di situ resah dan takut.
Menurut Mohd. Taufik, objek yang ditemui itu bukannya mayat manusia yang perlu disempurnakan dengan menanamnya.
Justeru, katanya, adalah wajar objek yang menyerupai mayat yang lengkap dikafankan itu dibakar sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
terima padah pocong nie....ambik ubat...lagi dok kacau org jer kejernya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #60 melia_star's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #58 Caranthir's post
apa isi dlm 'pocong' tu yer?? mcm lalang je.... |
|
|
|
|
|
|
|
jiwang gak pocong ni .....romantik tu...tgk bulan mengambang  |
|
|
|
|
|
|
| |
|